HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, December 31, 2010

debaran....

Hari ini aku nak tulis pendek je sebab sibuk dalam menyiapkan majlis pertunangan anakku yang sulung.Esok adalah harinya (1.1.2011), majlis itu akan diadakan dan aku berharap majlis itu akan berjalan dengan lancarnya.Aku sebagai mak seboleh-bolehnya mahukan yang terbaik untuk aturcara esok,dan aku berharap semua akan mendoakan majlis pertunangan anakku itu berjalan dengan sempurna ya....
1.1.11 adalah tarikh awal tahun baru esok dan tarikh itu jugalah tarikh pertunangan anakku,aku berharap semuga tahun baru ini memberikan kebahagiaan pada teman semua.Doa dan harapanku agar pada tahun baru ini aku sentiasa ceria dan bahagia selalu,semuga apa yang dilakukan pada tahun 2011 ini akan lebih bermakna dan semuanya didalam pelindungan Allah. Hanya pada Mu ku berserah dan hanya Kaulah jua yang maha mengetahui segala-galanya.Disini ingin aku mengucapkan Selamat Tahun Baru pada anda semua...2011 menjelma...
Buat anda teman-temanku doakan majlisku itu nanti berjalan dengan lancar.Setelah selesai majlis itu nanti aku akan kembali dengan entri "Majlis Pertunangan" nantikan yer....
Ok aku berundur dulu sebab banyak lagi perkara yang patut aku buat dan lakukan semuga semuanya berjalan dengan sempurna...AMINN.... 

Wednesday, December 29, 2010

memori terindah waktu kecil.....

SALAM 1 MALAYSIA

Hari ini mama nak buat n3 berkisahkan zaman kanak2 mama dulu...
 Kisah ini berlaku semasa umur mama dalam 5 atau 6 tahun (kalau tak silap la)
dan kisah ini amat-amat memberi pengajaran
pada mama agar sentiasa mendengar cakap mak dan abah kita.
Cerita ini adalah memori terindah buatku dan ia akan sentiasa terpahat dalam ingatanku buat selama-lamanya...
(Bebudak la namanya, kalau tak degil tak namanya bebudak ....hehehe....) 
padan dengan muka aku kenapa degil sesangat....Masa tu kat kampung orang kampung dan member-member kecilku sibuk bercerita bahawa mereka nak ke bandor Muor (loghat orang Muor la katakan)....mereka nak pergi ke "FUNFAIR" itulah yang aku tahu masa tu.Tapi sekarang funfair tu dah biasa kita dengar, setiap Tahun Baru Cina pasti ada je funfair ini kerana kaum Cina agak gemar melakukan aktiviti sebegini bila musim perayaan tahun baru mereka.Sekarang tidak kira bangsa Cina ke,bangsa India ke,bangsa Melayu ke dan apa-apa bangsa lah semuanya pasti akan ada sekali bergembira bersama-sama di musim pesta Funfair ini. 
Bila masanya dah sampai ramailah orang-orang kampung pergi ke Pesta Funfair ini,termasuklah dengan aku dan kakak-kakakku.Mak dan abahku melarang kami semua ke Pesta Funfair itu kerana mereka amat risaukan aku yang masih kecil masa itu,tapi kerana kedegilan kakak-kakakku dan aku sekali kami pergi juga ke Pesta Funfair itu.
Terasa amat seronok sekali kami kerana dapat berjalan dan bergembira sekali-sekala,aku memang amat teruja sekali melihat lampu-lampu yang bergemelapan,mainan yang banyak di dalam kawasan pesta itu.
Kakak-kakakku agaknya terlalu gembira sampaikan aku yang kecil ini dibiarkan sendirian (mereka lupa kot yang aku ada waktu tu)....
Aku pun waktu itu pun degil juga nak dipimpin tangan tak mahu, kononnya boleh jalan sendiri jadi bila dah ramai kami semua leka hinggakan berpisah dan berpecah tempat.
Pada mulanya aku seperti biasa melihat keadaan sekeliling sambil berjalan dengan gembiranya tanpa melihat akan kedua-dua kakakku yang sudah tiada disampingku.
Lama-kelama aku pun mula terasa akan kehilangan mereka dan perasan takut mula menyelubungiku, dengan segera aku mencari kedua-dua kakakku itu disekeliling kawasan pesta itu tapi tidak berjumpa mereka.
Aku sudah kehilangan arah dan jalan penyelesainya adalah menangis.Aku menangis dengan sekuat-kuat hatiku kerana pada masa itu aku terbayang akan perkara-perkara yang buruk akan berlaku keatas diriku tanpa kedua-dua orang kakakku.
Terbayang wajah mak dan abahku bila mereka melarang aku dan kakakku pergi tadi.Aku begitu takut masa itu hinggakan semua orang memerhatikan akan gelagatku yang menangis bagai nak rak(beria-ia).
Tiba-tiba datang seorang lelaki memanggil dan memujukku tapi tidakku endahkan kerana aku merasa amat takut sekali waktu itu, lelaki itu terus mendukongku sambil aku menangis dan dia membawaku ke atas pentas yang telah disediakan.
Di atas pentas itulah dia menanyakan segala-galanya tentang diriku sambil memegang microphone (macam pengacara tv sedang menemuramah plak) dia menanyakan namaku,anak siapa,tinggal kat mana,datang dengan siapa,datang naik apa dan macam-macam lagi lah hinggakan dia suruh aku menyanyi pun ada tapi aku tidak mahu (malu la tak sangka naik atas pentas plak)
sambil itu dia pun bercakap di microphone memberitahu pada pengunjung semua bahawa ada sesiapa yang kehilangan anak sila datang ke belakang pentas untuk mengambil anak yang hilang itu.
Sebenarnya kakak-kakakku memang tengah sibuk mencari aku di bawah dan disekeliling kawasan pesta itu dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman pengacara tadi lantas mereka berkejar ke belakang pentas itu untuk mencari aku.
Kelihatan mereka merasa amat lega sekali setelah berjaya berjumpa denganku.Aku terus memeluk kedua-dua kakakku itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Lelaki itu hanya tersenyum melihat aku dan dia berpesan pada kakak agar menjaga aku dengan baik agar tidak berlaku lagi kejadian seperti tadi kerana memandangkan aku yang masih kecil lagi waktu itu.
Setelah itu kami semua pulang ke rumah berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku sewaktu di pesta itu tadi.Pada mulanya kami semua tidak mahu menceritakan apa yang berlaku tadi pada mak dan abah tapi bila memikirkan cerita ini pasti mak dan abah akan tahu juga nanti kami bertekad untuk menceritakan juga kejadian yang berlaku tadi pada mereka berdua. 
Seperti biasa mak dan abah bila mengetahui akan kejadian yang berlaku tadi mereka terus melarang kakak-kakakku dari membawa aku keluar tanpa mak dan abah.
Kami semua dikenakan denda menyapu halaman rumah selama seminggu.
Sejak kejadian itu kami semua tidak lagi berani keluar sendiri tanpa mak dan abah.Hingga sekarang ini bila aku terpandang akan "Funfair" dimana-mana juga aku pasti akan teringat kisah aku dulu dimana aku pernah hilang di kawasan pesta dan di bawa naik ke atas pentas.
Terasa amat malunya waktu itu tapi apa nak buat dah terpaksa waktu itu.
Sehingga sekarang aku tidak mahu lagi pergi ke tapak pesta Funfair itu,hanya memandang seimbas lalu saja bila terpandangnya.Itulah ceritaku yang ku rasa menjadi pengalaman, pengajaran dan ia akan tetap menjadi kenangan terindah waktu kecilku,dan tapak pesta itu sekarang masih dipanggil "Pesta" pada penduduk Muor.


beginilah keadaannya "FUNFAIR" yang aku pernah
lihat dulu



mainan-mainan yang disediakan di "Funfair"
tapi gambar ini aku search di Goggle dulu
mana ada gambar sebegini


mainan yang digemari oleh kanak-kanak



salah satu games yang ada


ini lagi best dapat naik kuda


kereta langgar


kuda lagi

Monday, December 27, 2010

1 family enjoy giler.....

Cuti-cuti ni tidak tahu hendak kemana,kalau nak pergi jauh ongkosnya mesti besar, ni kan
musim cuti sekolah....tapi memandangkan cuti hujung minggu ini aku ngan family dah planning nak pergi main games kat JJ Bukit Indah....bukan apa nak tenangkan fikiran dari belenggu kerja and masalah yang lain-lain (yang sewaktu dengannya)hee....
Mula-mula semua malu nak main games tu memandangkan waktu tu hanya budak-budak kecik je yang main (kita ni semua dah besar n dah tua pun)tapi bila dah tukar duit jadi token semuanya apa lagi terkam je games yang nak main...pantang je mesin games tu kosong terus je masukkan token tu...hehehe kelakar tengok perangai semua macam budak-budak lagaknya selamba plak tu....ingatkan anak je yang nak main games tu rupa-rupanya ayahnya pun sama apa lagi jadilah satu kepala semuanya.....enjoy giler......
Itulah keletahnya kami sekeluarga bukan apa, saja nak melayan kerenah anak-anak yang dah besar ni dan terlanjur cuti kami pun redah je main mesin games ni....
lebih sejam jugalah kami dok melayan games yang ada kat situ hinggakan badan rasa berpeluh juga...bila token dah habis digunakan kami pun berehat sebentar dan anak-anak mula memikirkan nak kemana plak lepas ni.....
Bila memikirkan perut pun dah lapar kami sekeluarga mencari satu kedai makan yang best untuk santapan malam....Let's go time to eat......

along lawan dengan syane plak....


lumba bawa kete plak sape menang!!!!


cewah along ngan syane plak bawa kete 
yang belakang tu nak tumpang ke???

ayah nyer pun sama juga

boling budak-budak pun nak cuba juga...


anak ngan mak
enjoy!!!!

Frust makanan lambat sampai


sabo je....senyum cikit

Friday, December 24, 2010

Rahsia kaki sihat walaupun bertumit tinggi...

Marilah kita semua berkongsi entri ini,semuga setelah membaca entri ini anda semua dapat panduan yang berguna dan ia akan boleh dipraktikkan hingga bila-bila.Hari ini entrinya berkisarkan tentang kaki dan kasut.
Kasut adalah pelengkap utama dalam setiap orang,tidak akan lengkap jika kita keluar kemana-mana tanpa kasut.Penampilan kita pun akan kelihatan amat janggal sekali dan untuk bergaya sekurang-kurangnya kita haruslah memiliki lebih dari sepasang kasut.Pastinya salah satu koleksi kita ialah kasut bertumit tinggi.Kasut bertumit tinggi sering menjadi pilihan kerana ada yang beranggapan menyarungkannya membuatkan kamu kelihatan lebih berkeyakinan dan berketerampilan.
Adakah kasut bertumit ini sesuai digayakan oleh semua orang??Berapakah ketinggian kasut bertumit yang tidak memberikan kesan kepada kaki dan adakah ia sesuai dipakai pada setiap masa?? Penting bagi kamu untuk mengetahui tentang kasut yang sesuai akan membuatkan kamu lebih selesa dan mengurangkan risiko kepada penyakit sakit kaki.




Ketinggian kasut
1.Untuk mendapatkan tumit kaki daripada pecah dan merekah,tumit kasut paling ideal adalah dua setengah hingga tiga inci.
2.Jika kamu memang berminat dengan kasut bertumit tinggi,pastikan kamu tidak memakainya lebih daripada enam jam sehari.Jadi pastikan kamu mempunyai simpanan selipar di kereta ataupun di pejabat.
3.Bagi kamu yang sentiasa banyak bergerak dinasihatkan tidak memakai kasut bertumit tinggi.Selain memberikan kesan kepada buku lali,pemakaian kasut bertumit tinggi secara kerap membuatkan seseorang itu mengalami sakit belakang.

Bentuk Kaki
1.Bentuk kaki antara yang menyukarkan kamu untuk memilih kasut.Jadi sebelum membeli pastikan kamu mengetahui bentuk kaki kamu.
2.Kamu yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan depan yang lebar.
3.Ada yang mempunyai masalah gerbang kaki(arch) tinggi dan disarankan agar tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberikan kesan kepada tulang kita.
4.Jika kamu mempunyai kaki pengkar atau bengkok ke dalam,pastikan kasut dipilih tidak memberikan kesan kepada anggota badan lain dan dapatkan nasihat pakar kasut sebelum memilih kasut.


Jenis kasut dan Fungsinya.

1.Kasut sandal tumit tinggi.
Kasut ini boleh dipakai tanpa mengira waktu.Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan.Satin,sutera atau material polos dikategorikan sebagai 'evening shoes',kulit dan PU untuk kegunaan harian.



2.Kasut bertutup (court shoes) 
Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat.Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.




3.Kasut tapak rata(flat) 
Kasut ini sesuai untuk bersantai dan ia sering menjadi pilihan remaja kerana memudahkan pergerakan selain mudah dipadankan dengan pelbagai jenis baju.




4.Ballerina,flat court shoes
Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai.Ia juga tidak terlalu menyerlahkan kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana.




5.Kasut baji (wedge)
Jika kamu banyak berjalan sesuai menyarungkan kasut ini.Kasut ini tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal.Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan anda.



6.Platform.
Kamu yang suka bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini.Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut.Jadi risiko untuk tergelincir amat kurang.



Kasut yang sesuai. 
1.Mungkin ada antara kamu yang gemar menggayakan kasut bertali.Seelok-eloknya ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun jari yang terkeluar di antara tali terutama jari yang paling kecil.
2.Jika membeli kasut bertutup,beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dahulu sebelum membeli.Ini penting bagi kamu yang mempunyai kaki lebar serta berisi kecuali jika kamu bersaiz biasa.
3.Tentukan saiz kasut kamu.Lebar kaki akan meningkat seriring perubahan usia.Jika kamu menggunakan saiz 6,jangan sesekalimenggunakan saiz lebih kecil atau lebih besar kerana ia memberikan kesan kepada kulit kaki sakit dan kesan lain kepada tubuh dalam jangka panjang.
4.Apabila mencuba kasut pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki kamu bergerak.
5.Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas,dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki.Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki.

6.Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut daripada buatan yang baik.Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan di atas permukaan yang keras.


Thursday, December 23, 2010

kisah hidupku........:(

Aku dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru oleh ibu kandungku dan selepas 44 hari aku dilahirkan aku telah diserahkan kepada ibu saudaraku yang tinggal di kampung untuk dibesarkan disana aku diserahkan bersama-sama dengan abangku yang ketiga.
Kenapa ibu kandungku sanggup menyerahkan aku dan abangku kepada ibu saudaraku di kampung?
Abangku yang ketiga waktu itu telah berusia 5 tahun (agak-agak aku la)Aku pun tidak pasti.Persoalan itu sering berlegar-legar dalam fikiranku dan kenapa aku tidak dibesarkan bersama-sama dengan adik-beradikku yang lain????Kenapa ekk....entah lah ada yang menyatakan ibu saudaraku itu ingin memeliharaku kerana tidak mempunyai anak sendiri dan ada yang menyatakan ibu kandungku telah mempunyai ramai anak dan masa itu ibu kandungku hamil lagi...

Entahlah semua itu menjadi
amat sensitif bagi diriku dan abangku yang ketiga, menurut ceritanya masa itu dia terlalu nakal hinggakan ibuku tidak sanggup untuk menjaganya dan menyerahkan dia dalam jagaan ibu dan bapa saudaraku.
Ceritaku ini adalah pengalaman yang amat meninggalkan kesan yang amat mendalam ke dalam diriku kerana aku dipinggirkan daripada adik-beradikku yang lain tanpa belaian kasih dari ibu kandung yang melahirkanku.
Aku seorang insan yang sederhana dan periang diwaktu kecilku tapi didalam kesederhananku itu tersembunyi satu dendam yang amat aku pendamkan selama ini.Dendam yang ku rasa sejak aku masih kecil lagi.Entahlah sejak bila aku berperasaan begitu aku pun tidak tahu dan aku tidak tahu mengapa perasaan itu sentiasa ujud dalam diriku ini.
Mungkin perasaan itu ujud kerana aku telah dibesarkan oleh orang lain kot???Entahlah  aku pun tidak tahu kenapa....!!!!!!
Persoalan yang sering ada dimindaku dan akan tetap terpahat dijiwaku dan ia akan tetap ada untuk selama-lamanya....kenapa??? Kenapa  aku dilahirkan kedunia ini tanpa jagaan dari ibu dan bapa kandungku....Kenapa...????Itulah yang sentiasa berlegar-legar di ruang fikiranku tanpa ku duga.
Hidup dibesarkan oleh ibu saudaraku amat-amat ku hargai dan segala pengorbanannya terhadapku akan aku ingatinya sampai aku mati.Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang melimpah-ruah ''bagai menantang minyak yang penuh''
segala yang aku inginkan tetap cuba dipenuhinya walaupun kehidupan kami waktu itu didalam serba kekurangan.
Bapa saudaraku masa itu hanya bekerja sebagai seorang penarik beca roda tiga saja yang mana pendapatannya seperti
"Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang"
itupun dia masih mampu membesarkan kami semua.Segala peluh dan keringat yang mengalir itu akan aku ingat buat selama-lamanya.Bapa saudarakulah yang selama ini mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan setahu aku tiada sesen pun yang ditinggalkan atau diberikan kepadanya oleh bapa kandungku untuk menyara kami.
Anak-anak angkat ibu saudaraku yang lain pun aku anggap seperti adik-beradik ku sendiri kerana kami telah dibesarkan dengan tangan yang sama.Seingat aku anak-anak angkat ibu saudaraku itu telah diambil dari satu keluarga Cina yang susah waktu itu dan ibu saudarakulah yang telah membesarkan mereka.

Walau dalam kehidupan begitu susah masih lagi dia ingin membela anak angkat Cina itu kerana dari apa yang aku dengar ibu saudaraku ini telah 2 kali mengandung tapi anak dalam kandungannya hilang begitu saja,aku pun tidak tahu kenapa terjadi begitu....Itu sebabnya agaknya dia sanggup memelihara kami sebagai anak-anak angkatnya.
Setiap kali ada masa ibu saudaraku akan membawa aku, abang dan adik-beradik angkatku ke rumah ibu kandungku,
waktu itu aku masih kecil tidak tahu apa-apa, yangku tahu masa itu aku akan menaiki bas dan dapat berjalan-jalan.Perasaan gembira itu akan jelas terasa apabila ibu saudaraku ingin membawa kami semua ke bandar.Perangai aku yang suka berjalan itu berlarutan hingga kehari ini.

Itulah satu-satu perangaiku yang paling aku rasakan tidak boleh aku kikis kerana dengan perangai begitulah aku akan sentiasa dibawa  kemana-mana saja oleh ibu saudaraku.
Pada suatu hari aku dan abang telah dibawa oleh ibu saudaraku ke rumah ibu kandungku.
Terjadilah satu peristiwa yang akan kami ingat buat selama-lamanya dan peristiwa itulah yang membuatkan kami terasa amat benci dengan bapa kandung kami,
abang masa itu teringin sangat hendak memakan ais-krim dan dia(abang)telah meminta pada ibu saudaraku duit untuk membeli ais-krim itu, tetapi telah disalahertikan oleh ayah kandungku hinggakan ibu saudaraku telah dimarahinya dengan alasan ibu saudaraku terlalu memanjakan kami berdua.

Hanya kerana sebatang aiskrim abang dipukul dengan teruk oleh bapa kandungku.Sejak dari hari itulah aku dan abang tidak akan mahu mengikut ibu saudaraku ke rumah ayah kandungku lagi kerana pada kami berdua ayah kandungku seorang yang jahat dan garang.Bila telah dimarahi oleh ayah kandungku,
aku telah menjadi seseorang yang amat perasa sekali dan jiwaku menjadi begitu pendendam,pantang ada saja orang yang membuli aku,aku pasti akan membalasnya balik. Aku merasakan ayah kandungku ini memang tidak menyayangi kami berdua sedangkan adik-beradik kami yang lain dilayan dengan penuh kasih sayang.
Selalu ibu menasihati aku agar jangan berbuat begitu pada kedua orang tuaku kerana dialah yang melahirkan kami walaupun mereka tidak membesarkan kami.
Aku dibesarkan bersama-sama dengan anak angkat ibu saudaraku yang lain,dan kami membesar bersama-sama tanpa rasa apa-apa pun sedangkan kami adalah daripada perut ibu yang berlainan...
Dalam masa membesar menjadi dewasa ibu dan bapa kandungku ada juga melawat kami di kampung tapi kami saja yang tidak mahu berjumpa dengan mereka.....Hinggakan sampai satu tahap, kami tidak mahu masuk ke dalam rumah bila kedua-dua ibu dan bapa kandung kami ada, kami lebih rela menyerahkan darah kami dihisap oleh ribuan nyamuk-nyamuk di luar rumah di waktu malam.

Aku merasakan amat terharu sekali apabila ibu saudaraku datang memujuk untuk masuk ke dalam rumah dan segala suruhannya kami turuti kerana ingin menjaga hatinya.Begitulah keadaannya yang akan aku lalui apabila kedua ibubapa kandungku hadir ke kampung tapi yang aku tahu semenjak dari hari itu kedua ibubapaku sudah jarang menjenguk aku dan abang di kampung disebabkan perangai kami tempuhari.
Kami membesar seperti kanak-kanak biasa juga ada suka dan dukanya.Abangku menjadi seorang yang amat garang mungkin kerana dendamnya pada ayah kandungku yang membuat dia jadi begitu,aku kekadang jadi takut apabila dimarahi olehnya.
Ibu saudaraku lah yang selalu memujuknya dari selalu memarahi aku.Akulah anak manja ibu saudaraku masa itu,segala kemahuanku akan ibu turuti dan itu yang membuat abangku semakin marah denganku,
bila dah meningkat dewasa abangku mulalah menunjukkan akan perangai buruknya itu,malas mengaji,malas ke sekolah kekadang ibu saudaraku menangis melihat akan perangai abangku, mungkin ibuku risau akan keadaan dan masa depan abangku waktu itu.Di paksa juga abangku ke sekolah walaupun masa itu zaman kedegilan abang begitu memuncak.

Abangku
ke sekolah hanya untuk peperiksaan SRP( Sijil Rendah Pelajaran masa dulu )orang kata jangan belajar separuh jalan je dan tidak mempunyai sijil berhenti sekolah.Tapi oleh kerana luck abangku masa itu baik dia telah ditemuduga dan mendapat pekerjaan sebagai tentera udara(TUDM)yang berpengkalan di Pulau Pinang.
Ibu saudaraku amat-amat bersyukur sekali kerana abangku telah pun berjaya mendapatkan pekerjaan dan harapan ibu agar abangku mempunyai masa depan yang cerah dan untuk masa depannya juga.
Didalam angkatan tentera itulah yang mengajar abangku akan erti displin dan menjadi seorang manusia yang berguna.
Aku pun turut gembira akan kejayaan abangku itu walaupun kurang pelajarannya tapi dia dapat juga menjadi seorang askar yang berdisiplin.
Walaupun berjauhan abang masih selalu menanyakan ibu saudaraku akan perjalanan hidupku di kampung.Aku melalui zaman kanak-kanak,alam dewasa,alam pekerjaan dan seterusnya nanti alam rumahtangga.Selepas menamatkan alam persekolahan dan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
aku telah mendapat tahu tawaran bekerja di sebuah shopping mall di Muar dan bermulalah satu era baru dalam hidupku.

Dalam masa yang sama aku telah diberitahu oleh kakak bahawa ibuku mengalami penyakit kanser rahim dan buah pinggang yang kronik.Aku merasa amat sedih sekali kerana ibu saudara yang membesarkanku akan pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya.Keadaannya amat kritikal sekali tetapi dia gagahi juga untuk melakukan segala-galanya, itu yang membuat jiwaku sungguh terharu...
Aku sentiasa mengharapkan ibu saudaraku itu selamat.Untuk di bawa ke hospital berubat dia tidak mahu,ibu sememangnya tidak suka ke hospital sebenarnya jadi kami hanya membelikan dia ubat-ubatan untuk dimakan di rumah.Bapa saudarakulah yang selalu menjadi peneman ibuku bila kami semua keluar bekerja.
Dalam masa itulah ada seorang insan yang bernama Z hadir di dalam hidupku,pada mulanya aku tidak menyukai beliau memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dan dalam keadaan ibu yang sedang sakit begini tetapi melihat akan keiklasannya  membantu aku menjaga ibu, aku berubah tanggapan yang negatif terhadapnya,
aku menerimanya walaupun masa itu ibu masih dalam keadaan yang membimbangkan,Ibulah insan yang menasihati aku agar menerima Z dalam hidupku kerana banyak masa dan tenaga telah Z lakukan semata-mata untuk menolong ibu dan aku.Dia ialah suamiku sekarang ini,tanpa sokongan darinya aku mungkin hanyut jauh tanpa belaian kasih seorang ibu....
Z terus pergi berjumpa dengan bapa saudaraku untuk menyatakan hasratnya melamar aku, untuk menjadikan aku teman sehidup sematinya...sebulan selepas itu aku selamat ditunangkan dengan Z yang mana pada mulanya aku kurang menyenanginya....Kami ditunangkan dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu..
''Ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan ditengah hari"
aku mendapat panggilan telepon semasa aku sedang bertugas, menyatakan yang ibu saudaraku telah dimasukkan ke Hospital Besar Muar,
nasiblah ketika itu bapaku ada di rumah dan dialah yang bertindak segera memanggil jiran untuk membawa ibu ke hospital...

Kami semua berkejar ke hospital untuk melawat keadaan ibu saudaraku yang waktu itu dikatakan kritikal juga,selama seminggu aku dan Z berulang-alik ke hospital menjalankan tugas sebagai seorang anak terhadap ibu yang telah membesarkanku.
Selama seminggu keadaan ibu saudaraku kembali pulih dan doktor membenarkan kami membawa ibu saudaraku pulang ke rumah tapi doktor berpesan bahawa keadaan ibu pasti akan berulang kembali dan kita semua kenalah bersedia akan segala kemungkinan.
Aku turut merasakan bahawa aku akan kehilangan ibu saudara yang amat aku sayangi itu.Di rumah ku lihat ibuku terbaring di atas katil sambil merenungku...

aku terasa amat pilu sekali waktu itu melihat akan kesengsaraannya yang amat sangat.Aku sebenarnya telah mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin menjaga dan bersama-samanya di dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya di dunia ini.
Pada suatu hari seperti biasa aku menjalankan rutin harianku menyediakan segala keperluannya,sambil berbual kami masih lagi sempat bergurau dan bercerita tentang keadaan bapa sewaktu ibu sakit tempuhari.Tiba-tiba ibu merenungku dengan pandangan yang amat sayu sekali dan aku mula bertanya padanya kenapa ibu merenungku begitu.Dia menangis melihatku,
''Mak kenapa mak menangis tengok M ni''aku bertanya padanya, dalam menangis tu dia menjawab
''mak nak tengok M bersanding kat pelamin boleh?''
''kenapa, kan masih awal lagi, M baru je bertunang dengan Z'' jawabku dengan selamba..

''Tapi mak nak tengok juga,mak takut mak tak sempat tengok M bersanding dengan Z nanti''
Air mataku tiba-tiba mengalir dengan derasnya sambil aku memeluknya,
''kenapa mak cakap macam tu,mak pasti dapat tengok M bersanding nanti''
"Boleh tak cepatkan tarikh pernikahan M dengan Z?"
Aku tanpa menjawab pertanyaan ibu terus memeluknya semula sambil menangis,aku faham akan segala permintaannya itu,mungkin ibuku merasa bahawa ajalnya akan tiba tanpa dijangka.Sekali lagi ibu bersuara padaku
"M boleh tak tunaikan permintaan terakhir mak ni"
sambil menangis aku menganggukkan kepala tanda aku bersetuju dengan segala kemahuaannya itu.

Mulalah segala persiapan dilakukan untuk majlis persandinganku nanti,dari jauh ku lihat ibu terbaring dengan wajahnya yang begitu ceria sekali melihat segala persiapan yang kami sekeluarga aturkan.Bapaku yang paling sibuk menyiapkan segala-galanya untuk majlis pernikahanku nanti.Aku berdoa kepada Allah agar majlis itu berjalan dengan lancar dan aku juga berdoa agar Allah merestui pilihan dan jodohku ini semuga pilihanku ini adalah pilihan yang tepat untuk aku dan seumur hidupku nanti.InsyaAllah...
Sampai hari yang dijanjikan aku dan Z akan dinikahkan,kedengaran paluan kompang  menandakan pihak penganti lelaki telah sampai.

Aku begitu gementar waktu itu hanya Allah saja yang mengetahui isi hatiku waktu itu,tiba saat untuk dinikahkan terpandang olehku wajah-wajah yang telah lama ku lupakan,dia ialah ayah dan ibu kandungku serta adik-beradikku rupa-rupanya bapa saudaraku telah meminta bapa kandungku datang kemajlis ini untuk menjadi wali akan pernikahanku ini,
tanpaku sedar airmataku mengalir secara tiba-tiba kerana melihat kesudian bapa kandungku datang untuk mewalikanku.
Berlangsung sudah majlis pernikahanku dalam suasana yang sederhana,sah sudah Z jadi suamiku dan aku berharap semuga Z akan menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak ku nanti.Dari jauh ku lihat ibu memerhatikan segalanya dengan hati yang amat gembira sekali sampai juga hajat ibu untuk melihat aku berkahwin dan bersanding.
Pada sebelah petang majlis bersanding akan dimulakan aku melihat wajah ibu begitu sayu sekali, seolah-olah jelas terpancar diwajahnya akan kesakitan yang perlu ditanggungnya itu, tetapi dia masih lagi menyembunyikan keperitan dan kesakitannya itu disebalik senyuman dan tawa sambil melayan tetamu yang hadir seperti biasa.

Aku merasa amat sukar waktu itu melihat ibu dalam kesakitan, menyembunyikan satu kesakitan yang amat sangat,bengkak dikakinya jelas membayangkan bahawa dia patut berehat dari melakukan segala-galanya.
Selesai sudah segala-galanya dan semua hajat yang ibu mahu telah aku tunaikan semuga selepas ini ibu akan pergi menemui Allah dengan hati yang cukup senang.Pada waktu azan subuh berkumandang aku telah dikejutkan oleh abang dan kakakku memberitahu akan keadaan ibu yang sedang nazak.Aku berlari mendapatkan ibu dipembaringannya itu, lengkap dia memakai telekung untuk bersolat subuh.Aku melihatnya dengan hati yang amat sayu sekali "mak jangan tinggalkan M mak"
"sabar ye sayang mak akan sentiasa sayang dan akan sentiasa melihat dan mendoakan M dari sana nanti"
"sampai sudah hajat mak nak melihat M bersanding muga selepas ini sudah ada orang yang akan menjaga M nanti,mak akan sentiasa mendoakan M dan Z sentiasa bahagia selalu dan satu lagi mak nak pesan dengan M dan Z bila dah mempunyai zuriat nanti jagalah dia dengan penuh kasih sayang kerana anaklah segala-galanya jangan biarkan anak-anak kita dijaga oleh orang lain ya, besarkan mereka dengan kasih sayang,jangan macam mak hanya menumpang kasih dengan anak orang lain"
sayu dan pilu aku mendengar segala ungkapan yang diluahkan ibu padaku.Dengan suara yang tersekat-sekat ibu mengucapkan kalimah syahdat dan tepat jam 6 pagi ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuanku.
"Mak kenapa tinggalkan M mak"hanya itu yang mampu ku katakan sambil airmataku mencurah-curah mengalir.Hilang sudah tempat untuk aku mencurahkan segala kasih dan  sayangku untukmu ibu yang telah membesarkanku dari aku kecil hinggalah aku telah berumahtangga.

Patah sudah dahan tempat aku berpaut selama ini hanya tinggal kenangan terindah bersama-sama ibu. Z memeluk sambil mengusap rambutku, hanya kaulah suamiku tempatku mencurahkan segala-gala kesedihan hati ini semuga kau dapat menjadi pelindungku dahan tempatku berpaut sekarang dan hingga akhir hayatku.
Aku rebah didalam pelukan suamiku dan segala-galanya berpinar-pinar dan siang telah bertukar menjadi seakan-akan gelap buatku....
Aku akan sentiasa ingat akan segala pesan dan harapan yang diberikan ibu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuanku.Kaulah ibu sejatiku walaupun kau hanyalah seorang ibu yang menumpang kasih dan sayang dari kami anak-anak angkatmu.
Hari ini genaplah 24 tahun ibuku pergi meninggalkanku dan aku amat berharap dia akan selalu memerhatikan aku dari sana,
semuga rohmu dicucuri rahmat dan aku akan selalu mendoakan mu agar kau akan diletakkan didalam golongan orang yang beriman.Amin...

Semuga dengan cerita ini menjadi pedoman dan panduan buat ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka untuk dijaga oleh orang lain.Fikirkanlah apa yang akan terjadi bila anak-anak itu sudah besar nanti,boleh ke atau tidak mereka menerima kembali ayah dan ibu mereka didalam hidup mereka nanti????
Bagaimanakah perasaan anak-anak itu bila mengetahui ibu dan bapa sebenar mereka masih hidup dan mahukah mereka meninggalkan ibubapa yang telah membesarkan mereka hingga dewasa..Renung-renungkanlah.

Sekarang aku hidup bahagia bersama-sama dengan suamiku Z dan sekarang kami telah dikurniakan dengan tiga orang puteri-puteri yang cantik. Anakku yang sulung sudah berusia 23 tahun,yang kedua 20 tahun dan yang kecil sekali sudah berusia 14 tahun. Aku merasa sungguh-sungguh bahagia sekali kerana dengan izinNya rumahtangga yang kami bina selama 24 tahun ini kekal hingga ke hari ini dan aku berharap agar ianya akan terus kekal hingga hujung nyawaku. Aku juga amat berterimakasih pada arwah ibu kerana mempercepatkan tarikh perkahwinanku dengan Z dulu kalau tidak mungkin aku tidak akan berada disini agaknya. Betullah apa yang dikatakan oleh anakku yang kedua:

"Siapa kita yang lepas tidak penting, tapi siapa kita dimasa akan datang''










Wednesday, December 22, 2010

Bijak berbelanja elak hutang.....

Kalau nak ikutkan shopping ni adalah salah satu aktiviti yang paling aku suka sekali, apa tak nya beli je apa yang kita suka hinggakan lupa segala masalah yang kita hadapi.Masa shopping memang kita tidak teringatkan apa-apa masa tu,tapi belum cukup bulan dah terasa yang kocek dan beg duit dah terasa kempis.
Masa itulah baru terfikir nak budget takut tidak sampai cukup bulan duit betul-betul dah kering nak makan pun terpaksa dicatu, dan yang paling mudah sekali maggilah jalan penyelesaiannya murah dan jimat.

shopping mall


Tapi bagi aku kira okey juga la sebab dapat menahan  nafsu berbelanja ini, hanya yang aku betul-betul perlu saja akan aku beli ketika waktu sale ini.Kalau ikut hati mati jadinya nanti...
Biarlah kita berbelanja ikut kemampuan sendiri dan tidak mengikut nafsu orang lain.






Kekadang ada juga kekawan yang menjadi penghasutnya pantang je ada sale kita diajak sekali dan dipaksa untuk mengikut jejak langkah dia untuk membeli-belah.
Kalau ada kawan yang sebegini jauhkanlah bukan apa bagi tahu keadaan sebenar diri kita secara lembut apa jadinya kalau kita mengikut jejak langkah dia berbelanja.
Biarlah kita dengan cara kita sendiri tanpa dipaksa-paksa.






Lagi-lagi sekarang ini jualan akhir tahun "YES"(Year End Sale) la katakan,pantang nampak je kain rentang kat mana-mana,semuanya nak pergi "Jualan Murah", "Jualan Hebat", "Jualan Harga Runtuh", "Jualan Penghabisan Stok",Jualan Kembali Ke Sekolah" kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli belah seluruh negara.Ia seolah-olah mengamit kedatangan pengguna khususnya wanita.



 lelaki 
juga pandai bershopping bukan wanita je




 wanita
shoppingnya terlebih plak dari lelaki


Selalunya wanitalah (wanita juga yang kene) yang kerap tidak dapat mengawal nafsu ketika tiba masa jualan murah begini kadang-kala memudaratkan diri sendiri dan berbelanja diluar kemampuan apatah lagi yang membayar menggunakan kad kredit.
Jika kita berbelanja tidak mengikut kemampuan sendiri tanpa dibendung
kelak diri sendiri yang akan rugi dan segala perbelanjaan pasti akan terjejas.
Janganlah kita bermegah-megah memiliki kad kredit yang banyak kelak keluarga yang akan porak-peranda apabila kita terjebak dalam masalah hutang yang banyak setiap bulan.
Sudah menjadi kebiasaan penggunaan kad kredit ini banyak mencetuskan budaya hutang tanpa disedari.



 
 slot je kad kredit tu tapi beringat-ingat selalu jangan terlebih penggunaannya kelak 
memakan diri kalau terlebih penggunaannya.
Sememangnya budaya hutang ini menjadikan manusia itu lupa akan segala-galanya lalu terjebak dalam masyarakat yang yang gemar berhutang dan meniru gaya hidup yang lebih tinggi daripada kemampuan.
Janganlah mudah tergoda dengan sepanduk jualan murah yang selalu kita nampak disetiap shopping centre dan di mall-mall yang mengadakan jualan murah itu.
Membazir itu adalah salah satu amalan syaitan dan kita hendaklah sentiasa berfikiran positif akan tabiat ini.Hakikatnya bijak berbelanja menjadikan kita pembeli yang bijak,berekonomi,beretika dan berperibadi. 




Panduan berbelanja guna wang atau kad kredit.

1.Hadkan jumlah kad kredit dan tentukan sendiri had perbelanjaan bagi setiap kad yang kita miliki

2.Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli.Ini membolehkan kita membuat perbandingan harga yang ditawarkan.

3.Ketahui keperluan, senaraikan nama dan harga lebih kurang barang-barang yang hendak dibeli.Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.

4.Jika tidak boleh mengawal diri seelok-eloknya bawalah kawan-kawan yang boleh mengawalkan kita untuk membuat pilihan yang bijak. 

5.Gunakan bakul jika barang yang dibeli tidak banyak,elakkan menggunakan troli kerana ia memancing kita untuk membeli yang bukan-bukan.

6.Pastikan berbelanja barang keperluan mencukupi untuk mengelakkan kita dari selalu ke pasar raya kerana ia akan menjejaskan budget kita.

7.Untuk mengelakkan kita dari 'tergoda' usah berlegar-legar ditempat barang yang tidak perlu tapi terusk menuju ke tempat barang yang diperlukan sahaja.

8.Catatkan setiap perbelanjaan kita agar kita tidak berbelanja berlebih-lebihan.






Tips jimat duit gaji 

1.Lindungilah gaji anda yang akan datang dengan mengambil polisi insuran yang berpatutan.

2.Buka akaun 3 dalam 1 iaitu satu akaun yang mempunyai ciri-ciri akaun simpanan biasa,simpanan tetap dan akaun semasa.Ini akan membolehkan kita membiasakan diri dengan penggunaan cek.

3.Mulakan satu sistem simpanan paksaan dengan menyimpan secara auto debit setiap kali mendapat gaji.

4.Tentukan semua hutang yang perlu dibayar contohnya pinjaman pelajaran.

5.Tentukan semua belanja minimum yang mesti ditanggung contohnya sewa rumah,pengangkutan, utiliti, telefon, pakaian dan makanan.

6.Jangan terburu-buru membeli kereta,kumpulkan wang ke satu tahap sehingga anda benar-benar mampu.

7.Semak semua potongan yang patut dilakukan oleh majikan secara undang-undang contohnya caruman KWSP dan SOCSO telah didaftarkan.

8.Berikan jumlah tertentu gaji anda contoh 10 peratus kepada masyarakat mengikut garis panduan agama dan kepercayaan masing-masing.


Duit sepuluh ringgit Malaysia yang lama

Tuesday, December 21, 2010

Hidup sihat tanpa rokok.....

Bila tengok je suratkhabar ini teringat aku iklan kat tv...yang ada asap dan bila nampak je tunjuk jari dan pas tu geleng kepala 'katakan tidak'....
Bila kita fikirkan merokok ni memang lah satu gejala yang tidak sihat tapi nak buat macamana semua orang di dunia ini menghisap rokok,walau macamana mahal pun harga
rokok tu tapi masih ada lagi yang tidak mahu berhenti dari menghisap rokok ni.
 Mengikut kajian yang aku baca ini setiap hari,
hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau.Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia ini kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35 hingga 69 tahun)yang kerugian kira-kira 22
 tahun jangka hidup biasa mereka.Merokok dikenali pasti sebagai penyebab utama kematian akibat beberapa penyakit seperti paru-paru,
penyakit jantung serta penyakit paru-paru kronik.Kebergantungan kepada nikotin menyebabkan usaha menghentikan tabiat merokok sangat sukar dilakukan.Malah,ia salah satu penyebab utama ramai perokok tidak berjaya untuk menghentikan tabiat itu.




 Apabila perokok menyedut asap daripada asap rokok,
nikotin mencapai bahagian otak dalam tempoh beberapa saat saja dan mengikatnya pada penerima nikotin yang mengaktifkan laluan ganjaran dalam litar otak.
Perokok kemudian akan menjadi lali atau biasa dalam sistem mereka manakala pengurangan tahap nikotin ini mengakibatkan rasa mengidam terhadap nikotin serta perasaan tidak selesa.
Kebiasaan, perokok mahu berhenti tanpa menggunakan sebarang ubat,
tetapi kaedah ini kurang berjaya dan lima peratus saja yang mampu berhenti tanpa bantuan.Langkah yang perlu diambil untuk berhenti merokok antaranya mendapatkan bantuan perubatan dan sokongan daripada doktor,
ahli farmasi dan orang-orang yang disayangi.Antara ubat yang sedia ada untuk berhenti merokok termasuklah Terapi Penggantian Nikotik (NRT).NRT ini dapat membantu mengurangkan rasa ketagihan dengan membekalkan nikotin kepada tubuh anda.Ia bertindak mengurangkan pergantungan perokok kepada nikotin secara beransur-ansur.
Selain itu ada 2 jenis ubat yang oral tanpa nikotin dalam bentuk pil boleh membantu menghilangkan ketagihan merokok ini.Salah satu ubat ini boleh didapati melalui arahan doktor.Melakukan aktiviti sihat seperti bersenam,
berjogging dan merentas hutan adalah antara cara yang boleh mengalihkan ketagihan merokok.Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang merokok kerana ajakan rakan perokok mampu mengembalikan tabiat merokok itu.
Sentiasa mendapatkan maklumat dalam akbar atau media massa lain mengenai keburukan merokok dan insaf mengenainya.
Ingatlah insan tersayang disekeliling anda yang menyedut asap rokok anda yang boleh memudaratkan kesihatan mereka juga.Pilihan itu terletak di tangan anda,
apa-apa pun tiada yang dapat menggantikan kesihatan yang baik melainkan kita sentiasa menghindarkan perkara yang boleh memudaratkan gaya hidup dan tubuh badan kita termasuk merokok.
Oleh itu jauhilah amalan merokok ini kerana ia adalah satu amalan yang amat tidak sihat mahupun kita ataupun orang disekeliling kita.
Sudah tersiar akan amaran oleh kerajaan, merokok membahayakan kesihatan dan disetiap kotak rokok telah diletakkan gambar-gambar yang amat mengerikan tetapi masih ramai yang tidak menghiraukannya.
Budak -budak sekolah sekarang ini  yang berusia belasan tahun lagi, sudah pandai menghisap rokok cubalah kita bayangkan 10 atau 20 tahun akan datang,sudah tentu semakin ramailah yang akan mengalami berbagai-bagai lagi penyakit kronik.

Panduan:

Gejala-gejala orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain berbanding orang langsung tidak merokok.
1. Lima kali lebih karbon monoksida disedut
  2.Empat kali lebih tar dan nikotin disedut
3.Empat puluh kali lebih karsinogen disedut


Rokok seperti membunuh diri kita sendiri


Jauhilah dari rokok, perokok dan asap rokok.
"HIDUP SIHAT TANPA ROKOK"

Monday, December 20, 2010

Kasut pelengkap gaya lelaki...

Tempohari aku telah menceritakan akan kegunaan beg tangan untuk wanita, hari ini plak satu lagi entri menarik tapi buat kali ini entri ini buat teman lelakis pula.Bolehlah kita berkongsi bersama-sama akan entri yang menarik ini  buat tatapan insan teristimewaku.Entri ini baruku terbaca semalam dan ia amat menarik perhatianku dan di sini inginku kongsikan bersama-sama anda.
Kasut merupakan pelengkap gaya seorang lelaki seperti pakaian,terdapat stail atau jenis kasut yang selalu dipakai lelaki.Stail ini bolehlah dibahagikan pada dua kategori iaitu 
'Blaucher Lancing' dan 'Balmorals Lancing'
Perbezaan utama antara dua jenis kasut ini terletak pada bahagian lidahnya.Blaucher lancing
adalah bahagian lidah yang terbuka, manakala Balmorals lacing bahagian lidah tertutup dan selalunya berbentuk 'v'.Kasut berpotongan lace-up menjadi pilihan sesuai untuk penampilan yang formal.
Potongan kasut loafers tidak bertali adalah pilihan lain bagi kasut formal.Walau bagaimanapun loafers diklasifikasikan kurang formal berbanding kasut yang bertali.Sesetengah kasut potongan ini sesuai untuk majlis yang formal.
Selain mudah dipakai, loafers lebih versatil dan ringkas dalam gaya klasik.Jadi loafers sesuai dipadankan dengan pakaian formal mahupun kasual.Antara jenis kasut yang sesuai dan biasa dipakai ke pejabat adalah Cap-toe Oxford, Plain-Toe Oxford, Wing Tips, Buck Oxford, Split-toe ,Tassle Loafers dan Plain Loafer.

Suai padan dengan pakaian
Ramai lelaki tertanya-tanya tentang soal ini.Bagaimana menyuai padan kasut dengan sut atau seluar. Apakah warna kasut paling sesuai?Hitam atau coklat?Tidak kira apa warna sut atau seluar yang dipakai,pemilihan kasut berwarna hitam atau coklat tidak menjadi masalah.Dua warna ini mudah dan sesuai dipadankan dengan sut atau seluar berwarna kelabu gelap,biru tua mahupun sut kelabu.Ini kerana dua warna ini adalah paling asas untuk kasut kulit lelaki.Soalan utama perlu ditanya pada diri sendiri sebelum menyuaikan padankan kasut dengan pakaian adalah sejauh mana gaya formal yang mahu ditampilkan?
Kasut kulit hitam biasanya lebih formal berbanding kasut coklat.Tetapi warna hitam didatangkan dalam bentuk berkilat atau biasa (tidak berkilat) .Formalnya sepasang kasut bergantung kepada tahap kilauannya.Oleh sebab itu,pakaian tema formal memerlukan anda memadankannya dengan kasut berkilat.

Tahap Formaliti
Bagi stail kurang formal tetapi tampil bergaya ialah dengan suai padan kasut coklat dengan pakaian anda.Kegelapan warna coklat menentukan tahap formaliti.Ini bermakna, kasut coklat gelap lebih formal berbanding coklat lembut.
Bagi urusan pejabat secara kasual,anda disarankan memakai kasut coklat lembut atau cerah.Kecerahan warna tersebut di bahagian kaki menampakkannya dengan sut atau seluar formal berwarna gelap.
Jika seluar kelabu gelap dan biru tua dipakai dengan hitam,keseluruhan penampilan akan teradun baik dalam warna monokromatik atau gelap.Manakala kasut coklat gelap akan memberikan kontras yang bergaya.
Akhir sekali dan paling penting, pastikan sentiasa memakai tali pingang dalam warna yang sama dengan kasut.Kasut hitam dengan tali pinggang hitam,kasut coklat dengan kasut coklat.

Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan segala yang aku tahu pada anda semua,dan diharap segala infomasi yang aku berikan dapat memberitahu kita bagaimana memilih kasut yang sesuai bagi lelaki.Kekadang bagi kita wanita harus tahu bagaimana kasut yang sesuai dengan suami kita atau tidak sesuai, dengan cara yang betul untuk memilih sebab kekadang ada suami kita yang tidak pandai memilih kasut yang hendak dibelinya jadi kitalah sebagai isteri yang tahu serba sedikit haruslah memberikan panduan yang baik agar kita dapat menolong suami memilih kasutnya dengan cara yang betul.



                                             Kasut jenis Blaucher Lacing






                                             Kasut jenis Balmorals Lacing









Friday, December 17, 2010

Beg tangan bantu kamu lebih hebat.....

 Hari ini aku nak tulis entri tentang beg tangan dan juga nak kongsi tips tentang beg tangan,sebab semalam aku ada terbaca satu aktikel kat majalah mengenai beg tangan. Ini yang aku nak kongsi pengetahuan tu kat anda semua.
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti. Namun dalam kamu sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,pernahkah kamu terfikir beg tangan yang bagaimanakah sesuai dengan bentuk tubuh kamu???
    Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya kamu.Penting untuk kamu ketahui beg tangan yang bagaimana patut kamu gayakan agar sesuai dengan bentuk tubuh kamu supaya penampilan diri tidak tenggelam.Di bawah ini saya sertakan sekali tip yang boleh kamu jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.
Rendah dan gempal - sekiranya kamu di dalam kategori ini cuba elakkan membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan kamu lebih pendek.Paling cantik, gayakan beg tangan yang bersaiz kecil dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.





Rendah dan kurus - Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana untuk menyerlahkan diri mereka.
 mereka.Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar kerana ia akan membuatkan diri kamu seperti budak-budak.Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,ianya nampak lebih unik dan menarik,tetapi jangan sesekali silangkan tali beg  pada payu dara kerana ia akan membuat kamu nampak seolah-olah berisi. 





 



Besar bahagian atas - Jika tubuh kamu jenis yang berisi atau besar pada bahagian atas berbanding bahagian lain,pilihlah beg tangan bertali pendek supaya kamu tidak perlu menyandangnya di bahu,ini boleh membantu mengimbangi penampilan kamu.Ataupun kamu boleh pilih beg tangan bertali panjang yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh




Tinggi dan kurus - Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil kerana ia membuatkan kamu nampak lebih tinggi dan kurus.





Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk majlis makan malam.Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya memberikan daya tarikan kepada si pemakai.Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya kamu bertubuh besar dan yang kecil molek jika kamu bertubuh kecil.






Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.Perbuatan ini membuatkan kamu nampak lebih gempal.Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.Jika kamu risaukan rupa perut dan pinggang,bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan penuh anggun,secara tidak langsung ia boleh menutup dan menyorokkan perut kamu itu


Tip pilih beg tangan 


Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
        Bagi kamu yang mempunyai banyak barang,kamu boleh pilih beg tangan jenis berpoket.Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan selamat supaya beg tangan kamu tidak menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
        Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan selesa supaya
penampilan tidak terganggu.
 Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.







Semuga segala info ini berguna dan dapat membantu, bila kita semua terasa ingin mendapatkan sebuah beg tangan yang baru....
 Carilah beg tangan yang bersesuai dengan citarasa dan pesonaliti kita.






IKutlah semua yang kita tahu apabila inginkan beg tangan yang sempurna....


Petua: bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan ubat alahan daripada kulat.Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....