Aku dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru oleh ibu kandungku dan selepas 44 hari aku dilahirkan aku telah diserahkan kepada ibu saudaraku yang tinggal di kampung untuk dibesarkan disana aku diserahkan bersama-sama dengan abangku yang ketiga.
Kenapa ibu kandungku sanggup menyerahkan aku dan abangku kepada ibu saudaraku di kampung?
Abangku yang ketiga waktu itu telah berusia 5 tahun (agak-agak aku la)Aku pun tidak pasti.Persoalan itu sering berlegar-legar dalam fikiranku dan kenapa aku tidak dibesarkan bersama-sama dengan adik-beradikku yang lain????Kenapa ekk....entah lah ada yang menyatakan ibu saudaraku itu ingin memeliharaku kerana tidak mempunyai anak sendiri dan ada yang menyatakan ibu kandungku telah mempunyai ramai anak dan masa itu ibu kandungku hamil lagi...

Entahlah semua itu menjadi
amat sensitif bagi diriku dan abangku yang ketiga, menurut ceritanya masa itu dia terlalu nakal hinggakan ibuku tidak sanggup untuk menjaganya dan menyerahkan dia dalam jagaan ibu dan bapa saudaraku.
Ceritaku ini adalah pengalaman yang amat meninggalkan kesan yang amat mendalam ke dalam diriku kerana aku dipinggirkan daripada adik-beradikku yang lain tanpa belaian kasih dari ibu kandung yang melahirkanku.
Aku seorang insan yang sederhana dan periang diwaktu kecilku tapi didalam kesederhananku itu tersembunyi satu dendam yang amat aku pendamkan selama ini.Dendam yang ku rasa sejak aku masih kecil lagi.Entahlah sejak bila aku berperasaan begitu aku pun tidak tahu dan aku tidak tahu mengapa perasaan itu sentiasa ujud dalam diriku ini.
Mungkin perasaan itu ujud kerana aku telah dibesarkan oleh orang lain kot???Entahlah  aku pun tidak tahu kenapa....!!!!!!
Persoalan yang sering ada dimindaku dan akan tetap terpahat dijiwaku dan ia akan tetap ada untuk selama-lamanya....kenapa??? Kenapa  aku dilahirkan kedunia ini tanpa jagaan dari ibu dan bapa kandungku....Kenapa...????Itulah yang sentiasa berlegar-legar di ruang fikiranku tanpa ku duga.
Hidup dibesarkan oleh ibu saudaraku amat-amat ku hargai dan segala pengorbanannya terhadapku akan aku ingatinya sampai aku mati.Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang melimpah-ruah ''bagai menantang minyak yang penuh''
segala yang aku inginkan tetap cuba dipenuhinya walaupun kehidupan kami waktu itu didalam serba kekurangan.
Bapa saudaraku masa itu hanya bekerja sebagai seorang penarik beca roda tiga saja yang mana pendapatannya seperti
"Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang"
itupun dia masih mampu membesarkan kami semua.Segala peluh dan keringat yang mengalir itu akan aku ingat buat selama-lamanya.Bapa saudarakulah yang selama ini mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan setahu aku tiada sesen pun yang ditinggalkan atau diberikan kepadanya oleh bapa kandungku untuk menyara kami.
Anak-anak angkat ibu saudaraku yang lain pun aku anggap seperti adik-beradik ku sendiri kerana kami telah dibesarkan dengan tangan yang sama.Seingat aku anak-anak angkat ibu saudaraku itu telah diambil dari satu keluarga Cina yang susah waktu itu dan ibu saudarakulah yang telah membesarkan mereka.

Walau dalam kehidupan begitu susah masih lagi dia ingin membela anak angkat Cina itu kerana dari apa yang aku dengar ibu saudaraku ini telah 2 kali mengandung tapi anak dalam kandungannya hilang begitu saja,aku pun tidak tahu kenapa terjadi begitu....Itu sebabnya agaknya dia sanggup memelihara kami sebagai anak-anak angkatnya.
Setiap kali ada masa ibu saudaraku akan membawa aku, abang dan adik-beradik angkatku ke rumah ibu kandungku,
waktu itu aku masih kecil tidak tahu apa-apa, yangku tahu masa itu aku akan menaiki bas dan dapat berjalan-jalan.Perasaan gembira itu akan jelas terasa apabila ibu saudaraku ingin membawa kami semua ke bandar.Perangai aku yang suka berjalan itu berlarutan hingga kehari ini.

Itulah satu-satu perangaiku yang paling aku rasakan tidak boleh aku kikis kerana dengan perangai begitulah aku akan sentiasa dibawa  kemana-mana saja oleh ibu saudaraku.
Pada suatu hari aku dan abang telah dibawa oleh ibu saudaraku ke rumah ibu kandungku.
Terjadilah satu peristiwa yang akan kami ingat buat selama-lamanya dan peristiwa itulah yang membuatkan kami terasa amat benci dengan bapa kandung kami,
abang masa itu teringin sangat hendak memakan ais-krim dan dia(abang)telah meminta pada ibu saudaraku duit untuk membeli ais-krim itu, tetapi telah disalahertikan oleh ayah kandungku hinggakan ibu saudaraku telah dimarahinya dengan alasan ibu saudaraku terlalu memanjakan kami berdua.

Hanya kerana sebatang aiskrim abang dipukul dengan teruk oleh bapa kandungku.Sejak dari hari itulah aku dan abang tidak akan mahu mengikut ibu saudaraku ke rumah ayah kandungku lagi kerana pada kami berdua ayah kandungku seorang yang jahat dan garang.Bila telah dimarahi oleh ayah kandungku,
aku telah menjadi seseorang yang amat perasa sekali dan jiwaku menjadi begitu pendendam,pantang ada saja orang yang membuli aku,aku pasti akan membalasnya balik. Aku merasakan ayah kandungku ini memang tidak menyayangi kami berdua sedangkan adik-beradik kami yang lain dilayan dengan penuh kasih sayang.
Selalu ibu menasihati aku agar jangan berbuat begitu pada kedua orang tuaku kerana dialah yang melahirkan kami walaupun mereka tidak membesarkan kami.
Aku dibesarkan bersama-sama dengan anak angkat ibu saudaraku yang lain,dan kami membesar bersama-sama tanpa rasa apa-apa pun sedangkan kami adalah daripada perut ibu yang berlainan...
Dalam masa membesar menjadi dewasa ibu dan bapa kandungku ada juga melawat kami di kampung tapi kami saja yang tidak mahu berjumpa dengan mereka.....Hinggakan sampai satu tahap, kami tidak mahu masuk ke dalam rumah bila kedua-dua ibu dan bapa kandung kami ada, kami lebih rela menyerahkan darah kami dihisap oleh ribuan nyamuk-nyamuk di luar rumah di waktu malam.

Aku merasakan amat terharu sekali apabila ibu saudaraku datang memujuk untuk masuk ke dalam rumah dan segala suruhannya kami turuti kerana ingin menjaga hatinya.Begitulah keadaannya yang akan aku lalui apabila kedua ibubapa kandungku hadir ke kampung tapi yang aku tahu semenjak dari hari itu kedua ibubapaku sudah jarang menjenguk aku dan abang di kampung disebabkan perangai kami tempuhari.
Kami membesar seperti kanak-kanak biasa juga ada suka dan dukanya.Abangku menjadi seorang yang amat garang mungkin kerana dendamnya pada ayah kandungku yang membuat dia jadi begitu,aku kekadang jadi takut apabila dimarahi olehnya.
Ibu saudaraku lah yang selalu memujuknya dari selalu memarahi aku.Akulah anak manja ibu saudaraku masa itu,segala kemahuanku akan ibu turuti dan itu yang membuat abangku semakin marah denganku,
bila dah meningkat dewasa abangku mulalah menunjukkan akan perangai buruknya itu,malas mengaji,malas ke sekolah kekadang ibu saudaraku menangis melihat akan perangai abangku, mungkin ibuku risau akan keadaan dan masa depan abangku waktu itu.Di paksa juga abangku ke sekolah walaupun masa itu zaman kedegilan abang begitu memuncak.

Abangku
ke sekolah hanya untuk peperiksaan SRP( Sijil Rendah Pelajaran masa dulu )orang kata jangan belajar separuh jalan je dan tidak mempunyai sijil berhenti sekolah.Tapi oleh kerana luck abangku masa itu baik dia telah ditemuduga dan mendapat pekerjaan sebagai tentera udara(TUDM)yang berpengkalan di Pulau Pinang.
Ibu saudaraku amat-amat bersyukur sekali kerana abangku telah pun berjaya mendapatkan pekerjaan dan harapan ibu agar abangku mempunyai masa depan yang cerah dan untuk masa depannya juga.
Didalam angkatan tentera itulah yang mengajar abangku akan erti displin dan menjadi seorang manusia yang berguna.
Aku pun turut gembira akan kejayaan abangku itu walaupun kurang pelajarannya tapi dia dapat juga menjadi seorang askar yang berdisiplin.
Walaupun berjauhan abang masih selalu menanyakan ibu saudaraku akan perjalanan hidupku di kampung.Aku melalui zaman kanak-kanak,alam dewasa,alam pekerjaan dan seterusnya nanti alam rumahtangga.Selepas menamatkan alam persekolahan dan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
aku telah mendapat tahu tawaran bekerja di sebuah shopping mall di Muar dan bermulalah satu era baru dalam hidupku.

Dalam masa yang sama aku telah diberitahu oleh kakak bahawa ibuku mengalami penyakit kanser rahim dan buah pinggang yang kronik.Aku merasa amat sedih sekali kerana ibu saudara yang membesarkanku akan pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya.Keadaannya amat kritikal sekali tetapi dia gagahi juga untuk melakukan segala-galanya, itu yang membuat jiwaku sungguh terharu...
Aku sentiasa mengharapkan ibu saudaraku itu selamat.Untuk di bawa ke hospital berubat dia tidak mahu,ibu sememangnya tidak suka ke hospital sebenarnya jadi kami hanya membelikan dia ubat-ubatan untuk dimakan di rumah.Bapa saudarakulah yang selalu menjadi peneman ibuku bila kami semua keluar bekerja.
Dalam masa itulah ada seorang insan yang bernama Z hadir di dalam hidupku,pada mulanya aku tidak menyukai beliau memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dan dalam keadaan ibu yang sedang sakit begini tetapi melihat akan keiklasannya  membantu aku menjaga ibu, aku berubah tanggapan yang negatif terhadapnya,
aku menerimanya walaupun masa itu ibu masih dalam keadaan yang membimbangkan,Ibulah insan yang menasihati aku agar menerima Z dalam hidupku kerana banyak masa dan tenaga telah Z lakukan semata-mata untuk menolong ibu dan aku.Dia ialah suamiku sekarang ini,tanpa sokongan darinya aku mungkin hanyut jauh tanpa belaian kasih seorang ibu....
Z terus pergi berjumpa dengan bapa saudaraku untuk menyatakan hasratnya melamar aku, untuk menjadikan aku teman sehidup sematinya...sebulan selepas itu aku selamat ditunangkan dengan Z yang mana pada mulanya aku kurang menyenanginya....Kami ditunangkan dan dijangka akan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu..
''Ku sangkakan panas ke petang rupanya hujan ditengah hari"
aku mendapat panggilan telepon semasa aku sedang bertugas, menyatakan yang ibu saudaraku telah dimasukkan ke Hospital Besar Muar,
nasiblah ketika itu bapaku ada di rumah dan dialah yang bertindak segera memanggil jiran untuk membawa ibu ke hospital...

Kami semua berkejar ke hospital untuk melawat keadaan ibu saudaraku yang waktu itu dikatakan kritikal juga,selama seminggu aku dan Z berulang-alik ke hospital menjalankan tugas sebagai seorang anak terhadap ibu yang telah membesarkanku.
Selama seminggu keadaan ibu saudaraku kembali pulih dan doktor membenarkan kami membawa ibu saudaraku pulang ke rumah tapi doktor berpesan bahawa keadaan ibu pasti akan berulang kembali dan kita semua kenalah bersedia akan segala kemungkinan.
Aku turut merasakan bahawa aku akan kehilangan ibu saudara yang amat aku sayangi itu.Di rumah ku lihat ibuku terbaring di atas katil sambil merenungku...

aku terasa amat pilu sekali waktu itu melihat akan kesengsaraannya yang amat sangat.Aku sebenarnya telah mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin menjaga dan bersama-samanya di dalam menghabiskan sisa-sisa hidupnya di dunia ini.
Pada suatu hari seperti biasa aku menjalankan rutin harianku menyediakan segala keperluannya,sambil berbual kami masih lagi sempat bergurau dan bercerita tentang keadaan bapa sewaktu ibu sakit tempuhari.Tiba-tiba ibu merenungku dengan pandangan yang amat sayu sekali dan aku mula bertanya padanya kenapa ibu merenungku begitu.Dia menangis melihatku,
''Mak kenapa mak menangis tengok M ni''aku bertanya padanya, dalam menangis tu dia menjawab
''mak nak tengok M bersanding kat pelamin boleh?''
''kenapa, kan masih awal lagi, M baru je bertunang dengan Z'' jawabku dengan selamba..

''Tapi mak nak tengok juga,mak takut mak tak sempat tengok M bersanding dengan Z nanti''
Air mataku tiba-tiba mengalir dengan derasnya sambil aku memeluknya,
''kenapa mak cakap macam tu,mak pasti dapat tengok M bersanding nanti''
"Boleh tak cepatkan tarikh pernikahan M dengan Z?"
Aku tanpa menjawab pertanyaan ibu terus memeluknya semula sambil menangis,aku faham akan segala permintaannya itu,mungkin ibuku merasa bahawa ajalnya akan tiba tanpa dijangka.Sekali lagi ibu bersuara padaku
"M boleh tak tunaikan permintaan terakhir mak ni"
sambil menangis aku menganggukkan kepala tanda aku bersetuju dengan segala kemahuaannya itu.

Mulalah segala persiapan dilakukan untuk majlis persandinganku nanti,dari jauh ku lihat ibu terbaring dengan wajahnya yang begitu ceria sekali melihat segala persiapan yang kami sekeluarga aturkan.Bapaku yang paling sibuk menyiapkan segala-galanya untuk majlis pernikahanku nanti.Aku berdoa kepada Allah agar majlis itu berjalan dengan lancar dan aku juga berdoa agar Allah merestui pilihan dan jodohku ini semuga pilihanku ini adalah pilihan yang tepat untuk aku dan seumur hidupku nanti.InsyaAllah...
Sampai hari yang dijanjikan aku dan Z akan dinikahkan,kedengaran paluan kompang  menandakan pihak penganti lelaki telah sampai.

Aku begitu gementar waktu itu hanya Allah saja yang mengetahui isi hatiku waktu itu,tiba saat untuk dinikahkan terpandang olehku wajah-wajah yang telah lama ku lupakan,dia ialah ayah dan ibu kandungku serta adik-beradikku rupa-rupanya bapa saudaraku telah meminta bapa kandungku datang kemajlis ini untuk menjadi wali akan pernikahanku ini,
tanpaku sedar airmataku mengalir secara tiba-tiba kerana melihat kesudian bapa kandungku datang untuk mewalikanku.
Berlangsung sudah majlis pernikahanku dalam suasana yang sederhana,sah sudah Z jadi suamiku dan aku berharap semuga Z akan menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak ku nanti.Dari jauh ku lihat ibu memerhatikan segalanya dengan hati yang amat gembira sekali sampai juga hajat ibu untuk melihat aku berkahwin dan bersanding.
Pada sebelah petang majlis bersanding akan dimulakan aku melihat wajah ibu begitu sayu sekali, seolah-olah jelas terpancar diwajahnya akan kesakitan yang perlu ditanggungnya itu, tetapi dia masih lagi menyembunyikan keperitan dan kesakitannya itu disebalik senyuman dan tawa sambil melayan tetamu yang hadir seperti biasa.

Aku merasa amat sukar waktu itu melihat ibu dalam kesakitan, menyembunyikan satu kesakitan yang amat sangat,bengkak dikakinya jelas membayangkan bahawa dia patut berehat dari melakukan segala-galanya.
Selesai sudah segala-galanya dan semua hajat yang ibu mahu telah aku tunaikan semuga selepas ini ibu akan pergi menemui Allah dengan hati yang cukup senang.Pada waktu azan subuh berkumandang aku telah dikejutkan oleh abang dan kakakku memberitahu akan keadaan ibu yang sedang nazak.Aku berlari mendapatkan ibu dipembaringannya itu, lengkap dia memakai telekung untuk bersolat subuh.Aku melihatnya dengan hati yang amat sayu sekali "mak jangan tinggalkan M mak"
"sabar ye sayang mak akan sentiasa sayang dan akan sentiasa melihat dan mendoakan M dari sana nanti"
"sampai sudah hajat mak nak melihat M bersanding muga selepas ini sudah ada orang yang akan menjaga M nanti,mak akan sentiasa mendoakan M dan Z sentiasa bahagia selalu dan satu lagi mak nak pesan dengan M dan Z bila dah mempunyai zuriat nanti jagalah dia dengan penuh kasih sayang kerana anaklah segala-galanya jangan biarkan anak-anak kita dijaga oleh orang lain ya, besarkan mereka dengan kasih sayang,jangan macam mak hanya menumpang kasih dengan anak orang lain"
sayu dan pilu aku mendengar segala ungkapan yang diluahkan ibu padaku.Dengan suara yang tersekat-sekat ibu mengucapkan kalimah syahdat dan tepat jam 6 pagi ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuanku.
"Mak kenapa tinggalkan M mak"hanya itu yang mampu ku katakan sambil airmataku mencurah-curah mengalir.Hilang sudah tempat untuk aku mencurahkan segala kasih dan  sayangku untukmu ibu yang telah membesarkanku dari aku kecil hinggalah aku telah berumahtangga.

Patah sudah dahan tempat aku berpaut selama ini hanya tinggal kenangan terindah bersama-sama ibu. Z memeluk sambil mengusap rambutku, hanya kaulah suamiku tempatku mencurahkan segala-gala kesedihan hati ini semuga kau dapat menjadi pelindungku dahan tempatku berpaut sekarang dan hingga akhir hayatku.
Aku rebah didalam pelukan suamiku dan segala-galanya berpinar-pinar dan siang telah bertukar menjadi seakan-akan gelap buatku....
Aku akan sentiasa ingat akan segala pesan dan harapan yang diberikan ibu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuanku.Kaulah ibu sejatiku walaupun kau hanyalah seorang ibu yang menumpang kasih dan sayang dari kami anak-anak angkatmu.
Hari ini genaplah 24 tahun ibuku pergi meninggalkanku dan aku amat berharap dia akan selalu memerhatikan aku dari sana,
semuga rohmu dicucuri rahmat dan aku akan selalu mendoakan mu agar kau akan diletakkan didalam golongan orang yang beriman.Amin...

Semuga dengan cerita ini menjadi pedoman dan panduan buat ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka untuk dijaga oleh orang lain.Fikirkanlah apa yang akan terjadi bila anak-anak itu sudah besar nanti,boleh ke atau tidak mereka menerima kembali ayah dan ibu mereka didalam hidup mereka nanti????
Bagaimanakah perasaan anak-anak itu bila mengetahui ibu dan bapa sebenar mereka masih hidup dan mahukah mereka meninggalkan ibubapa yang telah membesarkan mereka hingga dewasa..Renung-renungkanlah.

Sekarang aku hidup bahagia bersama-sama dengan suamiku Z dan sekarang kami telah dikurniakan dengan tiga orang puteri-puteri yang cantik. Anakku yang sulung sudah berusia 23 tahun,yang kedua 20 tahun dan yang kecil sekali sudah berusia 14 tahun. Aku merasa sungguh-sungguh bahagia sekali kerana dengan izinNya rumahtangga yang kami bina selama 24 tahun ini kekal hingga ke hari ini dan aku berharap agar ianya akan terus kekal hingga hujung nyawaku. Aku juga amat berterimakasih pada arwah ibu kerana mempercepatkan tarikh perkahwinanku dengan Z dulu kalau tidak mungkin aku tidak akan berada disini agaknya. Betullah apa yang dikatakan oleh anakku yang kedua:

"Siapa kita yang lepas tidak penting, tapi siapa kita dimasa akan datang''