HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Monday, January 31, 2011

kawin muda...!!!! baik atau tidak????

Salam 1 Malaysia buat insan-insan semua....Entry hari ini aku nak bercerita tentang perkahwinan di awal usia yang muda..Bagus ke tidak berkahwin di waktu usia yang muda?Pernah tak kita terfikir akan masalahnya, tapi pada aku berkahwin di waktu usia masih muda tidak menjadi masalahnya jika kita pandai menyesuaikan diri dan keadaan.Cuba kita kaji apa kelebihannya kalau berkahwin di waktu usia masih muda ni...

1- Tidak ada budaya seperti sekarang ni di mana ramai remaja duduk melepak di pusat beli-belah.
2-Tidak adalah kes pembuangan anak yang selalu berlaku sekarang ini.
3- Semua remaja tahu tanggungjawab masing-masing
4- Semua ibubapa tidak akan merasa risau bila anak perempuan mereka kerap keluar rumah (melepak kat mana-mana)
5- Bagi yang remaja lelaki tidaklah asyik nak merempit dan melepak je...
6- Mengelakkan semua remaja dari melakukan perkara-perkara maksiat
7- Tidak ada lagi remaja yang lari dari rumah

Itulah antara perkara-perkara yang akan dapat kita elakkan dan hindari jika ada remaja yang mengambil keputusan untuk berkahwin di dalam usia yang muda...(janganlah usia baru setahun jagung dah nak kawin nanti x makan anak dara orang)maksudnya usianya mestilah dah melepasi 18tahun.. yer adik-adik sekalian dan sudah bekerja kalau boleh...(dah tahu cari pendapatan sendiri)....
Sekarang pun limit usia kawin di waktu muda dah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.Usia untuk berkahwin bagi perempuan 16tahun dan bagi lelaki pula 18tahun.
Di bawah umur itu tidak akan dibenarkan berkahwin kerana usia begitu dianggap masih dibawah umur.Kajian telah terbukti bahawa pasangan yang berkahwin di bawah umur mengalami masalah perceraian dan tidak kekal lama usia perkahwinan mereka.
Tapi bila kita fikirkan orang tua dulu-dulu pun berkahwin di waktu usia mereka masa muda juga tapi tidak plak mereka itu bercerai-berai kekal hingga ke hujung nyawa lagi.Itulah perbezaannya remaja sekarang dengan remaja dahulu.
Di masa dahulu tidak ada masalah seperti sekarang ini tidak ada kes remaja lari dari rumah,kes remaja buang anak luar nikah,kes zina,kes rogol,kes bunuh dan macam-macam lagi lah pendek kata zaman dahulu semuanya aman dan damai.
Pasangan dahulu yang berkahwin di waktu umur masih kanak-kanak tidak ada pun kes pasangan itu bercerai-berai tapi kekal hingga keanak cucu dan kekadang hingga dapat cicit dan piut lagi.(betul tidak apa yang aku ckp ni bantai je la)...
Ibu dan bapa mentua aku pun berkahwin di waktu usia mereka masih muda,masa itu mak mentua aku baru berusia 9 atau 10 tahun( percaya atau tidak kawin lagi muda beb)bapa mentua aku plak waktu itu dah berusia 18 tahun tapi dah bekerja la waktu itu 
(kerja askar kata orang dulu-dulu) tapi kira dah ada duit nak tanggung anak dara orang,masih boleh di terima pakai la kalau nak kawin pun....
Kekal usia perkahwinan mereka hingga hujung nyawa mereka berdua lagi...tak ada pun masalahnya.
Benda dan perkara begini sebenarnya atas usaha pasangan itu sendiri samaada mereka boleh lalui semua masalah dan dugaan dalam usia perkahwinan mereka itu dan dikira mereka akan berjaya didalam alam rumahtangga tidak kira usia mereka masih muda atau tidak.
Ada juga remaja sekarang pandai mencari duit poket mereka sendiri,mereka akan bekerja di mana-mana tempat asalkan setiap bulan ada pendapatan mereka sendiri.Itu bagi yang rajin dan berusaha tapi kalau kena yang pemalas tu baik dia duduk melepak je dari buat kerja,harapkan duit mak bapa je kalau mak bapa yang kurang pendapatannya macammana susah jadinya nanti....itu namanya anak yang tidak mengenang budi pada mak bapanya....
Oleh itu apa pendapat kamu semua baik ke tidak berkahwin di waktu usia kita masih muda?????
Cuba kita semua fikir-fikirkan dan renung-renungkan!!!!
 Kalau ada pasangan berkahwin di usia yang muda sebenarnya seronok apa tidaknya bila anak-anak dah besar kita still look young 
(ckp orang putih-putih)yang susahnya bila anak-anak masih kecil, bila dah besar semua kesusahan itu akan hilang kerana kita dapat melihat anak-anak membesar dan kesusahan yang dahulu tidak akan terasa walau sedikit pun.
Itu adalah dari pengalaman aku kerana aku dikira salah seorang yang berkahwin di waktu usia yang muda (19 Tahun).
Pengalaman itu lah yang mengajar aku akan erti kehidupan ini,segala susah senang hendaklah kita harungi dengan sabar dan ingatlah Allah itu sentiasa ada di sisi kita dalam mengharungi dunia rumahtangga.
Alhamdullilah berkat kesabaran dan kecekalan aku usia perkahwinan aku sekarang sudah melewati 2 dekad (diam tak diam dah 25 tahun rupanya)dan aku berharap ia akan kekal hingga hujung nyawa kami berdua...InsyaAllah...









Sunday, January 30, 2011

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU KERING

Salam 1Malaysia.

Hari ini hujan lagi,sekarang ini musim asyik hujan dan cuaca agak sejuk.Dalam cuaca sejuk ini kita pekena jemput-jemput udang geragau kering pun best...Ok lah mari kita ke dapur untuk menyediakan jemput-jemput udang geragau ini. Jemput-jemput ini boleh juga digantikan dengan udang geragau yang basah,ramuannya sama je cuma tambahkan dengan sayur tauge best juga.Aku biasanya panggil jemput-jemput je tapi ada setengah-setengah tempat di panggil cucur,tak kisahlah nak panggil apa janji benda yang nak dibuat itu cara buatannya adalah sama semuanya.

BAHANNYA:
tepung
sedikit bawang
sedikit cili merah dihiris
sedikit cili kisar
daun bawang
daun kari(kalau suka)
1 biji telur (kalau suka)
garam
sedikit minyak utuk menggoreng


CARANYA:
Ambil tepung bubuh dalam bekas,masukkan bawang hiris,cili merah yang telah dihiris (itu pun kalau suka) sedikit cili kisar,daun bawang, daun kari(ini pun kalau suka)dan telur.Gaulkan kesemuanya hingga rata dan bubuh garam secukup rasa.Panaskan minyak dan bolehlah digoreng sehingga kekuningan.Setelah kuning bolehlah diangkat dan di hidangkan dengan air teh o panas atau air kopi o.
Selamat minum petang semua.



SOSNYA:
Ambil cili merah dan bawang putih ditumbuk sehingga hancur setelah itu masukkan ke dalam bekas.
Bubuh sedikit garam,gula dan cuka gaulkan kesemuanya kalau pekat tambah sedikit air.Sos dah siap dan makan bersama dengan jemput-jemput udang geragau tadi.


Saturday, January 29, 2011

Resepi Kari Sardin Dengan Kentang

SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari ini kita jengah kat dapur apa yang ada untuk masak tengahari.Selongkor almari terpandang tin sardin dalam almari tu.Fikir punya fikir!!!!Yup dah selalu makan ikan fresh hari ini kita makan ikan dalam tin plak...ambil keputusan masak kari sardin ditambah dengan ubi kentang.Ok juga tu..kita bolehlah mulakan memasaknya.....jom!!!!




BAHANNYA:
Sardin 1 tin
santan
rempah kari
sedikit cili kisar
daun kari
ubi kentang
halia(tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
bawang merah(tumbuk)
sedikit minyak utk menumis


CARANYA:
Halia,bawang merah dan bawang putih di tumbuk halus.Ambil rempah kari campurkan dengan cili yang telah dikisar gaulkan hingga sebati.Panaskan minyak dalam periuk kemudian ambil bahan yang dah ditumbuk tadi tumiskan bersama daun kari,masukkan rempah kari yang dah dibancuh tadi kedalam periuk biarkan sehingga garing.Setelah garing rempah tadi masukkan santan dan ubi kentang biarkan sehingga kentang tadi empuk dahulu,setelah kentang empuk masukkan sardin ke dalam periuk biarkan sardin itu masak beberapa minit, tambah garam dan serbuk perasa.Siap dan boleh di hidangkan.

Friday, January 28, 2011

Awas...!!!! JERAGAT!!!!!

Salam 1Malaysia.
Mari kita berkongsi bersama-sama entry hari ini tentang masalah JERAGAT!!!!
Kosmetik tidak sesuai boleh menyebabkan jeragat.Apa yang kita tahu tentang jeragat???Mungkin ada yang kurang ambil peduli tentang isu jeragat ini tapi bila ia dah mula melekat dan ada kat muka kita barulah terasa nak tercari-cari cara apa yang boleh menghilangkan jeragat itu...
Aku juga salah seorang yang mungkin akan mengalami masalah ini oleh itu sebelum ianya melarat eloklah aku mula mengambil tindakan yang sewajarnya...Belek punya belek muka kat cermin barulah nampak akan jeragat yang mula melebarkan sayapnya ke kulit mukaku ini...Oleh itu marilah kita kongsi bersama-sama langkah pencegahan yang perlu kita ambil seterusnya....
Sebenarnya kulit muka kita selalu terdedah kepada sinaran matahari.Kerapkali selepas kita melakukan aktiviti luar kita lupa tentang penjagaan kulit muka kita itu menyebabkan ia menjadi punca masalah kulit wajah iaitu jeragat.
Selain itu juga penggunaan bahan kosmetik juga haruslah berhati-hati kerana produk yang tidak sesuai boleh juga menyebabkan masalah jeragat.Jeragat boleh membuat kita merasa malu,kurang keyakinan diri kerana kulit kita yang kelihatan gelap.
Jeragat adalah bintik hitam atau tompok hitam yang terdapat di bahagian muka.Jeragat juga boleh tumbuh di bahagian leher dan celah ketiak kita.Selain terdedah kepada sinaran matahari dan bahan-bahan kosmetik yang tidak sesuai,faktor genetik dan ubat-ubatan perancang juga boleh menjadi puncanya.Semua sumber maklumat ini aku dapat dalam satu majalah yang aku baca dan inginku kongsikan dengan kamu semua di sini, iaitu jenis-jenis jeragat dan cara pencegahannya.
Cegah dahulu sebelum ianya melarat menjadi satu masalah yang sukar diatasi.


JENIS-JENIS JERAGAT: 

1- Pigmentasi ialah tompok hitam yang mendatar di dalam lapisan kulit.Masalah pigmentasi adalah seperti
melasme,freckles atau solar lentigenes.
2- Biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses iaitu bintik hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh berkelompok,actinic keratoses dan skin tag iaitu lebihan daging berwarna coklat atau hitam yang biasanya tumbuh pada leher,muka dan celah ketiak.


RAWATAN:
1-Masalah jeragat boleh dirawat sama ada dengan memakai ubat yang disapu di kawasan bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan.Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.Masalah pigmentasi seperti melesme,krim daripada kombinasi hydroquinone,tretinoin,steroid,krim isotrenoin dan'chemical peeling'atau pengelupasan kimia.Jika pigmentasinya terlalu tebal mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapat hasil yang lebih baik.
2-Bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses dan skin tag rawatan fizikal adalah cara terbaik dan penggunaan krim tidak sesuai.Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu menggunakan alat cautery yang menghasilkan 'heat'(haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan,rawatan cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.


LANGKAH PENCEGAHAN:
Langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang perlu untuk melindungi jeragat ialah dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar.
Jauhilah cahaya matahari dari 9 pagi hingga 4 petaang.bagi yang menghadapi masalah jeragat disebabkan oleh
pemakaian kosmetik yang tidak sesuai anda perlu berjumpa dengan doktor pakar kerana jika berterusan boleh memburukkan lagi keadaan dan alahan.
Bintik yang disyaki jeragat tetapi membesar,bertukar warna atau berdarah perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan bahawa ia adalah jeragat atau kanser kulit.
Remaja dinasihatkan agar jangan menguntilnya atau melakukan sebarang perlakuan fizikal untuk membuang jeragat kerana boleh membawa kepada jangkitan kuman,berdarah dan menjadi parut yang hodoh dan berkekalan.
Kamu perlu berhati-hati kerana masalah jeragat boleh menjadi kanser kulit.Sebaiknya kamu perlu merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti penyebab dan rawatan yang bersesuaian.


dapatkanlah produk-produk untuk menghilangkan jeragat.
Tedapat banyak jenama yang terlaris dipasaran.


jerawat atau white head??


kulit muka yang penuh dengan black head


Lakukanlah facial di pusat-pusat rawatan sekurang-kurangnya sebulan sekali agar kulit muka
sentiasa bersih dan segar.Kalau tidak lakukan sendiri di rumah itu lebih
menjimatkan.






Thursday, January 27, 2011

Resepi Siput Sedut Masak Lemak

Salam 1Malaysia
Assalamualaikum..

BAHAN_BAHANNYA:
siput
santan kelapa
cili api
bawang merah
asam keping

CARA-CARA MEMASAK:
Bersihkan siput potong bahagian hujungnya tepikan.Sediakan bahan untuk kuahnya,ambil cili api kalau nak pedas lebihkan cili api dan bawang merah tumbuk sehingga hancur.Setelah itu ambil sebatang serai titikkan dan letakkan kedalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.Masukkan santan cair dahulu dan letakkan di atas dapur sekejap setelah didih masukkan siput sedut yang telah di cuci tadi kedalam periuk.Biarkan kuah didih sekejap dan masukkan asam keping serta santan pekat tadi ke dalam kuah.Kacau dan tunggu sehingga siput masak dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.Selamat menjamu selera.

Wednesday, January 26, 2011

petua buat semua...

Salam 1Malaysia.
Hari ini aku nak bagi sedikit petua buat kamu semua,petua-petua ini adalah dari petua nenek moyang kita dahulu.Sedikit sebanyak ada yang ku olah daripada majalah-majalah yang aku baca,semuga petua-petua ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan buat kamu semua...ok...


Petua 1: Daun inai menghilangkan senggugut
Bagi mereka yang mengalami senggugut sewaktu datang haid,petua untuk menghilangkan sakit di bahagian bawah perut cuba ambil sedikit daun inai dan rebus daun inai itu sehingga mendidih.Kemudian biarkan air rebusan itu suam dan minumlah perlahan-lahan.Bolehlah diamalkan setiap hari InsyaAllah sakit senggugut itu akan hilang.


Petua 2: Elak perut buncit.
Bagi mengurangkan masalah perut buncit sediakanlah dua biji limau nipis dan kapur sirih.Ambil air perahan limau nipis tadi dan campurkan dengan sedikit kapur sirih kacau hingga sebati kemudian sapukanlah bancuhan tadi di perut.Amalkanlah setiap malam.InsyaAllah perut tidak akan buncit lagi.


Petua 3: Kunyit hidup legakan selsema bayi
Bayi mudah meragam dan tidak selesa apabila selsema.Salah satu cara untuk mengatasinya,adalah dengan menggunakan kunyit hidup.Tumbukkan sedikit kunyit hidup dan sapukan pada batang hidung bayi itu InsyaAllah selsema itu akan hilang.


Petua 4: Bunga cengkih kecutkan jerawat.
Bagi mengecutkan jerawat, ambil beberapa tangkai bunga cengkih.Gosokkan di bahagian belakang lesung batu.Kemudian titikan sedikit air dan sapukan di bahagian yang berjerawat.Amalkan setiap malam,InsyaAllah jerawat itu akan hilang dan tidak akan meninggalkan parut.



Petua 5: Atasi kencing tidak lawas.
Bagi mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas,amalkan lobak putih sebagai sebahagian dari menu harian.Bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat,rebus lobak dan minum air rebusan itu.Amalkan selalu makan dan minum air rebusan lobak putih itu.


Tuesday, January 25, 2011

Resepi Ketam Sambal

Salam 1Malaysia.
Assalamualaikum..


Bahan-bahannya:
-ketam
-cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-serai
-belacan
-sedikit gula
-air asam jawa
-minyak utk menumis

Cara-caranya:
1.Ketam perlu di bersihkan dahulu, ambil cili kering blender dengan bawang besar,bawang putih dan belacan.
2.Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah di blender,masukkan serai yang telah di titik sedikit dan goreng cili itu sehingga garing
3.Setelah cili garing masukkan air asam jawa,pastu masukkan sedikit gula,garam dan serbuk perasa dan biarkan sebentar.
4.Masukkan ketam yang telah dibasuh tadi,tutup kuali dan biarkan ketam itu sehingga masak
5.Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris-hiris,angkat dan boleh di hidangkan.

Monday, January 24, 2011

pameran pengantin...

Salam 1Malaysia
Semalam aku bersama hubby n anakku yg sulung bersiap nak ke Plaza Angsana, saja je kami ke sana sebab nak tengok akan pameran pengantin.Jalan je sambil cuci mata lagi pun hari cuti2 begini je dpt jejalan n lapangkan fikiran.Kami ke lobby plaza untuk melihat pameran tu tapi kali ini kurang plak orang yg datang atau kami sampai awal ke?ntah lah mungkin juga kot....
Kami pergi ke setiap booth yg ada di sana ,tengok n survey sekali mana satu yg boleh kami tempah nanti ...susah betul nak buat kenduri kawin ni semuanya nak dilakukan...pening..pening....Setiap kedai lain-lain plak harga dan pekejnya pun lain2,ada yg kat kedai ini ada kat lg satu x ada plak..adushhh....jadi kenalah berhati2 membuat pilihan supaya majlis kawin tu nanti dpt dijlnkan dengan sempurna....ya lah kalau boleh kita semua nak kan yg terbaik kan tapi kalau boleh biarlah majlis tu nanti nampak grand walaupun belanjanya x seberapa....
Tengoklah nanti mcmane ......nak wat yg grand wet nyer pun kena grand lah jugak.....(duit duit dimana kau duit...)teringat nyanyian M.Nasir tu.....Susah sgt memikir jumpa juga satu kedai yg harga n kos nyer yg memang boleh lah di terima harganya....okay lah aku rasa tapi kena dok berbincang dulu akan sebut harganya dengan betul2 jgn nanti lain jadinya....kami setkan time utk buat temujanji dengan 'Wedding Planner' ni dan akan dok berbincang tentang harganya...harap2 ok lah sebab malas betul nak cari ke tempat lain lagi...semuga segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya....






sibuk kita tengok pameran pengantin, hubbyku plak sibuk dengan mencuba motor kat tepi tu
teringin juga ye sebab dah lama tak naik motor kot....

Saturday, January 22, 2011

menjaga hati kekasih...

salam 1 malaysia
Entry aku hari ini simple je tapi bolehlah dijadikan panduan bagi sesiapa yang sedang hangat bercinta tu juga pasangan suami isteri..Kita manusia ini sememangnya amat sukar untuk memuaskan hati sesiapa jua, sukarnya untuk menjaga hati kekasih apatah lagi jika pasangan kamu itu adalah seorang yang kuat merajuk.Apa yang harus dilakukan?Pujuk?Ajak menonton wayang ,atau biarkan sahaja dia begitu sehingga hatinya lembut semula...
Ahhhh....susahkan bila dalam keadaan begini,mungkin tidak!!!!Jangan dirosakkan hubungan kamu yang telah terjalin tu....Marilah kita ikut  petua (kalau nak) di bawah ini bagaimana mahu menjaga sesuatu ikatan dan seterusnya mengambil hati kekasihmu atau pasangan kamu.....selamat mencuba!!!!!

1- Tunjukkan rasa sayang kamu terhadap pasangan sama ada melalui kata-kata mahupun perbuatan.
2- Hindarilah segala ucapan yang akan menyinggung perasaan pasangan biarpun kamu dalam keadaan marah.
3- Berusahalah mengawal perasaan marah kamu dan ingatlah segala kenangan manis kamu bersama pasangan
    bimbinglah pasangan dan fahamilah bahawa tidak semua manusia sempurna.
4- Keluarlah makan ditempat yang istimewa ataupun bersiar-siar di tempat yang menjadi kenangan manis  
5- Janganlah merendah-rendahkan pasangan kamu di depan orang lain.
6- Elakkan dari memuji orang lain di depan ataupun di belakang pasangan kamu.
7- Hargai dan pujilah segala pengorbanan pasangan .
8- Ambil berat akan perasan dan juga kesihatan pasangan.
9- Berilah bimbingan kepada pasangan dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan
    bermotivasi.
10-Bantu pasangan dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
11-Berdoalah selalu agar hati dan perasaan pasangan sentiasa patuh pada Allah S.W.T dan hormati
    pada insan yang dicintai.Mudahkanlah, InsyaAllah....

Friday, January 21, 2011

Resepi Popiah Sardin

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hujan-hujan dan dalam cuaca sejuk petang ini kita sajikan  hidangan minum petang dengan Popiah Sardin.Bolehlah kita cuba buat petang ini,hidangan yang senang dan segera untuk dibuat,ambil sardin digaulkan dengan mayonis pastu tambah dengan sayur sedikit gulungkan dan dah pun jadi popiah.Dan siapkan inti ambil kulit popiah letakkan intinya pastu gulung buat sehingga habis.Setelah siap boleh digorengkan hingga kekuningan dan boleh dihidangkan dengan air teh o panas.

Wednesday, January 19, 2011

"Damping Malam"

Salam 1 Malaysia
Entry hari ini adalah mengenai filem yang baru aku tonton semalam iaitu
"Damping Malam".Jalan ceritanya not bad juga lah boleh tahan,bolehlah kalau nak tonton seisi keluarga.Sekarang ini manusia suka bebenor menggunakan amalan syirik dan amalan yang amat-amat ditegah oleh agama kita.Kenapalah bomoh dicari untuk melakukan perbuatan syirik atau mengekalkan keharmonian rumah tangga dengan berbomoh?
Entahlah sekarang ini macam dah menjadi satu trend plak kalau ada masalah dalam rumahtangga bomohlah tempat yang ramai orang cari untuk berubat....Sepatutnya kita hendaklah berdoa kepada Allah dan sujud kepadaNya supaya kita diberikan petunjuk ke jalan yang diredhaiNya dan dapat keberkatan,ketenangan dalam hidup ini bukannya mencari "Tok bomoh"yang bergurukan syaitan dan iblis.
Benda-benda itu semua boleh membawa kita ke jalan kesesatan dan berlakulah
 kemungkaran didalam hidup seharian kita.Bila kita sudah membuat perjanjian dengan syaitan kita tidak akan boleh melarikan diri lagi semuanya haruslah mengikut segala kesesatan.
Begitulah apa yang berlaku dalam filem "Damping Malam"ini bila sudah membuat perjanjian dengan syaitan kita terpaksa akur dan jika ingkar akan berlakulah sesuatu yang tidak diingini,semua kehendak syaitan itu harus diikuti jika tidak salah seorang ahli keluarga pasti akan menjadi mangsanya.
 Oleh itu janganlah kita mencari bomoh dan membuat perjanjian dengan syaitan bila kita di dalam kesusahan hanya pada Allah sahaja tempat untuk kita mengadu dan hanya padaNya jua tempat kita mencari segala ketenangan di dalam diri.

Sinopsi cerita ini mengisahkan sebuah keluarga yang sempurna Wadi seorang usahawan muda dan isterinya Kulira akhirnya musnah akibat mengamalkan amalan pendamping.Isterinya menemui bomoh untuk mengambil pendamping kononnya untuk mengekalkan rumahtangganya dari hancur.
Sikapnya yang tidak mempercayai suaminya yang membuat Lira mencari pendamping hinggakan anak tunggalnya Aiza yang menjadi mangsanya.Kulira membuat perjanjian dengan pendampingnya dan jika perjanjian itu dilanggar maka salah seorang ahli keluarga Kulira akan menjadi mangsa.
Akibat sikapnya itu Kulira kehilangan anak tunggalnya.Itulah akibatnya terlalu mengikut perasan dan hasutan kawan-kawan agar menggunakan amalan bomoh yang syirik.

"Dan bahawanya sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang dari manusia
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin kerana dengan pertolongan itu,mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"
(surah Al-Jin ayat 6)

Keseluruhan cerita ini menarik dan dia memberikan pengajaran pada isteri-isteri agar selalulah mempercayai suami-suami mereka dan janganlah mengunakan amalan yang amat memesongkan akidah kita semua.Di harap semua ini dapat memberikan pedoman pada kita agar selalu meminta, berdoa dan memohon petunjuk dari Allah Yang Satu.

Monday, January 17, 2011

NASI BRYANI N AYAM MASAK MERAH

Fikir punya fikir apa nak masak hari ini aku pun tak tahu...pergi kat peti ais lihat apa bahan yang ada untuk dimasak hari ini hanya tinggal ayam je,ada sedikit nenas apa nak wat ek?... untuk dijadikan santapan tengahari.Rempah bryani masa kenduri tempohari ada lagi,bolehlah aku masak nasi bryani yang simple-simple je hari ini....ayam plak nak masak apa yer? masak je ayam masak merah janji dapat makan tengahari ni....nanti kita tengok hasilnya apa yang jadi....:)

bahan-bahannya:
-Beras basmathi
-rempah bryani
-minyak sapi
-sedikit minyak kelapa
-daun pudina/saderi
-bawang goreng
-kismis
-badam/gajus(kalau ada)
-bawang merah dan putih (diblander)
-halia(blander)
-rempah penumis(bunga lawang,kayu manis.cengkih,pelaga)
-daun pandan

Cara-caranya:
1- Beras di basuh dahulu dan ditoskan.
2- Panaskan periuk dan letakkan minyak sapi dan sedikit minyak kelapa (mengurangkan nasi berlemak)
3- Setelah minyak panas tumiskan rempah penumis tadi dengan bawang yang telah dihiris,pastu masukkan  
     rempah beryani kacau sehingga kekuningan
4- masukkan air ,daun pandan, garam,serbuk perasa dan beras
5- Kacau dan tutup dan biarkan hingga masak
6- Setelah masak bubuh pewarna ,daun bawang ,gajus n badam (kalau ada)resepi aku hari ini simple je sbb      kismis dan badam dah habis digunakan tempohari,jadi gunakan je mana yang ada lagi.Dah masak bolehlah dihidangkan dengan ayam masak merah atau daging bryani.

muat turun balik gambar nasi bryani waktu kenduri tempohari
hari ini sama je...



Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya:
-Ayam
-tomato sos/tomato puri
-cili blander
-minyak utk menumis
-rempah penumis
-bawang merah  (blander)
-Halia (blander)

Cara-caranya:
-Panaskan minyak dan goreng ayam 
-Angkat ayam yang telah digoreng tadi 
-Tumis rempah penumis, cili ,halia dan bawang yang telah di blander goreng
  hingga garing kemudian masukkan sos tomato kacau.
-Masukkan ayam tadi ke dalam sos tadi dan gaulkan,biarkan sebentar dan boleh di angkat.
-Taburkan dengan daun bawang dan cili hiris untuk hiasan.
-Boleh di hidangkan dengan nasi bryani tadi.



muat turun balik gambar ni ,gambar waktu kenduri tempohari

"Tips Mengawal Pasangan Yang Cemburu"



"Cemburu"semua orang kat di dunia ini memiliki sifat ini tidak terkecuali aku sapa lagi. Tapi hari ini aku tidak cemburu pun dengan sesiapa hanya aku nak berkongsi tips bagaimana nak mengawal emosi apabila cemburu itu datang melanda kat kita semua.Cemburu ini adalah salah satu perkara yang amat kita risaukan sekali apabila kita mempunyai pasangan yang terlalu kuat cemburunya.Oleh itu sesiapa yang mempunyai pasangan yang ada sifat-sifat cemburu ini atau kamu sendiri yang mempunyai sifat cemburu ini berhati-hatilah dalam segala perilaku kita supaya tidak terjadinya sesuatu hal yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan pergaduhan.



Tips Mengawal Pasangan Yang Cemburu
1- Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu,jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu dan kamu tidak perlu untuk menjawab setiap soalannya,lebih baiklah kamu berdiam diri daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2- Terima hakikat bahawa kekasih kamu atau sesiapa pun tidak berniat untuk melukai hati kamu,mungkin ini sifat semula jadinya dan janganlah kamu ambil hati akan kata-katanya.

3- Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri,pujilah kekasih, tunang, suami atau isteri kamu jika perlu.Mintalah nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu pada orang yang kamu sayangi itu.

4- Janganlah kamu suka berpoya-poya dengan wanita/ lelaki lain.Ini hanya akan membuat situasi lebih sukar,apa yang perlu bagilah sokongan yang berterusan padanya.

5- Berbincanglah dengan pasangan kamu tentang perasaan cemburunya secara perlahan-lahan dan pilihlah waktu yang paling sesuai sekali.


Atasi Sifat Cemburu
1- Hormatilah perasaan pasangan kamu kerana dia juga mempunyai hak untuk menilai kcantikan wanita/lelaki lain.

2- Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya.Jika kamu seorang yang kuat cemburu,usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3- Tuliskan apa juga perasan kamu apabila kamu merasa cemburu.Marah? Tidaktentu arah?Menangis? Geram? Rasa malu?Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4- Cuba fikirkan bagaimana sifat cemburu kamu itu meledak.Adakah adil kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain?Bukannya sesuatu yang teruk andainya pasangan kamu senyum dengan orang lain.Kajilah dari segi yang positif supaya kamu tidak melayan perasan cemburu itu seterusnya.

5- Bina keyakinan diri dan kita mungkin akan rasa lebih selamat dari bergantung pada pasangan kita saja.Luaskan persahabatan kepada orang lain juga.

Kesan Positif Cemburu
1- Mengelakan si dia curang kepada kamu.
2- Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3- Sentiasalah menjaga hati kamu.
4- Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu.


Kesan Negatif Cemburu
1- Si dia akan cepat bosan bersama dengan kamu.
2- Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan yang lain.
3- Selalu berlaku pertengkeran kerana sifat curiga dan cemburu itu menjadi terlampau.
4- Pergerakan sentisalah diawasi seperti orang yang bersalah.

gambar muat turun dari goggle

Sunday, January 16, 2011

Resepi Asam Pedas Ayam

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...




Menu tengahari hari ini adalah asam pedas ayam dengan daun kari.
Menu biasa yang selalu kita dengar dan buat.
Bahan-bahan yang kita perlukan seperti di bawah:
- ayam -cili kering -daun kari -air asam jawa -kunyit -halia -bawang merah dan sedikit belacan
Mula-mula kita blender cili kering ,bawang merah,belacan ,halia dan kunyit hidup.Kalau gunakan kunyit hidup lebih sedap daripada serbuk kunyit.
Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk ambil cili yang telah di blander tadi tumiskan.Biarkan sehingga cili  garing dan kemudian setelah garing masukkan air asam jawa.Biarkan kuah asam itu mendidih,masukkan garam dan serbuk perasa kacau, masukkan ayam tadi dan daun kari.Biarkan kuah itu mendidih dan daging ayam masak.Bila asam pedas itu dah siap bolehlah dihidangkan

Friday, January 14, 2011

Filem "MAGIKA"

Semalam baru tonton filem "Magika" ini bersama dengan family,memang seronoklah jalan ceritanya.Hari ini bila aku lawat blogger dan terbaca plak entry dari blogger"Green Carpet"tentang sinopsis cerita "Magika"ini aku setuju dan betul apa yang "Green Carpet"(greenscarpets.blogspot.com) katakan di dalam entrynya bahawa cerita ini memang berbentuk kekeluargaan dan pantang larang orang tua-tua dulu tentang larangan keluar di waktu senja dan sifat kasih sayang di antara adik-beradik.
Happy sesangat bila tonton cerita ini banyak pengajarannya buat sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Ajaklah anak-anak menonton sekali filem ini kerana sambil kita menonton segala pengajaran dan kesalahan yang dilakukan boleh kita bagitahu pada anak-anak kita supaya mereka tidak akan melakukan perilaku sebegitu nanti.
Lagu dalam cerita ini pun begitu menarik dan sedap didengar,watak nenek kebayan yang dilakonkan oleh Zaina Zain begitu best juga kerana kalau kita lihat cerita-cerita orang putih watak nenek kebayan ni atau ahli sihir muka dan pakaian mereka amat menakutkan tapi dalam "Magika"ni nenek kebayannya begitu cantik cara pakaiannya (berkebaya),
rambutnya pun elok bersanggul tidak seperti nenek kebayan yang menggerbang rambutnya.
Oleh itu disarankan pada ibubapa ajaklah anak-anak semua menonton filem "Magika"ini,
download atau belilah dvd filem "Magika' ini dikedai-kedai menjual dvd tapi beli yang original yer..
Di dalam filem ini ramai pelakon-pelakon yang terkenal turut sama berlakon dengan watak masing-masing yang sememangnya best.Antara pelakonnya Aznil Hj.Nawawi,Ziana Zain,Mawi,Diana Danielle,Fimie Don,M.Nasir,Saiful Apek,Nabil,Ning Baizura,Sharifah Amani dan ramai lagi.
Tahniah kepada KRU kerana membuat filem yang berbentuk muzikal ini dan memberi pengajaran kepada anak-anak yang menontonnya.

Filem "MAGIKA"


Thursday, January 13, 2011

cerita best"CSI"

Cerita best yang ku maksudkan disini adalah cerita mngenai cerita yang selalu ku tonton kat tv iaitu cerita mengisahkan penyiasat jenayah "CSI".Pada akulah cerita ini best sangat-sangat sebab kita dapat lihat di dalam cerita ini mengenai kes-kes yang berat2 dapat diselesaikan dengan begitu cepat sekali.Drama "CSI"ini sebenarnya paling aku minat sekali, pantang je ada kat tv (x kira tv mana pun )pasti aku x kan lepaskan menontonnya.
Permulaannya aku jadi minat sesangat kat cerita ini, begini ceritanya (wah sang pencerita nak mulakan cite)hehehe.... pada satu malam 5 atau 6 tahun yang lepas( lama juga lah) waktu tu aku masih lagi menetap di Melaka (mcm nak wat novel plak)...
pada suatu malam tu aku tidak dapat hendak melelapkan mata jadi menonton tv salah satu jalan penyelesaiannya sbb kalau dengan menonton tv dapat membantu aku untuk senang tidur kononnya lah,jadi aku pun siap setkan timer untuk tv tu stop dengan sendirinya bila aku dah lelap nanti....
aku pun tontonlah satu cerita orang putih ni,mula-mula macam tak best je ceritanya tapi lama-kelaman aku jadi seronok plak tengok akan jalan ceritanya tu...ingatkan sekejap je dah tertidur rupa-rupanya aku tengok cerita tu dari mula sampailah keakhirnya,
 dalam kepala otakku dah mula terfikir
"best jugak cite ni,nanti nak tengok lagi lah..."dah habis cite pun mata tak boleh lelap juga, asyik aku memikirkan cerita yang best yang aku baru tonton tadi...entah  bila aku terlelap aku pun tak tahu....memang best pun siri drama-drama "CSI"ni...kalau tak percaya cubalah ikuti siri-sirinya pasti menyukainya nanti....belum cuba belum tahu....
Mula dari tu lah aku mula meminati cerita-cerita dari drama "CSI"ni...banyak juga drama-drama "CSI" ini disiarkan kat rancangan tv tapi yang bestnya aku dapatkan ceritanya yang terbaru kat "YOUTUBE"apa lagi download lah cerita-ceritanya yang terbaru.....kat tv tu kekadang ada episodnya yang dah lama-lama...
"CSI" ni banyak sesionnya dan banyak tempat plak,ada "CSI MIAMI","CSI LAS VEGES","CSI NEW YORK"semuanya best-best belaka tapi yang paling bestnya tentang "CSI MIAMI"adalah kerana heronya,
ala heronya yang suka pakai spec hitam tu pastu kalau pandang pasti akan mengiringkan badannya...tu yang buat aku tergelak kalau tengok "CSI MIAMI" ni....MR.HORATIO tulah nama heronya dalam siri "CSI MIAMI"ni yang dilakonkan oleh pelakon bernama David Caruso....
Drama "CSI"ni banyak menunjukkan bagaimana caranya anggota-anggotanya mencari bahan bukti untuk mencari siapa pembunuh yang sebenarnya melalui cap jari,kesan darah ,dna dan macam-macam lagi,
semuanya menggunakan peralatan yang amat canggih sekali,itu yang membuat cerita ini amat menarik sekali....setiap siri "CSI" ini pasti ada antara anggotanya yang bercinta sesama mereka tapi dalam diam-diam
kerana mungkin ada sebab tertentu kot...terselit juga cerita cinta dalam siri ini dan itulah yang membuat cerita ini bertambah menarik sekali  (pada akulah) tak tahulah pada kamu semua yang diluar sana.....
Di bawah ni aku uploadkan gambar mereka yang berlakon dalam drama bersiri "CSI" ini....


inilah anggotanya dari "CSI MIAMI"


Inilah heronya DAVID CARUSO yang memegang watak MR.HORATIO
(handsome jugakan..)


CSI NEW YORK

"CSI NEW YORK" pun menarik juga dengan heronya yang handsome GARY SINISE  memegang sebagai watak MR.MAC lupa lagi namanya dalam siri ini....apa je asal ada nama sudah.... 


pelakon "CSI NEW YORK" (Heronya)
MELINA KANAKAREDES dan GARY SINISE


pasangan yang bercinta dalam drama "CSI NEW YORK"


HERO CSI LAS VEGAS MR.GRISSOM
WILLIAM PETERSEN 


anggota -anggota "CSI LAS VEGAS"


Wednesday, January 12, 2011

popiah jadi samosa...



Hehehe....kelakar plak tengok gelagat anak daraku membuat popiah tapi jadi samosa...apa-apa pun tak kisah lah asalkan boleh dimakan...konon nyer nak buat minuman petang "popiah goreng"tapi sedap jugak walaupun lain dari apa yang dirancangkan.Samosa pun boleh asalkan dapat minum petang dengan nyaman....

 inilah hasilnya

popiah bertukar jadi samosa

Resepi Ayam Masak Hitam

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...

Menu tengahari tadi..

Hari ini tiada menu yang best yang nak di masak bila selongkor peti ais hanya tinggal ayam je...aku pun suruh anak daraku masakkan menu ayam masak hitam..ok juga menu tu janji  ada makanan untuk makan tengahari ini...
Mula-mula ayam tu dibasuh dulu kemudian diperapkan dengan kicap pekat,sos tiram halia dan bawang putih yang telah dicincang halus perapkan selama 10 minit lagi lama lagi sedap..Goreng ayam sekejap kemudian keluarkan,tumis halia bawang putih yang telah dihiris halus kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi,gaulkan semuanya
masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
Kalau sosnya kurang boleh ditambah dengan kicap pekat dan sos tiram kemudian masukkan bawang besar yang dihiris dan biarkan sekejap.Bila dah siap taburkan dengan daun bawang yg telah di hiris untuk hiasan.Siap untuk di hidangkan dan dimakan.
Dah siap pun "ayam masak hitam", kalau nak cuba silakan resepi yang simple tapi sedap ini.......

Monday, January 10, 2011

kisah anak comelku

Hari ini aku nak mengikut hubbyku ke opis, saja je nak menghabiskan masa sampai tengahari sebab tengahari nanti aku akan mengambil anak perempuan ku balik dari sekolahnya.Sebelum ke opis tadi sempat bersarapan nasi putih berlaukkan sambal tumis hijau yang dimasakkan oleh kakakku semalam,bestnya pagi-pagi dah pekene nasi panas ngan sambal tumis hijau dan ikan masin sepat.Tapi entry aku hari ini bukan mengenai makanan tapi mengenai kisah kucing-kucingku yang comel dan manja.
Lepas sarapan anak perempuanku sibuk melakukan rutin hariannya mengemaskan rumah,membasuh baju dan yang satu ini lagi best mandikan kucing kesayanganku (kembang n baby nyenyet)sememangnya dari mula lagi(semasa kecil lagi) alonglah yang memandikan kucing-kucing kesayanganku.Persiapan untuk mandi pasti dah diketahui oleh kucing-kucingku itu sebab bila along mula memasak air panas dia akan mula menyorokkan dirinya seolah-olah dia dah tahu yang sekejap lagi pasti akan dimandikan.
Mandi tetap dilakukan walaupun semuanya menyorokkan diri,bila dah dimandikan kedua-duanya akan mulalah berbau wangi.Seronoknya bila melihat kedua-duanya sibuk menjilat bulu-bulu yang separuh kering tu,kekadang pelbagai gelagat dapat ku lihat terbaring,terlentang macam-macamlah caranya membuatkan hatiku begitu amat sayang dengan kedua-dua ekor kucing kesayanganku itu,yang sedihnya kucing yang bulu belang tu  terpaksaku lepaskan sbb dah tiba masa mengawannya.
Kucing yang pertamaku jaga dan paling ku sayang sekali ialah kucing yang berwarna kuning (macam kucing garfield tu)ku namakannya dengan nama "Kembang".Nama itu diberikan adalah kerana ekornya akan mengembang bila dia berjalan.Dia adalah seekor kucing kacukan biasa je tapi bulunya yang cantik dan kembang tulah yang membuatkan aku amat sayang padanya.Dia teramat-amat manja dan cerdik.Selama 8 Tahun dia dalam peliharanku dan selama itulah kasih sayangku padanya sama seperti kasih sayangku terhadap anak-anakku juga.
Yang bestnya lepas mandi dan bulu masing-masing dah kering kedua-duanya pasti akan tidur mencari tempat yang selesa untuk beradu...ya lah dah wangi badan pun dah segar mulalah mata tu rasa mengantuk apa lagi terpaksalah cari port yang best.Kucing-kucingku ini kalau tidur pasti lama,kalau mula tidur pukul 9 pagi hingga pukul 2 ptg barulah dia bangun.Bila bangun dari tidur mulalah dia mencari makanannya kat dapur (baru terasa lapar la tu)....
Tahun lepas pernah 'kembang'jatuh sakit,kesian aku melihatnya waktu itu, terpaksalah segera dibawa ke hospital veterina kalau tidak pasti kembang dah jadi arwah agaknya....periksa punya periksa rupa-rupanya dia kene 'stone'(batu karang)terkejut juga first time dengar kucing pun boleh kena stone....sejak hari itu pemakanan kembang pun kena bertukar dari yang biasa kepada yang luar biasa (makanan import plak tu)...hai dia pun nak makanan sedap jugak rupanya,kedai biasa susah nak jumpa jenis makanan special ni hanya kat klinik veterina kerajaan dan klinik Dr.kow ( Tmn Tun Aminah) je yang ada jenis makanan ini.Susah jugalah kalau dah kehabisan stok nak cari kat kedai biasa tak mungkin akan jumpa,oleh tu terpaksalah readykan stoknya....

posing maut

lihatlah diriku....

baby

best nyer tido...

sayang baby...(cian kembang tinggal sorang)

cewahh cantik nyer...

ready ....posing

 ni nak wat apa lg dah kena tinggal???

Friday, January 7, 2011

demam

Hari ke 3 masih lagi demam,demamku ini masih tak mahu kebah lagi asyik lah makan ubat je..demam selsemaku ini amat merimaskan...hingus asyik meleleh je kat hidung.Hidung pun jadi lah tersumbat giler dan bernafas pun ikut laluan yang tak normal,ikut mulut,tekak pun sakit kenalah minum banyak air kosong..percakapan pun dah macam orang sengau tak clear,tidur pun terpaksa buka mulut kalau tidak nak bernafas pun susah, kena letakkan bantal tinggi daripada selalu kalau tidak susah juga nak bernafas tercungap-cungap jadinya macam orang yang ada asma plak.Sekotak tisu pun tak cukup asyik je mengelap hingus yang meleleh ni...Tapi kalau difikir-fikirkan penyakit yang datang ada hikmahnya ia adalah salah satu penghapus dosa-dosa kita yang lalu mudah-mudahanlah..
Dalam demam-demam ni insan2 kesayanganku sentiasa ada menemani aku ambilkan ubat,bagi makan ubat dan anak sulungku(along) masakkan bubur untukku wah best betul kalau dah sakit ni semua orang ambil berat kat kitakan.Terimakasihlah buat insan-insan kesayanganku kerana melayan kerenahku yang sedang sakit ini.Sebelah petang along buatkan kuih lagi,kuih apa ek (kuih india )kuih yang guna kacang dal...susah plak namanya kuih vade atau masalodeh (ntah betul ke tidak sebutannya aku bantai je...)along dah buat makan je lah nampak dari luaran macam tak sedap tapi bila makan sedap juga....(dalam hati sedap juga along buat kuih dan bubur ni).....kurang asam aku ni anak dah masakkan banyak cakap plak....acah dan gurau je hehehe.....cian along apa-apa pun terimakasih along buatkan mak bubur tadi....

Dalam sakit pun masih lagi sempat nak tulis kat blog,boring tak ada wat apa-apa just tonton tv dan baring je,oleh itu amik laptop tulis je lah apa yang berlaku hari ini.Ada juga entry yang dapat ku lakarkan di sini semuga demam ku ini beransur-ansur sembuh sepenuhnya.Amin


inilah bubur yang dimasakkan along
cuma tak ada daun bawang je


kuih vade

Thursday, January 6, 2011

minyak wangi....

Pernah tidak kita semua terfikir selain kecantikan wajah, kita semua juga perlu memastikan yang kita semua hendaklah sentiasa berbau wangi dan harum lebih-lebih lagi di saat bertemu kekasih hati atau bertemu dengan orang ramai.
Bau yang tidak menyenangkan pasti saja akan menjarakkan teman-teman untuk bergaul dengan kamu.Walaupun  kamu tidak menyedarinya, tetapi pasti ada yang akan bercerita bila kita kurang menjaga pemakaian minyak wangi kita.
Semua orang pasti memakai minyak wangi dari berbagai-bagai jenis dan bau ,di sini ingin aku berkongsi pada kamu semua akan panduan memakai dan memastikan minyak wangi kita bertahan lebih lama.


1.Haruman tahan lebih lama jika disapu pada kulit bawah pakaian.Tetapi anda perlu berhati-hati disaat menyemburkan kerana takut akan merosakan pakaian kamu.
2.Minyak wangi berkesan pada kulit panas dan mempunyai peraliran darah yang baik.Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat paling sesuai untuk mencalit minyak wangi.
3.Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya yang tersendiri.Sekiranya kamu mempunyai minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian minyak wangi akan hilang.Ini hanya akan merosakan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
4.Minyak wangi dicipta agar tubuh berbau harum.Kamu perlu bijak menggunakannya kerana harumannya akan tahan lebih lama.Untuk menyembur minyak wangi kamu tidak digalakkan untuk menyemburnya pada pakaian
kerana ini akan menyebabkan pakaian kamu rosak dan berbekas.Kamu boleh menyemburnya ke udara dan biarkan bauannya terkena pada pakaian kamu.
5.Kamu juga boleh menyembur dengan membentangkan baju di atas katil dan semburkan minyak wangi di atasnya.Cara lain, kamu boleh semburkan pada saputangan,lalu usap pada pergelangan tangan dan belakang telinga.
6.Panduan lain untuk memakai minyak wangi ialah sebelum menyeterika baju kamu boleh menyembur wangian di atas papan seterika.Panas yang dikeluarkan oleh seterika boleh membantu menyebarkan aroma ke seluruh pakaian kamu.
7.Kamu juga boleh menyembur minyak wangi ke tapak tangan,tepuk beberapa kali sebelum menyapukan di belakang telinga atau sendi nadi pada tangan kamu.


Panduan Haruman Tahan Lebih Lama

1.Agar haruman tahan lebih lama kamu perlu mengenal pasti bahagian anggota badan yang apabila dicalit harumannya akan melekat.Minyak wangi amat berkesan pada kulit yang panas dan pengaliran darah yang baik,belakang telinga dan pergelangan tangan tempat paling sesuai sekali dicalitkan minyak wangi.
2.Untuk haruman tahan lebih lama perlu kamu ingat hanya gunakan satu saja haruman dan jangan dicampurkan dengan haruman yang lain kerana ini akan membuat kamu kurang selesa.
3.Kamu juga perlu menjaga minyak wangi kamu bagi memastikan harumannya tahan lebih lama.Elakkan daripada menyimpan di tempat yang bersuhu panas.Cahaya matahari boleh merosakkan haruman ini.
4.Kamu perlu tahu kategori haruman manakah yang bersesuaian dengan kamu.Untuk ke pejabat atau kuliah mungkin haruman yang sederhana dan ringan amat sesuai.Jika haruman yang terlalu kuat mungkin boleh menyebabkan sakit kepala,asma dan sesak nafas.
5.Untuk mengekalkan haruman kamu juga boleh menggunakan losen,gel mandian atau sabun daripada produk haruman yang sama.Gunakannya kerana ia membantu untuk mengekalkan haruman tahan lebih lama pada kulit kita.


Panduan Menyimpan Minyak Wangi

1.Elak menyimpan minyak wangi atas meja solek yang terdedah pada sinaran matahari.Sinaran matahari yang berterusan boleh menjejaskan keharumanan minyak wangi kamu simpanlah minyak wangi itu di tempat bersuhu bilik.
2.Elak menyimpan minyak wangi di dalam kereta kamu.
3.Haruman yang telah dibuka penutupnya seeloknya dipakai dalam masa dua tahun.
4.Haruman yang belum dibuka boleh disimpan selama 20 tahun,tetapi jika ia terdedah kepada udara haruman akan mula rosak.
5.Jangan menyimpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana akan memberi kesan pada makanan kamu.


Itulah serba sedikit yang dapat aku beri tips dan panduan pada kamu semua.Semuga dengan entry aku ini dapat bagi kamu semua manafat yang berguna.Semua pengetahuan ini ku dapat dan ketahuinya  melalui pembacaan buku-buku dan majalah-majalah dan ku rasa amat berguna sekali dikongsikan bersama-sama kamu semua.Ok lah itu saja buat kali ini jika ada lagi panduan dan tips yang berguna akan aku postkan lagi nanti.