Pernah tidak kita semua terfikir selain kecantikan wajah, kita semua juga perlu memastikan yang kita semua hendaklah sentiasa berbau wangi dan harum lebih-lebih lagi di saat bertemu kekasih hati atau bertemu dengan orang ramai.
Bau yang tidak menyenangkan pasti saja akan menjarakkan teman-teman untuk bergaul dengan kamu.Walaupun  kamu tidak menyedarinya, tetapi pasti ada yang akan bercerita bila kita kurang menjaga pemakaian minyak wangi kita.
Semua orang pasti memakai minyak wangi dari berbagai-bagai jenis dan bau ,di sini ingin aku berkongsi pada kamu semua akan panduan memakai dan memastikan minyak wangi kita bertahan lebih lama.


1.Haruman tahan lebih lama jika disapu pada kulit bawah pakaian.Tetapi anda perlu berhati-hati disaat menyemburkan kerana takut akan merosakan pakaian kamu.
2.Minyak wangi berkesan pada kulit panas dan mempunyai peraliran darah yang baik.Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat paling sesuai untuk mencalit minyak wangi.
3.Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya yang tersendiri.Sekiranya kamu mempunyai minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama,keharmonian minyak wangi akan hilang.Ini hanya akan merosakan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
4.Minyak wangi dicipta agar tubuh berbau harum.Kamu perlu bijak menggunakannya kerana harumannya akan tahan lebih lama.Untuk menyembur minyak wangi kamu tidak digalakkan untuk menyemburnya pada pakaian
kerana ini akan menyebabkan pakaian kamu rosak dan berbekas.Kamu boleh menyemburnya ke udara dan biarkan bauannya terkena pada pakaian kamu.
5.Kamu juga boleh menyembur dengan membentangkan baju di atas katil dan semburkan minyak wangi di atasnya.Cara lain, kamu boleh semburkan pada saputangan,lalu usap pada pergelangan tangan dan belakang telinga.
6.Panduan lain untuk memakai minyak wangi ialah sebelum menyeterika baju kamu boleh menyembur wangian di atas papan seterika.Panas yang dikeluarkan oleh seterika boleh membantu menyebarkan aroma ke seluruh pakaian kamu.
7.Kamu juga boleh menyembur minyak wangi ke tapak tangan,tepuk beberapa kali sebelum menyapukan di belakang telinga atau sendi nadi pada tangan kamu.


Panduan Haruman Tahan Lebih Lama

1.Agar haruman tahan lebih lama kamu perlu mengenal pasti bahagian anggota badan yang apabila dicalit harumannya akan melekat.Minyak wangi amat berkesan pada kulit yang panas dan pengaliran darah yang baik,belakang telinga dan pergelangan tangan tempat paling sesuai sekali dicalitkan minyak wangi.
2.Untuk haruman tahan lebih lama perlu kamu ingat hanya gunakan satu saja haruman dan jangan dicampurkan dengan haruman yang lain kerana ini akan membuat kamu kurang selesa.
3.Kamu juga perlu menjaga minyak wangi kamu bagi memastikan harumannya tahan lebih lama.Elakkan daripada menyimpan di tempat yang bersuhu panas.Cahaya matahari boleh merosakkan haruman ini.
4.Kamu perlu tahu kategori haruman manakah yang bersesuaian dengan kamu.Untuk ke pejabat atau kuliah mungkin haruman yang sederhana dan ringan amat sesuai.Jika haruman yang terlalu kuat mungkin boleh menyebabkan sakit kepala,asma dan sesak nafas.
5.Untuk mengekalkan haruman kamu juga boleh menggunakan losen,gel mandian atau sabun daripada produk haruman yang sama.Gunakannya kerana ia membantu untuk mengekalkan haruman tahan lebih lama pada kulit kita.


Panduan Menyimpan Minyak Wangi

1.Elak menyimpan minyak wangi atas meja solek yang terdedah pada sinaran matahari.Sinaran matahari yang berterusan boleh menjejaskan keharumanan minyak wangi kamu simpanlah minyak wangi itu di tempat bersuhu bilik.
2.Elak menyimpan minyak wangi di dalam kereta kamu.
3.Haruman yang telah dibuka penutupnya seeloknya dipakai dalam masa dua tahun.
4.Haruman yang belum dibuka boleh disimpan selama 20 tahun,tetapi jika ia terdedah kepada udara haruman akan mula rosak.
5.Jangan menyimpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana akan memberi kesan pada makanan kamu.


Itulah serba sedikit yang dapat aku beri tips dan panduan pada kamu semua.Semuga dengan entry aku ini dapat bagi kamu semua manafat yang berguna.Semua pengetahuan ini ku dapat dan ketahuinya  melalui pembacaan buku-buku dan majalah-majalah dan ku rasa amat berguna sekali dikongsikan bersama-sama kamu semua.Ok lah itu saja buat kali ini jika ada lagi panduan dan tips yang berguna akan aku postkan lagi nanti.