SALAM 1 MALAYSIA


Alhamdullilah....Ya ALLAH...
Aku bersyukur ke hadrat Mu kerana Kau telah mendengar segala doa hamba Mu yang lemah ini dan aku amat terharu akan atas segala pemberian dari Mu ini...
Hanya pada Mu aku berserah dan hanya pada Mu tempat ku mengadu hanya Kau yang Maha Mengetahui Segala-galanya di langit dan di muka bumi Mu ini...
Aku bersyukur atas segala pemberian dari Mu, lindungilah kami dari segala mara bahaya dan bencana, semoga segala perjalanan hidup ku ini sentiasa di bawah lindungan Mu...YA ALLAH..Tunjukkanlah aku jalan yang KAU redhai di dunia dan di akhirat Mu... 
AMIN...AMIN...YA RABILALAMIN....

"JANGAN DISESALI DENGAN PENGALAMAN DI DALAM HIDUP INI KERANA IA ADALAH 

SATU PANDUAN DI DALAM PERJALANAN UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH"

Mungkin benarlah kata pepatah melayu dulu-dulu:

"Tuah Ayam Nampak Di kaki Tuah Manusia Siapalah Yang Tahu"

Bila teringat akan pepatah tu aku terfikir sebentar mungkin benarlah pepatah orang tua dulu-dulu tu sebab tuah inilah yang terjadi pada hubbyku....
Dalam entry semalam aku ada menceritakan tentang mimpi indahku yang mendapat hadiah sebuah rumah banglo mewah di tepian laut yang indah.
Ku anggap mimpi itu hanyalah  mainan tidur manusia dan tiada maksud yang tersurat rupa-rupanya tidak, kerana hari ini hubbyku membawa satu berita yang paling gembira bagi kami sekeluarga.
Mungkin inilah maksud mimpiku semalam yang mana aku akan mendapat satu berita yang gembira dan amat bermakna sekali dalam hidupku.
Aku amat bersyukur sekali dengan limpah kurnia dari ALLAH yang Maha mengetahui segala-galanya.
Mungkin inilah berkat doa dan kesabaran yang telah lama aku alami...
semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan inilah peluang seumur hidup yang tidak pernah hubbyku dan keluarga kami alami.
Berkat kesabaran hubbyku selama ini dia telah mendapat satu peluang yang tidak pernah disangka-sangkakannya...
Tidak pernah aku melihat airmatanya mengalir selama ini tapi apabila dia diberi peluang dan offer yang sebegitu baik dia terkejut dan mula menjadi sebak lalu airmatanya mulai mengalir dan
 jelas terlihat bergelinangan di pelupuk matanya...
Tidakku sangka lelaki yang menjadi pelindungku selama ini begitu sensitif juga orangnya kerana selama 25 tahun 
hidup bersamanya tidak pernah sekali aku melihat dia mengalirkan airmatanya meski pun sewaktu hari kematian ibunya yang tersayang.
Walau dalam keadaan susah payah macam mana pun yang dilaluinya tidak pernah dia mengalirkan setitik airmatanya pun tetapi tidakku sangka airmata seorang suami boleh mengalir dengan senangnya apabila mendapat berita dan peluang ini...
Mungkin inilah pertama kalinya ada manusia yang tahu menghargai akan hasil kerjanya
dan 
memahaminya betapa berharganya semua yang hubbyku perolehi selama 10tahun dia bekerja di dalam bidang ini...
Aku berasa amat bersyukur sekali kerana telah dijodohkan dengan lelaki yang amat cekal dan sabar menghadapi dugaan hidup ini.
Terharu aku bila dia diberikan peluang yang amat bermakna pada dirinya ini dan aku pun turut menangis sekali bersamanya sambil menatap wajahnya yang begitu sayu yang mana wajah yang jauh berbeza dari biasa,wajah yang tidak pernah kulihat sebelum ini, selama hidup bersamanya...
Inilah rezeki namanya,rezeki yang datang bergolek atau pun lebih senang cakap
"durian runtuh".Aku berharap segala peluang dan tugas yang hubbyku terima ini, dapat dia jalankan dan lakukan dengan sempurna.
Aku akan tetap menyokongnya walau dalam apa jua keadaannya sekali pun,walaupun dalam keadaan susah ataupun senang akan kami lalui bersama selama-lamanya.
Semoga selepas ini segala apa yang menjadi masalah dan kesengsaraan di dalam hidup kami sekeluarga akan dapat kami hadapinya bersama.....
INSYAALLAH....Kami sekeluarga akan berhijrah pula ke Kuala Lumpur dan kalau tiada aral melintang kemungkinan hujung tahun nanti kami sekeluarga akan menetap di Subang Jaya,Selangor...InsyaAllah semoga di permudahkan segala-galanya....
Memang benar apa yang menjadi maksud lagu "MAHER ZAIN INSYAALLAH" tu Allah akan sentiasa ada bersama kita semua....
Lagu itulah yang menjadi lagu pemberi semangat padaku untuk menghadapi hidup
yang penuh dugaan ini dan apabila diri di dalam keadaan yang amat
tertekan lagu "INSYAALLAH"lah yang akanku dengar dan
hayati untuk memulihkan kembali semangat kecekalan jiwa ini.

"Hidup ini adalah suatu perjalanan.Perjalanan pula terdapat berbagai ujian,setiap ujian itu tersirat HIKMAHnya,setiap HIKMAHnya menjadi anak kunci keinsanan dan kejayaan"

semoga semuanya berjalan dengan sempurna
dan berjaya akhirnya
dan jodoh kita kekal hingga hujung nyawa
dengan izinNYA...
-AMIN-