SALAM 1MALAYSIA

Semalam (15 Feb) besday anak perempuanku yang ke dua dan genaplah usianya 21tahun...semalam nak postkan entry ni tapi x jadi sebab dah penat giler bila sampai di rumah semalam jadi hari ini barulah ada masa n tulis entry ini... 
rupa-rupanya anak yang paling degil ni dah beso sekarang walaupun dah beso tapi masih dalam kawalan mak ngan ayah...ingat tu adik, pesan mak ngan ayah belajar abiskan dan final exam ni wat elok2 dan habiskan pengajian tu dengan sempurna...
Saya dan family ke Melaka sambut besday adik (nama panggilan) sambil tu bolehlah gi jejalan kat bandar Melaka yang dah lama saya tinggalkan...Along dia ada buatkan kek besday untuk adik dan biskut kacang untuk adik....Pagi2 selepas subuh lagi kami telah bertolak ke Melaka untuk bersama-sama dengan adik menyambut besday dia di sana....
Mak ngan ayah berharap agar adik jadi seorang yang berguna dimasa hadapan dan satu lagi pesanan jangan lupa mak ngan ayah bila dah berjaya nanti.
 Teringat kisah dulu sewaktu adik masih dalam kandungan mak lagi...Sewaktu mak mengandungkan adik teringin sangat mak nak makan buah pear tapi masa tu susah betul nak dapat buah tu, 
banyak shopping mall dah kami pergi tapi tidak jumpa-jumpa juga dengan buah yang diidam-idamkan,mak terpaksa memaksa ayah untuk carikan juga buah pear yang mak idam-idamkan tu...
susah-payah ayah pergi mencari buah pear tu di serata shopping mall dan akhirnya dapat juga buah pear yang diidam-idamkan itu di salah satu shopping mall kat Klang Lama...apa namanya shopping mall tu lupa plak.
Masa tu mak ngan ayah pergi ke sana menaiki  sebuah motosikal Honda Cup lama je,dengan Honda Cup tulah ayah bawa mak yang sarat mengandungkan adik dan along pergi ke shopping mall tu untuk mencari buah pear tu...
Bila terjumpa je buah pear,apa lagi mak terus suruh ayah ambil dan bayar di kaunter. Mak rasa amat gembira sekali kerana dapat juga buah pear yang dicari dan dengan gembira juga mak  makan buah pear tu sambil tersenyum sampai ke telinga,ayah hanya memerhatikan gelagat mak waktu tu dengan senyuman yang paling-paling bermakna bagi mak..
mungkin perasan ayah pada waktu itu gembira kot sebab dapat belikan mak buah pear yang mak idam-idamkan tu, jadi adik kat dalam perut mak masa tu pun dapatlah merasa buah pear waktu tu kalau tak dapat makan dulu,
mahu meleleh air liur adik sampai sekarang....mungkin adik pun suka macam mak kot waktu tu(agaknya)...hehehe....
kiranya dapat jugalah buah pear yang mak nak sangat masa tu....
Itulah salah-satu makanan yang mak nak makan waktu mak mengandungkan adik,kalau nak
ikutkan banyak lagi mak nak cite kat sini tapi mak citekan mana-mana yang penting je..
Masa mak mengandungkan adik pernah sekali mak jatuh dari motor,masa tu kami sekeluarga nak pergi berjalan-jalan di Taman Tasik Permaisuri kat Bandar Tasik Selatan.
Motor yang ayah bawa waktu tu tiba-tiba tergolek diatas jalan disalah-satu selekoh menghala ke sana,
rupa-rupanya jalan yang ayah lalui tu terdapat tumpahan minyak itu yang menyebabkan ayah hilang kawalan terhadap motosikalnya membuatkan kami bertiga terjatuh di jalan.
 Nasib baik masa tu jalan yang kami lalui itu tiada kenderaan yang lalu kalau tidak mungkin mak,ayah n along dah dok hospital atau macam-macam boleh jadi waktu tu...
Alhamdullilah kami semua bernasib baik kerana ada orang yang sanggup menolong mak dan ayah masa tu,
masa tu hanya tuhan yang tahu bagaimana rasa sakit terjatuh dari motosikal tapi apa nak buat perkara dah nak berlaku terima je lah dengan hati yang terbuka....
nasib baiklah mak mengalami cedera ringan je dan adik yang berada didalam perut mak masa itu dalam keadaan yang selamat,along dan ayah pun tidak ada masalah lain....
itu yang membuatkan adik jadi degil kot...hahaha...mak dah jatuh pun adik tetap sihat di dalam perut mak....
Itulah suka-duka sewaktu mak mengandungkan adik dan mak berharap sangat adik akan berjaya di dalam hidup ini selamanya...

"HEPI BESDAY GIRL"

Kek coklat chip yang along buatkan untuk besday adik


 biskut kacang yang along buatkan

besday girl