SALAM 1 MALAYSIA


Sarapan pagi ini "Nasi Goreng Kampung"kita tengok resepinya di bawah tu...Pagi-pagi dah makan heavy macam ni siap ngan telur mata kerbau lagi,jawabnya masak untuk tengahari di tundakan ke petang la,perut pun dah kekenyangan, hubby pun tengahari ni x balik makan jadi masak untuk makan malam sekali la nanti.....


BAHANNYA:
Nasi putih
ikan bilis
cili padi
bawang putih
daun bawang/daun sup
kangkung (x letak ari ni)
bawang goreng
telur
garam
serbuk perasa


CARANYA:
Ikan bilis di goreng dan goreng telur mata kerbau terlebih dahulu asingkan.Ambil bawang putih,cili padi dititikkan sedikit tumis dalam kuali,biarkan garing sedikit pastu ambil nasi masukkan kedalam kuali dan gaulkan semuanya kalau suka boleh tambah telur.Goreng nasi sehingga garing,masukkan sayur kangkung,ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu tadi dan bubuh perasa dan garam secukup rasa.Setelah siap letakkan dalam pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng,daun sup/bawang dan telur mata kerbau.Siap untuk di makan...Nyummmm


Inilah Nasi Goreng Kampung yang siap untuk dimakan
macam kat kedai plak