SALAM 1 MALAYSIA

Teringin jugak nak memilikinya apakan daya tangan x sampai.....bukan tangan je yang tak sampai duitnya
pun tak sampai jugak...betul x kelakar juga bunyinya tapi bagi kita yang tak mampu hanya mampu
tengok je lah tapi kalau yang mampu dan ada rezeki lebih apa salahnya...boleh jugak nak pakai asalkan berkemampuan no hal lah!!!!
Selalunya bila lalu depan kedai ni suka betul tengok kereta sport ini siap letak tanda harganya 27K rasanya kalau fikir memang murah giler harga kereta sport yang begitu 
(macam tak caya plak)
masih tak puas hati lagi tu sampai suruh hubby berhenti dan tanya sendiri dengan tokey tu harganya....
mungkin tokey kedai ni saja je nak bagi pelanggan kagum dan singgah untuk tengok kereta sport ni kot tu yang letak harganya 27K....
memang lawa giler beb dengan colornya yang berwarna merah,
sporty,
 bumbungnya boleh dibukakan kira semuanya memang sporty giler kalau memandunya
jangan kata tak tengok aku ngan hubby teringin jugak nak gi tengok kereta tu tapi tak berkesempatan jadi
bila ada masa singgahlah sekejap janji dapat tengok dari dekat dan dapat ambil gambo jadilah....
Aku tak nak kuar kereta(malu konon datang nak tengok kereta sport)tengok dari dalam kereta cukuplah
hubbyku je yang dipaksa kuar tengok dan tanya harganya sekali....
Hubbyku pun bertanyalah dengan tokey kedai tu berapa harga on the road kalau2 nak beli...
(cewahhhh macam nak beli je rupanya siap tanya harga on the road )
saja-saja je tanya kalau mampu bolehlah kalau tak biarkanlah
 (x de maknanya)
angan tinggal angan je...angan-angan mak jenin la katakan hehehe.....
Lama juga lah mereka berbual kat depan kete tu...
aku hanya dok memerhatikan mereka dari dalam kereta je
bila dah selesai hubbyku mula beredar dan menuju ke kereta dan dia mulalah beredar....
Aku dengan perlahan bertanya :

Aku: "Abang.. nape lama sangat bincang ngan tokey kedai tu,jadi beli ke kereta sport tu?

Hubby : "Memanglah lama kenalah tanya berapa hargnya kalau tidak macamana nak beli?

Aku: "Wah... betullah harganya 27K...."

Hubby: "Mana ada murah kereta jenis BMW tu...tanda yang dia letakkan tu bukan harganya tapi jenis kereta tu...Harga sebenarnya RM 110,000.00...."

Aku: "Yer ke...!!!Hampas.... kurang asam tokey tu letaklah jenis kereta plak bukan harga kereta ...dia betul-betul saja je nak suruh orang
singgah kedai kereta dia la tu....(perasaan bengang)kena tipu la ni....hehehe....(padan muka aku)...."

Hubby: "Lupakanlah je kereta tu ,kereta sekarang pun okay lagi apa, masih boleh guna lagi bukan ada rosak kat mana-mana pun...."

Aku:"Betul la tu.....pakai je yang mana ada.janji kita dapat pergi kemana-mana pun...."


"Jangan disangka apa yang kita ada tidak baik dan nampak yang lain lebih  baik apa yang kita ada sekarang ini sebenarnya adalah lebih baik dari apa yang kita nak di luar sana "

Inilah keretanya yang ku idam-idamkan
InsyaAllah kalau ada rezeki mesti dapat merasa memandunya nanti...
(kalau ada rezeki)