SALAM 1 MALAYSIA

Dah siap rumah kakakku, 
yang baru2 ini telah diubahsuaikan 
al-maklumlah nak buat kenduri kahwin anak lelakinya yang bongsu tak lama lagi...
seronok tengok rumah dia dah siap nampak besar dan cantik sekali...
padhal rumahnya bukan lah besar sangat 
( rumah murah je)
 tapi bila dah dibesarkan nampak luas gayanya...
Kebetulan baru2 ni abang iparku baru saja menamatkan perkhidmatannya dengan sektor kerajaan
jadi dapatlah buat ubahsuai rumah dengan duit pencen beliau....
seronok betul bila jadi kakitangan kerajaan ni 
bila dah pencen je 
dapat duit pencen dan boleh juga keluarkan duit simpanan pekerja lagi 
(KWSP)
Ya lah rumah yang kecik pun kalau dah diubahsuai dan dibesarkan
pastinya jadi cantik dan besar...
rumah kita ni kalau dah dihiaskan dan dicantikkan semuanya
mesti jadi cantik
luar dan dalamnya walau rumah tu kecik atau besar...
janji kita pandai menggayakannya...
macam orang juga kalau tak cantik bila dah dipakaikan
pakaian yang cantik pastu make-upkan cantik2 pasti orang yang
kurang cantik pun jadi cantik juga....betuk tak?
hehehe....
okay lah kita layan gambo2 rumahnye...


 rumah kakakku yang dah siap diubahsuai
siap 100%


proses permulaan 

 dah siap separuh je...

separuh siap 

Dah nampak buatannya 


kami datang melawat tapak projek dalam proses
70% dah siap

90% siap
Inilah tuan rumah nyer dan bakal pengantin