SALAM 1 MALAYSIA

Tension betul semalam kat mana-mana jalanraya kat 
jay bee ni ada je polis buat sekatan jalanraya...
nak buat macammana lagi dah keje dia orang kasi redah je...
Bukan apa tension, 
nak pergi mana-mana semalam semuanya tergendala.....
Hai abang2 polis semua kenapalah time-time 
macam ni plak dia orang nak buat semua kerja ni,
buat lah esok ke lusa ke....
hai menyibuk betul aku ni polis tu dah kena buat kerja 
kenapalah aku plak yang risaunya....
bukan risau tapi semalam banyak tempat nak kena pergi,
konon-kononnya busy lah tu....
hehehe....ya busy sikit...
nak pergi ke Pontian hantar barang pun terpaksa ditundakan hari ini....
dah separuh jalan jugaklah tapi dek kerana 
hubbyku dah penat balik dari kerja,
perjalanan tu terpaksalah dibatalkan dan 
kami pun berpatah balik ke Skudai...
Punyalah panjang kereta berhenti,
rasanya kalau jalan kaki mesti sampai ke destinasi kami tu 
daripada berjam-jam terperangkap dalam jem tu....
Harap-harap hari ini tiada lagi sekatan jalanraya yang akan dibuat....
kalau macam semalam agak tension jugak aku dibuatnya....
Semoga hari ini penghantaran dapat dijalankan dengan
sempurna dan tiada sekatan jalanraya yang berjam-jam lamanya...