SALAM 1MALAYSIA

Dok menghadap lappy ni terpandang aku akan rak meja yang terletaknya album gambar-gambar lama aku dulu,
apa lagi terus je ambil dan belek gambar-gambar lama sewaktu zaman persekolahan dulu.
Kelakar betul bila tengok gambar-gambar lama ni semula macam tak percaya plak yang aku dulu berkulit hitam macam anak India je...
Sebenarnya zaman persekolahan dulu aku terlampau aktif dalam sukan tu sebab kulit pun jadi semakin gelap.
Terlampau aktif mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi dan bola jaring.
Kalau dah wakil sekolah namanya terpaksalah menjalani latihan setiap hari kalau tak macamana nak menang dalam pertandingan...
Bangga sungguh masa tu dapat mewakili sekolah aku dalam acara lompat tinggi,
masa tu semua yang dapat mewakili sekolah akan mengikuti latihan yang disediakan.
Memang seronok giler waktu tu dapat mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Muar (MSSD).
Teringat akan zaman remaja waktu persekolahan dulu
macam-macam cerita suka dan sedih.Semuanya akan menjadi memori dalam hidup ini selama-lamanya....
ntahlah nak cerita pun ada yang ingat dan ada yang aku dah lupa....
jadi cerita je lah apa yang mampu diingati je....
waktu remajalah zaman yang amat menyeronokan bagiku kerana sentiasa ada kekawan peneman suka dan duka...
Kiranya ada jugalah kawan baikku zaman tu tapi susah nak cerita kang ada plak yang kecik hati kerana 
kedua-duanya sentiasa tidak sekepala jadinya akulah jadi orang tengahnya....
jap ke sini jap ke sana....
masing-masing macam tak boleh tengok aku baik dengan yang seorang lagi...
aduhhhh pening kepala aku dibuatnya....
kadang-kadang aku terpaksa membiarkan mereka....
malas nak layan kerenah mereka berdua, itulah salah satu perkara yang aku ingat tentang kawan-kawan baikku....
Zaman tu semuanya bagai tiada apa masalah yang harus difikirkan hanya fikir untuk belajar je.....
hanya aku je yang main-main waktu belajar masa tu...
entahlah waktu tu hanya fikir happy dan seronok jer
zaman remajalah yang amat menyeronokan bagiku
bila fikir2kan sekarang tak tahu nak cakap apa hanya tinggal memori terindah je....
kalau boleh diputarkan masa rasanya ingin aku 
kembali semula pada zaman tu 
tapi tu hanyalah angan-angan yang tidak boleh kita putarkan kembali......
Biarlah ia menjadi satu nostalgia yang tidak bisa ku lupakan seumur hidup ini.....
masa yang berlalu tidak boleh diputarkan kembali tapi kita haruslah hadapi masa dan hari yang akan datang....
semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi makna lagi pada aku dan keluarga ku.
Aku dulu kat sekolah aktif dalam sukan dan kelab,jap bola jaring,
jap lompat tinggi,jap lompat jauh, berlatih teater dan koir.
Kelab yang aku sertai dulu adalah kelab teater n koir,kelab bola jaring dan badan beruniform plak adalah panduputeri.
Aktif sangat sewaktu zaman persekolahan dahulu sampai lupa semuanya,cinta monyet 
pun ada juga masa tu tapi biarlah ia jadi kenangan di dalam hidupku ini.


Rak bawah tv tempat letak album gambar lama-lama
seronok dapat tengok gambar dahulu kala

Gambar kelas di zaman persekolahan dahulu
sekitar tahun 80an 5A2
mana lah perginya member-member lama aku ni
kalau dapat jumpa mesti gempak punya...
aku dok baris yang belah tengah senang cite yang nampak gigi putih
(bergambar mesti nampakkan gigi rabbit aku yang besar tu)

member-member yang satu rumah pasukan bila 
sukan tahunan,baru lepas perbarisan rumah pasukan
masa tu rumah pasukan kami rumah Temasik warna hijau lagi...

lepas aktiviti pandu puteri sempat berjalan 
dan bergambar lagi...
kulit pun jadi gelap asyik berjemur je...