SALAM 1 MALAYSIA


Petang minggu begini gi jejalan ngan family 
sambil melihat gelagat pengunjung
 di Aeon Bukit Indah ini....
memang gamat
n penuh plak tu dengan orang ramai...
saja je jejalan untuk menghilangkan kebosanan dok kat umah....
sambil jejalan tu dok keluar masuk kedai je 
bukan nak buat apa pun saja je 
untuk menjengah akan apa yang ada di dalam kedai 
menjual baju,kedai yang menjual pakaian kanak2 
padahal anak kecik bukan ada lagi pun...
menjamu mata lah katakan jejalan untuk window shopping je...
seronok gak boleh merehatkan minda 
dan fikiran dari dibelenggu kebosanan di rumah...
Singgah kat kedai cenderahati 5 inggit
ramai plak orang kat kedai tu
terfikir juga napelah ramai orang kat kedai ni
selalunya orang jarang sekali 
masuk ke kedai ni...
Bila dok fikir teringat plak esokkan hari guru
patutlah kedai ni di penuhi orang 
ibubapa sibuk memilih barang2 untuk anak mereka
bukan apa esok anak2 akan 
memberi hadiah buat guru2 kesayangan mereka...
sambutan hari guru...
Aku pun dok menyibuk masuk ke kedai tu
nak cari pewangi bilik n kete...
Apa2 pun diucapkan

"SELAMAT HARI GURU"

buat semua guru2 dan bakal guru
jugak tak lupa buat anak saudaraku 
yang berada di lumut,Perak

"CIKGU MIMIFARZIANAWATY"

betol x ejaan namanya sori
mimi kalau makcik salah eja yer...


Bila dah keluar dari kedai kat atas ni jejalan lagi 
n singgah plak kat kedai kemera
saja je nak survey harga kamera DSLR...
anak saya yang bongsu tu sibuk sangat
nak suruh belikan kamera nikon
tapi bukan nak beli yang harganya 
mahal cuma nak cari harga yang berpatutan je
ikut kemampuan ayahnya la...


 nak beli yang ini atau yang kat bawah
yang jenis ini mahal sikit harganya
tapi gambarnya cantik juga
okay lah rasanya sesuailah buat yang baru 
nak belajar menggunakan kamera besar ni..


yang ini pula murah sikit dan elok juga
gambarnya pun cantik tapi
cuma terpaksa guna bateri AA
kena spare bateri extra kalau nak guna lama
Buat masa ni masih tak tahu lagi yang mana satu
akan jadi pilihan...
kita tengok je nanti yer...
InsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah anakku
kamera yang diidam-idamkan....