SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum ....
Semalam selamat sudah kenduri doa selamat 
dan cukur jambul anak saudaraku
"Siti Nurshazwina"...
Kenduri ini diadakan kerana si kecil ini baru je selamat
dari menjalani pembedahan...
kelihatan gembira sekali ibu dan ayah
si kecil ini kerana wajah anak mereka
kembali seperti kanak2 biasa yang lain
Allhamdullilah selamat sudah dan semuanya
kembali normal dan aunty doakan semoga Wina menjadi
anak perempuan yang comel dan cerdik nanti yer....

Inilah sekecil yang baru lepas 
menjalani pembedahan mulutnya
kelihatan masih terdapat bekas
 plaster terlekat di hidungnya
:SITI NURSHAZWINA:

Persiapan terakhir menyediakan pencuci mulut
kuih-muih...

Pulut kuning dan rendang menjadi buah tangan
untuk jemputan yang hadir...

 Majlis cukur jambul sedang dijalankan
oleh ahli-ahli dari masjid

Wina bersama ayah dan atoknya 


Ada plak majlis menaburkan syiling oleh adik ipar saya
semua jadi gamat mengutip duit-duit syiling yang ditaburkan
memeriahkan suasana majlis cukur jambul 

Dalam proses pembersihan di bahagian hadapan rumah
pembersihan di bahagian dapur
 tak sempat nak ambil gambarnya

Berehat dari kepenatan setelah kenduri selesai
 dan proses pembersihan pun selesai