SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Semalam dapat juga mama memberikan hadiah hari lahir
buat anak mama yang bongsu sebabnya mama dan hubby dah berjanji akan
memberikan hadiahnya lewat sedikit....
Hari lahir dah lama berlalu tapi hadiahnya baru sekarang dapat...
tapi x kisahlah asalkan janji untuk memberikan hadiah kamera DSLR yang
diidamkan anak mama tu tercapai juga...
Anak mama seorang ni lain sikit orangnya disamping suka bergambar
die juga suka mengambil gambar jadi cita-citanya ingin
membuka sebuah kedai yang menyediakan semua peralatan dan 
studio untuk mengambil gambar akan tercapai satu hari nanti..
Bagi permulaannya mama hadiahkan kamera ini untuk
menyenangkan die mengambil gambar2 yang menarik nanti..
Untuk persiapan pertama mama dah tugaskan die 
untuk mengambil gambar2 pada hari perkahwinan alongnya nanti...
Semoga pengalaman itu akan membuatkan die lebih 
bersemangat lagi untuk jadi seorang photographer yang baik.
Semoga anak mama gembira mendapat hadiah ini yer..

Inilah gambar kameranya 

p/s satu lagi hadiah yang terlewat akan mama berikan nanti...