Salam 1Malaysia.

Dalam dok petang2 ini jom kita pekena jemput-jemput udang geragau kering pun best...Ok lah mari kita ke dapur untuk menyediakan jemput-jemput udang geragau ini. Jemput-jemput ini boleh juga digantikan dengan udang geragau yang basah,ramuannya sama je cuma tambahkan dengan sayur tauge lagi best juga. Mama biasanya panggil jemput-jemput je tapi ada setengah-setengah tempat di panggil cucur,tak kisahlah nak panggil apa pun janji benda yang nak dibuat itu cara buatannya adalah sama semuanya.

BAHANNYA:
tepung
sedikit bawang
sedikit cili merah dihiris
sedikit cili kisar
daun bawang
daun kari(kalau suka)
1 biji telur (kalau suka)
garam
sedikit minyak utuk menggoreng


CARANYA:
Ambil tepung bubuh dalam bekas,masukkan bawang hiris,cili merah yang telah dihiris (itu pun kalau suka) sedikit cili kisar,daun bawang, daun kari (ini pun kalau suka)dan telur.Gaulkan kesemuanya hingga rata dan bubuh garam secukup rasa.Panaskan minyak dan bolehlah digoreng sehingga kekuningan.Setelah kuning bolehlah diangkat dan di hidangkan dengan air teh o panas atau air kopi o.
Selamat minum petang semua.



SOSNYA:
Ambil cili merah dan bawang putih ditumbuk sehingga hancur setelah itu masukkan ke dalam bekas.
Bubuh sedikit garam,gula dan cuka gaulkan kesemuanya kalau pekat tambah sedikit air.Sos dah siap dan makan bersama dengan jemput-jemput udang geragau tadi.