SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Kita sebagai manusia yang beragama islam dan berbangsa melayu mempunyai adap sopan yang baik sepatutnya tapi adalah seorang mamat ni walaupun melayu tapi adap sopan langsung tak ada....sungguh sedih mama tengok walaupun lawa tapi masih ada kekurangan yang ada padanya.....tak ada langsung ciri-ciri yang boleh dijadikan calun menantu mama....


Kenapa mama langsung tak berkenaan dengannya adalah kerana sikapnya yang kurang ajar dan langsung tak menghormati orang lain....kes ni terjadi semalam kat sebuah kedai yang mama pergi dah la kat dalam kedai tu punyalah berlagak memilih barang2 bersama gf nyer sampai di kaunter bukan nak letak barang tu elok2 tapi main campak jer kat budak perempuan cashier tu...budak cashier tu pun terkejut gak bila barang tu dicampakkan ke atas meja kaunternya tapi dia terpaksa cover muka marahnya sambil punch harga barangan tu...


Hai mamat handsome walaupun lawa tapi peel masih tak lawa cubalah jadi seorang manusia yang penuh dengan adap sopan janganlah jadi seorang manusia yang kekurangan nilai-nilai murni itu.....cubalah berkelakuan elok tak kiralah samaada ketika di rumah atau di tempat awam...tingkah laku yang amat bertentangan dari nilai-nilai islam dan nilai-nilai kemanusiaan.


Adap sopan itulah yang membezakan kita manusia dengan haiwan ketinggian umat bergantung kepada ketinggian akhlak dan adap sopannya sebaliknya jika akhlak umat itu runtuh maka runtuhlah umat tersebut dan yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adapnya bukan asal keturunannya....