SALAM 1 MALAYSIA


Asalamualaikum semua...
Setiap manusia akan tetap melalui satu masa yang dipanggil perubahan.Setiap perubahan itu selalunya akan mengalami sedikit kekeliruan pada diri kita semua dari segi fizikal dan  mentalnya.Ianya juga akan mengambil masa yang lama untuk melaluinya dan ianya akan dihadapi walaupun sukar pada permulaannya.Bagaimanakah cara yang paling baik untuk kita menghadapi saat-saat perubahan pada diri kita mahupun orang lain.


Semua perubahan itu pastinya akan membawa pada semua perkara ada yang baik dan ada juga yang kurang baiknya.Kita semua akan menghadapinya setiap hari dan ianya akan berubah sedikit demi sedikit dan hanya kita saja yang tahu bagaimana untuk menghadapi perubahan itu dan ianya bukan dalam masa yang singkat.Setiap perubahan itu tidak semestinya dapat kita lakukan dalam sekelip mata tapi ianya akan mengambil masa yang lama untuk kita menyesuaikan diri akan arus perubahan itu.


Berusahalah bersungguh-sunguh untuk melakukan perubahan itu dengan niat yang ikhlas dan
lakukannya dengan sebaik-baiknya dan sepenuh hati.Lakukannya dengan perlahan-lahan dan
kita akan melalui proses perubahan itu dengan izin Allah.Apabila kita sudah berjaya dalam proses perubahan itu kita seharusnya mengulangi perubahan itu dengan lebih sebati lagi dan 
janganlah dibiarkan ianya berubah hanya untuk seketika sahaja.Moga setiap perubahan yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia dan akan selalu di kekal dihati.


Ada 7 perkara dalam hidup kita yang tidak akan berubah
1- Jantina 
     Setiap manusia dijadikan Allah mahupun lelaki atau perempuan dan kita dilarang sekali
     melakukan perubahan pada jantina itu adalah haram di sisi agama.Terimalah diri kita sendiri
     seadanya.


2- Ibubapa
    Kita mesti menghormati ibubapa kita walaupun perangai mereka buruk sekalipun tegurlah    
    dengan baik untuk kita melakukan perubahan sikap dan perangai mereka itu.


3- Hari Kelahiran
    Sudah ditetapkan hari kelahiran kita semua oleh Allah dan kita tidak boleh mengubahnya dan
    terimalah dan jangan sesekali kita menyesalinya.


4- Bentuk Fizikal
    Apa yang Allah jadikan pada kita janganlah sesekali kita mengubahnya kerana dengan
    melakukan perubahan pada apa telah kita miliki itu ianya akan membuat kita kelihatan aneh
    dan tidak semulajadi.Allah telah menyempurnakan bentuk fizikal kita dengan sebaik-baiknya.


5- Masa Lalu
    Ini juga telah ditetapkan oleh Allah dan janganlah kita menyesali keadaan kita dimasa lalu
    dan hendaklah kita jadikannya sebagai pengajaran dan berdamailah dengan masa lalu demi
    membina masa hadapan yang lebih sempurna.


6- Kedudukan Dalam Keluarga
    Kedudukan kita dalam keluarga juga tidak boleh diubah kerana itulah kita mengikut susunan
    yang sempurna dalam ahli keluarga.


7- Suku Bangsa
     Jika kita dilahirkan dalam apa bangsa atau suku janganlah kita menyesalinya mahupun
     Melayu.Cina, India atau Jawa.Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah 
     adalah cara kita berfikir dan jika berubah juga maka berubahlah cara hidup kita.





p/s moga selamat sampai ke destinasi yang dituju....Amin