SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua....



Ada sesiapa di sini yang suka makan ulam-ulaman ini tak? Sebenarnya ulam-ulaman ini adalah satu cara yang baik untuk pemakanan seharian kita.Ulam-ulaman ini sebenarnya merupakan sayuran yang elok untuk mereka yang ingin berdiet..kita tengok je mat salleh ! mereka suka sangat makan sayur yang dijadikan salad dalam sesi pemakanan mereka... 

sebenarnya ada juga ramai yang kurang gemar memakan sayur n ulaman yang mentah begini tapi bagi mama sayuran ulaman mentah begini banyak khasiat dan kegunaannya....ulaman -ulaman mentah ini adalah salah satu petua untuk awet muda di samping banyak kelebihannya...

bagi anak-anak mama mereka sebenarnya sudah biasa dengan kegemaran mama ini...mama ni sememangnya suka sesangat makan ula-ulaman mentah ni...kekadang tu ada je sayur kacang panjang,tauge atau brokoli jadi ulaman mama setiap hari selain tu ada juga ulam-ulaman yang lain juga seperti timun,kacang botol dan sesekali ada juga petai atau jering...

sebenarnya makan sayur mentah ni banyak khasiatnya sebab ianya kaya dengan serat n antioksidan dan ianya juga dapat mengelakkan bermacam-macam penyakit...pada sesiapa yang kurang suka makan sayur dan ulam-ulaman ni cubalah memakannya pasti akan dapat merasakan keenakkannya...