SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Di manakah nilai-nilai kasih sayang kita pada kedua-dua ibubapa kita tanpa mereka siapalah kita kerana merekalah kita lahir ke dunia ini..seorang ibu itu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anaknya tapi belum tentu seorang anak itu akan dapat menjaga dan menyayangi seorang ibu mereka...
masih terdapat segelintir anak-anak yang mudah melupakan segala jasa kedua-dua ibubapa mereka,setiap kata janji yang dilafazkan pada ibubapa mereka hanyalah satu perbuatan yang akan melukai hati dan perasaan kedua-duanya.

Begitukah sikap seorang anak yang dibesarkan oleh ibubapa mereka dengan penuh kasih sayang? mereka langsung merasa tidak memerlukan ibubapa mereka lagi setelah mereka berjaya dalam hidup,begitu mudah sekali anak-anak melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dalam membesar dan mendidik mereka.

Setiap ibubapa itu akan sentiasa memikirkan kesejahteraan,kebaikan anak-anak mereka, tidak sedikit pun terlintas di hati mereka untuk membenci anak-anak walaupun anak-anak mereka sudah melupakan dan tidak memerlukan mereka lagi.

Pada siapakah akan diletakkan kesalahan itu jika anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa mereka dan tidak lagi menghiraukan mereka..?Walau belajar setinggi mana pun jika tiada restu dari ibubapa mungkin tiada keberkatan hidup yang akan mereka perolehi di dunia ini.

Setiap asuhan,didikan,kasih sayang semuanya telah diberikan pada anak-anak mereka dan setiap ibubapa akan merasa amat gembira bila anak-anak mereka mula meningkat dewasa dan berjaya di dalam hidup mereka..Itulah harapan ibubapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya di dalam kehidupan mereka...

Tiada harta yang lebih bernilai yang dapat menggantikan kasih sayang dan tempat kedua-dua ibubapa kita di dunia ini..kita akan merasa kehilangan mereka setelah mereka sudah tiada lagi di dunia ini dan di saat itulah nanti baru kita sedar bahawa tiada sesiapa jua yang dapat menggantikan mereka walaupun dengan berjuta-juta harta kemewahan yang mereka ada.




p/s sayangilah mereka ketika mereka masih hidup...