SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Kenapa manusia ini kekadang mudah lupa apa yang mereka lakukan dan katakan....bak kata pepatah "baling batu sembunyi tangan"...bila dah mengata yang tidak elok tentang orang lain lepas tu buat-buat tiada apa yang berlaku... orang yang begini sebenarnya pandai bercakap dan juga pandai bermain dengan kata-katanya sendiri... masih ada lagi manusia yang berperangai begitukan apalah faedahnya yang akan mereka perolehi...


di manakah hilangnya nilai diri seseorang itu yang masih tidak akan mengakui kesalahan yang telah dia lakukan?janganlah nak mengata dan menghina orang sesuka hati cuba lihat dulu diri kita yang sebenar-benarnya.... adakah diri kita sendiri ini sebenar-benarnya baik dan sempurna juga ke?kaji dulu diri kita sendiri barulah boleh mengata dan bercakap tentang hak peribadi orang lain....


bila dah melakukan kesalahan itu suka menunding jari ke orang lain dan orang yang tidak bersalah akan menjadi mangsanya....biarlah kita hidup sederhana dengan memiliki sifat-sifat yang disukai orang lain,janganlah kita merasa dengki,iri hati bila ada orang lain menyukai mereka dan janganlah beranggapan ianya sebagai penghalang kesenangan kita...


tiada seorang manusia di dunia ini dilahirkan sempurna sepenuhnya hanya sikap,perangai itu yang dapat membezakannya mana yang baik dan yang buruknya hanya Allah yang maha Mengetahuinya...kita hanya dapat berdoa agar Allah berikan petunjuknya pada manusia yang berhati busuk,dengki,sombong dan penghasut seperti itu...


biar kaya dengan budi bahasanya jangan kaya dengan hasad dan dengkinya...
biar kaya dengan rasa rendah dirinya jangan kaya dengan sikap sombongnya...