HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Thursday, May 31, 2012

Abang Ipar Bertandang Ke Rumah

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Minggu lepas abang ipar mama telah bertandang ke rumah mama tapi baru hari ini mama nak postkan n3 nyer sebabnya mama betul-betul terlupa nak postkan n3 ni...yer la semakin umur meningkat ni semakin mudah la pelupanya......hehehehee...

Abang ipar mama ini tinggal di Seramban dan mereka datang sekeluarga
 bersama-sama dengan anak menantunya yang turut datang sekali...
memang dah lama sangat kami sekeluarga tak berjumpa dengan keluarga beliau ni...
kenduri di rumah mama tahun lepas pun beliau tak dapat hadir kerana mengalami masalah keluarga...


Kiranya datang menziarahi kali ni nak menggantikan ketidakhadiran mereka sekeluarga pada kenduri kahwin anak mama dulu...alhamdullilah walaupun jarang bertemu tapi keakraban kekeluargaan di antara kami masih lagi seperti dulu-dulu...

air dicincang tak akan putus itulah peribahasa orang dulu-dulukan walaupun kita tingga berjauhan tapi sifat-sifat kekeluargaan itu masih lagi tetap menjadi pegangan hidup,yang tua haruslah dihormati yang muda diingati...ketika berada di Johor kami telah membawa
mereka sekeluarga berjimba-jimba disekitar bandar johor Baharu..


Semoga sifat-sifat kekeluargaan kami ini akan terus berkekalan sampai bila-bila dan moga
sikap ziarah menziarahi di antara saudara ini akan tetap diamalkan selalu dan ianya akan
terus kekal ke genarasi kita yang seterusnya... 

tidak semestinya hanya datang menziarahi semasa hari-hari perayaan atau mengadakan majlis saja sebab amalan begini haruslah kita amalkan hinggalah ke genarasi kita yang seterusnya...
semoga semua kekawan mama disini akan berfikiran begitu juga...InsyaAllah

abang n adik yang dah lama tidak bertemu...

p/s petang ni anak sulung mama balik ke Jay Bee seronoknya...

Tuesday, May 29, 2012

Budak Kecik Ni Dengan Kete Mainan Nyer..

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Haiii !!! budak tecik ni tak ada kerja lain agaknya sibuk jer dengan kete mainan nyer...
lepas mandi je dah cari kete mainan nyer...
apa la mama ni kan biarlah dia dengan mainan nyer tu kalau tak ada kete mainan die tu lagi lah parah jadinya...sebenarnya mama tak kisah pun budak-budaklah katakan
kalau tak diberikan kete mainan tu padanya lagilah susah mama nak buat kerja lain...
biarlah dia dengan dunia kanak-kanaknya bermain dengan kete mainannya tu
janji dia dok leka bermain sendiri tanpa mengacau mama....
kat mana-mana pun boleh bermain janji ada kete-kete tu...
 tu yang membuat Biki leka selain tengok siaran katun di TV.......

inilah kete-kete mainan budak kecik ni atas sofa pun boleh main...
nak ikutkan bukan budak-budak je suka kete-kete mainan ni orang dewasa pun
suka ada sesetengah orang sanggup keluar duit beribu-ribu untuk membeli kete-kete mainan ni....mama pun suka juga simpan koleksi kete-kete mainan ni
nantilah next entry mama tunjukkan koleksi kete mainan mama yang ada dalam simpanan...

inilah dia budak kecik tu...

Cerita Disebalik Hari Guru

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Pada hari guru yang lepas anak mama yang bekerja sebagai guru di Tadika Ijazah telah menerima banyak hadiah dari anak-anak muridnya...gembira rasanyakan bila menjadi seorang guru ni ,bila hari guru je banyak hadiah diterima dari anak-anak muridkan tapi kita akan terasa amat menyedihkan sekali kalau hadiah dari anak-anak murid itu diambil oleh orang lain....apa perasaan kekawan mama semua tentu akan terasa sedih jugakan...

Sebenarnya pada hari guru yang lepas pengetua tadika tempat anak mama mengajar itu telah memberikan arahan bahawa semua guru-guru haruslah menyimpan semua hadiah-hadiah yang diterima dari anak murid mereka dibilik pengetua dan pengetua itu akan membahagi2kan hadiah-hadiah itu nanti...

Dan selepas seminggu pun guru-guru tadika itu masih belum mendapatkan hadiah-hadiah mereka dan sehari sebelum cuti barulah pengetua tadika itu memberikan hadiah-hadiah kepada guru-guru itu tapi tidak kesemuanya hanya sebahagian saja yang mereka perolehi....

Pada mama sepatutnya pengetua itu tidak la boleh berbuat begitu kerana hadiah yang diterima itu adalah atas pemberian anak murid pada guru-guru yang mengajar mereka jadi tidak sepatutnya hadiah itu dibahagi2kan oleh pengetua itu sendiri.. sepatutnya siapa yang dapat hadiah tu dialah yang berhak ke atas hadiah itukan...

Hadiah yang sepatutnya anak mama dan rakan-rakannya perolehi tidak diberikan pada mereka tapi telah diambil oleh pengetua atau pemilik tadika tersebut...Sebenarnya anak mama dan guru-guru yang lain merasa amat terkilan kerana hadiah yang mereka perolehi tidak diberikan kesemuanya oleh pengetua sekolah tersebut...

Bila difikir-fikirkan ada juga pemilik atau pengetua tadika yang berperangai begini tapi biarlah apa yang dilakukannya itu hanya Allah yang tahu apa yang dia telah lakukan..anak mama dan guru-guru yang lain pun malas nak bertengkar dengan pengetua tu dan hanya membiarkan dia dengan perangai tidak eloknya itu...lagi pun anak mama akan berhenti mengajar di situ kerana dia ingin menyambung pelajaran nyer nanti...tapi kesian nyer dengan guru-guru yang lain lain tu..

inilah sebahagian dari hadiah-hadiah yang diperolehinya...

Monday, May 28, 2012

Tabung Bantuan Buat Adik Ahmad Sufi

SALAM 1 MALAYSIA 
Assalamualaikum semua....


Jom kekawan mama semua kita membantu adik Ahmad Sufi yang memerlukan bantuan kewangan untuk perubatan adik Sufi Di Sydney...adik Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak lahir adik Sufi menghidapi penyakit paru-paru yang kritikal...ingin tahu lebih lanjut Ahmad Sufi Bin Romo Agus Syumadi

Marilah kawan-kawan kita membantu serba sedikit buat perubatan adik Sufi ini dan pada yang ingin membantu boleh dibuat melalui

BSN: 14133-41-00000395-4 JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (ibu saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
CIMB: 14100000462201 MAYA SYUHADA BINTI SUHAIMI ( Ibu saudara Ahmad Sufi)


sumber dari Papa Ben

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Lulu Caldina

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....



Hari ini mama nak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat blogger Lulu Caldina dikesempatan ini mama ingin mendoakan agar Lulu sentiasa di dalam keadaan yang gembira yer walaupun baru kehilangan ayahanda yang tercinta..

moga arwah ayahanda Lulu ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan hanya doa dari anak yang solehah yang akan mengiringi arwah...al-fatihah...

Mama doakan agar Lulu sentiasa berbahagia,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa menjadi anak yang solehah dan moga segera dipertemukan jodoh yer...Amin...

 jom kekawan mari kita sama-sama ucapkan selamat hari lahir buat Lulu Caldina
blogger femes dan cun ini...

Mutiara Kata # 8....Meragukan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Daripada al-Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a..,Nabi s.a.w bersabda,"Tinggalkan apa yang meragukan kamu.Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan dan pembohongan adalah keraguan.."-Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad-

Sunday, May 27, 2012

Teman Hubby Jogging Kat Taman Hutan Bandar

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum....
Semalam kami sekeluarga ke Hutan Bandar untuk menemankan hubby mama untuk berjogging...hubby mama memang dah betul la dok berjogging tapi mama dan anak-anak dok ikut berjalan je dari belakang..mama je yang malas nak berjogging ni tapi sebenarnya kalau ikutkan aktiviti berjogging ni sememangnya baik untuk kesihataan kita dan bagi orang-orang yang dah meningkat usia macam mama ni...



hubby dok bising ajak berjogging sekali tapi mama je yang malas nak berlari....mula-mula okay la juga berjalan perlahan-lahan lama-kelamaan terasa kepenatan juga walaupun hanya berjalan saja...anak-anak mama lagi la sampai tempat yang menarik apa lagi bersiap dengan kamera nyer   untuk berposing-posing sakan....



berjogging ni sebenarnya memang baik untuk kesihatan selain dapat menyihatkan badan dapat juga mama mencuci mata sekali sambil melihat pemandangan yang menarik di sana...anak-anak dok sibuk berposing mak dan ayahnya pun sibuk juga nak berposing.... 

 cakk...ada kesempatan apa lagi menyibukkan diri la....siap bawa bekalan nugget dan sandwich jika kelaparan senang boleh terus makan jer...Jom la kita layan gambo nyer penat juga nak menaip panjang-panjang ni...okay jom...

berjogging ke berdating ni.... 


 sempat bagi kura-kura makan kat kolam ...

seronoknya...


cewahhhh senyummm...

ready senyummmm...

cewahhh perasan model ke...hehehehe

Saturday, May 26, 2012

Tip Menghilangkan Selulit

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Tips-tips bagaimana nak menghilangkan selulit ini ...Ubat-ubatan yang di jual di pasaran boleh juga digunakan untuk mengawal supaya selulit itu berkurangan dan amalkan tips-tips di bawah ini...

1-Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta kabohidrat dan minum air secukupnya.

2-Untuk mengurangkan takungan air dalam badan kita boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

3-Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak kurangkan pengambilan makanan seperti biskut,coklat dan ais krim.

4-Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan secara tak langsung membakar lemak.

5-Sauna dan mandi wap juga boleh merangsangkan peredaran darah dan memecahkan lemak lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

6-Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara langsung membantu menghindari lemak yang terkumpul.

7-Hindari tekanan kerana ianya boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

8-Jika penggemar minuman berkafein elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari kerana kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.

9-Kurangkan pengambilan garam dan gantikan dengan buah dan sayur segar,kacang buncis,tempe,daging yang tidak berlemak.

10-Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh dan pastikan mengamal cara pernafasan yang betul.

p/s nak temankan hubby berjogging untuk kesihatan tubuh badan juga...

"SELULIT" Teman Yang Sukar DiKawal...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Di pagi sabtu ni mama dah mulakan entry dengan memberikan petua untuk kekawan semua pada yang ingin mengikut melakukan petua-petua itu mama doakan semoga berjaya yer....

Okay entry mama kali ni mama nak bertanya kekawan semua pernah tak mendengar perkataan "SELULIT"...sebenarnya jika dibayangkan pasti semua menyangka selulit ini berlaku pada orang yang gemuk atau berisi sahaja tetapi sebenarnya selulit ini boleh juga berlaku pada kita yang kurus dan juga dikalangan remaja.

Selulit atau 'strech mark' adalah pengumpulan lemak yang tersimpan di bahagian lapisan bawah kulit dan ia adalah terdiri dari kombinasi lemak,air dan lebihan toksin.Keadaan lemak yang terkumpul adalah dari kesan kurangnya aktiviti pembuangan,bertambahnya bahan buangan dalam tubuh dan perubahan pembentukan tisu lapisan kulit.

Kita akan mendapati kulit kita akan menggelebeh,kendur,berlekuk atau berketul-ketul apabila kita memicitnya.Selulit ini sering berlaku pada remaja dan wanita dan ianya berkaitan dengan lemak dan kita sebagai wanita sering menyimpan lemak yang banyak berbanding lelaki.
Biasanya lemak ini kerap ada di bahagian punggung dalam dan luar,paha,pinggang, punggung dan perut.

Kita boleh memeriksa sendiri anggota tubuh badan kita menggunakan kedua-dua tangan dengan memicit di bahagian anggota badan yang berkemungkinan mempunyai selulit.Jika keadaan kulit kita berbonggol kecil seperti kulit limau,berlekuk atau berketul-ketul itu tandanya kamu memang mempunyai selulit.Selulit ini bukan sahaja meyebabkan kulit kelihatan menggelebeh malah lebih teruk lagi kita akan kelihatan berisi,gemuk dan sering kali berlaku regangan kulit.




p/s Entry selepas ini tips-tips bagaimana untuk menghilangkan  selulit ini...

Petua Untuk Semua...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...


Dah lama rasanya mama tak bagi petua-petua pada kekawan semua dan hari ini mama nak letakkan lbeberapa lagi petua yang berguna untuk kekawan mama semua...dengan mengetahui petua-petua dari datuk nenek kita ini memang sangat berguna sekurang-kurangnya dapat menghilangkan sedikit masalah yang kita hadapi seharian di dapur...

1-Meluruskan rambut dengan santan
Rambut kerinting atau ikal mudah kusut dan kurang menarik, untuk cuba meluruskan rambut cara tradisional ini cubalah petua ini.Parut atau beli sebiji kelapa parut ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam.

Campurkan santan tadi dengan dengan perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk.Gunakan santan ini sebagai krim rambut sapukan dengan cermat ke rambut kemudian dicuci bersih.Cubalah selama seminggu dan lihatlah hasilnya...

2-Limau putihkan kuku
Jika kuku kita terkena arang atau getah ianya akan menajdi kotor dan hitam.Cubalah petua ini lumurkan kuku dengan minyak kelapa kemudian cucui hingga bersih,selepas itu lumurkan pula isi limau nipis pada kuku InsyaAllah kuku kita akan kembali bersih dan berkilat selamat mencuba.

3- Kulit pisang sebagai losen
Bahan buangan seperti kulit pisang sebenarnya berguna sebab ianya boleh dijadikan bahan pelembap kulit.Yang perlu kita lakukan ialah cuci kulit pisang masak itu  dan potongkan kepada kepingan kecil.Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisar sehingga sebati.Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya.Gunakanlah ia sebagai losen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok....selamat mencuba.

4-Hilangkan daki di leher
Daki sering terdapat di bahagian badan dan leher dan untuk menghilangkan daki itu ikutilah petua ini ambil tiga sudu besar tepung gandum,tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu.Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi.

Campurkan bahan2 tadi menjadi bancuhan yang pekat ,sapukan pada leher seperti masker dan biakan selama 15 minit.Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilis dengan air bersih.Lakukan 2 minggu sekali secara konsisten InsyaAllah daki mudah tertanggal...InsyaAllah...

Friday, May 25, 2012

Nikmati Minuman Kurang Gula Yakult

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Yakult Ace Light ini sesuai  untuk mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat dan yang inginkan minuman probiotik dengan rasa yang kurang manis.Yakult ini boleh didapati dalam perisa original dan dimuatkan dalam botol 80ml.Yakult Ace Light mengandungi hanya 46 kilo kalori dan 7.6 gram gula dalam setiap botol lebih kurang 50 peratus kurang gula berbanding Yakult Ace asal.

Antara kebaikannya menggalakkan pertumbuhan bakteria baik menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus,mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan juga membantu mengelakan sembelit dan ciri-birit.Harganya RM 4.50 untuk setiap pek lima botol.Pada pengamal diet bolehlah meminum yakult ini sebab ianya enak dan berkhasiat sekali.

Adab Solat Tahajjud

SALAM 1 MALAYSIA 


Assalamualaikum...

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu..Tahajjud bermaksud bangun di malam hari dan afdhalnya dilakukan dari jam 1.00 pagi ke ke subuh berdasarkan hadis Nabi:


"Perintah Allah turun ke lamgit sepertiga yang akhir dari waktu malam lalu berseru adakah orang-orang yang memohon (berdoa) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu subuh .."(al Hadis)

Persediaan sebelum tidur :
1-Sebelum masuk tidur hendaklah menggosok gigi dan berwuduk.
2-Ambil masa untuk bermusahabah diri.
3-Baring menghadap ke arah kiblat atau mengiring ke kanan.
4-Membaca doa tidur
5-Berniat akan melakukan ibadat jika terjaga di malam hari.
6-Hendaklah memuji Allah apabila terjaga daripada tidur Rasulullah SAW apabila terjaga daripada tidur baginda akan membaca "Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami akan dikembalikan.."(H.R Muslim)

Adab bertahajjud :
1-Seseorang Muslim yang ingin menunaikan solat sunat Tahajjud hendaklah mengurangkan makan pada waktu malam supaya perut tidak terlalu kenyang dan sukar untuk bangun di waktu malam Rasulullah SAW bersabda :


 "Jauhilah kamu daripada kekenyangan ketika makan dan minum kerana sesungguhnya ia merosakkan tubuh badan mendatangkan penyakit dan mendatangkan sifat malas untuk mendirikan solat,bahkan hendaklah kamu sederhana dalam kedua-duanya kerana sesungguhnya ia lebih baik bagi tubuh dan amat jauh daripada sikap berlebih-lebihan.."(H.R Bukhari)

2-Waktu siang tidak melakukan maksiat seperti bertengkar,mengumpat,berbicara yang sia-sia,minum arak dan sebagainya.
3-Berusaha melawan nafsu atau keinginan untuk berseronok atau berehat.
4-Merasa khusyuk dalam solat sengan memikirkan kebesaran Allah SWT.
5-Memohon keampunan dan diberikan petunjuk dari Allah.

Thursday, May 24, 2012

Melawat Anak Saudara Baru Lepas Melahirkan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Mama baru balik dari rumah kakak tadi sebab menziarahi menantu beliau yang baru saja bersalin....alhamdullilah selamat sudah Aishah melahirkan seorang baby boy yang beratnya 3.8kg pada 18 Mei yang lalu gembira rasanya memandangkan Aishah sudah selamat melahirkan ...Selamat datang baby ke dunia mu yang baru ini....!!!


Baby yang besar dan berat itu dikeluarkan menggunakan 'vakum'oleh doktor kerana ibunya telah lemah dan tidak berdaya untuk meneran memandangkan keupayaan ibunya itu doktor terpaksa mengambil jalan mudah untuk menyelamatkan baby dan ibunya... alhamdullilah akhirnya Aishah selamat melahirkan dan baby boy telah diberi nama"AIMAN FARISH"masih berbekas lagi tanda'vakum'tu di kepala Aiman kesian baby..


Kerana masalah itu baby terpaksa di tahan di wad untuk beberapa hari bagi memastikan keadaan baby stabil dan memberikan penjagaan rapi memandangkan keadaan bekas luka'vakum' di kepalanya itu...baru semalam baby dibenarkan pulang oleh doktor akhirnya baby selamat sampai ke rumahnya....Amin...


Bertakwa Dengan Allah Solat Jangan Diabaikan

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Amalan solat yang baik akan sering kita lakukan supaya kita akan sentiasa mengingati Allah dan akan selalu melakukan semua ajaran-ajaran yang baik moga kita akan dapat banyak pahala dan manafaatnya dari apa yang kita lakukan itu setiap masa...InsyaAllah

Memelihara Solat :
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45,
"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar.."

Ada 3 cara memelihara solat kita iaitu :
1-Menunaikan solat tepat pada waktunya
2-Melaksanakan solat secara berjemaah
3-Mengerjakan solat dengan kusyuk.

Mutiara Kata # 7....Doa Rahmat Kepada Ibu Bapa

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

"Wahai Tuhanku ! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua ibu dan bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik ku semasa kecil..."
(surah al-Isra,' ayat 24)

Beberapa pengajaran doa:
Di atas ini ialah doa daripada al-qurqn agar Allah mencucuri RahmatNya kepada ibu dan bapa kita.Ada kalanya kita ketandusan perkataan apabila ingin mendoakan kebaikan kepada ibu bapa maka doa ini meliputi semua bentuk kebaikan kerana Rahmat Allah amat luas dan kebaikan yang terkandung di dalamnya tidaklah ternilai.Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa dan lebih baik membiasakan diri membacanyasetiap selepas solat fardu.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday # 86....Wow !! Beso Nyer Udang Ni...


SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Wordless Wednesday # 85....Kembang Dah Malas Terus Tido

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...

Marilah Kita Membantu Keluarga Ammar

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Dalam mama BW tadi terbacalah perihal rakan blogger kita ini di mana rumah keluarganya di Terengganu telah mengalami kebakaran 100%...Sedih mama membaca entry dari Ammar tadi tentang keadaan keluarganya nasib baik semua ahli keluarganya berada di dalam keadaan yang selamat klik sini untuk mengetahui cerita selanjutnya...

Pada rakan-rakan blogger yang prihatin marilah kita turut membantu menyumbang bantuan kewangan pada rakan blogger kita ini serta keluarganya yang memerlukan bantuan dari kita semua yer...semoga segala jasa-jasa dari kengkawan semua yang membantu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT hendaknya nanti...

Membantulah pada orang-orang yang memerlukan seperti ini,mungkin hari ini hari mereka entah esok lusa hari kita pula...sama-samalah kita membantu keluarga Ammar ini yer...pada sesiapa yang ingin mengulurkan bantuan sila hulurkan ke :

CIMB BANK :13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
MAYBANK    : 163082138960     (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

 kredit dari blogammar

Wordless Wednesday # 84....Three Thing

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Wordless Wednesday # 83...Kembang Jaga Tiny

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...


Tuesday, May 22, 2012

Budak Tecik Ni Kalau Ada Asyik La Tengok Cite Katun Jer...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua....
Mekacih pada kekawan mama semua kerana telah memberikan komen-komen yang menarik dan mekacih juga sebab menyukai header mama yang baru ini.... moga dengan header yang baru ini dapat memberikan satu semangat yang baru pada mama juga untuk terus berblogging dan  berkarya cewahhh.!!!  chaiyok !! chaiyok !!

Okay la kita tinggalkan cite pasal header tu dan hari ni mama nak cite pasal budak tecik (Biki) yang mama jaga ni....pagi-pagi kalau Biki sampai pasti televisiyen dulu yang dia suruh mama bukakan tapi bukan la siaran biasa yang kita semua tonton, ianya adalah siaran cite katun di Astro tu...

Faham-faham jer la kalau dah buka tv siaran cite katun langsung Biki dah tak boleh bergerak dari sofa,lepas satu, satu cite dia tengok kekadang bosan juga mama tapi nak buat macam mana itu jer la caranya nak buatkan Biki tak bergerak dari tempat duduknya sambil itu boleh la mama buat rutin kerja rumah yang biasa mama lakukan bila dah siap semuanya barulah lega..  

Tetap jam 9 Biki kena dipaksa mandi kalau tak memang masam la budak tecik ni,pada budak tecik ni memang tak kisah pun kalau dia tak mandi sampai petang pun dia sanggup tapi mamalah yang tak tahan dengan bau masamnya dan pesing bau pampers yang dah melandut tu...

bila dah mandi, pakaikan baju dan bagi dia sebotol susu berperisa coklat sambil berbaring kat sofa mata masih dok menonton channel katun tu...tu lah rutin budak tecik ni asyik jer tengok cite katun ....kekadang ada masa mama saja jer tukar channel yang mama nak tengok dan bagikan jer budak tecik tu mainan kereta yang dia sukai...okay la next n3 nanti mama cite kan pula kegemaran budak tecik ni dengan kereta mainan nyer...



Monday, May 21, 2012

Okay Ke Tak Header Baru Ni...???

SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua....
Kesian nyer anak mama terpaksa juga membuatkan satu lagi header untuk mama .....
terimakasih adik sebab buatkan satu lagi header yang baru untuk mama...sebenarnya header yang mula-mula tu cantik juga tapi ada sikit seperti ciri-ciri kebudak-budakan la...

apa-apa pun mama ucapkan mekacih sebab anak mama sanggup membuatkan satu lagi header yang baru ini....jadi kat sini mama ingin meminta pendapat kekawan mama semua yang mana satu yang lebih elok dan sesuai untuk menjadi header baru mama....


Sedih La Header Mama Jadi Macam Tu...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua..
Hari ini hati mama jadi sedih la !! buka jer blog headernya dah bertukar....sebenarnya mama ada menyuruh anak mama buatkan header blog mama yang baru tapi tak sangka la header yang mama ingini tidak kesampaian...lain yang diminta lain pula yang didapati rasa macam tak puas hati jer..sabo ! sabo jer ! rasanya terpaksa juga dilakukan perubahan lain lepas ni...lepas ni kena la belajar buat header blog sendiri....

p/s nak repair lagi.. 

Sunday, May 20, 2012

4 Tips Sahabat Palsu

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua.. 

Tadi pagi mama dah bagi tahu 4 tips sahabat yang sejati dan kali ini mama nak tunjukkan pula 4 tips sahabat yang palsu pula...jom kita lihat sahabat yang palsu tu bagaimana orangnya...


1-Sahabat yang tamak
sahabat yang tamak hanya akan memberikan hanya sedikit bantuan dan meminta yang lebihnya pula.Dia melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya kerana takut dan hanya ingat kepentingannya sendiri.


2-Sahabat yang besar mulut
Sahabat begini berkenaan dengan hal-hal yang melampau atau hal-hal mendatang dia akan berusaha untuk mendpatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempataan membantu dia akan menyatakan tidak sanggup.


3-Sahabat penjilat
Sahabat yang begini akan sentiasa menyetujui segala hal-hal yang salah dan dia juga tidak akan menganjurkan hal-hal yang benar dihadapan kamu dia juga akan memuji diri mu dan dibelakang kamu dia akan merendah-rendahkan diri kamu.


4-Sahabat pemboros
Sahabat yang akan menjadi kawan kamu jika kamu gemar berpesta atau berkeliaran terutama di tempat-tempat hiburan dan pertunjukan selain suka berjudi.Jauhilah ciri-ciri sahabat yang begini sebab ianya akan memudaratkan diri kamu sendiri.



4 Tips Sahabat Sejati

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Pada pagi minggu ini marilah kita lihat di sini bagaimana ciri-ciri seorang sahabat sejati yang benar-benar sahabat...ingatlah sahabat sejati adalah sahabat yang tiada tukar gantinya dan persahabatan yang begitu erat mempunyai pengertian yang dalam bagi kita yang tahu menghargainya...hargailah sahabat sejati mu...



1-Sahabat Penolong
Dia menjaga dirimu dan milik mu dia juga akan menlindungi mu semasa kamu ketakutan dan dia juga akan membantu lebih daripada yang kamu perlukan.

2-Sahabat pada waktu senang dan susah
Dia menceritakan rahsianya kepada mu dan menjaga segala rahsia diri mu dan tidak akan meninggalkan mu di saat kamu mengalami kesulitan dan sebaliknya dia rela berkorban hidup bagi diri mu.

3-Sahabat yang memberikan nasihat baik
Dia mencegah kamu daripada berbuat jahat dia juga akan menganjurkan kamu berbuat baik dan dia memberitahu kebenaran yang belum pernah kamu dengar dan dialah yang menunjukkan kamu jalan yang benar.

4-Sahabat yang bersimpati
Dia tidak bergembira atas kesusahan kamu dan dia juga akan turut senang atas kegembiraan kamu dan dia juga akan mencegah orang lainn menjelek atau mengejek diri kamu.


Tahniah Buat Hafiz Juara Mania Pertama...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum kengkawan...
Wah !!! Tahniah Hafiz sebab telah berjaya membawa pulang Rm 500,000.00 sebagai juara  mania musim yang pertama ini...persembahan Hafiz yang menarik membuatkan dia berjaya dalam mendapat undian sms terbanyak....

Tahniah juga buat Ahmad Dani sebagai produser mania bagi Hafiz yang telah berjaya membawa pulang RM 300,000.00 sebagai hadiahnya...
Tahniah ! Tahniah ! buat mereka yang telah berjaya...


Produser Mania
Ahmad Dani - RM 300,000.00


Juara Mania Pertama
Hafiz - RM 500,000.00


Tempat Kedua
Stacy - Rm 200,000.00

Tempat Ketiga
Jacklyn Victor - 100,000.00

Saturday, May 19, 2012

Konsert Akhir Mania Malam Ini...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Malam ni kita semua akan mengetahui siapakah yang bakal menjuarai Konsert Akhir Mania musim yang pertama ini...pada kengkawan yang ingin menyaksikan konsert ini jangan lupa di siaran Astro 104 dan Astro 188 HD...

Siapalah yang akan membawa pulang hadiah RM 500,000.00 ini nanti...kita saksikan malam nanti yer...artis undangan Dato Siti Nurhaliza akan membuat persembahannya....


p/s nak kuar jenjalan jap...

Takziah Buat Keluarga Lulu...

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum kekawan semua....
Pada hari Khamis tempohari kami semua blogger2 telah dikejutkan dengan berita kematian ayahanda tercinta blogger terkenal kita iaitu Lulu Caldina telah kembali ke rahmatullah....

semoga Lulu dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini yer kami semua blogger mendoakan agar roh arwah ayahanda Lulu ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman...Amin


p/s Daripada DIA kita Dijadikan dan daripada DIA jugalah kita dikembalikan...

Friday, May 18, 2012

Nak Komen Tak Boleh La ....

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Hari ini dalam mama blogwalking tadi ada masalah pada blog seorang blogger mama ni...puas juga la mama nak komen tapi x boleh2 juga ingatkan ada masalah internet tapi sebenarnya bukan ianya ada virus Malware la....

Pada  Cikgu Dil (Gen2Merah) mama say sori yer sebab hantar komen tu... saja nak bagi tahu cikgu bahawa blog cikgu kena virus....Bila mama buka page blog cikgu keluar la sekejap lepas tu page merah tu pula yang keluar tak tahu mama nak buat macam mana sebab mama nak komen terpaksa holdkan dulu...mama x sempat nak habiskan membaca entry cikgu terus je keluar benda alah tu...

puas mama klik lagi tapi kali ni x baca cuma tekan kotak komen tu dan cuba tulis komen supaya cikgu tahu...belum sempat buat apa-apa lagi page tu keluar balik jadi mama pun minimizekan dan savekan baru mama tulis komen tu...

inilah page nyer masa mama sedang tulis komen tu tiba-tiba page blog cikgu Dil hilang dan keluar benda alah yang warna merah tu...

Thanks Lyssa Jadi Follower Ke 1751...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
N3 kali ni mama nak cite tentang follower mama yang ke 1751...mungkin mama tak payah nak kenalkan pada semua kekawan sebabnya pasti semua dah kenal bila tengok je gambar kat kotak follower mama tu.... 

blogger femes ini dah mempunyai follower beribu2 dah dan mama di sini ingin mengucapkan mekacih pada Lyssa Faizureen sebab sudi jadi follower kat blog mama yang biasa-biasa jer ni...

blog Lyssa memang best banyak tutorial yang dapat mama pelajari di sana...moga Lyssa akan  terus memberikan lebih banyak tutorial yang lebih lagi untuk semua blogger sekalian...thanks pada Lyssa Faizureen blogger yang cute n manis ni....


Ilmu Sebagai Neraca Hidup

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...

Mari kita tengok ulasan-ulasan para sahabat dan cendikiawan Islam terhadap ILMU sebagai salah satu neraca hidup kita ini...

1-IBNU ABBAS
Bagi para ulama' terdapat beberapa darjat mengatasi para mukmin sebanyak 700 darjat,di mana jarak di antara setiap satunya adalah sejauh perjalanan 500 tahun.

2-SAIDINA ALI r.a
Ilmu itu adalah lebih baik dari harta, di mana ilmu akan menjaga kamu dan kamu pula menjaga harta.Ilmu adalah hakim dan harta adalah sesuatu yang dihakimi harta berkurangan oleh perbelanjaan sedangkan ilmu semakin subur bila dicurahkan.

3-ABU AL-ASWAD
Tiada sesuatu lebih mulia dari ilmu di mana raja adalah pemerintah manusia sementara para ulama' adalah pemerintah ke atas raja.

4- FAT AL-MUSULI
Tidakkah pesakit itu bila ditegah makanan dan minuman ia akan mati?Begitu jugalah hati bila dihalang darinya hikmah dan ilmu beberapa hari maka ia akan mati.Adalah benar bahawa sesungguhnya habuan hati ialah ilmu dan hikmah dengannya hati hidup.Sebagaimana habuan jasad adalah makanan.

5-HASAN BIN ALI r.a
Ditimbang dakwat para ulama dengan darah para syuhada' dan ditarjibkan dakwat ulama dengan darah syuhada' juga.

sumber dari Kitab Ihya' Ulumuddin

Mutiara Kata # 6...Persaudaraan..

SALAM 1 MALAYSIA 

Assalamualaikum semua....


Diriwayatkan daripada Anas r.a:
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri..."(Al-Bukhari)