SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Atas permintaan seorang blogger mama inginkan resepi Siput Masak Lemak..... hari ni mama copy pastekan resepi mama yang lama dan biasa-biasa jer ni untuk rujukan RealNS ( Amoi MiyaSya ) semoga dengan resepi ini beliau akan dapat memasak juadah ini dengan lebih sedap lagi...Selamat mencuba yer...

BAHAN_BAHANNYA:
siput
santan kelapa
cili api
bawang merah
bawang putih
asam keping

CARA-CARA MEMASAK:
Bersihkan siput potong bahagian hujungnya tepikan.Sediakan bahan untuk kuahnya,
ambil cili api kalau nak pedas lebihkan cili api dan 
bawang merah dan bawang putih tumbuk sehingga hancur.
Setelah itu ambil sebatang serai titikkan dan masukkan kedalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan santan cair dahulu dan letakkan periuk di atas dapur sekejap setelah didih masukkan siput sedut yang telah di cuci tadi ke dalam periuk itu.Biarkan kuah didih sekejap dan masukkan asam keping serta santan pekat tadi ke dalam kuah.
Kacau dan tunggu sehingga siput masak dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
Selamat menjamu selera.