30 June 2012

Segmen : Saya Ada Blog

June 30, 2012 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Dalam mama BW tadi terjumpa la satu segmen ini teringin la nak menjoinkan diri sama...
pada kekawan yang teringin nak join juga tekan sini...
mula-mula dulu mama memang tak tahu pun tentang blog ni tapi atas desakan anak-anak yang mempunyai blog sendiri teringin juga la nak ada blog sendiri....selepas tu anak-anak la mula memberikan tunjuk ajar pada mama maka terhasillah blog mama ini...
inilah entry yang mula-mula terhasil di blog ini...

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan

June 30, 2012 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Mama baru saja balik dari UTM Skudai tadi sebab melihat satu Pertandingan Kawad Kaki Jemputan Kebangsaan 2012 Antara Sekolah-Sekolah yang di anjurkan oleh Sekolah Teknik Perdagangan Johor Baharu tempat anak mama bersekolah....

Pertandingan ini di adakan di perkarangan padang kawad Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai)best juga la sekali sekala dapat melihat pertandingan kawad kaki ini... memang meriah keadaan di situ dengan berbagai-bagai gelagat guru-guru dan anak-anak murid dari sekolah yang datang menyertai pertandingan ini...

Sebanyak 18 belas buah sekolah yang menyertainya termasuklah sekolah tempat anak mama belajar ini...Sekolah Teknik Perdagangan Johor ini adalah sebuah sekolah yang paling banyak memenangi pertandingan kawad kaki ini dan ia juga merupakan juara Peringkat Kebangsaan bagi sekolah-sekolah Teknik Di Malaysia... 

Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat mama ambil 
dan jomlah kita tengok gambarnya
di bawah ini...










 inilah sebahagian dari gambar-gambarnya...
 sebenarnya banyak lagi kumpulan dan sekolah-sekolah yang mama tak ambil gambarnya sebab sibuk ambil videonya..... next n3 mama akan up-loadkan videonya pula...

29 June 2012

Dapat Ganti Cermin Baru..

June 29, 2012 24 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam cermin mama yang pecah hari tu dah pun digantikan dengan yang baru...
pada kekawan mama yang tak tahu ceritanya boleh tekan sini...siap juga cermin baru ni dan mekacih yer pada ayah si kecik Biki yang telah menggantikan cermin baru tu...
kesian ayah si Biki ni dek kerana anak terpaksa juga dia menukarkan cermin yang pecah tu kepada yang baru untuk mama...

inilah cermin yang baru diganti...

Selamat Pengantin Baru Buat Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

June 29, 2012 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Selamat pengantin baru buat pasangan ini yang telah bernikah pada 29 Jun 2012 setelah mereka bertunang selama 3 bulan...pertemuan mereka ketika mereka menunaikan umrah pada
14 Februari lalu dan mengingkat tali pertunangan pada 24 March 2012 lalu...
ketahui cerita lebih lanjut tekan sini...

Mengidam Dodol...

June 29, 2012 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Dapat juga beli dodol tu ...sebenarnya dodol tu untuk anak mama yang mengidam nak memakannya  hujung minggu ini anak mama hendak pulang ke Johor
 jadi mama belikan la awal-awal takut kehabisan plak dodol yang dia ingini itu...

kebetulan memang dah dijangkakan semasa mama datang ke kedai 
menjual dodol tu hanya tinggal 2 peket je lagi dan menurut budak kedai tu stok dodol yang baru belum sampai lagi jadi dari tak ada dodol tu baik la mama ambil jer 2 peket tu buat anak mama yang dok mengidam nak makan dodol yang lembik tu...
tak dapat makan meleleh plak air liur cucu mama nanti...hehehehehe....

inilah dia 2 peket dodol yang dapat dibeli...

Berbudi Pada Tanah Inilah Balasannya....

June 29, 2012 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Alhamdullilah....inilah hasil dari tanaman pokok pisang yang mama tanam di kebun 2 tahun lepas baru sekarang ini dapat merasakan hasilnya...semalam hubby telah memotong dan mengambil buah pisang tanduk itu hanya terdapat dua sisir aje pisang tanduk itu....


 mama dan hubby mengasingkan pisang-pisang itu untuk dibagi-bagikan pada jiran-jiran terdekat kiranya merasalah juga serba sedikit hasilnya....tapi pisang-pisang itu masih lagi belum masak sepenuhnya lagi kena diperam 2 3 hari dahulu barulah dapat merasa pisang tanduk masak hasil tanaman sendiri tu....


bila melihat pisang tanduk tu lambat sesangat masak hubby dengan rajinnya telah mengoferkan diri untuk membuat kerepek pisang tanduk...wah!!! hebat hubby mama ni terajin lah plak hari ni...jadi mama hanya membiarkan hubby membuat kerepek pisang tanduk itu sendiri...berjaya juga hubby mama dalam proses membuat kerepek pisang...

28 June 2012

Follower Mama Yang Ke 1858

June 28, 2012 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum..

Follower mama yang ke 1858 ini ialah Alynn Nyzaa berusia 20 tahun tapi masih belum lagi berusia 20 tahun sebab beliau akan menyambut hari lahirnya pada 4Julai ni...seorang perempuan,masih muda juga masih seorang penuntut yang belajar di Unimas... mekacih mama ucapkan pada alynn sebab sudi menjadi follower di blog mama ini yer...

beliau juga salah seorang peserta yang menyertai segmen anjuran Jiakreatifelt..
jom kekawan kita ke blog beliau dan jadi follower Alynn 
jom kita terjah....


Hadiah Dari Seorang Kawan Lama...

June 28, 2012 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Semalam mama baru menerima sebungkusan hadiah dari seorang kawan lama mama...sebenarnya dah lama mama tidak bersua muka dengan beliau hanya berhubung melalui telefon saja dan hadiah ini adalah souvenier yang beliau beli dari Korea,Jepun dan Vietnam semasa beliau bertugas di sana....

 barang-barang ini sebenarnya tidak seberapa dibandingkan dengan persahabatan kita itu...
terimakasih EFFA kerana sudi mengirimkan souvenier ini buat mama yer semoga persahabatan kita kekal selama2nya...

bungkusan hadiah yang telah mama terima semalam...


 inilah antara barang yang mama dapat itu...key chain dari Korea, dari Vietnam pula key-chain dan beg kecik tu,T'shirt dari Jepun dan bantal dan penutup mata tu dari Canon tempat  di mana kawan mama bekerja...


p/s persahabatan yang sebenarnya datang dari hati...

Kerja Biasa-Biasa Malu Ke Atau Berjawatan Tinggi Lebih Baik...

June 28, 2012 26 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Bila sebut je pasal kerjaya pasti semua orang terfikir tentang kerja yang baik...berbagai kerja yang baik itu boleh buat semua mulut orang akan terlopong dan terbeliak kagum bila seseorang itu menyebut tentang pekerjaan mereka yang baik tu tapi janganlah terlalu membangga diri dengan pangkat dan jawatan itu...

Peguam,doktor,jurutera,akauntan semuanya adalah salah satu kerja yang baik tapi bila seseorang itu menyebut kerja mereka sebagai tukang sapu,tukang cuci,pengasuh atau pun jaga kedai pasti ada yang tidak terlopong mulut pun kan malah kerja-kerja itu seperti  dipandang rendah pada mereka ...

Kita sebagai manusia ini akan sentiasa memandang tinggi pada orang yang menjawat jawatan kerja yang besar dan hebat..apa yang hendak di hebatkan yer tak ..kenapa la ujudnya jurang antara kerja biasa-biasa itu dengan yang berjawatan besar tu...tiada yang lebih dan kurangnya di Padang Mashyar nanti semuanya dipandang sama rata jer di sisi Allah..

Janganlah kita yang bekerja 'biasa-biasa' ni merasa rendah diri atau merasa malu...biarkanlah orang yang memandang rendah pada kita itu... tidak semestinya orang yang bekerja biasa-biasa ni tidak boleh berjaya dan cemerlang dalam hidup mereka
bagi mereka yang berjawatan tinggi pula tidak semestinya kerja yang mereka sandang itu boleh menjamin kebahagian di dalam hidup mereka mana tahu akan ada masalah yang akan timbul dikemudian hari nanti...

Oleh itu kita sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang baik janganlah terlalu  membezakan atau memandang kebendaan atau pangkat yang tinggi saja sebaiknya kita haruslah sedar bahawa satu hari nanti kerja yang biasa-biasa itulah yang akan menjadi sesuatu kerja yang amat membanggakan semua..

Spontan Khamis...Lawak Pagi

June 28, 2012 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Pada suatu hari di balai polis..

Pak Pandir : Selamat pagi tuan..
Polis : Selamat Pagi
Pak Pandir: Tuan saya nak buat report ni...
Polis : Apa halnya ni Pak Pandir ?
Pak Pandir : Sebenarnya saya nak report tentang kawan saya ni...
Polis : Pasal apa dengan kawan Pak Pandir tu..?
Pak Pandir : Kawan saya tu telah dibaham harimau..
Polis : Pukul berapa ?
Pak Pandir : Dia tak pukul tuan ! dia terkam jer ...!
Polis : Habis ?? 
Pak Pandir : Tak habis lagi tuan ! tinggal kepala je !!!
Polis : Ahhh...???garu-garu kepala yang tak gatal...
Pak pandir : Yer !! tuan tinggal kepala jer...!!!
Polis : Okay!Okay !! lagi pening kepala aku ...!


27 June 2012

"Mahamahu.com Anda Mahu 2012"

June 27, 2012 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Dalam BW tadi terjumpalah mama segmen ini dan teringin juga nak menjoinkan diri
banyak hadiah-hadiah yang menarik menanti kekawan...pada sesiapa yang nak join 
Jom join Segmen MahaMahu ini...



Slogan mama ialah " Saya Mahu hadiah istimewa dari Maha kerana mama Mahu menang
 hadiah best dari Maha dan mama Mahu semua join segmen dari Maha ini yang Mahu bagi hadiah untuk mama ni."
harap di terima yer...

26 June 2012

Selamat Hari Lahir Buat Blogger Zamani

June 26, 2012 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari ini sebenarnya mama nak wish awal2 besday pada blogger Zamani84 ni tapi disebabkan fb mama x boleh buka maka terpaksalah di biarkan dahulu dan setelah elok fb tu barulah mama membuat n3 ini..
pada hari lahir mama tempohari blogger Zamani pun ada membuatkan n3 khas buat mama
terimakasih mama ucapkan pada beliau klik sini.....
dan hari ini mama pula yang akan berbuat begitu pula pada beliau
 untuk mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama blogger...jom kekawan kita berikan ucapan hari lahir buat blogger handsome ni yer...


Feveret Si Kecik Ni...

June 26, 2012 15 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Si kecik Biki ni memang suka makan bebola tapi tak kira la bebola apa pun udang ke sotong ke ikan ke semuanya dia suka tapi kalau ada mayonise pasti dia lagi suka makan... 
makan mayonise itu saja2 pun dia boleh makan...sebab dia memang suka dan 
dah sememangnya faveret si kecik ni rupa-rupanya....
jom kita tengok gambo si kecik Biki ni memakan makanan faveretnya tu...

tengok mayonise je si kecik Biki dah mula suka...bebola udang tu pun dia tak usik...

 tengok tu terus dia makan mayonise tu...

tengok tu mulut penuh dengan mayonise..

Apa Masalahnya FB Ni Asyik Macam Ni Jer Dari Pagi Tadi...

June 26, 2012 20 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
Apalah dah jadi dengan FB mama hari ni asyik la tak boleh buka jer...klik jer keluar gambar yang macam kat bawah tu...nasib baik la boleh juga layan blog ni kalau tak bengang gak rasanya...nak tahu perkembangan kekawan kat FB pun tak boleh...

  semua akaun FB kekawan mama jadi macam ni tak agaknya.... ada masalah kot dengan akaun FB ni...jadi terpaksalah menunggu bila ianya nak baik semula agaknya.... dan bila la boleh mama buka FB ni semula...


Ada Cite Sedih Disebalik Lagu Ini...."Ramalanku Benar Belaka" Dari Zarul....

June 26, 2012 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
 
Mama sebenarnya paling suka mendengar alunan lagu dari Kumpulan Umbrella ini
 "RamalanKu Benar Belaka"..
Sebenarnya ada cerita disebalik lagu ini ...lagu ni sebenarnya adalah faveret hubby mama dari dulu lagi sebab lirik-lirik lagu ini ada kena mengena dengan diri beliau...
bila hubby memberitahu kisahnya barulah mama faham akan sebabnya lagu ini menjadi
kegemaran beliau...

begitulah sedihnyakan bila tunangan kita meninggalkan kita 
untuk memberikan cintanya pada orang lain...
itulah pengalaman perit yang hubby mama telah hadapi sebelum bertemu mama
jadi setelah itu mama pun turut menjiwai sendiri lagu ini...

Tahniah buat pencipta liriknya dan juga penyanyinya Zarul Umbrella yang telah membawakan
lagu ini dengan penuh  perasaan membuatkan lagu ini sentiasa menjadi kegemaran semua...
jom ke link blog Zarul...
macam nak promote blog plak kan...hehehehe...

Celebrate Hari Lahir Mama

June 26, 2012 22 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum....
Makan-makan di Pizza Hut jer masa hari lahir mama tempohari...sebenarnya malas sungguh nak tulis entry panjang-panjang ni jadi mama letakkan gambar jer la yer...jom kita layan gambo nyer yer...


tapi sayangnya hadiah hari lahir terpaksa tunggu bulan hadapan sedihnya mama kena la tunggu apa yang akan hubby berikan nanti tunggu yer...

p/s tak sabo nak tunggu bulan depan...

My Sweet Memory Song .....

June 26, 2012 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Asalamualaikum ...
You Mean Everything To Me

You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love.


I don't know how i ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, i love you so
You mean everything to me

 If you should ever,ever go away

There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh,my darling, I love you so
You mean everything to me

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh ,my darling, I love you so
You mean everything to me.

25 June 2012

Layan Lagu Feeling Malam-Malam Ni...

June 25, 2012 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

                                                                               I LOVE YOU

I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch

To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine

I wish I could go back to the very first day I saw you
Shouldve made my move when you looked in my eyes
cause by now I know that youd feel the way that I do
And Id whisper these words as youd lie here by my side

I love you, please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time

So today, I finally find the courage deep inside
Just to walk right up to your door
But my body cant move when I finally get to it
Just like a thousand times before

Then without a word he handed me this letter
Read I hope this finds the way into your heart, it said

I love you, please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time

Well maybe i, I need a little love yeah
And maybe i, I need a little care
And maybe i, maybe you, maybe you, maybe you
Oh you need somebody just to hold you
If you do, just reach out and Ill be there

I love you, please say
You love me too
Please say you love me too
Till the end of time
These three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together

Oh, I love you
Please say you love me too
Please please
Say you love me too
Till the end of time
My baby
Together, together, forever
Till the end of time
I love you
I will be your light
Shining bright
Shining through your eyes
My baby



Nikmati Rasa Asli Buah

June 25, 2012 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Fruit Tree Fresh adalah salah satu produk yang memang best di pasaran sekarang ini..bila meneguknya terasa keenakan dan kesegaran rasa Fruit Tree Fresh 100% asli tanpa gula.Semua perisa minumannya memang menyegarkan tekak dan perisa terbarunya adalah jus manggis dan buah delima.
Jus manggis dan buah delima adalah keluaran dari Fruit Tree Fresh ini adalah tambahan kepada produk-produk 100% jusnya.Kedua-dua jus ini kaya dengan pelbagai nutrient dan menmpunyai nilai anti oksidan yang tinggi.
Fruit Tree Fresh 100% jus tanpa gula tambahan juga didatangkan dalam bentuk kombinasi lain seperti kranberi,buah delima&epal,lobak& wolfberi serta buah-buahan dan sayur-sayuran.Semua produk ini boleh kita dapati di semua pasaraya dengan harga RM 6.50 dan RM 7.10 bagi pek 1 liter.
Ianya adalah satu produk yang best untuk diminum pada musim-musim panas begini dan pada bulan puasa nanti bolehlah kita meminum jus ini untuk berbuka puasa pasti ianya amat menyegarkan dan enak rasanya.

Mendengar Nasihat

June 25, 2012 16 Comments
SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum....
"...Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,maka ambillah akan dia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya...."(Surah al-Hasyr ayat 7)
 
1-Orang yang mendengar sesuatu nasihat dari seseorang hendaklah dia bersifat terbuka,berlapang dada dan merendahkan dirinya menerima nasihat itu.
2-Sentiasalah berdiam dan tidak banyak melawan nasihat yang diberikan.
3-Berazamlah akan menurut segala nasihat yang mendatangkan kebaikan kepada dirinya.
4-Janganlah memandang rendah jika orang yang memberikan nasihat itu lebih muda daripada kamu.
5-Hendaklah mengambil perhatian terhadap bentuk nasihat sebaliknya jangan melihat kelemahan orang yang memberikan nasihat.
6-Bersyukurlah kepada Allah kerana masih ada insan yang ingin menegur dan menasihati diri kita dari terus melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Rasulullah bersabda,"Jauhkanlah diri kamu dari sifat yang buruk kerana sifat yang buruk itu adalah perkara yang paling dusta."(H.R Bukhari dan Muslim)

24 June 2012

Kaedah Terbaik Untuk Balas Dendam

June 24, 2012 16 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Kita sebagai manusia ni memang tak pernah hilang dari sifat dendam dan sakit hati....sukar untuk kita sebagai manusia ni untuk menghilangkan perasaan dendam di dalam diri kita  ini...

seharusnya kita yang mengalami perasaan begini kenalah berusaha untuk mengingkirkan perasaan itu sejauh-jauhnya....tidak elok menyimpan sifat dendam ini di dalam diri kita kerana sifat dendam itu sendiri akan menjahanamkan diri kita sendiri....

marilah kita tengok dan cubalah tips-tips dari Dr.Fadzilah Kamsah 
ini bagaimana caranya untuk menghilangkan
perasaan dendam ini...

 1- Maafkan dia, orang yang bersalah itu
2-Doakan yang terbaik untuk dia
3-Sedekah fatehah kepadanya
4-Sentiasa ceria depan dia
5-Usaha kuat agar lebih hebat daripada dia
6-Beri dia hadiah
7-Sebarkan perkara baik tentang dia
8-Bela dia jika orang mengutuk dia
9-Buat baik kepada anak-anak dan keluarganya
10-Pesan kepada anak-anak kita untuk berbuat baik kepada keluarganya.

InsyaAllah dia akan INSAF atau dia JADI GILA..
Cubalah lakukannya moga kita akan dapat menghilangkan perasan DENDAM itu..

p/s jom kuar jenjalan...
 

Sedap Nyer Kalau Dapat Ais Krim Ni...

June 24, 2012 14 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Wah !!! sedapnya kalau dapat makan ais krim dalam cuaca panas-panas ni...sebenarnya mama teringin nak makan ais krim baru dari McDonald ini 'Groovy Lime Sundae' dan 'McFlurry' aduh !! kalau dapat makanmasa ni kan sedapnya...

lepas ni siapa nak rasa cepat-cepat pi ke McDonald atau kalau nak cepat cari jer DriveThru McDonald...nak juga beli aiskrim Groovy Lime with Nata De Coco ni sebab masanya terhad sahaja cepat-cepat kita beli kalau nak merasanya masanya dari jam 6am-10am je..

Pengomen Misteri Mama Yang Ke 45 Telah Dipilih...

June 24, 2012 19 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Asalamualaikum semua...




Terlebih dahulu mama ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada semua rakan blogger yang sudi datang meninggalkan komen dan mengucapkan selamat pada hari lahir mama tu...

terimakasih juga pada blogger2 yang sanggup membuat n3 untuk mama semoga segala ucapan dari kekawan mama di alam maya ini tak akan mama lupakan sampai akhir hayat mama walaupun kita semua tidak pernah bersua muka hanya dengan kata-kata itu sudah cukup untuk menunjukkan keikhlasan hati kekawan mama semua...

hari ni mama ingin memberitahu kekawan semua bahawa pengomen misteri yang ke 45 sebenarnya telah mama ketahui siapa dia orangnya...mengikut dari susunan pengomen di n3 mama semalam
blogger Eyfaalias adalah pengomen misteri yang ke 45 yang mama cari2...  

Angka 45 itu mama ambil sempena ulangtahun kelahiran mama yang ke 45 tahun pada tahun ni...jadi pengomen misterinya adalah pengomen yang ke 45 la..di harap kekawan mama berpuas hati dengan keputusan itu yer....hadiah bagi pengomen misteri ini sudah semestinya misteri juga yer..
Ok pada Eyfaalias kalau nakkan hadiah misteri tu cepat2 ke fb mama sehingga 25 Jun ini...
di harap dapat la Eyfa meninggalkan no telefon dan alamat di FB mama yer..
FB : Maszull Mohd Noah

23 June 2012

"Segmen Dari Jiakreatifelt : Header Dulu Hingga Kini"

June 23, 2012 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Dalam mama BW hari ini terpandanglah salah satu segmen yang dikira menarik jugalah jadi terpanggil oleh hati mama nak menjoinkan diri dalam segmen ini...
pada yang ingin menjoinkan diri bersama-sama mama klik sini...

inilah header-header mama dari mula-mula berblogging dulu hingga sekarang
header mula-mula berblogging

 header ke 2

 header ke 3

header ke 4 

header ke 5

 ini header ke 6 dan yang terbaru

mama nak tag 

Selamat Hari Lahir Buat Blogger Ezad

June 23, 2012 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Semalam ulangtahun kelahiran mama dan hari ni seorang lagi blogger menyambut hari lahirnya hari ini....semoga Ezad (Skytechxtreme) gembira menyambut hari lahir hari ini...tahun depan bolehlah join sesama sambut besday yer...disini mama mendoakan agar Ezad gembira ,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya...