SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Sebagai salah seorang saksi terhadap satu kes jenayah Rahim dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Pertama kali dalam hidupnya,Rahim menjejakkan kaki ke mahkamah...sebab itu dia gugup dan cemas bila peguam mula bertanya kepadanya.

Peguam  :  Anda sudah berkahwin?
Rahim     :   Sudah, tuan.
Peguam  :  Berapa kali kamu berkahwin?
Rahim     :   Baru sekali,tuan.
Peguam  :  Dengan siapa kamu berkahwin?
Rahim     :   Dengan seorang wanita,tuan !
Peguam :   Eh !! Loyar buruk pula kamu ya ! Dah tentulah kahwin dengan wanita.Ada ke kawin
                   dengan lelaki pula ? ( si tuan peguam mula bengang )
Rahim     :  Ada tuan ! adik perempuan saya kawin dengan lelaki tuan !
Peguam :   Pening kepala sambil menggaru kepala...???