HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Hari Ke Sepuluh

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Berbuka hari ke sepuluh hanya menu biasa saja tapi begitu menyelerakan pada kami sekeluarga..
berbuka dengan menu yang simple tapi begitu bermakna dan dengan perasaan penuh kasih sayang serta kekeluargaan...menu berbuka semalam ialah:
1-Rendang ayam kampung
2-Sambak kerang
3-Tom yam sayur
4-Nasi lemak (kakak bagi)
5.Air sirap laici


Tiada Paksaan Memilih Atau Terpilih Di Antara Blogger ...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Di sini mama ingin bertanya pada kekawan mama patut ke tidak seorang blogger sakit hati atau marah bila ada blogger yang lain suka berblogwalking ke blog blogger-blogger yang lain?

pada mama itu semuanya terpulanglah pada individu masing-masingkan kerana berkawan di alam maya ini tiada batas dan sempadannya..ke blog sesiapa pun kita boleh singgah dan meninggalkan komen atas apa yang kita baca pada setiap n3 mereka.

rasanya tak salah juga kalau kita kerap kali datang ke blog seseorang blogger itukan jika kita rasa setiap n3 nya sedap dan seronok pada jiwa kita bila membacanya...

kita sebagai blogger ini sepatutnya tolong menolong di antara satu sama lain di alam maya ini bukan memandang rendah pada seseorang blogger yang lain..ada ke sikap sesetengah blogger dikalangan kita ini yang mempunyai sikap yang begitu..entahlah tepuk dada tanya selera masing-masingkan..

ke manakah seseorang blogger itu nak berblogwalking kita tidak boleh menahannya tapi ada juga sesetengahnya berfikiran begitu... terfikir juga mama apa salahnyakan kalau semua blogger suka meninggalkan jejak disetiap n3 blogger yang disukainya itu...

tiada salah apa punkan ! kita semua di sini semuanya sama hanya lama atau tidak yang membezakannya...kalau kita suka BW ke blog-blog rakan blogger yang lain dan suka tinggalkan komen kat blog blogger-blogger kekawan semua pasti kita disukai teman-teman blogger yang lain...

tapi kenapa ada sesetengah blogger yang terlalu sakit hati dan marah pada orang lain yang suka BW ke blog blogger-blogger yang lain...rasanya tak salahkan masing-masing mempunyai pemikiran sendiri untuk memilih blogger mana yang disukai untuk dilawati blog mereka selalu...


p/s kena hilangkn sikap begitukan...

"Karangan Sekolah Rendah " Minat Sukan Sampai Kulit Gelap Macam Anak India...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Nama saya Normas Binti Mohd Noah.Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Johor Baharu dan telah dibesarkan di Daerah Muar Johor dan sekarang saya sudah berusia 17 tahun. 
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri Batu 2 dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas peperiksaan Penilaian Darjah 6 saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja Muar Johor pula.


Di sekolah saya memang terlalu aktif dengan aktiviti sukan di sekolah semua acara pasti ada muka saya yang gelap ini.Setiap petang saya akan menjalani latihan sukan di padang sekolah.

Setelah mewakili sekolah saya mendapat tawaran pula untuk mewakili Daerah Muar dalam MSSD (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah).Semakin gelaplah kulit muka saya masa itu tapi disebabkan minat dalam sukan ini saya turutkan juga menjalani latihan sukan itu.


Kalau difikir-fikirkan balik kenapalah saya suka sangat dengan aktiviti sukan ini jawapannya adalah saya sendiri pun tidak tahu.Nasib baiklah kulit muka saya tidak selama-lamanya hitam dan selepas habis sekolah barulah saya belajar memulihkan kulit muka saya yang hitam itu semula agar ianya kembali secerah dan dijaga sebaik mungkin semula.

Inilah sahaja karangan pendek dari saya untuk kali ini dan saya sangat berharap saya akan mendapat markah yang baik pada ujian kali ini.

"Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan  Zarul Umbrella"
dan disponsor oleh Azri [dot] My..

p/s jom kekawan kita join contest ni..

Memori Kad Hari Raya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila nak cerita bab2 kad raya ni memang seronoknyakan...apa tidaknya bila kita mendapat kiriman kad hari raya dari seseorang memang terasa teramat2 gembiranya di hati...kad hari raya ni sememangnya telah menjadi salah satu pengantaraan di masa dulu-dulu lagi...tapi sekarang ni terasa kekurangan sedikit la...

Sekarang ini terdapat banyak talian mudah alih,telefon,internet dan banyak lagi yang membuatkan orang-orang sekarang ini lebih gemar menggunakan pengantaraan yang mudah begini hantar kad raya guna internet,gunakan telefon bimbit je dan nostalgia menghantar kad melalui pos sudah berkurangan...

mereka lebih gemar menggunakan kemudahan baru ini walaupun alat-alat kecanggihan zaman ni hanya sementara saja...jika kad hari raya tu pasti boleh dijadikan kenang-kenangan ...itulah yang membuatkan mama masih terasa kekurangan budaya menghantar kad-kad hari raya seperti dulu-dulu...

Kad hari raya inilah sebagai pengganti diri di antara kekawan,kekasih atau suami isteri yang terpaksa menjalankan tugas di hari raya...juga untuk kedua ibubapa dimana kad raya inilah sebagai pengganti diri mereka jika mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman..

Terimbau kembali nostalgia dulu2 bila terpandangkan kad-kad hari raya yang sudah banyak terjual di pasaran sekarang ini... teringat kembali kad-kad hari raya yang banyak pernah mama terima dulu memang sungguh menyeronokkan waktu itu...

Bila dah mendapat banyak kad hari raya mulalah mencari idea untuk melekatkan atau menggantungkannya di dinding2 rumah untuk dijadikan perhiasan untuk menyambut syawal yang mulia nanti..boleh tak sekarang ni mama nak buat begitu lagi entahlah terasa sekarang ini sudah kekurangan rasanya tradisi menghantar kad hari raya kepada sanak saudara atau sahabat handai ni...

Pada anak-anak muda sekarang ini janganlah lupa dan tinggalkan tradisi atau budaya menghantar kad-kad hari raya ini pada teman,kekawan,saudara mara dan ibubapa...kalau boleh cubalah kekalkannya moga kita masih ada ciri-ciri keistimewaan pada hari raya setiap tahun dan biarlah generasi baru pun tahu menghargainya nanti...  

kad pengganti diri di jadikan hiasan pada hari raya..

p/s nak-anak sekarang makin malas nak menghantar kad hari raya..

Monday, July 30, 2012

Berbuka Hari Ke Sembilan..

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Berbuka hari kesembilan semalam tiada juadah yang istimewa pun yang mama masak hanya masakan biasa je kegemaran hubby...menu biasa-biasanya adalah 
1-masak lemak cili padi rebung + perut
2-Kerang rebus cecah air asam
3-Sayur kacang panjang goreng 
4-Air sirap bandung
5-Dount Big Apple


inilah juadah yang diidam-idamkan masak lemak cili padi rebung +perut...


p/s tak boleh letak gambar banyak2 nanti terliur susah...

Tips Kelihatan Segar Pada Bulan Puasa...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Sepanjang hari kita berpuasa dan dalam sepanjang hari itulah kita harus sentiasa hendaklah mengekalkan kesegaran di sekitaran muka lebih-lebih lagi di bahagian bibir...jom kita tengok bagaimana hendak mengekalkan kesegaran itu sepanjang hari...

1-Bibir Anti Kering
Ambil berat penjagaan bibir.Jangan sampai bibir kering dan
pecah-pecah walaupun sedang berpuasa.

2-Mengapa ketika berpuasa bibir mudah kering?
Kamu kurang minum maka bibir adalah sanggota tubuh yang pertama
menunjukkan kamu kekurangan air.Bibir tidak mempunyai kelenjar minyak dan ianya
tidak dilindungi lapisan pelindung sebab itu bibir mudah kering pada
bulan puasa.

3-Adakah bibir yang kering akan hilang jika dibasahi dengan air liur?
Tidak! menjilat bibir bukan melembapkan lagi bibir malah akan membuatkan bibir
 menjadi semakin kering.
4-Apakah bezanya lip balm dan lip gloss?
Sebenarnya kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu melembapkan bibir
tetapi lip gloss lebih bersifat kosmetik kerana memberikan lebih kesan berkilau pada bibir manakala lip balm lebih berfungsi untuk melembapkan bibir yang pecah-pecah.

5-Sepanjang berpuasa bolehkah kamu memakai lip balm atau lip gloss yang mempunyai rasa buah-buahan?
Sebenarnya pewarna tersebut bukanlah bertujuab untuk kita menjilat bibir merasai 
rasa buah-buahan tersebut tapi ia sekadar memberi bau yang menyenangkan.Jadi kalau kamu takut akan merasanya guna saja lip balm atau lip gloss yang natural tanpa rasa.



Memelihara Pahala Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Di dalam bulan Ramadhan ini setiap perbuatan yang baik pasti akan dapat ganjaran yang baik juga oleh itu kita semua digalakkan melakukan sebanyak-banyak amalan yang mulia di bulan Ramadhan ini..sentiasalah kita memelihara akan setiap pahala yang kita perolehi di dalam bulan ini dan marilah kita lihat perkara-perkaranya yang dapat memeliharakan pahala puasa kita itu...

1-Menjaga lidah kita daripada berdusta,mengumpat dan mencampuri urusan
orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

2-Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar
perkara yang dilarang oleh syarak dan sia-sia.

3.Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman atau yang 
mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya 
untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4-Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan
daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5-Jangan membanyakkan tidur pada siang hari dan makan pada malamnya.

6-Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka
jenis makanan yang lazat-lazat.

7-Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan
bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah
dan mengingatiNYA sebaik-baiknya.

8-Mempratikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk
waktunya dan berbuka dengan kurma dan jika ia tiada memadailah dengan
segelas air serta melambatkan makan sahur.

9-Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun
dengan beberapa biji kurma atau segelas air.

10-Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih
witir dan sebagainya.


Sunday, July 29, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini dalam sejarah blog mama tanpa entry ...mama tersibuk plak hari ini macam-macam perlu dilakukan pada hujung minggu macam ni....walaupun x ada n3 yang menarik tapi tetap nak postkan satu juga n3 hari ni walaupun dalam keadaan keletihan tapi esok kita jumpa lagi yer dan mama akan BW blog kekawan semua.....Okay selamat malam semua...


Saturday, July 28, 2012

Hujung Minggu Projek Mengemas Rumah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom kekawan kita memulakan projek membersihkan rumah dari hari ini hingga ke minggu akhir puasa nanti...buat apa yang patut dulu sampai nak raya nanti senang sikit dah separuh siap semuanya...

Friday, July 27, 2012

Rukun Islam ke Lima...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Marilah kekawan kita tengok golongan-golongan orang yang wajib membayar zakat fitrah ini dan juga hukum membayar zakat mengikut waktunya.

Golongan Yang wajib membayar Zakat Fitrah
1-Kewajipan zakat fitrah hanyalah ke atas orang-orang islam sahaja.
2-Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam.
3-Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain,maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah ini.

Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya dan di antaranya ialah
1-ibubapa dan anak tidak mampu dan kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
2-ayah mampu, anak tidak mampu dan ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
3-ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan,sudah berkerjaya) dan
masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
4-ayah tidak mampu, ibu mampu,anak tidak mampu jadi ibu membayar zakat fitrah
hanya untuk dirinya sendiri.
5-ibubapa tidak mampu (tua,telah bersara),anak mampu dan anak membayar zakat
fitrah untuk dirinya dan ibubapanya.

Hukum membayar zakat mengikut waktunya.
1-Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokkannya.
2-Waktu paling Afdal - sebelum sembahyang Hari Raya Aidil fitri
3-Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4-Waktu makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari 1 syawal.
5-Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Cara membayar zakat fitrah.
1- Kaunter lembaga zakat
2-Kaunter bank atau online
3-Pejabat pos
4-Sistem pesanan ringkas(sms)
5-Mesin ATM

p/s jom tunaikan tanggungjawab pada diri dan tanggungan kita...

Dapat Kad Undangan Perkahwinan Dari Blogger...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Terimakasih banyak-banyak mama ucapkan pada Cik Jannah kerana sudi menjemput mama dan keluarga di hari bahagia Jannah itu nanti..InsyaAllah jika tiada aral melintang mama dan family akan hadir ke majlis itu mekacih Cik Jannah...



Tazkirah Jumaat : Sekilas Pandang Di Pagi Jumaat Ini...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Marilah kita semua lihat apa yang perlu dan penting mengenai puasa di dalam bulan Ramadhan ini dan jalanilah ibadah puasa kita dengan sebaik-baiknya..
InsyaAllah !! setiap apa yang kita lakukan demi kebaikan akan mempunyai seribu pahalanya dan jauhilah diri kita dari melakukan sebarang keburukan moga amalan kita di dalam bulan yang mulia ini akan diberikan ganjaran yang diberkati Allah...Amin 


p/s mama kurang sihat sakit perut...

Thursday, July 26, 2012

Berbuka Hari Ke Lima..

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Untuk berbuka hari yang ke lima kami sekeluarga telah ke Tesco Plentong untuk berbuka puasa di sana...makan di sini merupakan tempat kegemaran kami sekeluarga makan walaupun nampak makanan nyer simple tapi rasanya itu yang membuatkan kami semua suka akan masakannya itu..

  tom yam campur

 menu berbuka yang simple tapi sedap...
tom yam campur,kangkung goreng belacan dan paprik ayam..
abaikan tangan sape tu yer...

milo ais untuk anak-anak..

Setelah berbuka di sini kami sekeluarga sempat juga meronda-ronda disekitar Pasaraya Tesco ini untuk melihat baju-baju yang ada dijual disekitar pasaraya tu pertama ke First Lady yang terdapat di ground floornya juga kedai-kedai yang ada disekitarnya...jika ada yang berkenan boleh la dibeli sekali untuk persiapan hari raya nanti..bila dah terjumpa yang berkenaan dihati terus angkat dan bayar...



Aku Terjah ! Aku Follow ! Apakah Itu ?

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum..


Jom kekawan kita join segmen ini pada yang nak join tekan kat sini...
cepat sebelum terlambat yer..

mama nak tag kepada siapa ek...okay yang kena tag tu kenalah follow
blog tuan rumah ni yer...
*
*

selamat bersegmen yer...


Spontan Khamis...Berbuat Baik Kepada Orang Lain

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang.Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya.Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya"
(Sahih Muslim)

Dari sabda nabi kita itu menunjukkan bahawa tangan yang menghulurkan itu lebih mulia berbanding dari tangan yang menerima dan itu amat-amatlah disukai oleh Allah.Sikap bantu-membantu itu mencerminkan ketinggian nilai keperibadian seseorang.Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu lakukan bukan hanya dari segi kewangan saja tapi dari segi yang lain juga.

Jadi kita masih boleh bersedekah dari segi tenaga,ilmu mahupun buah fikiran.Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi kita masih boleh bersedekah melalui ilmu untuk kebaikan orang lain.Masih banyak cara-cara yang lain lagi yang boleh kita lakukan moga kita semua akan sentiasa mendapat banyak pahala dan keberkataan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sikap Kurang Puas Hati Mungkin Boleh Membawa Mati....

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum..
Kenapa ek kita sebagai manusia ni suka sangat ada perasaan kurang berpuas hati pada sesuatu perkara..susah sangat nak mengelakkan sikap begitukan tapi jika difikirkan seharusnya sikap-sikap begitu haruslah dikikis agar tiada terlampau mengalami sengketa perasaan begini...

Kita sebagai manusia ini seharusnya bersyukur dengan segala apa yang kita perolehi itu jangan menganggap apa yang kita ada hari ini begitu mudah untuk diperolehi...kaji dulu apa yang membolehkan kita mendapatkan sesuatu itu dengan cara yang bagaimana..

Kalau dengan cara yang baik maka jawabnya adalah baik juga la tapi jika sebaliknya ! itulah yang sepatutnya kita rasakan akan ketidakpuasan hati kita itu dan kaji apa yang membuat perkara itu boleh membuat hati kita jadi begitu dan seelok-eloknya kita berharap akan dapat menghindarkannya dengan cara yang bagaimana pula...

Carilah hala tuju hidup kita ke jalan yang benar...moga kita tidak akan menjadi seorang yang terlalu sensitif dengan perkara-perkara yang tidak perlu dan janganlah kita terlampau sangat mengikut kata hati dan perasan kita sendiri...

Jauhilah sikap-sikap negetif pada diri kita sendiri agar jangan terpengaruh dengan hasutan manusia dan syaitan..biarlah kita hidup bersederhana serta jalanilah hidup ini dengan cara kita serta mengikut kemampuan hidup kita sendiri juga..InsyaAllah hidup kita semua akan selamat di dunia mahupun di akhirat...



Wednesday, July 25, 2012

Berbuka Hari Ke Empat

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum..
Semalam mama tak la memasak di rumah hanya berbuka di luar atas permintaan anak-anak yang teringin nak makan pizza jadi tiadalah gambar masakan mama semalam hanya yang ada gambar pizza saja la yer...

itu pun nak makan pizza yang ada extra cheese jadi hubby orderkanlah yang ada extra cheesenya ! pesan 2 pizza yang regular sepatutnya biarlah satu yang biasa tapi dua-dua dia pesan yang ada extra cheesenya...haaa apa jadi hanya pizza nyer jer yang di makan cheese yang di tepi tu ditinggalkan atas alasan dah terasa muak...

sebelum tu mama dah beritahu janganlah di pesan kedua-dua pizza tu ada lebihan chesse tapi masing-masing nak juga...nak merasa katanya yang ada extra chessenya ! atlastnya terasa juga kemuakannyakan...nasib baik tak termuntah kat situ juga kalau tak buat malu je...

satu set boleh lagi habiskan...

set kedua habis tapi cheesenya yang kat tepi tu dah tak boleh masuk lagi semuanya dah terasa muak sesangat...

roti garlic ni awal2 dah habis dulu...



p/s hari ni hubby plak request nak berbuka di Tesco Plentong...

Wordless Wednesday # 128....Cara Didik Anak Dalam Kandungan

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 127.. Nak Jual Pokok Mangga Ke Atau Buah Mangga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 126.. Macam-Macam Ada

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 125... Amalan Yang Boleh Bagi Wanita Dalam Haid

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...







Wordless Wednesday # 124... Pelik Tapi Benar Kereta Terbang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





p/s nasib baik drivernya tak apa2(kakak baju hijau tu la tuan punya kete)





Wordless Wednesday # 123... Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sami Yusof Feat Dato Siti Nurhaliza Pula "You Came To Me"

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
p/s memang best...

Wordless Wednesday # 122....zakat

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...


Tuesday, July 24, 2012

Hari Ketiga Berpuasa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Semalam selamat hari ketiga kita semua umat islam berpuasa dan semoga kita dapat mengerjakan ibadah puasa hingga ke akhir bulannya, itu pun jika x ada yang bocorkan puasa tu bagi yang lelaki la ! kalau yang perempuan tu cuti puasa biasa la kan....menu masakan untuk berbuka mama dan family semalam adalah menu yang simple dan biasa jer...


Inilah masakan yang mama masak semalam...
sebenarnya daging ni ada balance sedikit dari masakan paprik n nasi daging hari tu jadi mama masaklah untuk clearkan stok daging ni...jadilah daging masak merah tapi x la merah sesangat...

menu ni untuk anak-anak mama sebab mereka suka dan mama terpaksa masakkan hubby
 menu kedua plak sebabnya hubby mama memang tak suka makan daging masak merah ni...
jadi mama masakkan hubby dengan menu yang lain iaitu ikan tenggiri masak lemak cili padi tapi terlupa plak nak ambil gambo nyer ... 

pinjam gambarnya kat Mr.Goggle jer la yer...


p/s hari ni dapur mama tutup sebab nak berbuka di luar anak-anak sibuk nak makan piza plak..

Alahan Ubat Lagi...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Semalam alahan lagi dengan ubat ! kononnya nak makan ubat gastrik semasa bersahur tapi boleh plak hubby mama bagi ubat gastrik yang lain tu yang jadi alahan...nasib baik la alahan kali ni tak berapa teruk la dah petang baru keluar bintik-bintik bengkaknya..


Pasangan Berkahwin Muda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Tahniah !!! pada Syafiq dan Yana kerana telah memilih jalan yang betul untuk hidup mereka  walaupun masih lagi muda mereka sanggup berkahwin untuk menjauhkan perkara-perkara yang tidak elok..selepas ini kenalah pandai-pandai mengawal diri yer 
dari sikap kebudak-budakan itu...
p/s syaitan pasti bersedih ... 

Amalan-Amalan Di Bulan Puasa


SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Diriwayatkan Dari Abu Hurairah RA:
Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa,kerana dalam ini pintu Jannah dibuka,Pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan maka barang siapa yang tidak beramal sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti dibulan ini "
(HR.Ahmad Nasai dan Baihaqi)


Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan.
Keistimewaan ini diberikan pada setiap umat manusia dan dalam bulan Ramadhan
ini banyak manfaat dan fadilat kepada mereka yang tahu menghayatinya.
1-Orang yang berpuasa dapat balasan syurga
2-Dihapuskan dosa-dosa.
3-Dimakbulkan doa-doanya.
4-Mendapat perlindungan dari Allah.
5-Disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk 
memasuki Jannah.
6-Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan
bertemu dengan Allah di akhirat nanti.

Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan puasa.
1-Solat sunat Terawih
2-Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu.
3-Banyakkan berdoa
4-Bertasbih.
5-Sembahyang tahajjud.
6-Sembahyang sunat tasbih.
7-Bersedekah.
8-Banyakkan istighfar dan bertaubat.
9-Banyakkan bersabar.
10-Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran.

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan
ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang"
(HR.Bukhari Muslim)


Tenang Hati Dengar Lagu Ini...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..



Layan Lagu Ini Sedap Dan Mendayu Bila Dengar

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Buat kekawan semua di bulan Ramadhan ini jom kita layan lagu-lagu Arab yang sedap di dengar...

You came to me in that hour of need
When i was so lost,so lonely 
You came to me took my breath away
Showed me the right way,
 the way to lead
You filled my heart with love 
Showed me the light above 
Now all i want is to be with you 
You are my one true love 
Taught me to never jugde 
Now all i want is to be with you
ALLAHUMA ! Sal'ala Sayideena Mustafa 'Alaa 
Habeebika Nabieeka Mustafa 
ulang c/o
You came to me in a time of despiar
I called on you ,you were there 
Without you what would my life mean
To not now the unseen,the worlds bewteen
For you I'd sacrifice for you I'd give my life
Anything,just to be with you I feel so lost at times 
By all the hurt and lies 
Now all i want is so to be with you
ulang c/o
Showed right from wrong 
Taught me to be strong 
Need you more than ever Ya Rasul Allah

Hepi Beleted Day Buat Blogger Fariza (Tentang Kita)

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari ni baru mama dapat tahu bahawa semalam 23 Julai adalah hari lahir bagi blogger ini FarizaFairuz (Tentang Kita)..Di sini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat FarizaFairuz semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasalah berbahagia disamping suami dan moga Allah cepat-cepat mengurniakan anak yang comel buat Fariza...Amin



Saat Kau Dari Rahim Ku

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...

Buat semua kekawan yang akan menjadi seorang ibu,bakal menjadi ibu dan yang sudah menjadi ibu marilah kita hayati video ini dan lihatlah keajaiban yang Allah kurniakan kepada semua umat manusia kejadian manusia keturunan Nabi Adam...
 satu pengalaman yang amat indah semasa bakal menjadi seorang ibu 
video ini khas buat anak-anakku dan kekawan mama semua...
*
*
*
*

Kelebihan Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Abu Hurairah r.a ada berkata Nabi Muhammad SAW bersabda,
"Di bulan Ramadhan,umatku diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya iaitu:

1- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau
minyak kesturi.

2-Para malaikat selalu memintakan keampunan untuk mereka yang
berpuasa hingga mereka berbuka.

3-Setiap hari Allah menghias syurgaNya sambil berkata,
"Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya
dan mereka rindu untuk memasukimu"

4-Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka
tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5-Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.
Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah itu malam Lailatul Qadar?"

Baginda menjawab,"Tidak kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya,
manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya."(HR Ahmad)


Monday, July 23, 2012

Perjalanan Jauh Dan Menu Berbuka Hari Kedua

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari kedua berpuasa mama dah bertolak balik semula ke Johor Baharu...selepas bersahur bersolat n bersiap-siap untuk bertolak..sedih juga nak meninggalkan anak mama yang sedang sarat mengandung tu tapi nak buat macam manakan terpaksa jua dilangkahkan kaki ini..

Tapi tak apalah hari raya nanti along akan balik ke Johor juga untuk bersalin..sekejap jer masa berlalu dan dah nak beranak anak mama ni n tak lama lagi jadi la grandmama yer...kami mulai bertolak dari Rawang jam 9.30 pagi dan sampai ke Johor lebih kurang pukul 2.30 petang..

Bulan puasa nak berhenti makan pun tak boleh jadi teruskan jer perjalanan dan hanya berhenti sekejap di perhentian Yong Peng sebab masing-masing berhajat untuk melepaskan apa yg sepatutnya...selepas itu mama mengambil alih tugas sebagai pilot gantinya sebab hubby dah mula merasa keletihan...

Petang hari kedua berpuasa, kami hanya menyediakan makanan yang simple jer menunya untuk berbuka puasa dan inilah hasil kerjatangan mama walaupun kepenatan...
Nasi Daging dan Paprik Daging je sebab mama dah keletihan memandu dari perjalanan yang jauh tu...

inilah paprik yang sempat disnap.. nasi pula tak sempat nak ambil sebab dah masuk perut baru teringat nak amik gambonya...


p/s mama nak masuk dapur...

Ke GM Klang...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Hari pertama berpuasa mama dan family masih berada di Rawang lagi dan pada hari ini kami planning nak ke GM Klang pula...mama tak pernah dengar pun tempat ini tapi anak mama dok promosikan GM ini katanya best pi sini dan bermacam-macam barangan ada untuk di jual di sana...


apa lagi kami sekeluarga mula bersiap dan bertolak menuju ke Klang..dalam masa sejam dari Rawang kami semua selamat sampai di tempat yang di tuju..punyalah banyak bangunannya terdiri dari berbagai-bagai warna dan kami terpaksalah memasuki satu persatu dan melihat barangan yang dijual di dalamnya...

Sebenarnya bangunan GM Klang ni terdiri dari beberapa bangunan yang berasingan tapi mungkin tak lama lagi akan ada bangunan yang baru sedang dalam penyiapan terakhirnya...pasti para pengunjung akan lebih selesa dan berpuas hati apabila datang bershopping di sini di bangunan yang baru itu nanti...

mama pun sempat membeli bantal panas ni dan boleh la ianya di gunakan bila balik nanti sebab kaki pun dah penat berjalan-jalan seharian ni...


memang mengasyikkanlah bermacam-macam barangan di jual di situ dan ramai juga pengunjung di situ...ramai juga pekedai-pekedai membeli barangan jualan mereka di sini dengan harga yang berpatutan dan secara borong...kami hanya dok membelek-belek je bila ditanya saiz pada baju yang berkenaan tak ada...jadi jawapan nyer x payah la beli n cari saja di kedai yang lain pula...


Masih sempat lagi mama mencarikan baju baby yang comel2 ni...cute sesangat bila tengok dan bermacam-macam jenis baju baby yang ada dijual disetiap kedai,jadi kalau tak disambar nanti rasa rugi plak dah alang-alang datang oleh itu beli sajakan bukannya lama lagi pun baby nak pakai...

Berbuka Puasa Di Luar Pada Hari Pertama Di Bulan Puasa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari pertama berbuka puasa mama dan keluarga berbuka di luar saja sebabnya anak mama yang mengandung tu teringin nak berbuka di sebuah restoren ini...kalau diikutkan anak mama boleh saja pergi bersama suaminya tapi dek terfikirkan mama akan datang ke rumahnya jadi dia merancang berbuka bersama-sama mama dan family...


seronok ! sebab dah lama tak dapat makan bersama-sama jadi inilah peluang yang kami ambil berbuka bersama-sama family semua...menarik jugalah layout restoren ini seolah-olah kita berada di dalam sebuah rumah kampung pulak gayanya...

semuanya telah di baik pulih dengan menambah kayu-kayu untuk lebih nampak menarik suasana dalamannya..terdapat juga bilik solat pada pengunjung yang ingin menunaikan solat maghrib dahulu sebelum menunggu makanan sampai...


Sebenarnya terdapat pakej-pakej makanan yang disediakan untuk family dalam berbagai-bagai jenis dengan berlainan harga...tapi menunya agak tak menyelerakan kami semua jadi kami hanya mengorder mengikut pilihan makanan masing-masing...


biasanya minuman la yang sampai dulu inilah dia minumannya dengan gelasnya yang besor gedabak ni tapi gerenti habis sebab bulan pose semuanya dahaga, buat jiwa bergelora bila tengok air tu kena tunggu makanan nyer sampai n masa berbuka...

setiap seorang berlainan air minumannya air carrot susu laici untuk anak mama yang kedua,fresh oren untuk along,holicks ais buat anak yang bongsu,mama dan hubby dengan air limau suam n limau ais manakala menantu mama hanya air teh o panas n air suam jer..


 Inilah menu-menu makanan yang dipesan oleh kami sekeluarga...daging masak merah,tomyam campur,sup tulang,telur dadar,sayur kailan goreng ikan masin,sotong goreng tepung n paprik daging...




masa untuk pulang setelah selamat berbuka...


Sunday, July 22, 2012

Hayatilah Ramadhan Kali Ini...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




p/s masih dalam perjalanan ...

Ya Allah Kaulah Segala-Galanya Hidup Dan Matiku...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
p/s sentiasalah mengingati Allah...

Perjalanan Pulang

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum ...
Hari kedua kita semua umat islam semua berpuasa semoga segala ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkataan dan rahmat dari Allah...hari ini juga mama akan berangkat pulang ke Johor Baharu dan doakanlah semoga sepanjang perjalanan mama ini di dalam keadaan selamat dan dilindungi...InsyaAllah kita akan bertemu lagi nanti...

dah terasa macam lama sesangat tak ke rumah kekawan semua insyaAllah jika berkesempatan esok mama akan dapat membalas kunjungan kekawan semua...Salam sayang buat semua di harap kita akan bertemu lagi nanti InsyaAllah...Bye..Bye..


p/s akan memulakan perjalanan menuju destinasi...