SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Ada juga orang yang macam ni kan dah bagi barang kat orang bila putus hubungan nak balik barang-barang yang diberi...memang buruk siku betul mama cakap ni pun sebab dah ada pengalaman dan dah pun pernah kena kat batang hidung sendiri tapi nak buat macam mana orang dah nak balik barang-barang yang dia beri tu jadi pulangkan jer la...
  
Sebenarnya sikap macam ni memang tak elok tapi nak cakap pun susahkan...biarlah apa yang dia nak buat kalau nak balik pulangkan itu jer jalan mudahnya dan selepas tu tak payah lagi nak fikir-fikirkan orang macam tu..biarlah dia dengan dunia dia dan kita dengan dunia kita janji kita tak menyusahkan orang lain sudah la..

Sekarang ini memang ada bermacam-macam jenis manusia ada yg baik, ada yang tidak kita sendiri pun tidak boleh nak pertikaikan orang lain cuma kita berharap janganlah sikap begitu ada pada diri kita sendiri..moga sikap begitu dapat kita elakkn dan sentiasalah kita menjaga hati kita agar tidak akan melakukan perkara-perkara yang kurang bermoral macam tu...


p/s jangan kita jadi orang macam ni sudahlah...