SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum....
Pagi ni mama nak bertanya pada semua kekawan mama di sini tentang kebaikan dan keburukan Samsung Galaxy Tab 10.1 ni....mama nak survey yang mana satu yang lebih elok samada Samsung Galaxy Tab ni atau laptop biasa....hubby dah beri green light nak bagi mama membuat pilihan sendiri untuk hadiah hari lahir mama tempohari katanya...


boleh tak bagi tahu mama pendapat kekawan semua tentang ini yer...mana tahu pandangan dari kekawan itu boleh membantu mama untuk membuat pilihan yang betul.... mama sekarang ni tengah dalam kebuntuan untuk membuat pilihan nak kena juga fikirkan betul-betul ni takut tersalah pilih plak nanti......


keinginan nak pakai Galaxy tab pun ada tapi bila memikirkan ada juga yang melarangnya fikiran jadi macam keliru plak...anak mama mencadangkan mama memggunakan laptop je lebih senang katanya...banyak benda boleh diletakkan di dalamnya kalau nak format balik pun lebih senang... nak format atau nak repair jika rosak anak mama boleh lakukan sendiri jer tapi kalau galaxy tab ni susah sikit la katanya...susah jugakan kalau ada dua pilihan ni buntu...!!

p/s pakai galaxy tab ni boleh x edit2 gambo..???