SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Beriftar pada hari ke 12 tempohari dan sambut hari ulangtahun perkahwinan sekali di Gerai Ateh Coner...inilah first time mama datang makan di gerai ini dan sekali tu ingin mencuba
masakannya ...menurut anak mama yang pernah makan di kedai ini keistimewaan yang ada di sini adalah Chicken Chopnya...


Entah la anak-anak suka la makan Chicken Chop ni... ayam ni kalau bagi mama makan pun mama tak mahu...dah tak suka makan ayam memang macam ni...


inilah menu yang di order 
1-Sup ekor + Nasi putih
2-Paprik Daging + NasiPutih
3-Daging Merah + Nasi Putih
4- Chicken Chop
5-Puyuh Goreng
6-Bubur Labu + Kuih Muih diberikan percuma
6-Air Minuman Sirap Selasih,Milo Ais.Teh O Lemon


Semua jenis bubur ada juga disediakan kuih muih dan ianya diberikan percuma kepada semua pelanggan yang berbuka puasa di situ...refill air pun ada disediakan dan istimewanya pada hari biasa pun ada disediakan refill air percuma ini...itu yang membuatkan ramai pelanggan datang makan dan berbuka di sini..