HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday # 162...Kelebihan Berselawat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Sentiasalah Bersyukur Dengan Nikmat Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang Dia akan sentiasa mendengar apa jua doa yang kita mohon dan apa jua yang kita lakukan...Dia akan sentiasa ada disisi kita walau di mana jua pun kita berada dan ingatlah Allah akan tetap mengingati kita selagi mana kita sentiasa ingat padaNYA...

jangan berputus asa jika Allah selalu menguji kita, menunda apa yang kita sukai tapi bersyukurlah dengan segala dugaan dan ujian itu...sentiasalah bersabar dan tetapkan hati jiwa,minda dengan redha sentiasalah tersenyum kerana Allah akan memberikan hidayatnya dengan penuh kasih dan sayang...

"Ya Allah ! Jadikanlah aku hamba MU yang lemah ini dengan peribadi yang selalu 
bersyukur dengan nikmat MU walau dalam keadaan apa sekali pun..."
Amin ! Amin Ya Rabil Alamin !

"Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur 
tapi
bersyukurlah yang membuatkan kita bahagia"



Wordless Wednesday # 161...Insan Terpilih Rezeki Dari Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....




Nak Juga Tak Kira...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila terbaca n3 dari PinkyMomma tadi tergerak hati nak juga patung 'Boboi Boy' tu...apalah mama ni macam budak kecik yang merengek nak kan mainan pulak...serius giler memang hati  mama ni tak boleh tahan bila tengok patung 'Boboi Boy' tu...

sebenarnya semasa isi minyak kat Petronas tadi dah terpandang akan patung 'Boboi Boy'dan patung 'Yaya' tu terletak kat tepi kaunter pembayaran tu tapi dek kerana kesuntukan masa tidak la berkesempatan mama nak bertanya pada budak kaunter tu...

bila dah baca n3 PinkyMomma tadi semakin la menjadi-jadi la semangat kemaruk mama ni hanya kerana nak kan anak-anak patung 'Boboi Boy'tu ...aduh ! pelik betul mama ni ! kenapa  la tetiba berperangai pelik begini dan jadi begitu kemaruk sekali !! aduh ! yer mama ! sabar yer ! pasti ianya akan jadi kepunyaan mama nanti... (urut dada)..

sebenarnya mama ni memang suka kumpul koleksi-koleksi macam ni kebetulan katun 'Boboi Boy' ni dah jadi satu trend kanak-kanak sekarang ni ! tu yang semakin kuat hati nak dapatkan juga patung 'Boboi Boy' ni dan jadikan ianya koleksi simpanan mama...


p/s nak pi beli jugakkk....

Wordless Wednesday # 160...Bohong Ibu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 159...Hadiah Terbaik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Tuesday, October 30, 2012

Sentiasalah MengingatiNYA

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pernah tak kekawan merasa akan perasaan begini bercelaru dan tidak tenteram ! perasaan hati yang tak tenteram,risau dan dalam kegelisahan memikirkan sesuatu perkara itu..mungkin ada yang pernah merasainya...

 sesungguhnya memang kita akan merasa perasaan itu bila kita di dalam keadaan yang sukar dan tertekan..kita juga akan merasa sungguh tidak bermaya dan amat risau akan sesuatu perkara itu...semua perkara seakan-akan menjadi begitu sukar dan rasa yang amat sukar digambarkan...

Ingatlah ! hanya pada Allah tempat kita mengadu dan mencurahkan segala-galanya..hanya Allah la yang mengetahui segala-gala perkara yang berlaku...mohon la petunjuk dariNYA dan mungkin itulah yang akan dapat menghilangkan segala perasaan hati kita yang dalam berkecelaruan itu..

sesungguhnya Allah bisa melakukan apa jua dan pasti akan dapat menghilangkan apa jua rasa yang kita rasa di hati kita itu...bermohonlah padaNYA dengan seikhlas-ikhlas hati agar Allah memberikan jalan petunjuk pada kita..InsyaAllah jika kita sentiasa mengingatiNYA Dia akan lebih dan sentiasa dekat dengan hati dan jiwa kita jua...

Monday, October 29, 2012

Suka Sangat Dengan Heliza

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebut jer nama "Cool Blog" pasti kekawan dah tahu apa bendanya tu kan bukan kita jer ada blog tapi Cool Blog pun ada juga...anak mama yang kedua tu memang suka sesangat minum minuman ais blended ni...kalau keluar mesti nak beli kekadang tu dalam satu hari boleh dua tiga jenis ais blended tu dicubanya...

Kekadang tu mama bertanya juga pada anak mama ni apa la yang sedap sesangat dengan "Cool Blog" ni dan jawabnya senang je suka minum tu saja...entah la mama pun tak tahu apa yang dia suka sesangat dengan minuman ni..ikut suka jer selagi boleh minum tu semua perisa cuba dirasanya...

Sekarang ni mama suka ikut anak mama pergi beli ais blended ni sebabnya adalah kerana duta produk ini tentu kekawan semua nak tahu siapa dutanyakan ! jom kita tengok siapa gadis yang jadi pilihan Cool Blog untuk jadi duta produknya tu ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taddddda...
*
*
inilah dia si cantik manis duta baru bagi produk "Cool Blog" ni iaitu Heliza Helmi..
dah la cute sesuai dengan orangnya manis macam minuman Cool Blog juga heheheheehe...
"Cool Blog It So COOL"

inilah ais blended yang disukai oleh anak mama dan juga semua penggemar2nya...
vanilla ais blended dengan jelly epal n sirap bandung dengan pearl

 coklat oreo blended dan coklat blended


resit pembelian pun ada juga disimpan nyer dari mula...memang dah kemaruk sungguh dengan penangan Cool Blog ni...kemana tempat yang kami pergi dan ada kiosk Cool Blog ni sudah pasti Cool Blog ni jadi pilihannya...mama pun tak tahu dimana kesedapan produk Cool Blog ni dan hanya yang menggemarinya saja boleh menjawab soalan tu agaknya...

Awisy ! Awisy ! Cuba Lagi Yer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



video

Awisy baru nak masuk 2 bulan tapi dah macam2 cara nak belajar yer...
ni lah video nyer jom kekawan kita join Awisy..


p/s masih rindu kat Awisy ni...

Sunday, October 28, 2012

Detik Pertama Hadir Mu Sayang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pertama kali lihat wajah mu hati terasa berkata,
wajah kecik susuk badan comel
Pandangan memukau membuat hati tertawan 
menawan sanubari membuka minda jiwa ini


pegangan pertama membuat hati girang tak terkira
girang umpama mendapat intan dan permata
Hadir mu penyeri hati ayah bonda 
penyeri hidup kami jua


sentuhan belaian tangan pertama grandma 
sentuhan lembut tubuh mu ibarat
menyentuh buih-buih sabun 
tubuh kecil mu suara tangis mu jadi 
igauan hati dan jiwa raga ini


sayu pandangan pertama mata bertentang mata
sinar mata mu umpama redup sinar sang mentari
sinarannya bak bulan purnama 
bertaburan bintang berkilauan di dada langit 
cahaya indah menyinari langit malam


kaulah satu-satunya putera impian grandma
penyinar hidup penyambung warisan
membesarlah dengan menjadi harapan keluarga
menjadi insan berguna menjadi putera
istimewa keluarga grandma ini..
"Sayang Awisy Selamanya"

Saturday, October 27, 2012

Sedihnya !! Awisy Dah Pulang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sedihnya hati mama hari ini sebab terpaksa berpisah dengan cucu kesayangan mama Muhammad Darwisy Zulkarnain...Awisy adalah panggilan manjanya telah berangkat pulang ke rumahnya di Rawang semalam..

benar juga apa yang orang cakap bila dah mempunyai cucu ni perasaan kita pada cucu lebih bertambah sayangnya kerana sayang kita padanya melebihi dari kasih sayang pada anak-anak kita sendiri...pada mulanya mama pun kurang percaya juga tapi bila dah terjadi pada diri mama sendiri barulah terasa akan kebenaran kata2 itu...

Terasa amat berat hati mama hendak melepaskan Awisy pergi hanya linangan airmata yang dapat mengiringi Awisy pulang...selama 2 bulan Awisy berada di sisi grandma grandpa suara tangisan dan kecomelan Awisy menjadi kegembiraan kami sekeluarga dan sekarang hilang sudah suara tangisan Awisy di rumah grandma ini...

sunyi sepi grandma grandpa rasa seolah-olah seperti kehilangan permata yang amat berharga di dalam hidup ini bila Awisy tidak lagi tinggal di rumah grandma ini lagi..bila la lagi ! Awisy nak datang melawat grandma ini....pedih sungguh terasa di hati ini terpaksa menahan rindu pada cucu kesayangan grandma ini...

hanya doa yang dapat grandma titipkan di angin lalu buat Awisy tersayang dan semoga Awisy gembira walaupun di mana Awisy berada dan ingat yer grandma grandpa sentiasa ada di sini menunggu kehadiran Awisy..

sayang Awisy selalu...!!!


p/s korban kasih grandma pada Awisy ni...

Tuesday, October 23, 2012

Blog Mama Di Review Oleh MiaLiana

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Mekacih MiaLiana sebab dah review pantun dan blog mama sekali...pada kekawan mama mekacih yer sebab mengucapkan tahniah pada mama tempohari...pada yang suka jom la terjah blog MiaLiana ni dan tuan punyer blog memang peramah orangnya...



Orang Suka Ambil Kesempatan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Kekadang kita sebagai manusia ni kena juga berhati-hati dengan orang yang berperangai begini..suka ambil kesempatan pada kekawan atau pada sesiapa jua yang berdekatan dengan mereka...

Bila ada masalah dia datang meminta tolong kat kita ! minta tolong tu minta tolong ni ! mula-mula tu kesian juga la tapi bila dah selalu sangat mama dah mula terasa dia macam memang sengaja ambil kesempatan...

bila dah kena tu terasa juga kat hati ni orang yang kita kenal buat kita macam tu tapi nak buat macam mana kena redha kan juga la... pada mulanya okay lagi tapi kalau dah banyak kali dikenakan mulalah nak cari jalan mengelak jika dia datang nak minta tolong buat sesuatu tu...

tapi bila dah mula nak senang lupa diri jumpa kita macam tak kenal jer tapi tak apalahkan Allah ada biarlah Allah saja yang sedarkan dirinya yang mempunyai sikap yang macam tu...
tengokkan je la ! sampai mana sikap dia tu dan sampai bila dia boleh bersikap macam tu selamanya..
biarlah ! hari ni hari dia entah esok lusa hari kita pula ya tak...
hanya Allah yang mengetahui segala-galanya...




Entry Gambar Pra Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semoga Datuk Lee Chong Wei bahagia dengan pasangannya Wong Mew Choo...
marilah kekawan kita lihat gambar-gambar pra-wedding mereka berdua memang sweet...
moga jodoh mereka berpanjangan yer...
tarikh perkahwinan mereka berdua pada 10 November depan...
sumber facebook Lee Chong Wei Official Fan Club...










Monday, October 22, 2012

Tak Sangka Pantun Mama Terpilih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tak sangka pulak mama pantun mama boleh menjadi pilihan MiaLiana... penyertaan yang mama sertai itu adalah segmen MiaLiana Mari Berpantun tempohari...seronok juga la sesekali menjoinkan diri dalam segmen yang menarik macam ni sekurang-kurangnya dapat juga mengingati kembali budaya kita yang lama-lama macam tu kan...

mekacih MiaLiana atas pemilihan pantun mama tu yer... di tempat ketiga pun mama dah suka dan berbesar hati...kiranya antara 5 blogger Bertuah tu !! jika ada lagi segmen seperti ini jemput-jemputlah mama join sekali yer...


Tahniah ! Tahniah ! Buat ZulFahmi Khairuddin

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Satu lagi peristiwa yang menjadi kebanggaan Malaysia tercipta bila anak jati Malaysia telah berjaya memenangi pertandingan 2012  Malaysian Motorcycle Grand Prix di litar Antarabangsa Sepang semalam...

Muhammad ZulFahmi Khairuddin telah berjaya membawa nama Malaysia sebagai pelumba motosikal setelah berjaya mendapat tempat kedua dalam Malaysian Grand Prix semalam..
itulah hadiah yang begitu bermakna buat Zulfahmi pada ulangtahun kelahiran beliau yang ke 21 tahun pada hari ini...


tempat pertama telah disandang oleh pelumba dari negara German Sandro Cortese,tempat kedua Zulfahmi Khairuddin dan tempat ke tiga pula adalah pelumba dari German juga Jonas Folger..

Sama-samalah kita berbangga kerana ada juga anak Malaysia yang berjaya menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang dalam bidang perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi seperti ini...
moga Zulfahmi akan terus berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa...
Malaysia Boleh!!!



Sunday, October 21, 2012

Selamat Ulang Tahun Buat Boni Kacak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat blogger kacak kita iaitu blogger Boni Kacak..moga ulangtahun kali ini lebih memberi makna lagi pada Boni tapi mama tak tahu la nak bagitahu ulang tahun Boni yang ke berapa yer..

Di sini mama ingin mendoakan agar Boni dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa berjaya dalam apa jua kerjaya yang dilakukan, semoga menjadi seorang insan yang sentiasa disukai ramai teman-teman, menjadi seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab pada ibubapa yer...Amin

Mari kekawan di alam maya ini kita ke blog Boni Kacak dan doakan agar ulangtahun Boni lebih meriah lagi pada tahun ini dengan ucapan selamat dari kekawan dan teman-teman blogger semua...




Saturday, October 20, 2012

Tahniah Buat Pasukan Red Warriors

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Akhirnya terjawab sudah pasukan mana yang menjuarai Piala Malaysia 2012..tahniah buat pasukan Kelantan (Red Warriors) kerana berjaya merangkul Piala Malaysia..

Perlawanan yang begitu sengit sekali berlaku di antara kedua-dua pasukan ini..kedua-dua team ini bermain dalam keadaan semangat berpasukan yang baik dan pasukan Red Warriors juga telah berjaya memenangi Piala Malaysia itu dalam suasana semangat kesukanan...

kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) janganlah merasa kecewa akan kekalahan ini kerana kekalahan pasukan ATM ini adalah kekalahan yang amat bermaruah sekali...


keputusan perlawanan
Red Warriors 3 - 2 ATM

Siapa Juara??

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Pada peminat-peminat bolasepak jangan ketinggalan menonton siaran langsung pertandingan  akhir Piala Malaysia pada malam ini di antara pasukan Kelantan(The Red Warrios) melawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

siaran langsung perlawanan itu akan diadakan di Stadium Shah Alam pada malam ini jam 8.45malam...semangat betul rasanya mama ni dek kerana hubby yang berkobar-kobar nak menyaksikan perlawanan tu malam nanti...

mama tak sokong mana-mana pasukan tapi siapa yang berjaya malam ini kira pasukan tu lah yang kuatkan...kiranya support semangat kesukanan bolasepak negara kita la katakan...
jangan lupa kekawan kita saksikan perlawanan tu malam ni yer..


Friday, October 19, 2012

Hantu Kapcai

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Mama baru jer lepas menonton cite "Hantu Kapcai" di rumah...seronok juga la jalan cite nyer rasanya dah lama sangat mama tak tengok cite-cite movie ni...banyak movie yang mama dah terlepas nak tengok tapi nasib baik semua movienya dah didowloadkan oleh anak mama jadi senang sikit la bila2 mama ada masa lapang boleh tonton jer kat lap top ni...

Okay la mama bagi sedikit sinopsis cite "Hantu Kapcai" ni nyer...
"Hantu Kapcai" ini mengisarkan tentang Ajib (Zizan) seorang mat rempit yang kesempitan duit terlibat dalam perlumbaan haram dengan Tiger (Remy Ishak) demi wang pertaruhan.Dalam perlumbaan itu Tiger telah melakukan sabotaj menyebabkan kemalangan menimpa Ajib dan Ajib meninggal dunia.

Hantu Ajib muncul dan hanya Ibrahim (Fizz Fairus) saja yang boleh melihatnya.Ajib meminta tolong dari Ibrahim supaya meyakinkan keluarganya dan memberikan semangat kepada Akim (Hairulazreen) untuk menuntut bela dan seterusnya menebus hutang Ajib.

Akim bersemangat untuk memasuki Pertandingan Motor Kapcai itu dan akhirnya mak Ajib membenarkan Akim memasuki pertandingan itu dengan menyuruh Akim membetulkan dan menggunakan motor kapcai arwah ayahnya ...
Akhirnya Akim dengan menggunakan motorsikal kapcai arwah ayahnya memasuki pertandingan motor itu dan akhirnya Akim berjaya memenangi hadiah wang tunai RM10,000 itu...

menarik juga la jalan cite nyer ni banyak juga la adegan-adegan kelakar yang diselitkan di dalam filem ini..filem yang menarik dan mempunyai jalan ceritanya yang mudah difahami...seronok juga la sesekali dapat menonton movie kat rumah sendirikan...
pada kekawan yang belum menonton filem ni boleh la menontonnya di rumah memang menarik jalan ceritanya...selamat menonton yer..



Thursday, October 18, 2012

Selamat Hari Lahir Mimi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ni mama ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat blogger 
Aimie Amalina Azman ( kerana Lily)
 mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Mimi di mana jua beliau berada...

di kesempatan ini mama juga ingin mendoakan semoga mimi dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,menjadi seorang anak yang solehah dan akan sentiasa berjaya di dalam hidup yer... 

tak lupa juga mama berdoa moga Mimi cepat-cepat dipertemukan jodoh sebab mama teringin nak makan nasi minyak Mimi tau...bila nak makan nasi minyak nanti jangan lupa mama yer...

jom kekawan kita ke blog Mimi dan marilah kita mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat beliau yer...

"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 24 AIMIE AMALINA AZMAN"






Elok Tak Bayi Berbedung??

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Bila sebut kes bedung ni memang ada ramai yang kurang gemar bila anak-anak mereka dibedungkan..pada mama memang selesa kalau sedari kecik kita bedungkan mereka jadi tak akan ada masalah dikemudian hari...

Orang tua dulu-dulu akan pastikan setiap anak mereka dibedung untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tak diingini...sebenarnya kejadian2 yang tak diingini bukan ada apa masalah besar pun tapi kena juga ikut petua orang lama-lama ni...tak ada yang lama tak adalah yang baru ye tak...?

Salah satunya adalah mengikut kata orang lama2 dulu bayi ni kalau tak dibedung bila dah besar kaki dan tangannya akan semacam bengkok sedikit tapi itu mama kurang pastilah tapi bila tengok anak jagaan mama si Biki ni berkemungkinan betul kot...

Tangan dan kaki si kecik ni ada sedikit bengkoknya dan bila ditanya ibunya sememangnya benar Biki sedari kecil memang tak suka dibedung..adalah sedikit kebenarannya di situkan ! benar atau tidak masing-masing la yang tentukan sendiri yer...

1-Sebenarnya bayi yang dibedung ni akan lena tidurnya
2- Tidak mudah terkejut-kejut bila keadaan yang bising disekitarnya..
2-Bayi juga akan terasa lebih selamat seperti ketika dalam kandungan ibunya..
3-Mengelakkan tangan bayi tidak tergawang-gawang ketika terkejut
4-Mengelakkan bayi dari tercakar dan menggosak mukanya tanpa sarung tangan
5-Membantu bayi menyesuaikan dirinya dengan suasana baru
6-Lebih membantu masa penyusuannya dengan teratur bangun bila masa menyusu saja

Jika ibubapa tidak suka membedungkan bayi mereka lebih baik tidak dilakukan terpulanglah pada keselesaan bayi dan ibubapa mereka.Ada juga yang mengatakan bayi lambat menggerakkan kaki, tangannya juga lambat membuka genggaman jarinya apabila dibedung.

Sebenarnya membedungkan bayi ini boleh dilakukan hanya sewaktu bayi mula nak tidur saja apabila bayi itu sudah tersedar dari tidurnya tidak perlulah lagi dibedungkan.Masa sedar itulah bayi akan mula melakukan apa jua pergerakkan yang perlu.

Awisy suka berbedung bila nak tidur...
cilok gambar dari blog anak mama gadissathome

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday # 156...Petua Senang Hati

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wordless Wednesday # 155...Lempeng

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Biki Oh Biki

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tengok la anak jagaan mama ni apa la rupa kalau pakai baju macam ni gayanya...
mama dah elok masukkan tangan dia dalam baju tu tapi bila diam-diam dia keluarkan tangan tu dan dah tak tahu nak masukkan balik...jadi la macam ni rupanya...macam-macam kerenah budak ni dah pakai baju fesyen baru la ni...Biki ! oh Biki !...

Wordless Wednesday # 154...To Be A Good Mother

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi Asam Pedas Ikan Pari Versi Mama

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak bagi resepi yang sedap tau...ada tak kekawan mama yang tak suka makan 'Asam Pedas'..?kalau ada mama nak cakap kat sini rugi tau kalau tak suka makan masakan ini sebabnya asam pedas adalah satu menu yang sedap sekali...nyummmmmy



Di bawah ni mama nak bagi satu resepi 'Asam Pedas Ikan Pari ' 
versi mama yer...kalau kekawan suka boleh la cuba nanti...

Bahan-bahannya:
ekor ikan pari
cili kering (kisar)
2 biji bawang merah (kisar)
sedikit belacan (kisar)
1/2 cm kunyit hidup(tumbuk)
1/2 cm halia (tumbuk)
sedikit lada hitam (tumbuk sedikit)
garam dan serbuk perasa
segenggam daun kesom
air asam jawa
minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:
1-Mula-mula cuci ikan kemudian rendamkan isi ikan itu dalam air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyirnya.Tepikan dahulu yer.
2-Ambil cili kering dan dikisar bersama bawang merah,belacan.kunyit hidup,halia dan lada hitam yang sudah dtumbuk sedikit itu.
3-Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga cili itu menjadi garing.
4-Setelah cili garing masukkan air asam jawa ke dalam periuk tadi,masukkan garam dan serbuk perasa jika suka hingga secukup rasa.
5-Setelah kuah mendidih masukkan ikan yang telah direndam tadi ke dalam periuk.Akhir sekali masukkan daun kesom dan biarkan beberapa minit .
 6- Siap dan asam pedas sedia dihidangkan dengan nasi panas selamat mencuba yer..




Mari Kita Mendoakan Kesihatan Ibu Pinky Momma

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Buat pengetahuan kekawan semua ibu kepada blogger PinkyMomma sedang keadaan kritikal stage 4 akibat penyakit barah payu dara sekarang ini...mama baru saja mengetahui berita ini semalam daripada entry di blog Pinkymomma ini.. 

sedih hati mama bila membaca entry Diya tentang kesihataan ibunya itu..marilah kekawan kita mendoakan akan kesejahteraan dan kesihatan mak kepada pinkymomma segera sembuh  dan semoga segala-galanya dipermudahkan oleh Allah... 

pada kekawan yang ingin mengetahui cerita seterusnya pergi saja ke blog Pinkymomma dan kita akan dapat selami kesedihan beliau bila mengetahui berita tentang keadaan kesihataan ibunya itu...

mama berharap Diya dan keluarga yang lain banyak-banyakkanlah berdoa dan bersabar yer dengan dugaan dari Allah ini semoga kesihataan ibu Diya akan pulih segera...InsyaAllah kami teman-teman blogger akan tetap mendoakan dari jauh akan kesihatan ibu Diya ini agar segera pulih...


Giveaway Buat Follower HASRULHASSAN.COM

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





 Jom kekawan kita join giveaway dari blogger HasrulHassan ini yer...
hadiahnya pun menarik juga pada kekawan yang nak join tekan sini yer...
 tarikh tutup giveaway ni pada 20 Oktober ini

Wordless Wednesday # 154..Renung-Renungkan..

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Monday, October 15, 2012

Masih Tak Tahu !! Kena Belajar Lebih Banyak Lagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Dah la tepu otak mama ni tapi terpaksalah juga belajar menggunakannya...kalau tak belajar macam mana nak tahu fungsi-fungsi di dalamnya...kenalah minta tunjuk ajar dari anak-anak bagaimana nak menggunakan Galaxy Tab2 ni..

mula-mula tu kenalah tahu bagaimana nak membukanya dan bagaimana nak online internet... agak kekok juga la sebab ianya lain sedikit dari laptop nak tekan pun macam takut-takut jer...anak-anak yang sibuk masukkan games senang mama nyer ni nak main games...tekan pun macam tak jejak jer apa-apa pun kena juga belajar memahirkannya..

moga otak tepu mama ni dapatlah belajar menerima penerangan anak mama dengan cepat dan dapatlah mama menggunakan Galaxy Tab2 ni dengan senangnya nanti...

percubaan pertama membuka facebook dulu..

percubaan kedua buka blog pula...

Akhirnya Berjaya Juga Galaxy Tab 2 Dalam Genggaman

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Akhirnya tercapai juga hajat dihati mama nak memiliki Galaxy Tab2...dah lama juga la mama teringin nak membeli Galaxy Tab ni tapi ada saja alasan dan masih tak kesampaian juga hajat di hati dan semalam tiba-tiba hubby dengan baik hatinya mengoper mama.. ingatkan main-main saja rupa-rupanya betul-betul hubby nak belikan mama Galaxy tab2 ini...

apa lagi orang kata sudah mengantuk disorongkan bantal jadi mama memang suka la..memang tak disangka2 plak hubby nak belikan mama Galaxy Tab2 ni...dah ada orang yang nak offer belikan siapa yang tak nakkan dengan suka hati la mama mengiakan saja...akhirnya Galaxy Tab2 berjaya di perolehi...mekacih hubby sebab memahami naluri isterimu ini yang memang teringin memiliki Galaxy Tab2 ni...sayang hubby ketat-ketat yer...



Bawa Awisy Jenjalan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam mama dan hubby bawa Awisy jenjalan ke Aeon Bukit Indah... kebetulan mama Awisy ingin mencari sedikit barang-barang keperluan Awisy di sana...memang seronok dapat bawa Awisy keluar jenjalan macam ni lagi pun tak lama lagi Awisy dah nak balik semula ke rumahnya di Rawang jadi sebelum dia pulang mama dan hubby ingin menghabiskan masa jenjalan bersama Awisy...


salinkan dulu pampersnya pastu suruh grandpa plak yang mendukungnya...yang bestnya kat atas bangku pun jadi bila nak tukar pampers tu asal boleh jer grandma dan grandpa ni...nasib baik Awisy tak menjeritkan...


suka Awisy bila grandpa mendukungnya...grandpa yang mula-mula
 dukung Awisy sebabnya kami kena bergilir-gilir sebab tangan dah mula terasa lenguh bila dukung Awisy..dah naik agaknya berat badan Awisy ni..masing-masing dah tak larat dah...grandpa pun dah terasa sakit bahu,grandma juga dah lenguh tangan...


 Akhirnya amik jalan penyelesainya belikan Awisy kereta sorong...terus jer cari mana yang berkenaan bayar dan baringkan Awisy di dalam stroller tu...bukan main suka lagi Awisy dapat kereta barunya...tengok la gambar Awisy berposing dalam kereta sorongnya yang baru tu bukan main lagi...tergolek-golek Awisy baring di dalam stroller tu sebab tak ada bantal mengalas kepalanya akhirnya hubby bergegas turun ke tempat parking kereta ambilkan juga bantal Awisy tu..


Bila dah letakkan bantal barulah Awisy dapat baring dengan senang dan tenang tak la asyik tergolek2 jer macam tadi...Awisy dengan kereta sorong merahnya....hehehehe gelak tengok perangai dan gelagat Awisy ni...


 masing-masing dok sibuk posing dengan Awisy...lepas mama nyer,grandma plak lepas grandma cuney nyer plak...nasib baik la Awisy diam jer...



Awisy pun suka bergambar pantang jer nampak kamera pasti mula berposing sakan...pandai plak buat bibir macam tu...lihatlah Awisy yang semakin hari semakin berisi...