SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pagi tadi mama ke klinik membawa si kecik Awisy tu untuk pi cek-up 1 bulan pertamanya...nasib baik la sampai di klinik tu ibubapa yang datang membawa anak-anak mereka untuk cek-up sudah berkurangan jadi senanglah sedikit tak payahlah nak menunggu terlalu lama sangat...

Sampai jer terus mendaftar dan anak mama ke tandas untuk ambil urine untuk urine test... sekejap jer nombor giliran anak mama dah dipanggil untuk cek-up Awisy tapi misi tu menyuruh anak mama memanggil mama untuk memegang Awisy dahulu kerana dia hendak mengambil darah anak mama dahulu...yang terkesima sekejap tu adalah panggilan yang digunakan buat mama ketika tu....dah mula la nak perasan mama ni...

Misi tu menyuruh anak mama memberikan Awisy pada mama dulu..
"kita cek awak dulu yer ! baby awak bagi kat kakak awak tu pegang dahulu ! pastu baru saya cek baby awak plak..."
Tiba-tiba jadi terperasan pulak mama kat situ berbunga-bunga hati rasanya ! terasa macam muda la sesangat bila misi tu membahasakan diri mama sebagai kakak pada anak mama tu...

alhamdullilah la mungkin terserlah kemudaan mama agaknya ketika tu..hehehehe muda la sesangat ! mama yang dah ada cucu ni pula dipanggil kakak...lagilah tersenyum memanjang jer mama kat situ...tak kisah la apa pun orang nak cakap janji mama sememangnya dah macam tu rupanyakan kakak pun kakak la !

lupa nak ambil gambo Awisy kat klinik tadi 
ni pinjam Mr.Google jer...

p/s alhamdullilah tumbesaran Awisy semakin memberansangkan...