HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, November 30, 2012

Layan Lagu Keajaiban Cinta

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...





Resepi Kerabu Tauge Campak-Campak Campur Kerang Versi Mama

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....




Dah terasa kat tekak mama ni nak makan kerabu tauge...jadi misi mencari bahan-bahan dilakukan hubby mama.. taugenya saja yang tak ada sebab bahan2 yang lain dah ada dalam simpanan jadi bila hubby balik terus saja menjalankan misi membuatnya...

kebetulannya hubby mama ada membeli sedikit kerang untuk direbus saja jadi mama ambil sedikit kerang itu buat ditambahkan dalam kerabu ini oleh itu jadilah Kerabu Tauge Campur Kerang akhirnya...
jom kita tengok resepi ikut suka mama ni yer...
 "Kerabu Tauge Campak-Campak Campur Kerang Versi Mama"

Bahan:
Tauge 
cili merah
kerisik
cili padi
limau kasturi
soo hoon (jika suka)
bawang merah
garam/perasa
kerang

cara buatnya:
soon hoon direndam dan dicelur sedikit..
tauge buang ekornya...kalau suka celur sedikit tapi mama lebih suka yang tidak dicelur sbb suka kerangupannya..
dah potong semua bahan tadi cili merah,cili padi,bawang merah
masukkan semuanya dalam satu bekas.Bubuh kerisik tambah garam, sedikit perasa dan perahkan air limau nipis,masukkan sekali kerang yang dah direbus tadi gaulkan semuanya sekali.Akhirnya kerabu tauge campak2 mama dah boleh dihidangkan.
Selamat mencuba sendiri yer...



CONTEST KALENDAR 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Jom kekawan ramai-ramai kita join contest dari Hazwan Hairy ini dan pada sesiapa yang nak join tekan sini yer....hadiah yang disediakan pun menarik juga ni kalendar 2013 dari Box Creative Hazwan Hairy..
tarikh tutup contest ni pada 12/12 /2012 yer...



'Baby' Baru Adik Dah Keluar

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah akhirnya berjaya juga anak mama memiliki sebuah kereta yang diidamkannya untuk kegunaan dia berulang-alik pergi kerja...itulah hasil usaha kerja kerasnya untuk memiliki sebuah kereta sendiri akhirnya berjaya juga..

Setelah bekerja selama 2 bulan terbuka hatinya untuk membeli kereta sendiri,pada mulanya mama tidak membenarkan dia membeli kereta buat sementara waktu ini memandangkan dia baru lagi bekerja tapi dia berkeras juga hendak membelinya...

"Kesian mak pagi hantar adik, petang amik adik balik kerja jauh tu "katanya...

sayu pula mama bila dengar kata-katanya itu tapi tak apalah akhirnya berjaya juga dia memilikinya...ibubapa mana yang tak sayangkan anak-anaknyakan mereka akan sentiasa mendoakan kebahagiaan hidup untuk anak-anak mereka dunia dan akhirat..



inilah hasilnya kereta baru yang diidam-idamkan semoga selepas ini adik akan bekerja dengan lebih keras lagi yer...

Tazkirah Jumaat : Salam Hari Jumaat 1

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat Ulang Tahun Buat Blogger Femes Papa Ben Ashaari

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat bloggger femes di dunia blogging kita ini..sudah tentu kekawan mama sudah dapat menekanya siapakah blogger femes yang mama maksudkan itu...jom kekawan kita wish hari lahir beliau hari ni yer...

Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Papa Ben yang ke 36..mama pun kurang pasti ni tapi rasanya betul kot sebab ini adalah kali kedua n3 besday buat Papa Ben...tahun lepas adalah n3 ini tekan sini yer...

buat blogger Papa Ben di sini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Papa Ben semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa dibawah lindungan Allah sentiasa,berbahagia bersama-sama keluarga tercinta isteri n Qhaliff,ingatlah ibubapa yang melahirkan Papa Ben ke dunia ini dan semoga segala apa yang dilakukan akan sentiasa beroleh kejayaan hendaknya...Amin

Thursday, November 29, 2012

Dilema Anak Angkat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Apakah yang akan kekawan lakukan bila tahu bahawa diri hanyalah seorang anak angkat saja..?dapatkah kekawan bayangkan bagaimana rasanya bila berada di dalam keadaan dilema begitu??

pasti bermacam-macam perkara dan berbagai persoalan bermain di fikiran kitakan...bagaimanakah jalan penyelesainya dan sudah pasti rasa keinginan untuk bertemu ibu yang melahirkan dan ayah yang memberikan kita kehidupan akan sentiasa berada di hati...

Sedih bila kita mengetahui sesuatu perkara yang diluar jangkaan kita itukan..sesuatu perkara yang pasti akan mengubah dan mengguris hati dan perasaan semua orang...pasti si anak akan merasa dirinya begitu hina sehinggakan ibu dan bapanya sanggup memberikan dirinya pada orang lain untuk dibesarkan...


pasti anak itu akan bertanya dan akan mencari ibu kandungnya sendiri untuk mencari jawapan kenapa dan mengapa dia di hantar dan dijaga oleh orang lain...??bagaimanakah agaknya cara penerimaan ibubapa dan keluarga itu nanti..???sanggupkah kita melupakan jasa ibubapa yang telah membesarkan kita??


Spontan Khamis...Aku Datang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..






Selamat Hari Ulang tahun Buat Blogger Santri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Selamat ulang tahun kelahiran buat blogger Alumni Nurul Iman (Santri)..di sini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir pada Santri semoga sentiasa dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.




p/s ingin selalu mengingati besday teman-teman alam maya...

Tahniah !! Malaysia Menang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Tahniah buat pasukan Malaysia sebab telah berjaya menewaskan pasukan Laos 4-1 dalam perlawanan malam ini...permulaan permainan kelihatan agak hambar juga la...games sudah mula menarik kembali adalah di masa akhir perlawanan malam tadi...kiranya tak sia-sia la mama menemani hubby menonton games ini tadi...tersenyum kembali la jurulatih pasukan Malaysia Raja Gopal apabila berjaya dalam perlawanan kali ini...



Wednesday, November 28, 2012

2020 Bandar-Bandar Di Malaysia Ini Bakal Ditenggelami

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam sibuk mata menonton bola tadi jejari ini sempat juga menari diatas keyboard ni untuk singgah ke blog kekawan alam maya ini...dalam BW tadi terbacalah satu entry yang rasanya memang cukup menarik hati mama dan mungkin juga kekawan mama semua...untuk info ini sudah sememangnya eloklah kita kongsikan bersama-sama...

Kalau kekawan nak tahu menjelang tahun 2020 beberapa bandar yang berada di kawasan rendah terutamanya yang berhampiran pantai berkemungkinan besar akan ditenggelami air..fenomena ini akan berlaku akibat paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika tiada kawalan bandar-bandar seperti Batu Pahat,Melaka,Pulau Pinang,Klang,Pekan dan Miri adalah bandar yang berkemungkinan besar berisiko tinggi ditenggelami air pada tahun 2020.. fenomena mengenai kejadian yang bakal berlaku ini telah ditemui oleh pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)hasil analisis data paras air laut yang telah direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad berkata paras air laut telah dianalisis oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran Dr.Tan Wai Lai mendapati paras air laut telah meningkat secara purata 10 sm setiap tahun.

pada kekawan yang ingin tahu lebih lanjut klik sumber ini..




Sinopsis Drama Korea "The Great Doctor"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Drama The Great Doctor ini baru saja tamat siarannya semalam di Astro One HD..memang menarik jalan ceritanya tapi endingnya semalam macam kurang best sikit la hanya boleh buat andaian sendiri bahawa doktor tu akan hidup bersama-sama dengan panglima dari alam yang lepas tu..pada kekawan yang tidak pernah menonton cerita ini di sini mama boleh berikan sedikit sinopsis jalan ceritanya...

Cerita ini berkisar di zaman Dinasti Goryeo,terdapat seorang kstaria/pahlawan Choi Young (Lee Ming Ho) yang telah memasuki ke zaman moden untuk membawa pulang doktor dari kayangan..Pahlawan Choi Young telah di paksa untuk pergi ke pintu gerbang syurga yang terbuka untuk mencari orang yang boleh mengubatkan puteri yang telah mengalami luka di leher akibat musuh yang ingin membunuh Raja Goryeo..


Akhirnya pahlawan Choi Young berjaya memasuki pintu kayangan dan telah berjaya membawa pulang doktor Eun Soo ke dunianya..akhirnya Eun Soo(Kim Hee Sun)sampai ke Goryeo dengan paksaan pahlawan Choi Young..Eun Soo dipaksa untuk menyelamatkan tuan puteri dan akhirnya Eun Soo berjaya juga menyelamatkan tuan puteri dengan peralatan yang dibawa dari dunianya.Ratu No Gook merasa sangat terhutang budi pada Eun Soo kerana telah memulihkan luka dilehernya dan menyelamatkan nyawanya..

Banyak kejadian-kejadian berlaku ketika doktor Eun Soo berada di dunia Dinasti Goryeo..sebenarnya bangsawan Ki Cheollah yang menjadi dalang dalam semua kejadian yang berlaku di istana Raja Gongmin dan pahlawan Choi Younglah yang banyak membantu menyelamatkan Raja Gongmin dan Ratu No Gook..

Memang banyak aksi-aksi pertempuran yang berlaku ketika askar-askar pahlawan Choi Young berlawan dengan askar-askar bangsawan Ki Cheol yang ingin merampas takhta pemerintahan Raja Gongmin...apakah yang akan terjadi seterusnya...pada kekawan yang ingin mengetahu apa yang akan terjadi seterusnya bolehlah melayari laman web dramacrazy.net...


pelakon-pelakon cerita ini Kim Hee Sum dan Lee Min Ho


Wordless Wednesday # 175....Pengawal Peribadi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Minat Drama Korea

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Ada tidak kekawan mama di sini yang minat menonton drama Korea...kalau ada pasti dah tahu channel yang selalu bersiaran di saluran 393 di Astro One HD itu..sebenarnya mama memang suka menonton drama dari negara Korea ni..setiap cerita baru di Astro 393 ini pasti mama yang akan jadi penonton tetapnya..

Banyak sebabnya mama suka menonton drama Korea ni dan tidak bermakna suka menonton drama tu sampaikan boleh buat mama obses dengan pelakon atau apa pun yang budak-budak sekarang suka tu..mama hanya menyukai akan jalan cerita dramanya yang menarik...

bukan bermaksud mama tidak suka menonton drama-drama tempatan kita terus tapi drama Korea ni banyak menyelitkan isu-isu kebaikkannya jika kita lihat dari sudut kebaikkannya memang banyak yang boleh kita ikuti dan terapkan dalam budaya kita di Malaysia ini..mungkin atas sebab-sebab itulah drama Korea ni jadi pilihan untuk mama menontonnya...

Antara sebab-sebabnya yang buat mama menyukai drama Korea ini adalah kerana jalan ceritanya yang penuh dengan isu-isu kekeluargaan,kesopanan,cara mereka bercakap dengan orang yang lebih berusia,hormat dengan majikan juga hormat sesama sendiri.

Itulah yang paling mama suka lihat dalam drama Korea ni selain mengikuti jalan ceritanya...cara adab resam yang mereka amalkan di negara mereka itulah yang buat hati mama terminat akan drama dari negara Korea ini.

Pada yang suka menonton drama Korea ni eloklah kita ambil tahu mana perkara-perkara yang elok saja dari setiap drama yang ada dan perkara-perkara yang tidak elok itu haruslah kita jadikan tauladan dan jauhi dari melakukannya.



p/s lepas ni sinopsis cerita Korea "The Great Doctor"...

Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama nak memperkenalkan sebuah buku yang mama rasa amat menarik sekali isi kandungannya.Tajuknya juga menarik "Mudahnya Menjemput Rezeki" pun dah membayangkan isi kandungan di dalamnya yang amat menarik sekali.Bila sudah memiliki sebuah buku ini pasti pembaca akan rasa amat berpuas hati sekali akan isi kandungan bila sudah membacanya.

Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" ini adalah hasil tulisan penulisnya iaitu Fathuri Salehuddin dan buku ini telah diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn.Bhd.Buku setebal 184 mukasurat ini mempunyai 4 bahagian yang mengandungi 40 bab yang mempunyai tajuk yang berlainan.  

Bahagian 1 : Apa itu rezeki?

Bab 1 - Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di mata
Bab 2 - Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
Bab3 - Ilmu Adalah Rezeki
Bab 4 - Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
Bab 5 - Harta & Rezeki
Bab 6 - Allah Sentiasa Membantu
Bab7 - Hubungan rezeki dan Ilmu
Bab 8 - Rezeki Apakah Bertambah atau Tidak..?
Bab 9 - Tangkal,Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki?
Bab 10 - Kunci Rezeki

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki

Bab 11 - Menjemput VS Mencari
Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Bab 13-Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
Bab 14 - Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
Bab 15 - Menjemput Rezeki dengan Zikir
Bab 16 - Menjemput Rezeki Dengan Doa
Bab 17 - Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
Bab 18 - Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
Bab 19 - Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
Bab 20 - Menjemput Rezeki Dengan Asma'ul-Husna
Bab 21 - Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
Bab 22 - Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3 : Cerita Menjemput rezeki

Bab 23 - Dibalas dalam 24 jam !!
Bab 24 - Ikhlas RM50 dibalas RM10,000
Bab 25 -"Tolong Anak Saya, Ustaz"
Bab 26 - Memberi Tanpa Syarat
Bab 27 - Binatang Tidak Mampu Membalasnya
Bab 28 - Daripada Hina Jadi Mulia
Bab 29 - Berkat Belajar Al-Quran
Bab 30 - Bos Hanyalah Posmen
Bab 31 - Ikhtiar rohani dengan surah Yassin
Bab 32 - Sebuah Keajaiban
Bab 33 - Sedekah Si Penarik Beca
Bab 34 - Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang?

Bab 35 - Ciptalah Impian Hari Ini
Bab 36 - Bagaimana Membina Impian Yang Seimbang
Bab 37 - Ibu,Ibu Apa Khabar..?
Bab 38 - Inilah Impian Kita
Bab 39 - Strategi Ghaib
Bab 40 - Bertaubatlah !!!

 Isi buku ini juga amat mudah difahami dan dengan membacanya akan mudah untuk kita menambah keyakinan dalam diri kita dan juga cara menjemput rezeki itu datang kepada kita dengan izin Allah.Ianya juga boleh membuatkan diri kita dalam situasi yang tenang oleh itu carilah pekerjaan yang diredhai Allah supaya dapat kita menjemput rezeki kita dengan mudahnya.

InsyaAllah dengan membaca buku ini akan membuat diri kita menemui jawapannya.Penulis buku ini akan mendedahkan erti rezeki yang sebenar yang pastinya rezeki orang Islam jauh lebih berbeza dengan rezeki orang yang bukan Islam.Ilmu yang elok ada di dalam buku ini, ianya begitu bermanfaat untuk dipelajari.Penjualan buku ini juga semakin hari semakin laris dan meningkat dari hari ke hari.Oleh itu janganlah kita ketinggalan untuk memiliki sebuah buku ini buat diri kita sendiri juga buat ahli keluarga yang lain.


 pada yang berminat ingin membeli buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" ini bolehlah menghubungi pihak pengedar berdaftarnya Syed Mohd Saiful Ikhwan 013-3936460 atau terus ke  http://www.tarikanrezeki.com/
Harga sebuah buku hanya berharga RM18.00 sahaja dan jika memesan melalui pos akan ditambah cas penghantaran tambahan sebanyak RM 4.50.


Wordless Wednesday # 174....Tanda-Tanda Hati Kotor

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tuesday, November 27, 2012

Minta Tolong Dari Kekawan Cara Nak Upload Gambar Kat Tab

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Sebenarnya mama ni dah sebulan lebih gunakan tab2 tapi dalam masa tu belum pernah lagi nak tulis n3 gunakan tab2 mama tu...bila jenjalan hanya buka FB dan login blog balas komen jer tapi buat n3 belum pernah gunakan...

Semalam bila keluar temankan anak pergi bank teringin plak nak buat entry di tab tu...saja jer nak tulis entry masa tu sebab nak menghilangkan rasa mengantuk menunggu anak mama....punyer la panjang menaip last-last sekali nak upload gambar tak boleh pula puas dah godek-godek nak tahu apa masalahnya tapi tak boleh-boleh juga...atlast save jer entry tu ..


mama tengok cara-caranya sama jer macam kat laptop tapi masalah yang mama hadapi tak boleh nak upload gambar tu hanya keluar petak nak upload tapi x bergerak-gerak loadingnya...jadi di sini mama ingin  bertanya pada kekawan semua yang pernah guna dan ada menggunakan tab2 tolong ajarkan mama dan bagi tahu mama macam mana nak upload gambar masa kita membuat entry di dalam tab tu... 

 tolonglah bagi tahu samada mama kena gunakan cara yang lain atau upload gunakan dari phone atau apa saja la yang boleh mama loadingkan gambar tu...sampai sekarang mama masih tak boleh nak upload gambar dari tab ke entry tu....

p/s banyak lagi yang kena belajar ni...

Jangan Lupa Gerhana Bulan Terakhir Tahun 2012

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jangan lupa yer kekawan Gerhana Bulan Penumbra ini akan berlaku pada 28 Nov 2012 ini dan ianya  adalah satu lagi gerhana bulan yang terakhir untuk tahun 2012 ini... Gerhana Bulan Penumbra  ini diberi nama kerana ianya berlaku disebabkan bulan tidak akan masuk ke wilayah umbra bumi.. 


jangan lupa malam esok marilah kita saksikan gerhana bulan ini akan berlaku pada jam 9 malam dan akan berakhir pada pukul 11 malamnya...
pada kekawan yang ingin tahu lebih lanjut tentang gerhana bulan Penumbra ini bolehlah ke sini dan sini untuk ketahui maklumat selanjutnya...


Cuba Check Page Rank Blog Mama

SALAM 1 MLAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam mama BW tadi terbaca mama tentang n3 dari blogger Dkna Abza tentang macam mana nak pi check page rank blog kita ini...sebenarnya mama belum pernah check pun page ranking blog mama ni tapi bila dah terbaca n3 dkna teringin juga rasanya nak tahukan...

 berapa la page ranking blog mama yang biasa-biasa ni...jom la kekawan kita check page rank blog kita sendiri...pada kekawan yang tak tahu dan ingin tahu juga boleh la pi check page ranking blog masing-masing di laman web ini yer...


inilah dia result yang mama perolehi...page ranking blog mama hanya 2/10 jer..ok jugalah tu dari tak ada apa-apakan...agaknya blogger2 femes kita semua tu PR,SEO dan UV mereka mesti lebih banyak lagi kan...!

p/s mama masih lagi blogger baru nak belajar ni...

Monday, November 26, 2012

Hati-Hati Dengan New Anonymous

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Baru tadi mama terbaca n3 terbaru dari blogger HasrulHassan menyatakan akan ada kumpulan pengodam baru yang mengelarkan diri mereka "New Anonymous...."

Pengodam baru ini akan menyerang blog-blog yang mengandungi n3 yang diambil dari sumber yang lain atau membuat copy-paste...mereka tidak suka andai kata ada blog-blog yang mengandungi n3 copy-paste sebegini tanpa memberikan kredit dari sumber asalnya...

pada kekawan harap berhati-hatilah dengan n3 copy-paste yang tidak disukai oleh New Anonymous ini...moga blog kita semua dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini ini...pada kekawan yang ingin tahu lebih lanjut pergi jer ke blog blogger HasrulHassan sumber dari sini...


Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaaikum...

Dari semalam dah terpanggil nak join segmen dari MiaLiana ni tapi semalam tak berkesempatan sebab nak ke majlis pertunangan anak saudara mama jadi n3 ni bersambung semula hari ini jadi tapi melengahkan masa mama datang menjoinkan diri dalam segmen ini....




okay la first step kenalah like fanpage ni yer! mama dah like pun...pada kekawan yang ingin join sekali klik sini yer... 

 


inilah follower mama setakat ini yer...masih sedikit berbanding MiaLiana yang dah beribu-ribu followernya...itulah sebabnya mama suka datang ke blog Mia,kandungan blognya pun best macam-macam ada (iklan astro la plak)memang isi kandungan blog Mia semuanya best2 kalau tak percaya datanglah ke MiaLiana..mama tetap akan support blog Mia ni yer...



 tagline MiaLiana

Selamat Bertunang Aida

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Semalam mama menghadiri majlis pertunangan anak saudara mama merangkap anak kakak mama..majlis pertunangan itu diadakan di rumah mak mama sendiri di Kampung Melayu Majidee...majlis yang diadakan serba ringkas itu dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.. Alhamdullilah selesai sudah majlis bertunangnya diharap semoga jodoh anak saudara mama ini diberkati hingga ke jinjang pelamin nanti...Amin


inilah dia anak saudara mama Aida...



barang-barangan hantaran dari pihak perempuan..simple saja gubahannya...




barang hantaran dari pihak lelaki..pada mulanya diberitahu hanya 3 dulang dari pihak lelaki tapi bila sampai ke rumah dah jadi banyak pulak...tambahan dulang dari saudara dan makcik -makciknya...



majlis menyarungkan cincin pertunangan oleh ibu dari pihak lelaki...sah sudah menjadi tunangan orang dan diharap dapatlah menjaga maruah diri sebagai tunangan orang sekarang ini yer...





  bergambar bersama-sama mak dan anak saudara..

  
ini dah tentulahkan sesi bergambar bersama auntynya ...hehehehe 



bergambar bersama tunangan,mak dan kakaknya...



akhirnya bergambar bersama tunangannya.. bila sudah menjadi tunangan orang ni banyak-banyakkanlah bersabar yer banyak dugaannya nanti moga kalian berdua akan dapat menjalani masa bertunang ini dengan sabar dan tabah hingga ke jinjang pelamin nanti...mama juga ingin mendoakan semoga AIDA n FAHMY cepat-cepatlah mendirikan masjid yang diimpi-impikan itu dengan segera yer...


p/s nak ke bank membawa anak mama menandatangani perjanjian jualbeli...

Sunday, November 25, 2012

Tahniah Nabil Sudah Bergelar Ayah !

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah buat Nabil Ahmad kerana telah bergelar seorang bapa.. isteri Nabil Nazirah Ayub telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam pagi tadi.


Kegembiraan jelas ternyata di wajah Nabil setelah dapat melihat bayinya itu dan buat masa ini nama anak Nabil masa belum diberikan lagi..

p/s sumber

MEGA GIVEAWAY DARI WWW.YANAYASSIN.COM

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila mama masuk blog Hazwan Hairy tadi terpandanglah mama n3 giveaway yang HH join ini agak menarik sekali pada mama...oleh itu terpanggil oleh hati mama ingin menjoinkan diri dalam segmen dari blogger femes YanaYassin ini..


Jom la kekawan kita join giveaway dari blogger femes YanaYassin ini...banyak hadiah-hadiah yang di tawarkan pi jengah blog YanaYassin dan lihatlah ramai yang jadi sponsor giveaway ini jom kekawan kita reramai serbu blog beliau dan pada yang nak join tu klik sini yer...

Pengalaman manis ketika berblogging ini pada mama ada la sikit tapi biarlah mama pendekkan jer la yer...pengalaman manisnya mama dapat mengenali ramai kekawan kat alam maya ni mereka sentiasa datang menjengah dan meninggalkan komen di blog mama...

paling seronoknya bila dapat bertemu teman-teman blogger di alam maya ini di alam nyata..memang seronoknya rasanya dapat berjumpa secara nyata,dapat beramah mesra dan dapat mengetahui bahawa blogger-blogger di alam maya ni sememangnya ramah dan sporting...kenangan yang masam tu rasanya kurang kot jadi x payah la mama cerita kat sini kalau dah x ada jalan ceritanya yang masam tu yer...

okay mama nak tag 3 orang kawan alam maya ini yer...
2-Wie


Tahniah ! Tahniah ! Buat Mas Saari

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaikum...

Tahniah ! tahniah ! buat  blogger Mas Saari (mrs.secretary) kerana telah selamat melahirkan seorang baby perempuan pada 24 Nov 2012...bayi itu seberat 3.62kg dan telah dilahirkan pada jam 8.00pagi di Hospital Serdang..

 Suami, Mas ,kakak dan abang pasti gembira menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga... semoga Mas gembira menjalani masa berpantang nanti yer...pada kekawan yang ingin memberi ucap selamat boleh la ke FB Mas Saari dan ke blog Mrs Secretary...


inilah gambar baby girlnya sungguh tembam dan berisi
nama baby girl ni masih belum diberitahu lagi...

abang dan kakak juga gembira mendapat adik baru mereka...
sumber gambar FB Mas Saari


Saturday, November 24, 2012

Hadiah FM Dari Mr.Eqbal Zack

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Terimakasih pada Mr.Eqbal Zack ! inilah hadiah yang mama dapat dari contest Mr.Eqbal Zack tempohari...FM itu telah mama terima tadi dan ucapan terimakasih banyak-banyak atas hadiah limited Fridge Magnet itu yer..

Perkara-Perkara Yang Terjadi Pada 10 Muharram

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

1 Muharram -Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam hijrah.
10 Muharram -dinamakan juga hari Asyura dan pada hari itu terjadi peristiwa penting kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Menurut sumber-sumber lainnya pada tanggal 10 Muharram juga telah berlaku:

1-Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
3-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dr perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6-Nabi Yusof dibebaskan dari penjara.
7-Nabi Yaakob dipulihkan Allah penglihatan kaburnya.
8-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9-Nabi Yunus selamat keluar setelah berada di dalam perut ikan paus selama 40 hari 40 malam.
10-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13-Hari pertama Allah mencipta alam.
14-Hari pertama Allah menurunkan rahmatnya.
15-Hari pertama allah menurunkan hujan
16-Allah menjadikan 'Arasy
17-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18-Allah menjadikan alam.
19-Allah menjadikan Malaikat Jibril
20-Nabi Isa diangkat ke langit.



p/s info dari Fadilat bulan2 Islam :ashtech.com

Minta Jasa Baik Kekawan Mama Yer

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Buat pengetahuan kekawan semua cucu mama telah memasuki contest gambar bayi comel di fb hari ini...saja suka-suka join contest tu kata mama Awisy...jadi di sini mama mohon jasa baik kekawan agar Like Page Ini yer...

Untuk Vote ikut langkah-langkah ini...

Step 1 : Like our BAYI-IBU.COM FANPAGE

Step 2 : Like gambar Muhammad Darwisy Bin Zulkarnain ini yer..

Di harap kekawan mama sudi vote gambar cucu mama ni yer dan pada kekawan mama yang sudah vote mama ucapkan ribuan terimakasih banyak-banyak...



"Segmen Jom Tukar Dan Kenal Rakan Blogger"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom kekawan kita join segmen dari blogger ini pula...pada kekawan yang nak join sekali segmen ini tekan sini yer...


Tahniah ! Tahniah ! Buat Mr.Eqbal Zack

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Tahniah ! Tahniah ! Mr.Eqbal Zack kerana telah berjaya dalam memenangi Grand Prize Lucky Readers Contest Majalah Malaysian Motor Trader bernilai RM10,000...alhamdullilah sememangnya nama Mr.Safial Eqbal Bin Zakaria ni sungguh membawa tuah pada tuan badannya..

hadiah ini telah disampaikan pada Mr.Eqbal Zack semalam...semoga Mr.Eqbal Zack akan terus sentiasa bertuah selama-lamanya...pada kekawan yang ingin mengetahui cerita selanjutnya tekan sini...


14 Perkara Sunat Hari Asyura

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semoga segala yang akan kita lakukan di dalam tahun ini akan ebih berjaya dan semoga Allah memberikan kita rezeki yang berlipat kali ganda dan akan menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu..

1-Melapangkan masa/belanja anak isteri
fadilatnya :Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2-Memuliakan fakir miskin
Fadilatnya : Allah akan melapangkannya di alam kubur

3-Menahan marah
Fadilatnya di akhirat nanti Allah akan memasukkannya  di dalam golongan orang yang redha

4-Menunjukkan orang sesat
Fadilatnya Allah akan memenuhi cahaya iman dalam hatinya

5-Menyapu/mengusap kepala anak yatim
Fadilatnya Allah akan mengurniakannya sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.

6-Bersedekah
Fadilatnya Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauhnya seekor gagak terbang tak henti2 dari kecil hingga ia mati.Diberi pahala seperti bersedekha kepada fakir miskin di duni ini.

7-Memelihara kehormatan diri
Fadilatnya Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya.

8-Mandi sunat
Fadilatnya tidak sakit pada tahun itu(lafaz niat :sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala)

9-Bercelak
Fadilatnya tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10-Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadilatnya Allah akan memandangnya dengan rahmah diakhirat nanti.

11-Sembahyang sunat 4 rakaat
Fadilatnya Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.Lafaz niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat Asyura empat rakaat kerana Allah Taala dan kedua selepas sl-fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali

12-Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni' mannassiru"
Fadilatnya tidak mati pada tahun itu

13-Menjamu orang berbuka puasa
fadilatnya diberikan pahala seperti memberikan sekalian orang islam berbuka puasa

14-Puasa niat "Sahaja aku berpuasa esok hari Asyura kerana Allah Taala
Fadilatnya diberikan pahala seribu haji,seribi kali umrah,mati syahid dan diharamkan daripada neraka.




 p/s sedapnya kalau dpt makan bubur Asyura...


Friday, November 23, 2012

Satu Lagi Pasangan Kawin Muda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Satu lagi pasangan muda telah pun mendirikan rumahtangga pada 17 November yang lalu...kali ini pengantin perempuannya akan berusia 13 tahun pada bulan hadapan...pasangan pengantin ini ialah Mohd Fahmi Alias 19 tahun dan Nor Fazira Saad 13 tahun telah selamat bernikah di Masjid Kampung Padang Cina pada 17 Nov yang lalu...


Keputusan yang diambil kedua-dua pasangan ini sangat bagus kerana pada mereka lebih baik mereka berkahwin untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan maksiat ..
kedua-dua pihak keluarga pun telah bersetuju untuk mengahwinkan mereka dan kedua-duanya pun telah bersedia mengalas tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri...

Mohd Fahmi tidak akan menghalang jika isterinya ingin melanjutkan pelajaran setelah mereka berkahwin.. isterinya Fariza pun tidak menganggap usia mudanya boleh menjadi penghalang untuk dia mendirikan rumahtangga...

marilah kita sama-sama mendoakan semoga perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga hujung nyawa mereka, semoga diberikan kesabaran di hati kedua-dua pasangan ini dalam hidup bersama-sama serta dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan hati yang terbuka nanti mudah2an hendaknya Amin...

ingin tahu lebih lanjut kisah pasangan ini tekan sini...

Review Bloglist + Segmen Jom Up Follower Beramai-Ramai

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Hari ini mama nak join segmen dari blogger ini pulak...jom kekawan kita support segmen ini dan pada kekawan yang nak join tekan sini

Save Gaza

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 "PALESTINE WILL BE FREE"



Puasa Di Bulan Muharram "Hari Asyura"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Ibadah puasa yang paling baik setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa di bulan Muharram"

 Banyak fadhilatnya jika kita berpuasa pada hari yang ke 9,10 pada bulan Muharram ini.. bulan Dzulqadah,bulan Dzulhijjah,bulan Rejab dan Muharram juga 4 bulan kalender Islam yang dimuliakan Allah..kita akan dapat menghindari dosa setahun sebelumnya jika kita berpuasa pada 9,10 di dalam bulan Muharram ini ... 

umat islam juga dilarang melakukan pertumpahan darah dan peperangan di dalam bulan-bulan ini...tapi sekarang ini lihatlah apa yang telah terjadi di bumi Palestin terdapat banyak pertumpahan darah yang berlaku...marilah kita berdoa agar rakyat-rakyat di bumi Palestin beroleh rahmat agar mereka selamat dari menjadi mangsa kekejaman Israel..

Puasa-puasa yang disunatkan adalah seperti berikut :
1 - puasa 6 di dalam bulan Syawal.
2 - 3 hari di dalam setiap bulan lebih baik pada 13,14 dan 15 (hari isnin khamis),
3 - 9 hari pertama bulan Dzulhijjah dan lebih ditekankn pada 9 hari Arafah,
4 - Hari Asyura (10 Muharram ditambah sehari dan sebelumnya)..
berpuasa di bulan Muharram ini adalah bukan puasa wajib tetapi pada yang berpuasa akan mendapat pahala yang besar dari Allah khususnya pada10 Muharram yang dikenali sebagai Hari Asyura..

Allah SWT berfirman :"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 belas dalam ketetapan Allah Dia mencipta langit dan bumi, dintaranya empat bulan haram.Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah menganiya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyirikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semua dan ketahuilah bahwasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
At-Taubah :36



p/s n3 selepas ni perkara2 sunat di Hari Asyura..

Bantulah Mereka Bebas Dari Kekejaman Manusia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Di pagi hari Jumaat yang indah ini hati mama turut tersentuh dan menjadi sayu bila terbaca entry-entry kekawan alam maya ini tentang kekejaman yang melampau Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza..

memang sungguh menyedihkan bila kita sendiri dapat melihat semua kekejaman itu di kaca tv atau di suratkhabar..ramai kanak-kanak,orang tua,ibu mengandung dan semua rakyatnya menjadi korban di tanah air mereka sendiri.

jom kita lihat n3 blogger iniblogger ini,blogger iniBoni Kacak,menulis sambil membantu dan hanya dengan menulis inilah caranya kita blogger-blogger mampu membantu dan menolong rakyat Palestine di Gaza... moga blogger-blogger yang lain juga akan dapat melakukan sumbangan dan bantuan dengan cara begini juga walaupun hanya dengan sebaris ayat...


kredit gambar dr sini...

Marilah kekawan kita turut sama membantu mereka rakyat-rakyat Palestin dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kita semua semoga dengan bantuan kita yang sedikit itu sekurang-kurangnya akan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan di Gaza...sama-samalah kita berdoa akan kesejahteraan mereka di GAZA...
Allahu Akhbar FREE PALESTINE !!!

Thursday, November 22, 2012

Kenapa Saya Harus Pilih ImanPuri Sdn.Bhd?

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Setiap orang pasti mempunyai impian ingin memiliki rumah sendiri.Rumah yang ingin dimiliki itu pasti akan mempunyai ciri-ciri idaman yang diingini oleh itu teruskanlah berusaha keras untuk memperolehinya.

Mama akan memilih ImanPuri Sdn.Bhd bagi tujuan pengubahsuaian yang mama ingini dan ianya akan membuatkan rumah idaman mama menjadi satu tempat kediaman yang mendamaikan.Kenapa mama harus memilih ImanPuri Sdn.Bhd.?

Syarikat ImanPuri Sdn.Bhd atau lebih dikenali dengan ImanPuri Interior & Architecture adalah sebuah syarikat bumiputra yang memang terkenal dan pakar dalam bidang pengubahsuaian rumah.Oleh itu jika satu hari nanti impian mama tercapai mama mahu Syarikat ImanPuri Interior & Architecture ini sebagai pereka hiasan dalaman rumah mama nanti.




 Rumah di atas ini adalah contoh rumah impian dan idaman mama.InsyaAllah semoga cita-cita mama ingin memiliki rumah idaman mama akan tercapai satu hari nanti.


Mama akan pastikan ruang hadapan rumah mama akan dipenuhi dengan pokok-pokok berdaun hijau disusun mengikut citarasa yang mama ingini.Pemandangan mata akan terasa nyaman apabila memandang pokok-pokok berdaun hijau ini di kawasan laman di rumah mama nanti.


Di ruang tepinya nanti perlu ada satu tempat untuk ruang beristirehat untuk kami sekeluarga sambil mendengar deruan air mengalir dan juga akan menjadi tempat kami sekeluarga menenangkan fikiran.


melangkah masuk ke ruang tamu mama mahu di ruang itu dihiasi dengan pilihan perabot yang serba ringkas dan teratur dimana ianya juga akan menjadi tempat beristirehat di dalam rumah bersama-sama seisi keluarga.


Masuk ke ruangan dapur tempat yang paling istimewa bagi ibu-ibu.Bagi mama dapurlah syurga bagi ibu seperti mama kerana di dapurlah mama akan menyediakan juadah santapan yang sedap untuk santapan seisi keluarga mama. Mama juga akan membuat dapur mama kelihatan bersih dan dalam suasana yang menyenangkan kerana disitulah mama akan selalu berada ketika mama menyediakan masakan yang istimewa.


Ruang makan biarlah berdekatan dengan dapur kerana itu lebih menyenangkan mama untuk menyediakan hidangan makanan di atas meja itu nanti.


mempunyai bilik tidur yang simple, menarik serta nyaman menjadi satu keperluan yang penting kerana di dalam bilik tidurlah tempat kita beristirehat di malam hari setelah seharian penat bekerja jadi ianya sudah pasti memerlukan suasana yang nyaman dan selesa.


Ruang membaca dan ruang pejabat di rumah haruslah mempunyai satu ruang yang senang dan ianya adalah tempat yang paling relax.Di situlah semua kemudahan perlu ada dan dilengkapi dengan keperluan seperti komputer,laptop,scanner,printer,mesin fax,telefon dan kemudahan line internet.Di ruang inilah tempat kedua yang paling perlu buat semua yang menjalankan urusan perniagaan sendiri di rumah.


Satu bilik yang sederhana besar akan dikhaskan untuk bilik solat selain di dalam bilik tidur mama sendiri.Bilik ini nanti boleh digunakan oleh tetamu mama untuk menunaikan solat bila mereka datang bermalam di rumah mama nanti.


Bilik air yang simple dan mudah menjadi kemestian di dalam rumah dan bilik air seharusnya bersih dan nyaman.

Di harap pada satu hari nanti mama akan berjaya memiliki rumah idaman mama sepertimana yang mama ingini dan itulah contoh-contoh rekaan yang mama inginkan dari ImanPuri Sdn.Bhd jika mama berjaya memiliki rumah idaman mama itu.