SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada kekawan yang sudah pergi ke Legoland pasti dah tahu ada kelas menjalankan robot menggunakan Bluetooth di sana...kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun yang boleh mengikuti kelas ini...tempat ini di namakan "MindStorm" pada yang belum tahu dan ingin tahu cuba baca entry ni yer...



sempat menantu dan mentua bergambar dihadapan pintu masuk "MindStorm" ni..


kelas untuk mengendalikan robot ini dibahagikan kepada 2 kelas...satu dari kelasnya ialah kelas "Dr.Heartbeat" dan satu lagi kelas ialah kelas "Adventure Bot"..


lihatlah gambar-gambar di atas inilah dia kelas Adventure Bot...guru yang ada akan memberikan sedikit penerangan apa yang perlu dilakukan oleh student2 itu setelah student itu memahaminya guru hanya perlu memerhatikan kanak-kanak itu menggunakan sendiri program komputer yang telah disediakan itu...jika ada masalah student itu boleh juga bertanya pada guru-guru yang ada di situ..


kelas "Adventure Bot" ini simple sedikit tiada pakaian khasnya hanya perlu memprogramkan robot itu dikomputer...bila sudah diprogramkan robot itu bolehlah mencuba menjalankannya di atas meja khas yang telah disediakan di dalam kelas ini...


di bawah ini pula adalah gambar-gambar kelas "Dr.Heartbeat" pula...


setiap kanak-kanak yang memasuki kelas ini akan diberikan sehelai baju kot putih (baju ala2 doktor)baju ini hanya akan dipakai semasa kanak-kanak itu menjalankan sesi kelas Dr.Heartbeat ini sahaja...



setelah itu setiap student diberikan satu peralatan komputer sendiri...penerangan apa yang perlu akan dimulakan pada sesi permulaan kelas...student itu akan menggunakan komputer itu sendiri untuk menjalankan robot yang ada di meja masing-masing...

jika kurang faham akan apa yang perlu dilakukan boleh bertanya pada guru yang mengajar di situ...


inilah salah seorang tenaga pengajar guru yang mengajar student2 di situ(anak mama la tu hehehe) dialah yang mengajar student-student yang datang menghadari kelas Dr.Heartbeat ini...

itulah serba sedikit yang mama tahu tentang tugas yang dilakukan oleh anak mama ditempat kerjanya ini dan di sinilah juga dia mengajar kanak-kanak itu memprogramkan robot itu...  


p/s ke Legoland lagi...