SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada minggu lepas mama dan anak-anak telah pergi ke Pesta Buku di Plaza Angsana Johor Baharu..pesta buku ini diadakan di ruang parking Plaza Angsana...seronok juga dapat pergi ke Pesta Buku ini walaupun tidak berapa banyak booth buku-buku yang ada di situ walaupun dinamakan Pesta Buku...


 memandangkan keadaan cuaca hujan berkemungkinan banyak booth2 menjual buku tiada yang ada hanyalah sebahagiannya sahaja..inilah antara buku-buku yang ada dijual di sini semuanya ada buku-buku agama,buku masakan,novel dan semuanya ada diskaun ada 10%,ada 15%...


buku-buku novel tu diatas tu semuanya dijual dengan harga RM10 sahaja...banyak juga yang menariknya tapi tak sempat nak belek lama-lama sebab hujan turun hari tu...sempat juga beli satu buku novel untuk bacaan...

gerai-gerai menjual baju dan pakaian sukan juga ada dijual di sini...memang murah harganya  biasa tapi hanya sempat melihat saja...


inilah sebuah novel yang sempat mama beli hari tu...dapat juga beli sebuah buku novel ini memandangkan hendak cepat mengejar masa dalam hujan hari tu...apa tidaknya ada si kecik Awisy tu yang mama terpaksa mempercepatkan masa daripada disimbahi hujan yang lebih lebat lagi....