SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak bagi resepi yang biasa kita dengar dan mungkin ada juga yg pernah membuatnya..jomlah kita tengok resepinya yang simple ni "Rendang Ikan Tongkol"...baha- bahan2nya seperti kita membuat rendang daging juga senang dan simple...


Bahan yang diperlukan..
1 ekor ikan tongkol ( ikan lain pun boleh)
1/2 cawan santan
1/2 peket kerisik
5 batang serai-dikisar
10 biji cili api kalau suka pedas -dikisar
(tambah lagi cili yang dah diblender)
1 biji bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
sedikit kunyit hidup-dikisar
halia-dikisar
sedikit buah keras-dikisar
sehelai daun kunyit-dihiris halus2
sedikit minyak
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi
2-Biarkan naik baunya dan sehingga garing dahulu.
3-Bila garing barulah dimasukkan santan,garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4-Biarkan mendidih sekejap dan barulah dimasukkan ikan tongkol tadi.
5-Biarkan sehingga kuahnya kering.
6-Setelah siap rendang bolehlah diangkat dan dihidangkan selamat mencuba..