SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Sekejap jer rasanya masa berlalu dah 23 tahun rupa-rupanya usia puteri mama yang kedua ini..15 Februari 2013 ini genaplah usia puteri mama Nurul Azlin Binti Dzolkarnine ke 23 tahun hadir dalam hidup kami suami isteri...

Macam baru saja mama melahirkan adik panggilan manja beliau di rumah...semasa mama mengandungkan adik memang mama teringinkan anak lelaki dan mama berharap sangat akan dapat melihat seorang baby boy tapi kuasa Allah tiada tolok bandingnya kerana telah dijadikan dan dikurniakan adik pada mak dan ayah seorang puteri perempuan yang comel...


walaupun hati terasa ketika itu kerana tidak mendapat baby boy tapi mama tetap bersyukur kerana telah dikurniakan seorang baby gegurl..dalam usia adik setahun pada hari raya mama telah membelikan adik dengan pakaian baju melayu...

memang macam tak bersyukurkan mama ni tapi sebenarnya mama hanya ingin melihat adik dalam pakaian baju melayu tu saja..memang kelakar rupa adik pada hari tu memang macam baby boy gayanya...


Nasib baik mama tidak meneruskan cara pemakaian baju baby boy buat adik semasa kecik dulu kalau tidak mesti dah lain jadinya...alhamdullilah sampai sekarang ciri-ciri kewanitaan itu masih ada dan moga ianya akan tetap dikekalkan sampai bila-bila yer wahai puteriku...

satu jer perangai adik yang tak pernah berubah dari kecik hingga dewasa ini... perangai   kedegilannya itulah yang membuat mama kekadang hilang kesabaran...hanya satu harapan mama moga adik akan tetap menjadi seorang anak perempuan yang baik buat mak dan ayah yer...


alhamdullilah adik sekarang sudah habis belajar dan sudah ada pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan adik..mak dan ayah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan adik menjadi seorang anak yang solehah,bakal membahagiakan mak dan ayah bukan hanya di dunia ini bahkan bakal mendoakan kami walaupun kami sudah tiada nanti..

Akhir sekali mak dan ayah ingin mendoakan semoga adik sentiasa dilindungi Allah,dimurahkan rezeki,dipanjangkan usia dan sentiasalah jadi puteri yang  baik buat mak ayah yang menyayangimu selalu..ingat pesanan mak ayah yer dan kerana mak dan ayahlah adik telah lahir ke dunia ini...