SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Sebagai perempuan yang sudah bersuami mesti terfikir dan berkeinginan mempunyai anak dari darah daging kita sendirikan...tapi semua itu adalah kehendak dan ketentuan dari Allah jika rezeki kita awal bersyukur padaNYA tapi jika ditakdirkan belum ada rezeki berdoalah semoga Allah akan sentiasa memberkati setiap impian kita itu dan kita akan dikurniakan zuriat pada satu hari nanti...

bagaimanakah agaknya jika telah ditakdirkan oleh Allah kita tidak boleh mempunyai zuriat atau anak??apakah yang akan kita lakukan seterusnya?? semuanya itu adalah dari ketentuan Allah dan kita sebagai manusia yang lemah ini tidak mungkin bolah melawan takdir yang telah tertulis buat kita...


kita haruslah berfikiran positif dan sentiasalah berusaha dan berdoa padaNYA selalu inshaAllah berkat dari doa-doa yang dilakukan setiap hari itu akan ujud keajaiban sendiri dan Allahlah yang Berkuasa menjadikan makhluk di dunia ini...semuanya boleh berlaku dengan izin dariNYA...inshaAllah...

pada kekawan yang sudah berumahtangga dan masih belum mempunyai zuriat banyakkanlah bersabar yer...berdoalah selalu pada Allah moga akan dikurniakan zuriat pada  kekawan pada satu hari nanti... inshaAllah