SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


dari semalam nak makan jagung dengan susu ni bila baca kat blog PCL semalam sampailah hari ni asyik tengok gambar jagung je ! makan pula dengan susu dan PCL siap letakkan gambar kat blog dia... makin la terasa sangat-sangat kat tekak ni nak makan jagung tu tapi tak sempat juga nak buat...

sebenarnya malas la nak rebus jagung tu ! jadi kalau dah malas memang tak dapat la nak makan yer tak ! tapi tadi bila hubby balik kerja terus dia tolong rebuskan dan tolong buatkan...wah memang seronok la ada orang yang sayang tolong buatkan...

jadi hari ni dapat juga mama makan jagung dengan susu ni...memang terasa sedapnya bila orang tersayang pula yang buatkan ! dah siap tunggu masuk kat mulut jer apa yang tak sedapnya...