HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Tuesday, April 30, 2013

Sweet 17th My Sweet Heart

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 17tahun buat anak mama yang paling kecik sekali...heheee taklah kecik pun dah besar dah ! tak sangka rupa-rupanya anak mama ni dah besar pun...rasanya seperti baru lagi mama melahirkannya rupanya dah pun 17tahun berlalu...

Buat caney sayang ! doa mak akan sentiasa mengiringi caney selalu dunia dan akhirat.. jadilah seorang anak yang solehah,ingat tau segala pesanan,ajaran yang mak dan ayah telah berikan buat caney selama ini moga satu hari nanti ianya akan berguna buat caney agar dapat menjalani kehidupan ini dengan sempurna di dunia dan diakhirat nanti...

 belajarlah bersungguh-sungguh yer untuk SPM tahun ni moga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti... apa juga yang dicita-citakan akan sentiasa berjaya hendaknya..hanya satu harapan mak dan ayah agar caney menjadi seorang anak yang baik dan solehah buat mak dan ayah selama-lamanya...Amin



kek hari lahir yang dibuatkan oleh alongnya...

Petua Menghilangkan Lelehan Air Liur Anak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ni mama nak bagi tahu kekawan semua tentang satu petua yang telah mama baca di salah satu blog blogger Intanbelian...sebenarnya petua ni telah digunakan pada Awish disebabkan Awish selalu mengalami masalah air liurnya yang suka meleleh dulu nak tahu petuanya lebih lanjut baca di sini...

mama telah pun memberitahu pada anak mama ini supaya mencuba menggunakan petua yang telah dibuat oleh blogger intan pada anaknya juga... alhamdullilah akhirnya berjaya juga petua yang telah diberitahu oleh blogger intanberlian ini..

anak mama telah pun melakukan apa yang perlu dibuat seperti yang telah diberitahukan oleh blogger Intanberlian...pada kekawan yang mengalami masalah yang sama macam cucu mama ni eloklah mencuba petua atau tips dari blogger Intanberlian ni...inshaAllah akan hilang juga lelehan air liur anak kita itu nanti...


8 " P " Tip Kebahagiaan Rumahtangga

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ini jom kita tengok pula bagaimana caranya untuk kita menjaga kebahagiaan di dalam rumahtangga kita.. kebahagiaan rumahtangga ini sudah semestinya haruslah dijaga agar ianya akan tetap memberikan kita kesan yang sempurna di dalam hidup kita ini..

jom kekawan kita lihat 8 tips kebahagiaan rumahtangga yang dapat mama kongsikan di sini sumber dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah...

1- Puji 
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terimakasih apabila diberikan pertolongan.

2- Peluk 
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3- Penghargaan 
Amalan ini haruslah diamalkan iaitu seperti memberi hadiah sebab ianya boleh menambahkan kasih sayang.

4-Perhatian 
Perlu diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5-Persefahaman
Sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6-Pergaulan
Pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas juga dapat mengelakkan sikap cemburu kerana pembabitan orang ketiga.

7-Percutian
Rancanglah masa percutian berdua-duaan dengan pasangan ditempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8-Permohonan
Berdoalah kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



 

Monday, April 29, 2013

Judika - Setengah Mati Merindu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Segmen # 2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hujung minggu semalam mama dan keluarga menghabiskan masa bersama-sama berjalan ke Tanjung Piai di Kukup Pontian Johor..pada kekawan yang dah biasa tentu dah tahu di mana kedudukan Tanjung Piai ini...





Penghujung Benua Asia itulah namanya bila kita berada di Tanjung Piai ini...memang seronok dapat berehat-rehat di sini dengan udaranya yang nyaman...kita juga akan dapat menikmati pemandangan yang betul-betul begitu mendamaikan hati bila berada di sini...


inilah antara bilik-bilik yang ada terdapat di sini...pada sesiapa yang ingin bermalam di sini bolehlah membuat tempahan awal atau datang terus ke sini...


terpaksa berjalan melalui jambatan kayu ini untuk sampai ke hujung jeti yang disediakan... 


menikmati pemandangan lautan yang menarik dengan udara yang nyaman sekali...





berada di jeti tengah laut sambil bersantai dan berposing...sayangnya hubby tidak membawa sekali pancingnya kalau tidak pasti menjadi duduk memancing di sini...



 antara chalet-chalet yang disediakan semuanya berada di atas air...



bila berada di jeti ini kita boleh melihat beberapa buah kapal membawa barangan belayar ditengah-tengah lautan...


 sempat juga kami sekeluarga berposing bersama-sama...

Sunday, April 28, 2013

Petua Membelai Suami

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Serba sedikit petua ini boleh mengeratkan kasih sayang dalam rumahtangga kita oleh itu marilah kita  sama-sama melakukan yang terbaik untuk suami kesayangan kita yer..semoga ikatan kasih sayang kita bersama dalam rumahtangga akan tetap kekal dan cinta kita akan terus bersemi selama-lamanya...


1- Mengurut atau mengusap belakang suami ketika berehat sambil menonton tv akan membuatkan suami berasa sangat disayangi itulah belaian yang sangat diidamkan oleh si suami.

2-Belailah rambut suami ketika beristirehat atau carikan uban yang ada pasti itu akan membuatkan suami merasa lembut hati dan bertambah lagi kasih sayang suami pada isterinya.

3-Pastikan penjagaan rapi tentang seluruh anggota badan seperti kuku,kulit,rambut atau mana-mana bahagian yang isteri rasa perlu.Pastikan kukunya dibersihkan dan dipotongkan,sapukan losyen jika kulit suami kekeringan dan urutlah kepalanya atau badannya dengan lembut.

4-Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri sesungguhnya dengan memanjakan diri suami dengan cara begini akan menjadikan suami merasa dirinya seperti seorang yang sangat istimewa.Pasti suami akan begitu menghargai apa yang isteri lakukan padanya.

5-Sentiasalah berhias untuk suami di rumah atau mengenakan pakaian yang seksi dengan begitu boleh membuatkan suami bersemangat atau ghairah apabila memandang isternya. Walaupun malu lakukannya kerana setiap lelaki pasti akan suka melihat isterinya berpakaian seksi.Pahala sebenarnya bila isteri dapat membuatkan suami sendiri melihat diri mereka dengan penuh kasih sayang dan geram.

6-Lakukanlah perkara-perkara lain yang disukai oleh suami seperti memasak makanan  kegemaran suami,menyediakan minuman istimewanya atau sesuatu perkara yang menarik minat suami.

Semoga apa yang kita lakukan seharian dalam rumahtangga kita akan sentiasa dihargai oleh suami dan carilah kebahagiaan yang sempurna dalam kita melalui kehidupan  sebagai suami isteri..Semoga kita akan sentiasa bertemu kebahagiaan yang kita harapkan itu sentiasa...InshaAllah


Saturday, April 27, 2013

Lagu Kenangan Menggamit Jiwa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tanda-tanda Bayi Nak Tidur

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila kita mempunyai bayi banyak perkara yang perlu kita ketahui apabila bayi kita menangis atau meragam..permerhatian dari ibu itu perlu untuk mengetahui perkara-perkara yang baik atau tidak pada diri bayinya dan itulah salah satu sifat naluri keibuan seorang ibu lebih peka dengan cara anak-anaknya...

jom kita lihat apakah tanda-tanda bayi yang keletihan,kepenatan,mengantuk dan segera  mahu ditidurkan oleh ibu-ibu mereka..
 
1-Bayi akan mula menangis atau mengeluarkan bunyi 'Owh'..
2-Mulut bayi akan berbentuk 'O' dan seperti hendak menguap..
3-Bayi mulai menggosok-gosokkan matanya..
4-Bibir dan mata bayi mula kemerahan-merahan..
5-Pergerakan badan bayi pun akan tersentak-sentak..
6-Bayi juga akan mulai menarik-narik telinganya..
7-Bayi akan mengeliatkan badannya..
8-Bayi mulai menolak-nolak badannya ke atas..
9-Bayi juga akan mulai mengaru-garukan kepalanya.. 
10-Bayi akan mulai menangis dan tangisannya dah tak boleh ditahan-tahan lagi ! 
jadi kenalah cepat-cepat bertindak yer wahai ibu-ibu semua......


p/s jom jenjalan petang ni...

Segmen Sabtu By Emas Putih # 4

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


As-Salam


Hari ni nak buat segmen sabtu part #4 
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari bermula
27 April 2013 jam 11.59 PM - 29 April 2013 / 11:59 PM
( 2 hari sahaja )

Syarat :

1. Follow blog  :

2. Like fan page :


 3. Follow G+ kat bawah ni



3. PALING WAJIB copypaste coding entry  yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruangan html post.   *kalau x faham sila ikut step dibawah*


Dah siap? Tinggalkan entry segmen anda di ruangan komen.

Hadiah : 

Top Referral
Topup RM10

Random
Topup RM5 x 9
Topup RM3 x 1

Selamat menjoinkan diri dalam Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4 !!

Friday, April 26, 2013

Cuaca Sejuk Malasnya Menjadi-Jadi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni cuaca di tempat mama begitu sejuk sekali kerana baru sahaja lepas hujan...sehari dua yang lepas memang cuaca di sini terasa amat panas sekali...bila cuci baju sekejap je keringnya tapi hari ini cuci baju pun memang tak boleh la kering dengan cepatnya...Nak masak pun penyakit malasnya datang ! perut pula sakit bila hujung bulan macam ni ! 

Aiman dah tidur ni eloklah cepat-cepat buat kerja mana yang patut...berat betul kaki ni nak melangkah ke dapur...kalau tak masak nanti kesian pula kat hubby balik dari sembahyang tiada makanan nak di hidangkan...jadi apa lagi demi hubby tercinta digagahi juga ...bermulalah misi cari lauk yang boleh dimasak dengan kadar segera, cepat dan ringkas...

ada stok ikan dalam tin,ada sayur sedikit dan ikan masin...cukup la tu untuk dijadikan lauk yang simple untuk juadah makanan tengahari ini ! makan malam nanti kita cari makanan yang lain pula...okay jom kita melangkah dengan cepat masuk ke dapur untuk bersilat dengan sudip dan senduk !  

Supermama segera mengatur langkah seperti kilat dan secepat kilat juga la masakan tu telah siap terhidang di atas meja...ada magik la supermama ni ek...hehehehe...dalam malas-malas tadi pun siap juga hidangan makan tengahari hari ini....pagi-pagi dah siap dihidangkan apa lagi terus makan sarapan sekali la jawabnya...



sambal sardin,tauge goreng dan ikan kapak masin...


p/s senang sikit bila dah masak awal2 ni lebih2 lagi sejak ada Aiman ni...nak BW pun ada masalah perut sakit...


Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jom kita join segmen bloglist bulan Mei dari blogger Fuh.My...pada kekawan yang nak join sekali jomlah klik sini...asalkan dapat tempias sikit pageview dari blog beliau dah cukup bagus rasanya...tarikh tutup 30 April..

p/s dah terasa pedih pula mata ni...

Thursday, April 25, 2013

Selamat Hari Lahir Along

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini 25 April adalah hari lahir anak mama yang sulung...tak sangka sekejap jer masa dah berlalu dengan pantasnya..terasa macam baru saja mak melahirkan along rupa-rupanya along sudah pun berusia 26 tahun hari ini dan juga sudah mempunyai keluarga sendiri... 

Di sini mak ingin sangat mengucapkan selamat hari lahir buat along semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan jodoh,sentiasalah gembira disamping Mie dan Awisy, sentiasa menjadi seorang ibu,isteri yang solehah,beriman dan juga hiduplah dengan aman damai dalam dunia berumahtangga...

doa mak akan sentiasa bersama-sama along selalu tak kira dimana jua along berada..  hanya satu harapan mak moga along akan tetap menjadi seorang anak yang baik buat mak dan ayah selama-lamanya...Amin


tahniah along ! kerana telah berjaya dalam temuduga kerja tadi...

p/s harta yang amat bernilai adalah anak-anak... 

PRU 13 : Cara-Cara Untuk Mengundi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bahang musim pilihan raya yang ke 13 ini sudah semakin hangat terasa dimana-mana sekarang ni...semua parti yang bertanding sudah mulai sibuk dengan agenda yang akan dilakukan ! sibuk memasang bendera-bendera parti di semua ceruk tempat dan kawasan..semakin dekat masa mengundi semakin kuat terasa kebahangan pilihanraya ke 13 ini..

Sebelum kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi marilah kita lihat bagaimana cara-caranya untuk mengundi dan apakah yang perlu kita lakukan semasa kita di tempat pengundian itu nanti...pada yang dah biasa pergi pasti dah tahu bagaimana cara-caranyakan...jom kita ikut langkah yang mesti dilakukan...


Langkah 1

Serahkan kad pengenalan kita kepada (Kerani Pengundian 1)KP1.Pastikan KP1 memangkah nama kita di dalam Daftar Pemilih dan membacakan butiran kita dengan jelas.


Langkah 2

Pastikan jari kiri kita ditandakan dengan dakwat kekal oleh (Kerani Pengundian 2) KP 2.


Langkah 3

(Kerani Pengundian 3) KP3 akan menyerahkan kertas undi kepada kita.


Langkah 4

Pangkah pilihan anda di kertas undi dalam petak undi yang telah disediakan.


Langkah 5

(Kerani Pengundian 4) KP 4 akan memastikan yang anda memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Maka selesailah sudah perkara-perkara yang perlu kita lakukan dalam menjalankan tanggungjawab kita pada negara dengan mengundi pilihan yang dipilih nanti. Pilihlah calon yang benar-benar kita sukai dalam masa mengundi nanti.Undi itu adalah rahsia..


Alhamdullilah !! Darwisy Dah Keluar Hospital

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Alhamdullilah ! Awisy dah keluar hospital...petang semalam doktor sudah membenarkan Awisy balik ke rumah memandangkan graf kesihatannya tidak begitu membimbangkan lagi...

walaupun begitu ada juga sikit-sikit batuk yang Awisy terpaksa hadapi tapi tidaklah seteruk sebelum ni..semoga Awisy akan pulih sepenuhnya selepas ini inshaAllah...   terimakasih pada kekawan yang telah mendoakan agar kesihatan Awisy segera sembuh sebelum ini mekacih kekawan mama semua...



tengoklah Awisy ni suka agaknya dapat balik ke rumah ! masuk kereta semalam terus tidur...comelnya muka cucu grandma tidur macam ni...

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday # 229...Lihatlah Pandanglah Smart Tak Saya !!

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 228...Doakan Awish Yer...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum.. 

 suka tengok senyuman Awish bila grandma sampai pagi tadi..bila gramdma nak balik  Awish dah buat muka sedih die pula...sayu hati grandma nak balik dari hospital pagi tadi...cian nyer cucu grandma sorang ni moga cepat baik yer sayang...

p/s nak melawat Awish lagi tengahari ni...

Awisy Sakit Kena Masuk Hospital

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sedih mama tengok Awish tadi terpaksa kena ambil darah dan kena x-ray sebab doktor nak buat mecical check-up keseluruhannya...bila dah dilakukan semuanya tu Awish terpaksalah ditahan di wad pula...doakan agar kesihatan Awish segera sembuh yer...


kesian Awish terpaksa tidur hospital hari ni...


tertidur akhirnya selepas masuk ke wad tadi itu pun setelah puas menangis...



p/s apa-apa perkembangan Awish akan mama bagitahu nanti yer...

Aiman Nuqman Buat Mama Patah Pinggang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari kedua yang amat teruk rasanya bagi mama...mesti semua kekawan mama tertanya-tanya kenapa boleh jadi teruk sekali pada hari ini...sebenarnya Aiman ni memang susah nak ditidurkan ! dia bila dah tidur kemudian terjaga mesti kena diangkat dan didodoikan semula ditangan kita...

kalau mama duduk jer Aiman akan mulai menangis semula ! memang cerdik sungguh budak kecik ni...itu yang buat mama rasa teramatlah sakit,sengal kaki tangan ! pinggang lagilah rasa macam nak patah je...

Bila dah boleh minum susu dari botol ! kini timbul pula kes yang lain pula...kalau sekejap je berdodoi tu mama memang rasanya tak kisah pun kot tapi kalau asyik nak berdodoi di lengan sambil berdiri memang beratlah rasanya...satu kerja lain pun tak boleh dilakukan kalau macam ni... 

Petang tadi mama terpaksa juga menyuruh mama Aiman membawakan buaian buat Aiman esok..memang dah tak larat rasanya mama nak mendodoikan Aiman dengan cara macam tu ! boleh putus urat tangan dan pinggang ni nanti....tak pasal-pasal masuk hospital pula nanti...


masa tidur Aiman kena dibedung tapi tidurnya sekejap saja...

p/s Awisy pula kena tahan wad hari ni...

Tuesday, April 23, 2013

Aiman Nuqman Dah Boleh Menyusu Botol

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah hari kedua Aiman dah boleh menyusu menggunakan botol dan menangis tu masih ada lagi sikit lagi la ! biasa la budak kecik macam ni ! kalau nangis mesti ada benda yang diperlukannya...

Hari ni setelah mandikan Aiman terus mama buatkan dia susu...mula-mula bagi botol susu tu masuk ke mulut Aiman macam masih kekok lagi dia tapi tetap mama bagikan juga.. lama-lama barulah Aiman mulai hendak menghisap susu dari botol tu...mungkin dah kehausan agaknya...


Lihatlah Aiman ni bila dah cukup tidur nya...relax jer dia bila diletakkan di playgym ni...asyik sangat dok pandang mainan yang tergantung tu...nasib baik ada Awish punya playgym ni boleh la pinjam kat Aiman bagi dia leka sekejap...

p/s kesabaran perlu jika ada masalah begini...

7 Tanda Awal Isteri Derhaka Pada Suami

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
1-Menghina atau mengumpat suami
Jagalah maruah diri suami kita terutama tentang perkara-perkara yang berkaitan hal rumahtangga.Jangan menjejaskan rahsia suami atau menyebarkannya kepada orang luar eloklah dijaga kepercayaan yang telah diberikan suami kepada isteri dengan sebaik-baiknya.

2-Mengherdik dan menceritakan kelemahan dan kekurangan suami.
Isteri tidak boleh mengherdik suami di hadapan orang lain.Sebagai isteri hendaklah kita sentiasa menggembirakan hati suami ,jaga tingkahlaku,tutur kata kerana itu semua adalah penawar dalam sebuah rumahtangga serta perhiasan diri zahir dan batin.

3-Isteri keluar rumah tanpa izin
"Apabila perempuan keluar rumah sedangkan suaminya membencinya,dia dilaknat oleh malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."(Diriwayatkan oleh thabarani di dalam al-Awsat)

4-Isteri mendoakan kecelakaan buat suami.
isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan,kesejahteraan dan rahmat Allah SWT bagi suaminya dan bukan sebaliknya.

5-Membenci kegemaran suami
Sebagai ketua keluarga suami telah diberikan kelebihan melebihi isteri.Satu kurniaan Allah SWT yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan,kesejahteraan keluarganya oleh itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menyangkal atau menafikan kesukaan dan kegemaran suami.

6-Menjadi tekanan kepada suami
Sebagai isteri seharusnya boleh membantu dalam mentabirkan hal rumahtangga dengan itu dapat mengurangkan tekanan pada diri suami.Janganlah meminta sesuatu yang diluar kemampuan suami kerana hal yang demikian akan membuatkan tekanan dan ketegangan pada suami.

7-Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurlah dengan setiap pemberian suami kerana itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita."Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:"Mengapa terjadi demikian adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"
Baginda menjawab :
"Tidak mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)





Monday, April 22, 2013

Aiman Nuqman Buat Mama Mengelabah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari pertama kawan anak mama menghantar anaknya ke rumah mama akan menjaganya setelah beliau lepas dari berpantang...pada kekawan yang nak tahu ceritanya tekan n3 mama ni...

akhirnya mama setuju juga untuk menjaga baby baru ini...pagi tadi mula-mula sampai   macam biasa elok je perangainya...sampai je tadi Aiman dah tidur dengan senangnya... "Aiman Nuqman"nama untuk baby baru tu...

sekejap je rupa-rupanya mungkin hari pertama berenggang dari ibunya itu yang susah sangat agaknya...Aiman sebenarnya menyusu badan jadi untuk menyusukan dia menggunakan botol susu agak susah juga kerana Aiman tidak boleh menerimanya...


Kesian dengan Aiman tadi puas mama susukan tapi dia tak mahu dan ianya hanya menangis tak henti-henti...risau juga rasa di hati mama kerana Aiman tak mahu menyusu walaupun dia terlalu kelaparan... Aiman terus saja menangis berpanjangan tanpa hentinya...akhirnya mama mengambil keputusan memberitahu ibunya supaya mengambil cuti sebab Aiman perlukan susu ibunya sendiri dengan segera...

kesian mama tengok Aiman sampai bengkak-bengkak mata dan berhingus akibat menangis berterusan...akhirnya ibu Aiman terpaksa mengambil cuti setengah hari dan pulang dari bekerja....sampai je terus dia menyusukan Aiman dan Aiman terus terlena akhirnya...lega rasanya mama melihat Aiman menyusu dan lena dipangkuan ibunya...

susah jugakan kalau macam ni ! terpaksa jadi pengasuh bagi bayi yang menyusu badan ni...dah tak reti nak buat apa bila melihat baby tu menangis berterusan....ibu Aiman pun menjangkakan Aiman akan minum susu formula yang dibekalkan tadi tapi rupa-rupa disebaliknya pula...


p/s esok macam mana pulak la agaknya....

Pru 13 : Majikan Perlu Membenarkan Pekerja Mengundi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 setiap majikan perlu memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk mereka keluar mengundi.Jika terdapat majikan yang ingkar mengikut peraturan ini mereka akan dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau 1 tahun hukuman penjara. 


Setiap majikan haruslah peka dengan perkara ini dimana majikan tidak harus menyekat para pekerjanya keluar pergi mengundi..pihak majikan juga tidak dibenarkan membuat pemotongan gaji atau saraan lain atau penalti jika pekerja mereka tidak hadir atau keluar mengundi pada hari mengundi itu.

sumber SPR

Sunday, April 21, 2013

PRU 13 : Nama-Nama Calon Bertanding Di Melaka


SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Bila dah semak di mana kawasan tempat kita mengundi kali ni kita kena lihat pula nama calon-calon yang akan bertanding di kawasan tempat kita mengundi itu...mama mengundi di Melaka jadi mama pilih negeri Melaka la yer...

tak aci kan anak Johor mengundi di tempat lain...sebenarnya nak mengundi ni ! kat mana-mana pun boleh asalkan ianya di Malaysiakan...



mama akan mengundi di kawasan P137 Bukit Katil kawasan N 15 Bachang Melaka...tak sabar rasanya nak pergi ke Melaka nanti... lepas mengundi bolehlah jenjalan kat bandar Melaka...boleh singgah ke rumah kekawan lama mama dulu rindu rasanya sebab dah lama tak bertemu...bolehlah mengimbas kembali kenangan semasa mama tinggal di Melaka dulu...

p/s kekawan semua pasti balik ke kg jugakan...

4 Tanda Hidup Kita Tidak Berkat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Di dalam hidup kita ini bermacam-macam cara kehidupan yang perlu kita lalui samada baik atau tidak ianya terpulang pada diri kita sendiri dan setiap individu itu sendiri  dibawah ini terdapat tanda-tanda hidup kita tidak berkat...jomlah kita semak samada kita hidup didalam kerberkatan atau tidak...

1-Duit banyak tapi cepat habis
Pendapatan bertambah tapi asyik tak mencukupi..duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia saja.Sepatutnya bila kita mempunyai duit yang banyak sedekah sedikit dan mungkin ianya akan bertambah tetapi tidak kita semakin kedekut sedekah tak bertambah duit tetap habis juga ke tempat yang lain.

2-Buat kerja tak siap
Banyak dapat projek pendapatan bertambah tapi asyik duit tak mencukupi.Macam-macam usaha dibuat ,macam-macam projek dicuba nak dilakukan tapi semuanya tergantung satu pun tak berjaya tapi kalau berjaya masih tidak menjadi seperti yang dirancangkan.

3-Buat sesuatu tidak dapat manfaat
Baca buku banyak tapi ilmu satu pun tak diperolehi.Nasihatkan orang lain tapi diri sendiri tunggang langgang.Buat sesuatu semuanya tak menjadi.

4-Masa habis dengan sia-sia
Kesibukan kononnya tapi sebenarnya masa banyak dihabiskan dengan banyak perkara-perkara yang sia-sia leka dengan semua perkara yang sia-sia leka bermain,leka berfacebook,leka menonton tv,leka berborak tapi tidak dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran sehari pun masih susah,solat pun hingga akhir waktu malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Marilah kita bermuhasabah diri kita agar jangan kita berada di dalam keadaan seperti di atas moga kita semua akan tergolong dari orang-orang yang mendapat keberkatan dari Allah inshaAllah..



Saturday, April 20, 2013

Al-Fatihah Surah Penuh Penawar Dan Kebaikan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Terdapat banyak kegunaan surah Al-Fatihah ini...setiap kali bacaan Al-Fatihah yang kita baca itu boleh membantu apa jua masalah yang kita hadapi...jom kita lihat misteri setiap bacaan surah Al-fatihah ini ...


1-Surah Al-Fatihah dibaca 14 kali sebelum tidur suami dan anak-anak pasti akan mengingati kita selalu.

2-Surah Al-Fatihah dibaca 41 kali tiup ke dalam air ,minum serta buat air mandian boleh melepaskan rasa sakit dalaman.

3-Surah Al-Fatihah dibaca 7 kali dan di usap di kepala orang yang berpenyakit mental lakukan setiap pagi dan sekali sebelum tidur.

4-Surah Al-Fatihah dibaca 3 kali tiup dalam segelas berisi air, diminum sambil menyapu kawasan yang sakit yang kerterlaluan.

5-Surah Al-Fatihah dibaca 7 kali ke dalam air minum dan sapu kepala bayi yang suka menangis di malam hari atau bila-bila masa.

6-Surah Al-Fatihah dibaca 3 atau 7 kali gunakan ibu jari tekan dilangit-langit kemudian sapukan pada tempat yang sakit seperti luka berdarah,sengat lebah,jari terkepit di pintu.

bacalah surah Al-fatihah ini dalam keadaan yang khusyuk,tawakal kepada Allah dan niatlah dengan bersungguh-sungguh inshaAllah ianya akan menjadi penawar yang terbaik...

"Ben Ashaari Dan Weeclicks"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


jom kekawan kita join segmen dari sifu blogger kita ini Mr.Papa Ben...ada soalan yang harus kita jawab tapi bukan susah pun hanya jawab jer...pada yang ingin join klik je ke blog Papa Ben...

" KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI''

Pada mamalah kenapa mama ingin menjana pendapatan dari internet ini adalah kerana  mama ingin menambah dan menjana pendapatan sendiri sebagai surirumahtangga seperti mama ini...Dari tiada apa yang hendak dilakukan di rumah eloklah melakukan sesuatu yang berfaedah di rumah melalui internet ini..dalam pada dapat menambahkan pendapatan mama sendiri ianya juga boleh membuatkan mama mengetahui cerita-cerita sensasi sambil berblogging juga dapat mengenali kekawan di alam maya ini...moga dengan cara menjana pendapatan dari internet begini akan dapat membantu serba sedikit belanja seisi keluarga mama inshaAllah moga berjaya...

Master Chef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Bermula Malam Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Seronoknya nak saksikan rancangan Master Chef Selebriti Musim ke 2 pada malam ini...jom kekawan kita tunggu siaran langsungnya di hadapan tv di Astro Ria 104 dan Astro 134 jam 9 malam ...



semua peserta hebat-hebat belaka... siapa yang akan jadi pilihan di hati kekawan nanti yer...