SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Minggu lepas cuak jugalah ada orang dari Jabatan Kesihatan datang nak buat check kawasan rumah dan dalam rumah disekitar kawasan taman perumahan mama ni..

pekerja-pekerja jabatan kesihatan tu menasihatkan agar jangan membiarkan ada takungan air di sekitar kawasan rumah dan di dalam rumah kita jika ada haruslah dibersihkan supaya tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam takungan air tu...

dari penerangan orang-orang dari jabatan kesihatan tu ada jiran di kawasan perumahan mama ini telah dijangkiti wabak denggi..itu sebablah mereka terpaksa datang membuat pemeriksaan disetiap rumah...


nasib baiklah di rumah mama tiada takungan air semuanya clear jer...itu pun dah beberapa hari pokok-pokok bunga di hadapan rumah mama ni tidak dijirus jadi tiadalah air yang bertakung di bawah alas pasu bunga tu...kalau tidak pasti kena dendakan...

sekarang ni setiap petang ada saja orang-orang dari jabatan kesihatan datang untuk menyemburkan semburan nyamuk bagi membunuh jentik-jentik yang ada dipersekitaran kawasan perumahan ini...

Marilah kekawan semua kita mulai menjaga kebersihan persekitaran rumah dari wabak denggi ini...mama pun kenalah juga sama-sama menjaga kebersihan mulai dari hari inikan... jaga persekitaran kawasan rumah kita, persekitaran kawasan perumahan kita supaya tiada wabak denggi menyerang kita semua....