SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


inilah kali pertama mama dapat tengok buah jambu macam ni...sebenarnya pada kekawan yang dah merasainya pasti dah tahukan... inilah buah jambu jeruk dari Cameron...kalau akak mama dipanggilnya jambu kristal jer senang katanya...

memang mama tak pernah jumpa dan tak pernah makan pun lagi ! dan hari ni dapat juga mama cuba merasainya sendiri... itu pun abang ipar yang bagi sebab dia baru balik dari outstation dari Penang ! beli kat hentian R n R katanya...

memang sedap rasanya seperti buah jambu biasa juga hanya rasanya ada kelainan sedikit sebab ia sudah dijerukkan ! ada rasa manis sedikit dan ianya ada dua jenis satu color hijau ( biasa) dan satu lagi merah (strawberry) ...