SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Pagi tadi mama dan hubby ke Airport Senai untuk mengambil anak mama yang baru sampai dari Penang...awal mereka dah sampai ke JB ni ! bertolak dari Penang jam 7.15 dan sampai di Airport Senai ni jam 8.20 pagi...Penang ke JB hanya mengambil masa sejam saja...

nasib baiklah pergi balik mereka semua menaiki kapalterbang kalau menaiki kereta memang sah2 mereka belum sampai lagi ke JB ni...


sambil menunggu sempat juga snap gambar kat Senai Airport ni...



Awisy pun ikut sekali tadi...


Cenderahati FM yang anak mama bawakan buat mama tanda kenangan...tak sempat nak ke mana-mana katanya hanya dapat belikan FM dan keychain jer...rasanya FM itu pun dah cukup buat mama dapat juga tambahkan koleksi FM kat peti ais mama tu...


inilah keychain yang sempat dibelinya seorang satu...