SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 17tahun buat anak mama yang paling kecik sekali...heheee taklah kecik pun dah besar dah ! tak sangka rupa-rupanya anak mama ni dah besar pun...rasanya seperti baru lagi mama melahirkannya rupanya dah pun 17tahun berlalu...

Buat caney sayang ! doa mak akan sentiasa mengiringi caney selalu dunia dan akhirat.. jadilah seorang anak yang solehah,ingat tau segala pesanan,ajaran yang mak dan ayah telah berikan buat caney selama ini moga satu hari nanti ianya akan berguna buat caney agar dapat menjalani kehidupan ini dengan sempurna di dunia dan diakhirat nanti...

 belajarlah bersungguh-sungguh yer untuk SPM tahun ni moga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti... apa juga yang dicita-citakan akan sentiasa berjaya hendaknya..hanya satu harapan mak dan ayah agar caney menjadi seorang anak yang baik dan solehah buat mak dan ayah selama-lamanya...Amin



kek hari lahir yang dibuatkan oleh alongnya...