HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Sunday, June 30, 2013

Selamat Hari Lahir Buat TMJ

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Ucapan selamat hari lahir buat DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor pada hari ini 30 Jun... tak sangka pula sama bulan kelahiran dengan mama rupa-rupanya TMJ ni ! cewah perasan la pulak mama ni hehehee...

okay la mama ingin sangat semoga agar baginda sentiasa dilindungi Allah, dipanjangkan umur, sentiasa bahagia dan teruskanlah menjadi seorang anak raja dan bakal sultan yang disanjungi dan sentiasa bertakhta di hati rakyat jelata Johor juga Sultan yang berjiwa rakyat...

walaupun pasukan bola JDT kalah semalam itu tidak bererti pasukan JDT akan berakhir.. semangat waja akan tetap diteruskan bagi menaikkan semangat industri bola di tanahair kita...tahniah buat pemain-pemain JDT kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam Piala FA pada tahun ini semalam...




bersama adinda beliau Tengku Aminah satu-satunya puteri dalam keluarga
di Raja Johor...


Hepi Besday Blogger Ummuaidan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



hari ini mama ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat blogger Ummuaidan...semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa dibawah lindungan Allah,berbahagia bersama keluarga dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi yer... jom kekawan kita ke blog beliau yer..



Saturday, June 29, 2013

Tahniah ! Tahniah ! Buat Red Warrior

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah ! Tahniah ! buat Red Warrior Kelantan kerana telah berjaya menjadi juara Piala FA untuk kali ini...bagi penyokong-penyokong JDT jangan bersedih hati yer ! semoga dengan kekalahan pada malam ini bukan titik penyudahnya...setiap pemain JDT sudah cukup menunjukkan semangat kesukanan yang waja pada malam ini...JDT boleh bangkit dan mencuba lagi di masa akan datang yer...

''TAHNIAH ! TAHNIAH ! RED WARRIOR''


Siapalah Juara Malam Ni Antara JDT Dan Red Warrior

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Rindunya mama pada blog mama ni ...terasa macam dah lama pula ditinggalkan tapi masih tak berkesempatan nak mengupdate cerita-cerita terbaru untuk kekawan alam maya ini..

ketika sibuk semua peminat bola sepak menonton final bola ni antara JDT dengan Red Warrior sempat juga mama menjengah ke blog mama yang dah berhabuk ni sekejap...kat rumah ni hubby dan menantu mama sekarang dok sedang leka menghadap tv..nak pi ke Dataran Johor Baharu malas katanya mesti ramai yang ke sana...

di harap kekawan masih sudi menyinggah ke blog mama ini yer...mekacih pada kekawan alam maya ini yang kerap sudi menyinggah ke sini...inshaAllah kita akan bertemu di entri seterusnya dan bolehlah mama berblogwalking ke blog kekawan semua nanti...


p/s siapa la yang menang malam ni ek...?

Thursday, June 27, 2013

Keletihan Melanda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Keletihan melanda ! sengal dan sakit pinggang mulalah terasa hari ini...sorang budak kecik Aiman Nuqman dah balik dapat jugalah mama meluruskan pinggang yang sakit ini...tinggal sorang ni tunggu mama die balik kerja pula...

semakin dah berusia ni badan dah mula mengeluarkan signal sakit  dan sengal badan... kalau macam ni gayanya kenalah cari vitamin dan ubat bagi menambahkan tenaga dari keletihan setiap hari...kalau tak dijaga awal nanti melarat la pula...


p/s ubat apa yang baik untuk menambahkan tenaga yer kekawan???

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday # 357...Ingat Yer Wahai Anak Perempuan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday #356...Inilah Perempuan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir Buat Blogger Zamani

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Selamat hari lahir buat blogger handsome Zamani Abe...hari ini 26 jun maka lahirlah seorang insan blogger yang bernama Zamani Abe ke dunia ini...nama sepenuhnya maaflah mama tak tahu yer kekawan kalau nak tahu kenalah tanya tuan badannya sendiri...oh yer buka FB mama dah dapat nama penuhnya di FB beliau kalau lkekawan nak tahu lebih lanjut klik sini yer..

mama doakan semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,berjaya dalam kerjaya yang diceburi...ingatlah kedua2 orang tua Zamani hanya dengan berkat doa dari mereka Zamani akan berjaya doa dan akhirat yer...
jom kekawan kita ke blog beliau dan mengucapkan selamat ulang tahun pada blogger Zamani ini...



Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara Master Chef Selebriti 2

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Tahniah!!Tahniah!! Syura kerana telah berjaya menyandang juara Master Chef Selebriti ke 2 ini...memang sudah dijangkakan Syura bakal memenangi gelaran juara Master Chef Selebriti malam ini...


Syura juga mendapat 2 tiket percuma dari Kuala Lumpur ke Paris pergi balik dengan menaiki pesawat baru MAS Airlines A380..selain itu juga Syura telah menyumbangkan sebanyak 60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya...
Tahniah ! Tahniah ! Syura...

Dengan Izin Mu Allah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jerebu masih ada lagi di mana-mana 
bilakah akan pergi dan menghilangnya ini...
kedengaran guruh dilangit sudah berbunyi
itulah pertandanya dari Yang Maha Kuasa  
alhamdullilah jika hari ini hujan rahmat turun membasahi bumi 
Izinkanlah hujan rahmatMU menyirami bumi ciptaan MU 
dan hilangkanlah derita ini..
jika benar itu hujan penyelamat bumi MU ini 
Ku bersyukur dengan pemberian dari MU
Hujan rahmat satu pemberian 
adakah hujan rahmat turun ke bumi di hari ini...?
InshaAllah...


Siapa Juara Agaknya ???

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jangan lupa kekawan malam ni final Master Chef Selebriti Malaysia di channel Astro Ria 104 dan Mustika HD 134 jam 9 malam ini...siapakah yang bakal memenangi Master Chef Selebriti kali ini agaknya yer..kali ini kedua-dua finalist adalah terdiri dari 2 orang wanita    akan bertembung malam ini...


Syura V Celina
Siapa Juara Master Chef Selebriti Malaysia Ke 2 ini?

Monday, June 24, 2013

Awisy ! Awisy ! Apa Gaya La Tidur Macam Ni...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Awisy! Awisy ! apa fesyen la tidur dalam buai macam ni gayanya..nak tidur pun boleh buat macam-macam gaya dalam buai ni ! kalau kat atas katil boleh la nak golek-golek  dulu ! ni kat dalam buai pun macam tu juga...macam-macam la Awisy ni semakin besar semakin bertambah la akalnya ni yer...


bermacam-macam caranya Awisy tidur di dalam buaian ni...kekadang risau juga dibuatnya kalau ditinggalkan memang boleh Awisy keluar sendiri dari buaian la jawabnya...

Rezeki Jangan Di Tolak...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam sebelum pergi mengambil anak mama yang ke dua tu balik dari kerja sempat juga mama menyinggah sekejap ke rumah kakak..saja je mama nak melawat kakak mama tu rasanya macam dah lama tak menyinggah ke rumah beliau..memandangkan keadaan yang tak mengizinkan mama memang jarang ke sana selalu...

bila singgah ke sana semalam memang seronok rasanya disebabkan dah lama mama tak berjumpa dengannya...bising juga akak mama tu disebabkan dah lama tak bertandang ke rumahnya...kiranya dapatlah berjumpa sekejap dan berborak sambil minum petang bersama-sama memang cukup menyeronokkan...


yang paling excited adalah hubby mama... sampai di hadapan rumah jer beliau dah terpandang akan pokok buah ciku yang banyak buahnya di hadapan rumah kakak tu...apa lagi sibuklah hubby dan kakak menjolok buah ciku tu untuk di bawa balik nanti...hubby mama memang suka sangat makan buah ciku ni..satu beg plastik buah ciku yang dapat dipetik oleh hubby mama semalam...


 inilah buah ciku yang sudah siap dibasuh oleh hubby mama semalam...kena peram dulu bila dah masak baru la boleh dimakan...

p/s rezeki tu singgah sekejap jer dah dapat buah tangan...

Dekoder Astro PVR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dapat juga dekoder PVR baru dari Astro ni...sebenarnya anak mama yang beria-ia sangat nakkan dekoder PVR ini...bila dah tambah dengan dekoder PVR ini tambah jugalah bil bulanannya...nasib baiklah anak mama yang hendak menolong membayar bil tambahannya tu kalau ikutkan mama cukup jer la apa yang ada...

Dekoder PVR ini kegunaannya adalah untuk merakam rancangan yang best di channel yang lain...kat rumah mama ni kekadang memang menjadi satu masalah bila sesuatu rancangan kegemaran anak-anak dan hubby disiarkan pada waktu yang sama...


kalau ada siaran langsung bola satu channel jer yang dapat ditonton oleh hubby mama jadi dengan adanya dekoder PVR ini ianya boleh merakamkan cerita yang anak-anak nak tonton tanpa mengacau siaran bola yang hubby mama tengok tu... kiranya dapat jugalah anak-anak menonton semula rakaman yang telah dibuat menggunakan dekoder PVR ini...tak adalah masalah lagi nak berebut remote Astro sesama sendiri kali ni...

sekarang ni anak-anak dah pandai menggunakan jadual Astro tu mereka akan terus merekodkan rancangan kegemaran mereka sendiri hanya setkan masa, channelnya dan tekan punat rekodnya...semua masalah hilang dan semuanya gembira dapat menonton rancangan kegemaran masing-masing bersama-sama akhirnya...

Dekoder ini juga boleh detect Wi Fi yang sedia ada di rumah mama ni dan kita boleh membeli movie2 terbaru di sini dengan bayaran RM 10 saja....dekoder ini boleh juga menggunakan USB yang ada di  tepi dekoder itu...kiranya banyak jugalah fungsi yang ada kat dekoder PVR ini...

Sunday, June 23, 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Paling Menyibuk Betul La Si Kecik Ni...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Cuaca berjerebu dah semakin teruk di Daerah Muar...kenalah duduk berkurung di dalam rumah jer...tengoklah Awisy tu memang semakin lasak dan cerdik budaknya apa kita buat dia pun nak buat juga...dah la seksi tak pakai baju ! malu jer semua orang tengok Awisy... 


Betul-betul la budak kecik ni...grandma nak guna vakum tu ! masa tu la dia dok menyibuk sama...grandma nak buat kerja pun susah jadinya...rajin sungguh nak menolong kita nak pegang vakum tu dia pun nak juga pegang...dah besar nanti jangan malas pula nak tolong grandma tau..

Jerebu Daerah Muar Diistiharkan Darurat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jerebu sekarang ini semakin teruk berlaku di daerah-daerah di Negeri Johor...memang berdebu kalau kita berada di luar rumah dan mengikut berita TV3 tadi daerah Muar telah diistiharkan sebagai kawasan darurat akibat jerebu yang semakin teruk...

Indek IPU disana telah meningkat keparas bahaya...menurut sumber jerebu turut menyelubungi hingga ke dalam rumah selain bau asap dan debu yang kuat..



p/s kenalah kurangkan aktiviti luar la macam ni...

Leka Awisy Dengan Mainan Barunya...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Awisy kalau senyap je dok diam mesti ada benda dan perkara yang membuatkan Awisy leka dibuatnya...rupa-rupanya Awisy baru dapat mengenal satu benda baru padanya  ! tu dia bendanya yang buat Awisy leka dan dok diam jer...

Awisy ! Awisy ! rupa-rupanya inilah bendanya yang buat awisy diam yer...

tengok la tu dok sibuk nak menekan punat-punat calculator tu beria-ia la Awisy ni...Awisy dah besar nanti bolehlah jadi akauntan yer...

Entri Kemaafan : Hepi Beletad Day Buat 2 Blogger Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum... 

Dalam mama belek-belek tadi terpandang dua entri yang mama terlepas pandang rupa-rupanya...entri ini sepatutnya dipostkn pada hari lahir kedua-dua blogger ini tapi dek kerana terlepas pandang entri ini telah tersimpan lama dalam kotak draf tu...

kalau lama lagi mungkin boleh jadi pekasam agaknya...kemaafan mama pohon dari blogger Melastik Bintang kerana mama terlambat sesangat postkan entri hari lahir beliau ini dek kerana terlepas pandang..dah tua agaknya mama ni mata pun dah kurang nampak entri yang tersedia ini...

Selamat ulang tahun kelahiran Melastik Bintang iaitu pada 3 Jun 2013 yang lepas..walaupun dah terlambat tapi mama tetap nak letakkan entri ini dalam blog mama yer..mama akan sentiasa mendoakan semoga MB dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,berbahagia disamping keluarga dan akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan akhir sekali jadilah anak yang soleh buat kedua orang tua yer...Amin...


dan buat blogger Budak Kampung pun mama mohon kemaafan yer kerana terlepas pandang entri ini... 
Di sini mama ingin ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran buat Budak Kampung pada 21 Jun 2013 lepas sori yer dah terlewat ucapan mama ini...mama ingin mendoakan semoga Budak Kampung dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa berbahagia bersama keluarga,berjaya dalam apa yang akan dilakukan dan semoga Budak Kampung  menjadi seorang anak yang solehah buat ibu dan ayah yer kerana merekalah BK ada di dunia ini...Amin

p/s macam mana boleh terlepas pandang agaknya...!!!

Selamat Hari Lahir Blogger Ezadskytech

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini pula giliran blogger Ezadskytech pula menyambut hari lahirnya yang ke berapa ek?? kena tanya ezad la yang ke berapa ni ! hehehee...mama doakan semoga Ezad dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia dan berjaya dalam segala bidang yang dilakukan yer...jangan dilupakan jasa kedua-dua ibubapa kerana mereka berdualah Ezad lahir ke dunia ini dan membesar sehingga ke hari ini...amin




Saturday, June 22, 2013

Entri Hari Lahir Istimewa Dari Teman Blogger

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Berlalu juga hari yang cukup membahagiakan mama hari ini walaupun masih ada masa untuk bertemu hari esoknya...mama ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih pada kekawan yang datang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat mama tadi...

terimakasih juga pada blogger Hazwan Hairy dengan entri ini dan begitu juga blogger Kancil8349 dengan entri ini...mekacih banyak-banyak buat kalian berdua sebab sudi membuatkan entri ini buat mama semalam memang terharu sangat rasanya...

pada kekawan jangan lupa singgah ke blog blogger-blogger yang cukup sporting ini yer...marilah kita sokong mereka kerana tanpa mereka tidak akan meriah dunia blogging kita ini...memang terasa kekawan alam maya yang cukup sporting dan selalu singgah ke blog mama yang tak seberapa ini...

terimakasih mama buat rakan-rakan blogger yang lain juga tanpa kalian semua rasanya tak berserilah blog mama ini...semoga kita semua akan tetap menjadi kekawan setia di alam maya ini yer...mekacih semua !!
  


"Segmen Topup 3 Hari Bersama AkuBahrain"

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




http://www.akubahrain.com/2013/06/segmen-topup-3-hari-bersama-akubahrain.html


Jom join Segmen Topup dari akubahrain.com kali ke-2
Segmen ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai pada jam ini.
TAMAT pada pukul 11.59 malam bertarikh 22 Jun 2013. 

 SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 3 Hari Bersama akubahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah  disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang 

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINISINI dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com 


HADIAH : 
Cabutan Bertuah
RM5 x 6

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

p/s mana tahu ada luck hadiah hari lahir hari ini...

Mee Kari Buat Mama Hari Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah !! kenyang dah perut mama sebab dapat makan masakan anakanda tercinta di hari lahir mama hari ini...mekacih along sebab masakkan mak mee kari istimewa ini yer...

kek hari lahir belum ada lagi yer ! entri untuk kek tu lepas ni sebab kek masih dalam proses pembuatannya lagi...anak mama juga yang membuatkannya untuk mama...kiranya hari ini mama dapatlah cuti berehat sehari...

yer la kekawan walaupun tak sesedap masakan hotel tapi masakan yang dimasak oleh insan istimewa memang cukup bermakna buat kita...masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang itu akan menjadikan ianya betul2 cukup bererti bagi kita...


p/s tak sabar nak rasa keknya pula...

Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama 22 Jun

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama nak mengucapkan selamat hari lahir kepada 3 orang blogger yang berkongsi tarikh hari lahir yang sama walaupun berlainan tahunnya dengan mama...seronok rasanya dapat berkongsi tarikh lahir yang sama dengan mereka  iaitu 22.06.2013...

semoga ikatan ukhwah antara kita sebagai kawan dialam maya ini akan terus kekal dan inshaAllah satu hari nanti kita akan dipertemukan jua menyambut hari lahir bersama-sama yer...

"SELAMAT HARI LAHIR MAY , FIEDA DAN DAYAH "
dan tak lupa juga untuk diri mama sendiri...







Friday, June 21, 2013

Tazkirah Jumaat 4 Doa Di Hari Jumaat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....



Thursday, June 20, 2013

Sabar Jer La...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni budak-budak kecik 2 orang ni dok meragam jer...bila dah buat hal pening kepala mama dibuatnya...rasa berangin juga ni tapi kena bersabar kalau tak sabar memang jahanam jadinya nanti...nak tinggalkan pi solat sekejap pun tak boleh...sabar ! sabar ! yer mama...

sorang nangis sorang lagi dok ikut sama menangis juga rasa macam ada perlawanan menangis pula hari ni kat rumah ni... hari ni dua-dua meragam tak mahu tidur dapat lelap pun sekejap jer dah jaga...kalau berjaga mereka dok diam tak apa tapi menangis jer...

Awisy buat feel dia pula hari ni dah bagi susu ingatkan nak tidur tapi dok main-main dan merengek dalam buaian tu...geram tengok feel budak kecik ni...

Aiman pula buat feel tak mahu minum susu ! minum sikit dah tak mahu, tidur pula sekejap dah jaga balik...buai dah berendoi pun masih nak mama ada disebelah buaian tu...hai!! budak-budak 2 orang ni memang bikin kepala jadi pening... haru-biru rumah mama hari ini dengan pekikan suara budak dua orang ni...  

p/s alhamdullilah dah lena budak2 ni...

Salah Satu Kegemaran Anak-Anak Mama

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

inilah salah satu kegemaran anak-anak mama dimasa lapang mereka...mereka suka menyusun gambar atau puzzle ini...memang menyeronokkan kalau ramai-ramai saling membantu menyusun gambar yang disediakan ini...kekadang mama pun turut serta membantu mereka mencari dan menyusun gambar puzzle tu...kat bawah ni adalah cara-cara yang anak-anak mama gunakan ketika mereka hendak membuat puzzle2 itu...

mula-mula kena la buka kotaknyakan ! kalau nak tengok isi di dalamnya... bila dah buka memang banyak la terdapat keratan puzzle-puzzle kecil itu...rasa macam susah juga la nak menyiapkannya bila tengok banyak sangat keratan kecil puzzle tu..

sebenarnya buat puzzle ni taklah sesusah mana pun hanya perlu tekun dan berikan tumpuan semasa membuatnya pasti boleh menyiapkannya dengan segera...kalau nak lebih senang ambil papan frame nyer dulu barulah diletakkan keratan puzzle itu diatasnya....bila buat macam ni lebih senang pada anak-anak mama sebabnya bila dah siap nanti boleh terus pasangkan bingkainya jer...

bagi memudahkan mereka ! anak-anak mama akan mencari keratan puzzle yang di bahagian tepinya dahulu dan mereka akan menyusun puzzle-puzzle itu dulu supaya senang hendak mencari puzzle yang dibahagian tengahnya pula nanti...

bila dah pilih keratan puzzle dibahagian tepinya itu mereka akan mengasingkannya pula puzzle itu mengikut huruf yang telah ada tertulis disebelah belakang setiap keratan puzzle kecil itu...setiap keratan itu sebenarnya ada diletakkan huruf A hingga ke z...hanya pilihkan saja hurufnya tu untuk diasingkan...

asingkan dahulu puzzle itu dan letakkan didalam plastik kecil supaya senang hendak mencarinya...buat seperti dalam gambar diatas tu lebih senang hendak mengambilnya nanti...ambil satu2 plastik keretan itu bila hendak membuatnya nanti....

anak-anak mama akan menyusun puzzle-puzzle itu berdasarkan gambar yang telah disediakan...kalau menyusun mengikut huruf yang ada rasanya lebih susah lagi kot kerana kita tak tahu macam mana rupa gambar itu bila siapnya nanti..terpaksa diterbalikkan dulu baru nampak gambarnya...
  
beginilah rupa puzzle-puzzle yang dalam proses penyusunannya...diletakkan terus diatas papan bingkai untuk difreamkan...kalau tak diletakkan dulu memang susahlah bila nak diletakkan nanti bila dah siap membuatnya ...

inilah gambar puzzle yang sudah disiapkan oleh anak-anak mama....untuk menyiapkan satu gambar 1000 puzzle ini hanya mengambil masa 2 hari...kalau ada lagi ramai yang membantu lagilah cepat siapnya...


p/s terasa puas bila dah menyiapkannya...

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday # 355....Awisy Nak Jalan Sendiri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
 

Hepi Besday Hazwan Hairy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Selamat hari lahir buat blogger Hazwan Hairy...moga akan sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan akan sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukan di dalam hidup ini..jadilah seorang anak yang sentiasa mengingati kedua2 ibubapa Hazwan yer kerana merekalah Hazwan lahir ke dunia ini...