SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam mama dan hubby telah dok menyinggah sekejap di sebuah kedai barangan serbanika RM3 yang baru dibuka...saja-saja nak tengok barangan yang ada dijual di dalamnya...kedainya sama juga dengan kedai-kedai serbanika RM2 yang lain juga...

Dalam melihat-lihat barang-barang yang ada terpandanglah seorang budak perempuan bermain dengan sebiji bola yang berlampu...Awisy bukan main seronok lagi melihat budak perempuan tu bermain bola berlampu itu...grandpa Awisy bila melihat Awisy suka dan leka dengan bola berlampu tu terus aja membayar harganya di kaunter...

mula-mula Awisy seronok dan nak bermain dengan bola tu tapi sekejap jer bila dah masuk kereta dibiarkan saja bola tu tak berusik pun...sampai kat rumah pun haram usik pun tak nak bola tu ! kita jer yang dok bagi bola tu kat Awisy ! dia pegang sekejap jer pastu terus buang...memang susah budak tecik seorang ni kalau nak belikan barang mainan ! memang Awisy tak berapa suka sangat la dengan barang-barang mainan tapi kalau mainan yang bercorak laptop atau tab memang Awisy suka sangat...


inilah dia bola berlampu tu bila dilantunkan barulah keluar cahayanya...