HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday # 381...Kasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...






Kad Raya Dari Blogger Kisah Diary Dan Ejulz

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Masih dapat lagi kad raya dari teman blogger alam maya ini...mekacih buat Siti Rohaidah Kisahsidairy dan juga Ejulz...semoga ikatan ukhuwah di alam maya ini akan tetap kekal hingga akhirnya yer...kalau ada masa datanglah beraya ke rumah mama di Johor dan juga singgahlah ke teratak mama yang biasa-biasa ni yer...


jom ke blog beliau yer..

Wordless Wednesday # 380...10 Ramadhan Terakhir

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 379...Ingatlah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Monday, July 29, 2013

Kad Raya Dari Blogger Uzu EmasPutih

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini mama dapat kad hari raya dari blogger cun Uzu EmasPutih dan Pn.Qaleshyaumairah pula...alhamdullilah ada juga yang sudi menghantar kad raya buat mama tahun ni...apa-apa pun terimakasih buat blogger Uzu kerana sudi menghantar kad raya buat mama ni yer...


p/s dah siap persiapan nak raya ???

Nak Nyawa "Candy Crush" Games Boleh...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Kebanyakkannya kekawan mama sekarang ni semuanya sedang demam games 'Candy Crush' ni...games ni memang dah jadi berhantu buat semua orang bila dah mulakannya ! kemaruk tu jangan cerita la selagi ada nyawa selagi tu lah digunakan sampai habis langsung tak boleh berhenti...bila dah lepas level tertentu pasti akan bertambah happy sebab berjaya melakukannya...

ingat kekawan kerja lain kita nak kena buat juga yer ! jangan leka dengan penangan games berhantu ni...satu kerja pun tak boleh siap nanti...kekawan yang bermain games ni bagaimana agaknya yer...tiba-tiba je games ni buat orang jadi kemaruk bila dah mula terjebak dengannya dan ianya memang sedang hangat meletop sekarang ni...

bermain games ni sebenarnya memerlukan daya pemikiran yang cekap untuk menyelesaikannya...kalau sampai level yang senang memang terasa macam seronok je tapi bila terkena part level yang susah tu memang berhari-hari la tersangkut kat situ...bila dah kehabisan nyawa mulalah kita dok menebalkan muka minta nyawa kat kekawan di facebook...


kalau ada kekawan yang okay senang je dapat nyawa tu tapi kalau yang susah memang tak ada lah...jangan marah yer kekawan mama pun tergolong juga dalam permainan games ni memang ramai pun kekawan yang meminta nyawa dari mama untuk level seterusnya...apalah salahnya hanya tekan jer button send tu habis cerita...bukan susah mana pun nak bagi nyawa kat kekawan kita tu...

pada mama memberikan nyawa pada kekawan tu seperti menolong kekawan yang dalam kesusahan ! kita semua pun bermain dalam games yang sama apa salahnya tolong menolong sesama kawan yang memerlukan jadi permainan ini akan jadi lebih seronok jika kita semua sama-sama dapat menyelesaikan masalah disetiap level yang ada itu...okay selamat ber "Candy Crush" semua...

p/s bila la nak lepas level ni...

Grandpa Melayan Kerenah Cucunya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Awisy semenjak duamenjak ni kalau ke shopping mall kalau nampak bendalah ni mesti nak naik...lebih-lebih lagi yang ada steringnya memang suka la dia...mainan tu dah habis bergerak pun masih tak nak bangun...memang betul la cucu grandma sorang ni dah semakin bijak pandai lagi dia...


kalau dulu masih tak reti lagi kalau bawa pergi ke tempat-tempat macam ni hanya memerhatikan je gelagat kanak-kanak yang lain bermain ! sekarang ni dah pandai minta pula yer..lepas ni pasti nak mintak suruh grandpa dan grandmanya belikan pula kereta mainan besar macam tu...


tengok la tu grandpa sibuk melayan cucunya yang sorang ni...nasib baik la ada grandpa yang sanggup melayan kerenah si Awisy ni..cucu baru sorang boleh la diikutkan kerenahnya macam ni kalau dah ramai tu memang haru dibuatnya...seronoknya bila tengok cucu grandma yang sorang ni dah semakin membesar menjadi budak yang bijak...

p/s nanti minta grandpa belikan satu kereta mainan tu yer...

Sunday, July 28, 2013

Bersabar Menerima Dugaan Di Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam kita telah selamat berpuasa pada hari ke 18 dan hari ni pula masuk hari ke 19...tak sangka bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita tak lama lagi dan Syawal bakal menjelma pula...

Tulah nak jadi cerita semalam mama dan family ke bazar Ramadhan itulah hari pertama mama ke bazar ramadhan setelah 18 hari berpuasa...ikutkan hati memang malas nak berjalan nak dok je dalam kereta tapi bila fikirkan tak pernah pergi digagahilah juga...

Mula-mula elok je menyusuri lautan manusia yang ramai dalam berbelanja mencari juadah untuk berbuka puasa..rasa tak tahan terlalu ramai manusia amik keputusan nak balik ke tempat letak kereta..tiba di satu kawasan yang agak curam nak kata curam tak la curam mana pun tapi mama yang selamba berjalan ni boleh pula tiba-tiba terjatuh kat situ..

terasa macam di awang-awangan pula bila dah jatuh tu nasib baik ada hubby dan anak mama menolong mengangkat..rasa malu pun ada ! tak ada ribut tetiba boleh jatuh pulak..bila dah bangun tu tak terasa sangat sakitnya tapi bila dah sampai ke rumah mulalah terasa sengal kat tangan dan bahagian punggung...hanya Allah je la yang tahu...

nak buat macam mana redha je la dengan ketentuan dari NYA kalau dah tertulis nak jatuh maka terjadilah...jika dah tertulis ajal kita hari ini maka terjadilah tak boleh kita nak mengelakkannya...itu semua dah ditentukan oleh Allah hanya kita sebagai manusia tidak dapat mengetahui jalan yang telah disediakan buat kita itu...hanya amalan yang telah kita lakukan di dunia ini akan menjadi bekalan buat kita di sana nanti...InshaAllah


p/s bersabar dalam kesakitan menguji keimanan seseorang..

Saturday, July 27, 2013

Tidak Berkesempatan Melawat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Salam Ramadhan ke 18 hari ini...sekejap jer masa berlalu rasanya baru saja kita menyambut bulan Ramadhan tempohari...masa bergerak begitu pantas sekarang ni ! tiada apa yang boleh kita lakukan hanya Allah yang menjadikan kejadian alam ini sebegitu rupa dan perbanyakkanlah amalan dan bekalan untuk diri kita..hanya amal ibadat itulah yang akan menjadi bekalan untuk kita di sana nanti...

Terimakasih pada kekawan alam maya mama yang sudi singgah ke teratak mama yang tak seberapa ini dan meninggalkan jejak...di sini mama memohon maaf jika kelewatan untuk membalas setiap komen dan melawat blog kekawan semua...disebabkan masa tidak mengizinkan maka mama tidak dapat untuk melawat ke blog jiran n kekawan alam maya  semua...inshaAllah jika berkesempatan mama akan ke blog kekawan semua nanti...

komen yang banyak masih terdapat dalam kotak komen mama dan masih belum dipublishkan disebabkan masa yang tidak mengizinkan hanya mama dapat membaca satu-satu komen itu dan inshaAllah akan mama publishkan juga bila berkesempatan nanti...


Friday, July 26, 2013

Hadiah Dari Blogger DeqNoor

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Semalam mama baru terima parcel dari seorang blogger... mula-mula terima parcel ni dok memikirkan juga siapakah gerangan blogger yang sudi menghantarkan hadiah buat mama ni...tengok kat sampul parcel tu tak kenal siapa penghantarnya hanya tertera nama sebenarnya tapi masih tak juga tahu...bila buka dan ada kad namanya barulah mama teringat siapa blogger cun yang sudi menghantarkan mama hadiah ini...

 

inilah parcel yang mama terima semalam dan blogger yang mama maksudkan itu adalah Deq Noor...mekacih Deq Noor kerana sudi menghantarkan mama hadiah ini...seronok rasanya dapat sesuatu hadiah dari blogger ni terasa seperti dihargai pula...cewah perasan pula mama ni hehehee...



inilah antara barangan hadiah yang ada di dalam bungkusan parcel yang mama terima tu...ada sehelai t'shirt dari Bali,barangan produk dari Bio-Essence juga terselit sekeping kad nama Deq Noor...sekali lagi mama ucapkan ribuan terimakasih buat Deq Noor atas kesudian menghantarkannya dan mama doakan semoga ikatan ukhuwah di antara kita sesama blogger dan kekawan alam maya ini akan tetap kekal sehingga akhirnya yer...

Thursday, July 25, 2013

Tips Menjaga Buah Pinggang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila bulan puasa ni kita pasti akan kekurangan air dalam badan oleh itu eloklah lebihkan meminum air di malam hari agar pengaliran air dalam badan kita akan tetap seperti hari-hari biasa...

jadi di sini mama ingin berkongsikan tips menjaga buah pinggang kita agar sentiasa elok dan tidak dijangkiti penyakit..oleh itu kekawan semua marilah kita mencegahnya dahulu sebelum terlewat..mencegah itu lebih baik dari mengubatikan...sumber info FB dan jika kekawan ingin tahu lebih lanjut tekan sini...

1-Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah,kacang putih dan segala kacang,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2-Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan ringan seperti twisties,chikades,mi kuning,roti canai,capati dan tosei..

3-Minuman seperti nescafe,air sunquick,oren squash dan semua minuman berperisa...meminum air teh di kedai juga wajar dielakkan kerana itu adalah teh yang telah di'recycle' semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

4- Pengambilan coklat perlu dielakkan dan meminimumkan pengambilan air milo..lebih elok dimunum air horlick dan jangan mengambil minuman bergas kerana itu boleh merosakkan buah pinggang..

5-Kurangkan pengambilan ayam daging kerana ianya mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk sebabnya ayam itu dibesarkan selama 31 hari melalui ubat-ubatan yang telag diberikan..lebih elok gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual di pasar yang kulitnya berwarna kuning kerana ianya tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang..


Tahniah !! Entri Bergambar Anak Putera William Dan Kate

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


  Kate Middleton "The Duchess of Cambridge" 


Waris ketiga takhta England "George Alexander Louis" atau akan dikenali sebagai 
"His Royal Highness Prince George of Cambridge"


sama dan serupa seperti Puteri Diana semasa melahirkan Putera William dulu..


"The Duke and Duchess of Cambridge"
Prince William and Kate Middleton 






Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday # 378....Buat Wanita Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 367...Jangan Menunggu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 366.. Apa Dah Jadi Ni..

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

keluaran baru ke ni????

Menang Giveaway 10K Mialiana

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Alhamdullilah !! rezeki bulan ramadhan agaknya mama telah terpilih sebagai salah seorang pemenang dari giveaway 10K Follower MiaLiana yang telah diadakan tempohari..mama telah memenangi hadiah topup bernilai RM10 dari sponsor Deq'Nyss Fashion...

baru pagi ni mama mengetahui keputusannya setelah ke blog Mialiana tadi..apa lagi bila dah tahu menang terus je mama ke Fanpage Mialiana untuk menghantar detail yang diperlukan itu...mekacih MiaLiana dan Deq'Nyss Fashion...


Wordless Wednesday # 365...Jangan Sombong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tuesday, July 23, 2013

Sentiasalah Menghargai Insan Lain

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sedihkan kalau kita dapat tahu bahawa diri kita tidak dihargai oleh orang lain...terasa juga  di hati seolah-olah dipinggirkan...semua itu akan tetap bermain difikiran kita...masih tertanya-tanya pada diri kita sendiri kenapa mereka tidak menyukai diri kita walaupun kita sudah melakukan semua perkara-perkara yang menggembirakan hati mereka...

Hati dan fikiran orang memang sukar untuk kita jangkakan ada juga yang sentiasa berprasangka buruk pada diri kita...walau apa pun kita dan siapa pun kita janganlah kita malu untuk berhadapan dengan mereka...selagi kita melakukan kebaikan Allah akan sentiasa berada bersama-sama kita dalam apa jua rintangan dan halangan..


kita hendaklah sentiasa berdoa pada Allah agar dapat membuka hati insan-insan yang sentiasa menyakiti perasaan kita itu supaya mereka nampak banyak kebaikkan yang ada dalam diri kita ini...setiap manusia itu pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masingkan...

lihatlah diri kita sendiri dan perbaikilah apa kekurangan yang ada pada diri kita dan ianya harus dilakukkan jika kita hendakkan perhatian dari orang lain...kita sendiri kenalah memperbaiki diri kita sendiri...hargailah diri kita sendiri walaupun orang lain tidak menghargainya...inshaAllah ada jalan untuk kita...

p/s moga sentiasa diberikan hidayah...

4 Tangisan Ibu Yang Mesti Kita Syukuri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Kita sering melihat ibu kita menangis bila dalam apa sekali pun dan diantara tangisan2 itu terdapat 4 tangisan yang sudah semestinya kita patut syukuri dan fahami...jom kita lihat 4 keadaan ibu menangis yang perlu kita syukuri...

1-Ibu menangiskan kerana takut mati dan tidak sempat memelihara anaknya sepanjang hayat.

2-Ibu menangis disaat melahirkan anak kerana tidak dapat mendengar tangisan anaknya.

3-Ibu menangis gembira semasa berjaya mengeluarkan bayi dari kandungan(dengan izin Allah SWT)

4- Ibu menangis gembira semasa meminta melihat bayi yang dilahirkannya dan menyusukannya.

Alhamdullilah semoga kita akan menjadi seorang anak yang benar-benar menghargai ibu yang melahirkan kita ke dunia ini...terimakasih buat ibu-ibu kita semua...


 

Monday, July 22, 2013

Kad Raya Ke Dua Dari Teman Alam Maya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Mama dapat kad raya lagi ! sukanya dapat kad raya dari teman blogger alam maya ini...kali ini kad yang mama dapat adalah dari blogger femes n kacak tu...kalau kekawan nak tahu siapa dia tekan sini...

Okay dah tahu siapa diakan ! pasti kekawan semua dah kenal dengan blogger femes n terkenal ni...beliau adalah Mr.Eqbal Zack...seronoknya mama dapat kad raya kedua dari  blogger n teman alam maya ini...

design kad raya ini sememang cantik dihiasi pula wajah beliau yang handsome didepannya...terimakasih Mr.Eqbal Zack kerana sudi memberikan mama kad raya ini...pada kekawan mama yang dah hantar email pada entri ini pasti akan berjaya juga mendapat kad raya dari beliau nanti..


p/s sekejap jer dah puasa ke 13...

Cara Cepat nak Melipat Baju

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semua kaum ibu seperti mama pasti akan mengalami masalah untuk melakukan kerja harian seperti melipat baju-baju harian kita yang sudah dibasuh..kekadang tu rasa malas juga nak melipat bila baju-baju tu dah menimbun...

jadi untuk kita atasi masalah ini marilah kita mengikuti cara-cara yang paling cepat untuk melipat baju-baju kita yang dah banyak tu..bila dah pro nanti senanglah kita melakukannya n sekejap je baju-baju itu siap dilipat...jom kekawan kita praktikkan cara cepat nak melipat baju seperti di dalam video ini...


Biskut Coklat Ini Untuk Budak Lelaki Jer Ke??

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pertama kali tengok kotak biskut coklat ni buat mama gelak jer.. patutlah mama Awisy belikan Awisy biskut coklat ni rupa-rupanya biskut ni untuk budak lelaki jer...tak tahulah sama ada memang saja dibuat biskut macam tu atau sememangnya biskut coklat tu untuk budak lelaki je...pasni kenalah buatkan biskut untuk budak pompuan pula yer !! tak adilkan kalau ada biskut untuk budak lelaki jer...


p/s beli kat pasaraya Tesco...


Ramalan Ku Benar Belaka Versi Akustik Menarik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 

best juga dengar lagu "Ramalan Ku Benar Belaka" versi Akustik yang dinyanyikan oleh penyanyinya Zarul Umbrella...pada kekawan yang nak tahu cerita-cerita menarik dari penyanyi ini bolehlah ke blog beliau tekan sini yer...

Sunday, July 21, 2013

Asyik Kerja Memanjat Jer...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semenjak dah nak pandai berjalan dan belajar berdiri ni Awisy ni asyik jer dok nak memanjat kerjanya...pantang ada tempat yang boleh dipijaknya pasti cepat-cepat die memanjatnya...


tengok la tu letakkan tab jauh sikit supaya Awisy tak boleh nak mengusiknya tapi sebaliknya sekejap jer die dah sampai ke atas sofa tu...


ni pun dia dah sampai atas sofa selepas beria-ia Awisy memanjatnya..pantang dibiarkan sekejap ada jer aksi yang pelik yang dilakukannya...semakin membesar semakin bijak la budak kecik ni...

Saturday, July 20, 2013

Awisy Duduk Sendiri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Dapat juga Awisy ikut grandpa pi kedai semalam tak payah grandma nak pegang Awisy lagi ...senang sikit sebab Awisy dah boleh duduk sendiri yer...


Duduk diam-diam ye Awisy jangan nakal tau...


suka Awisy dapat ikut grandpa boleh duduk sendiri pula tu...

Dapat Kad Raya Dan Hadiah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam mama baru terima kiriman kad raya,keychain,fridge magnet dan beg kecil untuk duit syiling dari teman blogger Cikgu Yanti..seronok rasanya dapat hadiah dari teman alam maya ini...


terimakasih  Cikgu Yanti atas pemberian hadiah dari Egypt ini...moga ikatan ukhwah kita di alam maya ini akan terus berkekalan selamanya yer...

Tips Menghilangkan Bau Peti Ais

SALAM  1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam entah macam mana suis peti ais di rumah mama ni boleh tertutup agaknya...memang tak sedar langsung yang peti ais tu dah tak berfungsi...almaklumlah bulan puasa macam ni memang jaranglah siang hari nak membukanya...sedarnya apabila mama nak mengambil ikan yang disimpan di dalamnya untuk memasak semalam....betapa kuatnya bau busuk peti ais tu...terpaksa dibuangkan jer ikan-ikan yang ada di dalamnya tu...

nasib baik yang tak berfungsi tu peti ais yang lama dan kecik tu kalau yang besar tu memang haru dibuatnya....lagi satu peti ais yang baru sekarang ni memang ada berlampu di depannya jadi mama boleh tahu la yang ianya masih berfungsi tapi yang kecik ni memang tak ada lampunya tu yang susah nak tahu... 

Susah juga nak menghilangkan bau busuk dari peti ais tu dan terpaksalah dibersihkan dahulu untuk memberikan kelegaan semua penghuni rumah ni..macam-macam petua yang biasa kita dengar ada yang suruh letakkan arang kayu,nenas atau esen vanilla...jadi dok sibuk mencarilah bahan apa yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau peti ais tu...


salah satu petuanya adalah menggunakan baking soda.. kebetulan dalam peti ais tu memang ada baking soda jadi mama ambil beberapa sudu bancuhkannya dan lapkan ke kawasan yang berbau tu...bila dah dilapkan letakkan baking soda yang sudah dibancuh tu di dalam peti ais untuk lebih cepat menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan itu...

Bila bangun sahur pagi tadi alhamdullilah berkesan juga petua yang digunakan ini...hilang sudah bau yang kurang enak di dalam peti ais mama ni...bagi kekawan yang mempunyai masalah yang sama cubalah salah satu petua ini dan diharap ianya dapat dimanfaatkan dimasa-masa hadapan...

Buah Hati Pengarang Jantung

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ikut suka hati die je nak duduk...walaupun lori tu kecik tapi muat-muat je untuk Awisy duduk..


tengok la ni atas mainan lori kecik pun boleh jadi...


relax jer duduknya sambil tu boleh main mainan tu lagi...


seronok rasanya hati ini dapat tengok buah hati grandma ni membesar di depan mata...



semoga membesar menjadi seorang insan yang berguna yer sayang...!!!

Friday, July 19, 2013

Harus Menjaga Tutur Kata Di Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini dah masuk hari ke 10 kita berpuasakan
semoga ibadah puasa kita hari ini mendapat
nikmatnya yang berkali ganda...
Di dalam bulan puasa ini banyak perkara yang
perlu kita jauhi perkara2 yang kurang elok
itu dapat kita hindari dan tidak dilakukan 
sesuka hati kita....

Di bulan puasa ini kita perlu bercakap perkara2 yang perlu jer
nilaikan dahulu sebelum kata-kata itu kita lafazkan.
Di dalam hal rumahtangga ini banyak yang harus kita
fikirkan dan perlulah fikirkan 
kata-kata yang remeh yang boleh menyinggung perasaan suami 
merupakan dosa yang boleh membawa kepada pergaduhan.
Kita hendaklah mengelakan dari bertanya urusan orang lain
yang tiada berkaitan dengan diri kita sendiri atau pun orang lain.



Sewaktu suami pulang misalnya,isteri bertanya

''Abang dengar tak,kawan abang tu dah kahwin lagi satu?"

Cakap-cakap begitu boleh meretakkan hubungan suami isteri.
Ujudkan suasana yang saling mempercayai antara satu
dengan lain, isteri haruslah cuba berbaik sangka
dengan suami janganlah sikap tuduh menuduh boleh menjadi punca
suami tidak selesa berada di rumah.

Bila berada di rumah gunakanlah kata-kata yang lembut
dan isteri yang menghormati suami akan menggunakan
bahasa yang baik dan lemah lembut pertuturannya.
Suami yang pada mulanya mungkin mempunyai masalah
di tempat kerja sedikit sebanyak berasa tenang apabila balik ke rumah 
dan mendengar suara dan bicara isteri yang lembut.

Elakkan perkataan bernada menghina dan mengejek
sebelum suami atau isteri marah dan bertindak
menghemburkan kata-kata yang tidak baik 
perlulah merehatkan diri dan bertanya apa punca suami
atau isteri melakukan perkara yang kita tidak suka itu.

Oleh itu hendaklah kita jauhi segala-gala perkara 
yang akan mendatangkan
punca pergaduhan suami isteri...
Di bulan yang baik ni bulan Ramadhan eloklah kita jauhi
segala perkara yang tidak elok dan tidak
berfaedah dari situlah dapat kita membersihkan
hati  dan fikiran dengan segala amal ibadat yang baik...
InshaAllah...



Selamat Hari Lahir Buat Blogger Atuk

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Hari ini Jumaat ke dua dalam bulan Ramadhan dan sudah hari yang ke 10 umat Islam semua telah menjalani ibadat berpuasa...semoga akan dapat diteruskan sehingga ke malam yang terakhir nanti...


Hari ini mama ingin mengucapkan selamat hari lahir ke pada blogger Atuk (Pahala Hindari Dosa)kerana menyambut ulangtahun kelahiran beliau pada hari ini...semoga atuk dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki selalu,sihat,gembira disamping keluarga dan insan-insan tersayang...moga tahun ni lebih membawa kebahagiaan pada diri atuk dan keluarga..inshaAllah



jom kekawan kita ucapkan selamat hari lahir untuk Atuk...

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Apabila tiba bulan Ramadhan semua roh akan berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat ataupun ada penjamin yang mendoakan mereka manakala roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka,orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang dilawati itu memberikan hadiah untuk bekalan mereka sehinggalah tibanya hari raya Aidil Fitri.Pada saat inilah mereka akan mengucapkan selamat tinggal pada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka yang masih hidup.

Itulah hikmahnya adanya alam kubur dan alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa-doa orang yang masih hidup.Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia itu masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu jangan biarkan orang yang kita sayang yang telah menghadap Allah terlebih dahulu dari kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.sesungguhnya setelah matinya anak Adam maka terputuslah semua perkara kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh,ilmu yang bermanfaat  dan sedekah amal jariah.

Berikanlah doa-doa pada semua orang yang dah pergi meninggalkan dunia ini lebih-lebih lagi insan yang kita sayangi moga dengan bekalan dari kita itu dapat mengurangkan azab di alam kubur dan lakukanlah dengan ikhlas moga kita mendapat ganjaran pahala kebaikan..

Thursday, July 18, 2013

Selamat Berbuka Elakkan Pembaziran

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

  

Berpada-padalah bila hendak berbelanja elakkanlah pembaziran yang tidak elok di bulan Ramadhan ini...


Selamat berbuka puasa kekawan semua moga kita semua diberikan keberkatan...


Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday # 364...Tiada Yang Sempurna

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...