HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Thursday, August 29, 2013

Ada Saja Benda Baru Buat Awisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Setiap hari ada saja perkara baru yang dibuatnya...tengok la kekawan ! apa yang sedang dilakukan oleh Awisy tu...beria-ia Awisy membetulkan tayar walkernya tu...elok pula tu si kecik Aiman dok tengok dan nak join sekali...macam la dah besar sangat gayanya...

macam-macam jer perangai budak kecik dua orang ni...Awisy dah besar dah boleh buat macam tu ! lepas ni Aiman pula mengikut la apa saja yang dibuat oleh Awisy pula...sekejap je dah besar budak-budak kecik dua orang ni dan dua-dua sudah semakin berakal...

Wednesday, August 28, 2013

Tiba-Tiba Rasa Macam Tak Percaya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam dengan tak disangka mama dapat satu msg dari seorang wartawan Utusan Malaysia Encik Rafie Azimi...terkejut juga rasanya tiba-tiba dapat satu msg yang menarik hati ni..memang tak disangka ! ada juga cerita mama yang dulu-dulu kat blog ni menjadi salah satu cerita yang boleh menarik perhatian pembaca...

terimakasih pada Encik Rafie Azimi kerana telah sudi membaca salah satu entry kat blog mama ni...beliau sedang menyiapkan satu artikel mengenai kereta lembu dan sebab itulah beliau ingin menyelitkan serba sedikit tentang kisah mama ini di dalam artikel beliau...klik sini untuk entry mama itu...jika ada apa-apa perkembangan terbaru nanti akan mama updatekan di sini nanti yer...






Wordless Wednesday # 383...10 Perkara Isteri Suka Suami Buat

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Tuesday, August 27, 2013

Semakin Besar Semakin berakal

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Darwisy ! Darwisy ! semakin membesar semakin bertambah akal yer...semakin letih la grandma kalau hari-hari macam ni..tengok tu habis semua barangan mainan dan tisu disepah-sepahkannya...

 
seronok yer Awisy dapat buat rumah grandma jadi macam ni...inilah dia feel budak-budak yang dalam proses pembesarannya...semakin membesar semakin panjang juga la akalnya...ada aja benda baru yang hendak dipelajarinya dan dilakukannya...  

Monday, August 26, 2013

Rindu Serindunya...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Terasa rindunya kat blog mama yang dah lama ditinggalkan ini...lama dah cuti raya keadaan kesihatan mama pun kurang memuaskan tu yang kurang mood nak berblogging..
tapi bila dah lama sesangat tak menulis sesuatu kat blog ni terasa malas sangat walaupun begitu dek rindu sangat kat kekawan di alam maya ni menulis juga walaupun hanya ringkas saja coretannya...

macam mana sambutan raya kekawan semua pada tahun ini mama harap semuanya pasti gembira dapat pulang ke kampung beraya dan menyambut bulan Syawal...bila dah mula balik ke bandar pasti ramai kekawan yang pergi menziarahi kekawan yang berada di kota pulakan...

bila pergi beraya dan menghadiri rumah terbuka tu ingat-ingatlah yer jangan terlalu makan makanan yang berminyak ...kesihatan badan kita kena juga dijaga semoga kekawan gembira berhari raya ke rumah teman dan taulan...


Thursday, August 22, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist # 4 Mialiana.com

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
p/s lama no dah x join segmen jom support Mia...

Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday # 382...Bersujud Pada MU

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tuesday, August 20, 2013

Mencari Ketenangan Hati...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s mendayunya lagu ni.. sayu hati bila mendengarnya...  

Monday, August 19, 2013

Setiap Penyakit Pasti Akan Ada Penawarnya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila dah bercuti lama sangat inilah akibatnya berbagai-bagai penyakit dah mula menyelinap memasuki ke urat saraf....kalau diikutkan memang akan jadi ketagihan pula..  blog terbiar tanpa perhatian...setiap penyakit itu akan ada ubatnya dan jika dibiarkan pasti akan terus menjadi parasit dalam jangka hayat hidup kita ini....

Dari menjadi semakin teruk eloklah dihapuskan penyakit ini yang mana ianya akan membuatkan blog mama ni akan menjadi lebih terbiar dan bersarang..entah kenapa berhari raya tahun ini dalam serba sederhana saja semuanya...apa yang dilakukan menjadi serba serbinya kurang sempurna tapi disambut juga Syawal bagi memeriahkan suasana hari raya tahun ini...

badan pun mula dijangkiti penyakit yang kurang menyenangkan tapi tetap diredhakan juga kerana penyakit itu datangnya dari Allah dan ianya juga pembunuh bagi dosa-dosa lampau kita...tetapi tetap juga bersyukur kerana dapat berpuasa di bulan Ramadhan,dapat menyambut Syawal pada tahun ini dan inshaAllah jika dipanjangkan umur akan dapat juga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan...hanya Allah jua Maha Mengetahui segala-galanya apa yang akan berlaku dimasa-masa mendatang...

p/s hidup di muka bumi ini hanya sementara...

Friday, August 16, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Blogger PCL

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Lamanya dah tak menjenguk blog mama ni terasa rindu sesangat pulak nak berblogging...dek kerana masa tidak mengizinkan terpaksalah dibiarkan sementara...nak menjenguk blog kekawan pun masih tak berkesempatan...inshaAllah jika ada masa nanti mama akan singgah dan berblogging semula...

Bila buka FB sekejap tadi terpandanglah tarikh lahir seorang teman alam maya yang menyambut tarikh lahirnya hari ini...mohon kemaafan dari mama kerana agak kelewatan hendak mengucapkan selamat hari lahir buat blogger Nazlee (PCL)...

Buat PCL (Nazlee)mama ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yer semoga sentiasa dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa bahagia selalu disamping isteri tercinta MamaD,anak-anak dan semoga apa jua yang dilakukan akan sentiasa diberkati selalu...amin



Monday, August 12, 2013

Hujan Meteor Malam Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Malam ini kita boleh saksikan fenomena pancuran hujan meteor Perseid di ruang angkasa negara kita hingga ke subuh esok.Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Agensi Angkasa Negara (Angkasa)Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid adalah antara yang paling menarik kerana cahayanya yang terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.


Pancuran meteor ini terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan akan menghasilkan pancuran meteor.

Bagi kekawan yang ingin menyaksikan fenomena ini boleh menyaksikannya selepas bulan terbenam bermula jam 11 malam ini hingga subuh hari selasa.Marilah kita saksikan sendiri fenomena pancuran meteor yang akan berlaku pada malam ini yer..


Sunday, August 11, 2013

Selamat Pengantin Baru Dkna Dan Miekael

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat pengantin baru buat blogger Dkna dan Miekael kerana telah selamat menjadi pasangan suami isteri hari ini...mama doakan semoga kalian akan berbahagia selalu dan layarilah dunia berumahtangga dengan kesefahaman antara satu sama lain yer dan akhirnya semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke hujung nyawa...amin 

Selamat Pengantin Baru 

Dugaan Tetap Ada

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Selamat berhari raya kekawan alam maya...semoga ikatan sesama kita tetap dapat dikekalkan selamanya...lama juga tak berblogging semenjak beraya ni macam-macam perkara wajib perlu dilakukan...

Hari ini dah raya ke 4 tiba-tiba mama dikejutkan dengan dugaan yang datang...dugaan untuk memasak juadah untuk tetamu tiba-tiba dapur gas kat rumah pecah cerminnya...walaupun bagaimana dugaannya tetap juga diteruskan dengan hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah..

terpaksa cari dapur yang baru tadi untuk memasak makanan buat adik dan keluarga yang datang ke rumah...alhamdullilah dapat juga menyediakan juadah mee goreng yang biasa-biasa aja tadi...


p/s walaupun bagaimana dugaannya tetap jua diredhai...

Wednesday, August 7, 2013

Wordless Wednesday # 382....Selamat Tinggal Ramadhan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Selamat Menyambut Hari Raya Semua

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

   
Di sini mama ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kekawan mama di alam maya ini dan mama berharap jika ada salah silap mama semasa mencoretkan kata-kata di blog ini dapat dimaafkan..semoga raya tahun ini akan lebih bererti di dalam hidup kita semua...jika ada blogger yang berdekatan dan yang jauh tu sudi-sudikanlah beraya di rumah mama yer...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 
dari mama sekeluarga buat kekawan alam maya..

Sunday, August 4, 2013

Kemas Jangan Tak Kemas Yer...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Minggu terakhir kita berpuasa ! sedihkan dah nak meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini..tak tahu lagi adakah kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang mulia ini di tahun hadapan...jika dipanjangkan umur kita pasti bertemu lagi inshaAllah... 

minggu terakhir ini jugalah kita semua pasti sibuk mengemas rumah dan menyiapkan semua kelengkapan untuk hari raya nanti agar rumah dan diri kita akan kelihatan cantik bila ada tetamu berkunjung pada hari raya nanti...begitu juga mama agak sibuk kebelakangan ini hinggakan tak sempat nak menjenguk kekawan semua...inshaAllah jika berkesempatan mama akan ke rumah kekawan nanti yer...


p/s terasa penatnya hari ni...

Friday, August 2, 2013

Comel Anak Angkat Dato Siti Nurhaliza

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sweetnya tengok gambar Dato Siti Nurhaliza bersama-sama dengan anak angkatnya Auddra...Auddra sebenarnya adalah anak kepada pasangan Ijoy dan Sharifah Shahirah yang lahir pada 9.9.2009...


semasa majlis cukur jambul Auddra Dato Siti telah meminta izin untuk menjadikan Auddra sebagai anak angkatnya...pasangan Ijoy dan Shahirah telah bersetuju membenarkan Auddra berada dibawah jagaan sementara Dato Siti..


marilah kita sama-sama doakan agar Dato Siti dan suaminya akan dikurniakan cahayamata mereka sendiri...inshaAllah..

                                                   


Bekas Kuih Yang Cantik Harga Pun Murah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Minggu lepas mama pergilah ke Tesco Bukit Indah lalu la kat bahagian bahan-bahan buat kuih muih tu lalu terpandang la bekas kuih ini dengan harga yang amat murah sekali...nak jadi rezeki la katakan macam tak percaya pula harga yang dipamerkan kat situ...nasib baik mesin scan harga kat tepi tu je terus suruh anak mama scankan..sah memang betul itulah harga yang tertera...


bila tahu itulah harganya apa lagi terus angkat je satu kotak..dalam kotak tu pun ada 15 bekas kuih.. kira okay la tu dapat juga save budget...tak sangka pula dapat beli bekas kuih ni dengan harga yang paling murah sekali hanya 0.99 sen jer pukul rata harganya Rm 1 la satu bekas senang ceritakan... 


kalau tak nak isi kuih raya pun boleh letak rempah ratus ke,gula ke tepung ke biskut ke memang menarik la...kiranya apa-apa pun boleh diisi di dalam bekas ini sebab tutupnya pun kedap udara...

Kad Raya Dari Blogger Lagi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Meriah raya mama tahun ni dengan kad-kad raya dari teman-teman alam maya ni...kali ni mama nak ucapkan terimakasih buat blogger Intan Berlian dan Santai Leeza kerana sudi mengirimkan mama kad raya ni...


mekacih Santai Leeza dan Intan Berlian...
semoga ikatan ukhuwah kita di alam maya ini akan terus berkekalan yer sampai bila-bila..
selamat berpuasa dan selamat hari raya semua...

Wherever You Are - Sami Yusof

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


 hari ni cuaca kat luar tu pun suram jer...dah beberapa hari ni cuaca panas memanjang jadi semalam hujan dan suasana sejuk dan nyaman pagi ni...Jom kekawan pepagi yang sejuk ni kita layan lagu merdu dari Sami Yusof ni...

Thursday, August 1, 2013

Hepi 27th Anniversery

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat ulang tahun perkahwinaan sayang ! teman,kawan,kekasih, suami tercinta juga seorang ayah kepada anak-anak..insan yang bernama Dzolkarnine Bin Hassim izinkan isterimu ini berbicara sepatah dua kata di sini..


semoga ikatan yang terjalin selama 27 tahun ini akan terus kukuh menjadi satu ikatan yang suci untuk kita melayari bahtera kehidupan ini bersama-sama sehingga hujung nyawa..semoga Allah akan sentiasa melindungi kita sekeluarga dan maafkan jika ada salah silap dari isterimu ini insan yang serba kekurangan...


Terimakasih atas segala-galanya sayang...hadir mu membawa seribu cahaya keindahan yang sentiasa menyinari diseluruh alam kehidupan yang kita tempohi bersama-sama...susah senang hidup bersama selama ini memberikan seribu pengertian dan pengalaman...kita akan tetap meneruskan jua perjalanan dan perjuangan hidup ini hingga ke akhirnya bersama anak-anak tersayang...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang..!!!