30 June 2014

Selamat Hari Lahir Buat Tengku Mahkota Johor

June 30, 2014 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Ucapan selamat hari lahir buat DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor pada 30 Jun semalam...semoga baginda akan sentiasa dipanjangkan umur,sentiasa berbahagia dan akan terus menjadi seorang anak raja yang berjasa dan berbakti pada semua rakyat Johor khasnya...


Tahniah juga kerana telah berjaya membuatkan pasukan bola sepak Johor dikenali sekarang ini dan pasukan JDT telah berjaya memenangi Piala Liga Super Malaysia tempohari...semoga pasukan bola sepak JDT akan terus maju di bawah pimpinan Tuanku...inshaAllah...


29 June 2014

Berbuka Puasa Hari Pertama Di Rumah Mak

June 29, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam hari pertama berpuasa kami adik beradik berkumpul untuk berbuka puasa di rumah arwah abah..kesian kat mak jadi kami semua berpakat berbuka puasa bersama-sama di rumah mak semalam...projek untuk kaum perempuan berkumpul dan menolong memasak di dapur manakala kaum lelaki pula sibuk mengecatkan semula rumah peninggalan arwah abah dengan warna kegemarannya...

Sayangnya tak teringat langsung nak snap gambar masa kami adik beradik memasak di dapur dan juga berbuka puasa...terasa keriuhan suasana anak cucu di rumah mak...dapat juga melakukan solat maghrib berjemaah bersama-sama semalam...kalau arwah abah masih ada mesti dia seronok dapat melihat anak-anaknya berkumpul bersama moga arwah abah dapat juga melihatnya semalam...
AL-FATIHAH Buat Arwah Abah..

Salam Ramadhan Buat Semua

June 29, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua kawan-kawan alam maya ini...semoga apa yang akan kita lakukan dibulan yang mulia ini akan sentiasa mendapat,kenikmatan, keberkataan dan kemuliaan selalu...
"SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA"

27 June 2014

Ephyra Tetap Di Hati

June 27, 2014 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

gambar copy dari sini...

Hari ini mama nak cerita tentang kebaikan produk minuman EPHYRA ini...sebenarnya terlebih dahulu mama nak ucapkan ribuan terimakasih pada PN.AMIZA dan teman blogger Mialiana kerana telah memilih mama sebagai salah seorang pemenang giveaway Mialiana.com dan mama diantara 30 orang yang terpilih...

suka sangat dengan hadiah kali ini... sebenarnya mama dah mencuba meminum EPHYRA sebelum ini.....ini adalah kotak yang ke 4 mama menggunakannya...jadi inilah pengalaman mama setelah 3 bulan menggunakan EPHYRA ini...memang banyak perubahan yang dirasai bila meminum EPHYRA ini dan rasanya pun memang sedap bila meminumnya...boleh kawal cara pemakanan kita tidak terasa lapar sangat...kalau minum pada bulan puasa rasanya lagi elok  kot..tidaklah kita terasa lapar sangat sebab EPHYRA dapat mengurangkan selera makan kita..pada kawan-kawan yang dah mencuba pasti akan tahu bagaimana perubahan yang berlaku pada diri kita... 


Setiap hari sudah jadi rutin kemestian minum EPHYRA ni kalau tak meminumnya badan mama akan mulalah terasa sengal-sengal dan rasa kurang selesa semuanya...badan pun akan mudah terasa letih dan muka boleh nampak lesu macam tidak bermaya...rasanya bila sehari tak meminum EPHYRA memang terasa kelainannya...memang betul la ! produk EPHYRA ni memang boleh buat kita lebih GLOWING dan lebih FLAWLESS...suka ! suka ! semakin hari mama rasa semakin sihat dan bertenaga...sekarang ini memang sudah menjadi satu kebiasaan sebelum tidur mama akan meminum 1sachet EPHYRA terlebih dahulu...memang perlu sangat jaga kesihatan badan mama bila dah mula berusia macam ni...lagi pulak di siang hari mama sudah ada rutin yang perlu dilakukan jadi badan perlu ada tenaga yang lebih untuk menjaga 2 orang cucu-cucu mama ni.. 


Dah masuk bulan yang ke 4 mama meminum EPHYRA ini dan alhamdullilah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar...tiada lagi masalah gastrik,pedih perut,rambut gugur,masalah susah untuk membuang air besar,jeragat dan masalah pecah tumit kaki...jeragat di muka mama pun sudah menampakkan perubahannya...masalah tumit kaki pecah-pecah pun sudah semakin elok perubahannya...semua masalahnya yang dihadapi sekarang ini telah dapat mama hadapi dengan lancar setiap hari...pada kawan-kawan yang belum lagi merasai pengalaman meminum EPHYRA ini bolehlah mencubanya pasti kawan-kawan akan rasa perubahan dan perbezaannya sendiri...puas hati dengan perubahaannya sebab setiap hari akan lebih bertenaga...


semua wanita memang nak kelihatan anggun dan gorgeouskan oleh itu kenalah kita berusaha lebih sedikit untuk menuju ke arah itu...bila dah merasainya sendiri barulah tahu hidup kita akan lebih ceria dan bersemangat setiap hari..kita tengok jer duta EPHYRA iaitu pelakon MEMEY SUHAIZA semakin hari semakin cantik dan mengancam orangnya...walaupun bukan untuk orang lain untuk hubby itu pun lebih dari cukup...siapa yang tak gembirakan kalau setiap hari hubby asyik dok menegur dan memuji diri kita...suka hati sesangat bila hubby pun nampak perubahan pada muka mama...memang betul la ketara sangat perubahaannya...



Satu lagi yang paling ketara adalah pada warna kulit dan kedutan di muka mama memang berkurangan sangat kedutannya...yang buat lebih keterujaannya lagi adalah bila anak saudara mama sendiri menegur wajah mama.."sejak kebelakangan ini wajah makcik kelihatan lebih muda la" katanya...wah !! ada juga yang perasan perubahan pada wajah mama ini...lagi la perasan dibuatnya ! ada juga yang menegur wajah mama ni wajah awet muda...wawaaa memang jadi kembang kucup la hidung grandma Awisy ni kan...alhamdullilah la pada mama itulah testimoni yang terbaik dari diri mama sendiri buat kawan-kawan yang ingin mencuba produk EPHYRA ini...

Pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah PM mama atau terus klik borang 
DI SINI.....kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke website EPHYRA yer...
Klik Website Ephyra
Fanpage

OFFICAL WEBSITE : http://www.oceanlife2u.com/
FANPAGE : https://www.facebook.com/oceanlife2u
TWITTER : https://twitter.com/Ephyra2u
INSTAGRAM : http://instagram.com/ephyra2u
TELEFON : 03-41417889
SMS : 019-3999238
EMEL : info@oceanlife2u.com

26 June 2014

Tahniah Buat JDT

June 26, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tahniah buat semua pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim kerana telah berjaya menjadi Juara dalam Piala Liga Super Malaysia semalam...dengan kemenangan itu semua rakyat Johor telah diberikan cuti umum pada hari ini...

Perarakan menyambut kepulangan pemain-pemain JDT akan dilakukan pada petang ini bermula dari Tol Skudai hingga ke Tol Kempas...pada rakan-rakan yang ingin menyaksikan dan menyertai sekali penyokong-penyokong JDT bolehlah datang ke Stadium Larkin pada jam 8 malam ini...sumber info...

 P/S LUASKAN KUASAMU...

25 June 2014

Menu Makan Malam Semalam

June 25, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Anak-anak request nak makan mee tom yam semalam... terpaksalah mama buatkan juga untuk mereka menjamu selera...bahan-bahan semuanya dah ada kat peti ais cuma tambah sotong dan udang jer...puas hati akhirnya dapat sediakan sendiri mee tom yam untuk anak-anak makan...tapi untuk diri sendiri mama buat mee hoon tom yam jer....

bahan-bahan...
ayam,udang,sotong
cili api,bawang,serai,daun limau
mee kuning atau mee hoon
kiub perasa tom yam
garam dan serbuk perasa

cara-cara memasak...
1-Tumiskan bawang putih yang di ketuk sedikit ke dalam periuk,masukkan sekali serai dan kiub tom yam tu kemudian masukkan air ke dalamnya (ikut berapa banyak nak buat)
2-Bila kuah dah mendidih masukkan bawang besar yg telah dihiris,cili api tambahkan garam dan serebuk perasa secukupnya...kalau ada bunga kobis boleh letak ke dalam kuah tom yam tu sekali...mama tak ada stok bunga kobis masa buat yom yam ni...
3-Masukkan daun limau...kalau nak pekatkan kuah ambil sedikit tepung jagung..bila dah pekat Mee Tom Yam sudah boleh la dihidangkan....
selamat mencuba...

Sarapan Burger Buatan Sendiri

June 25, 2014 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamulaaikum...


Sepatutnya ini adalah entri pagi semalam tapi tak sempat nak masukkan gambar dalam laptop terpaksalah hari ni baru dapat mama postkan entrinya...lama juga la dah tak buat burger sendiri di rumah jadi kali ni kita buat sendiri...dapat bersarapan dengan burger buatan sendiri di rumah memang seronok rasanya...ikut selera kita nak letak bahan apa kat burger tu...

p/s bab makanan segera ni mmg cepat habisnya...

Wordless Wednesday # 456...Bilalah Mampu Miliki

June 25, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s InshaAllah jikalau ada rezekinya...

24 June 2014

Pemberian Cenderhati Dari Teman Alam Maya...

June 24, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah ! terimakasih banyak-banyak buat teman alam maya Ariana kerana telah sanggup mengirimkan mama cenderhati dari Australia ini...tak sangka mama ! dapat juga cenderhati kenangan dari beliau...

seronok rasanya mendapat hadiah pemberian ini moga akan bertambahlah rezeki Ariana ! boleh pergi melancung ke tempat lain pula nanti...dan boleh juga kirim ole2nya lagi...terima kasih teman moga ikatan ukuhwah kita akan tetap kekal selamanya yer...

p/s sentiasa menghargai pemberian teman alam maya...:)


Selamat Hari Lahir Adinda Ku Mohd Hiffni Mohd Noah

June 24, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Selamat hari lahir buat adinda bongsuku
Mohd Hiffni Bin Mohd Noah...
Kak mas akan sentiasa mendoakan 
moga adindaku diberikan umur yang panjang,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna di dunia,
jodoh yang membahagiakan
diberikan kesihatan yang baik,
sentiasa dimurahkan rezeki,
berbahagia bersama keluarga dan
 hidup yang dirahmati di dunia dan di akhirat
InshaAllah...Aminnnn

23 June 2014

Dah Dapat Yang Baru Yang Lama Jangan Dibuangkan..

June 23, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pagi tadi mama telah ke pejabat pos sebab nak renewkan lesen memandu yang baru habis tarikh luputnya semalam...mula-mula ke Pejabat Pos Taman Universiti tapi dek kerana ramai sangat terus hubby keluar dan terus ke Pejabat Pos Kangkar Pulai pula...memang lengang dan tak ramai orang yang ada semasa kami sampai ke situ...


Mulanya nak renew tarikhnya tapi bila hubby minta ic mulalah tertanya-tanya nak buat apa agaknya dengan ic mama tu...rupa-rupanya inilah dia dapat lesen memandu yang baru...kata hubby sekarang JPJ sudah memberikan kebenaran untuk membuat lesen memandu yang baru di pejabat pos saja...senang sedikit la sekarang tak payah nak bersusah payah ke kaunter JPJ untuk membuat lesen memandu yang baru...


Bila dah dapat yang baru yang lama tu terasa sayang pulak nak dibuang...oleh itu mama biarkan saja ianya disimpan...dah 21 tahun lesen yang lama tu berkhidmat dengan mama jadi biarkanlah ianya disimpan untuk dijadikan kenangan selamanya...

p/s ingatan !! jgn dibiarkan barang yg lama kerana ianya byk memorinya...

22 June 2014

22 Jun Ada Sesiapakah Yang Mengingatinya...

June 22, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

22 Jun setiap tahun dari daku kecil memang tiada nada ucapan dari adik beradik jauh sekali dari mak dan abah...walaupun aku tak kisah tentang itu semua tapi jauh di satu sudut hatiku memang ingin sekali ku merasa keinginan untuk mendengar ucapan hari lahir dari mereka semua...mungkin itu semua telah ditakdirkan buat diriku kerana dibesarkan oleh seorang insan selain ibu kandungku...

Sejak kecil aku dibesarkan oleh ibu saudaraku jadi ucapan selamat hari lahir itu memang susah sekali nak ku dengar di telingaku sejak usia ku sejak kecil lagi...mungkin ibu saudaraku tidak tahu tarikh hari lahir ku yang sebenar atau ada alasan yang lain itu aku kurang pasti...tidak pernah sekali dalam hidupku aku di berikan kek hari lahir mahu pun hadiah yang menarik...kekadang bila sampai tarikh hari lahir ku akan ku biarkan hari itu berlalu tanpa melakukan apa-apa pun...


Pernah aku ingat dulu semasa usiaku sudah mencecah 17 tahun.. itulah pertama kalinya aku meminta supaya dibelikan sebiji kek buat hari lahir ku...dulu masa itu kawan-kawan sibuk membuat party untuk menyambut hari lahir yang ke 17 kononnya nak juga merasa menyambut hari lahir yang ke 17tahun ala-ala sweet 17 la kononnya...itulah pertama kali aku meminta dari mak saudaraku tentang rasa keinginan itu...sedih hati mengingatkan cerita dulu tapi aku amat berterima kasih pada arwah mak saudaraku yang sanggup bersusah payah membuatkan aku sebiji kek untuk hari lahirku itu...

Masa tu la aku mula terfikirkan adakah mungkin mak kandung aku juga lupa akan tarikh keramat masa melahirkan aku dulu... tapi itu semua aku buat tak peduli saja...biarkanlah tarikh lahirku ini jadi sejarah hidupku selamanya...terasa juga keinginan untuk mendengar ungkapan dari bibir mak atau adik beradik ku yang lain...namun suasana itu memang tak pernah ujud dalam kamus hidupku setiap tahun...bagiku hari itu seperti hari-hari yang biasa juga tanpa ada yang istimewanya...tapi aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana mak kandung aku sanggup mengandungkan aku selama 9 bulan dan melahirkan aku ke dunia ini..


Biarkanlah ianya berlalu seperti selalunya tanpa ada sesalan di hati ini...kekadang terasa juga kenapalah aku tidak seperti adik beradik aku yang lain yang bisa mendapat ucapan dan sentuhan seorang mak dan abah ketika hari lahir mereka...biarlah itu semuanya aku dah tak kisah dan tak kuasa hendak memikirkannya biarlah ianya berlalu seperti arus air yang deras mengalir selamanya...

Alhamdullilah !! sekarang ini aku dikurniakan seorang suami dan anak menantu yang memberikan sering memberikan ucapan itu...suamiku sejak mula kami berkahwin sehingga kini sudah 28 tahun ku dengar ucapan pertama dari mu...ingatan keluarga yang membuat aku kembali mengingati tarikh keramat hari lahir ku walaupun dulu memang tidak ku indahkan hari keramat itu...moga Allah akan memberikan aku peluang sentiasa dapat mendengar ucapan tarikh keramat aku itu dimasa nyawaku masih di kandung badan sehinggalah nanti bila mataku mulai tertutup rapat untuk menemui mu Ya Allah... 

terimakasih juga buat kawan-kawan semua kerana sudi memberi ucapan keramat dan membuat aku ingat dan tidak melupakan tarikh keramat itu...

p/s tak semua perkara di dunia ini indah semuanya...



Setiap Tahun Berkongsi Tarikh Lahir Yang Sama

June 22, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Google pun wish happy besday kat mama hari ni...tengok tu siap ada gambar kek lagi...cantik juga kek-kek tu...apa-apa pun thanks Mr.google...



Hari ini juga mama nak ucapan selamat hari lahir buat diri sendiri...terimakasih pada kawan-kawan yang memberikan ucapan hari lahir mama di facebook tadi..



Tak lupa juga mama nak ucapkan selamat hari lahir buat teman yang berkongsi tarikh yang sama setiap tahun...walaupun berbeza pada tahun lahir dan angka umurnya tapi kami tetap gembira berkongsi tarikh yang sama setiap tahun...

 SELAMAT HARI LAHIR BUAT BLOGGER CIK MAY
BLOGGER FIEDA
BLOGGER NORHIDAYAH

Semoga kalian semua dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan selalu bahagia disamping keluarga tersayang...aminnn

21 June 2014

Kedai Baru Aidijuma Di Bandar Baru Uda

June 21, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Pagi tadi mama dan anak perempuan mama yang sulung telah ke kedai baru tudung Aidijuma yang letaknya dibelakang bangunan gedung kain Jakel di Bandar baru Uda....besar juga kedainya ini...memang seronoklah dapat membeli tudung AJ di sini lebih-lebih lagi senang nak memilihnya sebab masih kurang pelanggan yang datang...


Masuk jer ke kedai ini kami dah disambut oleh staff-staff AJ dengan senyuman yang menawan sekali...seronok rasanya dapat layanan yang mesra dari mereka dan kami adalah pelanggan yang pertama hari ini katanya...bila dah berada di dalam kedai ini memang terasa sungguh nyaman dengan ruang yang luas juga hiasan dalamannya yang menarik hati bakal semua pengunjungnya nanti... 


Layanan yang baik dan ramah dari staff AJ memang membuatkan kami yang datang ke sini pasti akan terasa amat terhibur sekali....pelanggan pun masih belum ramai di sini jadi kami bolehlah berbual,bergelak ketawa sambil memilih tudung-tudung yang ada disediakan disitu...kiosk yang berada di Plaza Angsana pun masih ada lagi beroperasi di sana...


Inilah diantara tudung-tudung yang disediakan di sini...semuanya memang menarik sekali dan harganya pula adalah harga yang mampu kita miliki...pada kawan-kawan yang suka dengan tudung jenama AJ ni bolehlah datang ke kedai AJ yang baru ini yer..


Sempat lagi kami berposing di depan cermin di dalam kedai ini sebelum anak mama membayar semua tudungnya itu di kaunter... 


Awisy ni kalau bab nak ajak berposing memang dia kurang sikit...kena pujuk dulu barulah dia nak bergambar itupun tengoklah cara bergambarnya...


Inilah antara tudung AJ yang sempat dibeli oleh anak mama untuk bisness online beliau juga kawan-kawan opisnya..itulah sebabnya bila ada saja tudung baru AJ WL(White Label) atau BL (Black Label)dia akan terus beli di kiosk di Plaza Angsana tapi sekarang ni dah senang sikit la sebab tak payahlah nak berebut-rebut seperti di kiosk Plaza Angsana tu kerana beli di kedai yang baru ini adalah lebih selesa... 

20 June 2014

Cara Nak Menyepahkan Mainan

June 20, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Selepas makan inilah kerja budak kecik 2 orang ni....ini adalah masa bermain bagi mereka berdua...saja grandma biarkan mereka berdua ni bermain dengan sepuas-puas hati mereka...sorang tukang angkat dan sorang lagi tukang punggahkan barang-barang mainan tu...dah macam kapal karam jadinya tapi grandma biarkan sehinggalah mereka kepenatan dan kehausan...selalunya bila dah kepenatan dan kehausan begini bagi susu mereka berdua akan terus lena dengan cepatnya...

p/s masa bermain memang masa yang menyeronokkan bagi mereka..

Ciuman Seorang Ibu

June 20, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari Jumaat yang indah ini marilah kita hayati tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus ini...Hargailah dan sayangilah ibu kita selagi dia masih ada....peluk dan ciumlah ibumu setiap pagi dan hanya dengan ciuman dari seorang ibu itu akan dapat mengugurkan setiap dosa-dosa kita...oleh itu hargailah ibu kita selagi dia masih bernyawa...

p/s teringat bondaku...

18 June 2014

Wordless Wednesday # 455...Hargailah Ibu Mu

June 18, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Wordless Wednesday # 454....Malaysia Memang Terbaik

June 18, 2014 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s semoga negara kita Malaysia akan terus maju dan berjaya...

Cenderahati Dari Teman Opis Hubby

June 18, 2014 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam bila hubby balik ke rumah dari opis rupa-rupanya ada 2 cenderahati dari teman opisnya untuk mama...seorang officemate hubby baru pulang dari bercuti di Bandung Indonesia...alhamdullilah ingat juga beliau kat mama dan ada juga rezeki nak dapat fridge magnet,beg kecik dan keronsang ini...


Seorang lagi officemate pula baru pulang dari berkursus di France...tak sempat nak membeli belah katanya hanya satu saja ingatan untuk hubby satu keychain berbentuk Eiffel Tower..jadilah walaupun hanya satu keychain yang diberikan tapi kami tetap menghargainya kerana tanda ingatan dia itu yang pentingnya...

p/s orang memberi kita merasa...

Ajar Bermain Bersama Elak Dari Bergaduh

June 18, 2014 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lihatlah budak kecik 2 orang ni kalau time baik main mainan pun boleh sama-sama tapi kalau gaduh memang dah tak boleh duduk dekat-dekat pasti ada saja yang hendak dilakukannya..alhamdullilah setakat hari ini masih boleh dikawal gerak geri dua orang budak kecik ni...memang mama tak akan membiarkan mereka kalau dah mula bergaduh tu.. 

Kalau dah mula bergaduh mama akan terus pujuk dan ajar mereka supaya berbaik dan bersalaman sesama mereka...memang tak elok kalau dibiarkan mesti bergaduh lama-lama nanti akan jadi tak elok bila mereka sudah besar nanti...kenalah kita ajar perlahan-lahan supaya mereka boleh berbaik-baik sehingga mereka besar nanti...

p/s dlm proses pembesaran kedua-duanya...

Wordless Wednesday # 453....Jangan Lupa Bahawa..

June 18, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


P/s jangan dipandang remeh tentang ini yer kawan2..

Wordless Wednesday # 452...Kemaafan

June 18, 2014 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s kemaafan yang terindah...


Wordless Wednesday # 451...Make Sure

June 18, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s kalau nak menghakimi orang lain lihat diri kita dulu yer...

17 June 2014

Satu Rosak Terus Pasang Satu Lagi...

June 17, 2014 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah ! dah sampai barang air-cond yang ditempah hari tu...memang seronok la bolehlah tidur bilik balik malam ni...hubby pergi ambil barang yang dah sampai tu dan ianya boleh dipasang sendiri saja oleh hubby tapi yang bestnya anak pula request satu air-cond pulak kat bilik dia...


kesian kat anak-anak berpanas bila nak tidur jadi terus belikan satu air-cond yang berkuasa 1 hospower saja untuk bilik mereka...senyum lebar la anak-anak bila ayahanda pasangkan satu air-cond kat bilik...rezeki untuk anak-anak kata hubby..Dah siap pasang air-cond kat bilik anak-anak akhirnya...bersejuk-sejuk la malam ni yer anak-anak jangan tidur sampai beku sudah la yer...

p/s alhamdullilah ada rezeki utk anak-anak...

Bila Musim Panas Air-Cond Pulak Rosak

June 17, 2014 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....
Bila dalam cuaca yang panas begini memang banyak dugaannya jadi eloklah kita minum air kosong sebanyak mungkin...kalau dah dapat penyakit memang terseksa rasanya makan masa nak pulih seperti biasa...dalam keadaan cuaca begini memang semua orang nak duduk dan cari tempat yang sejuk keadaannya dan lebih senang tu pergi la cari tempat yang ada penghawa dingin...misalnya shopping centre memang lama la kalau dapat jenjalan dan beriadah sambil boleh menyejukkan badan kita dalam keadaan cuaca yang panas ini...

hubby buka sendiri air-cond yang rosak tu...

Bila malam pun sekarang ni cuaca memang panas...kalau tak ada air-cond memang susah sikit la nak tidur...dah beberapa malam air-cond kat bilik mama dah tak boleh nak digunakan sebab flow blovernya rosak...itulah dugaannya kenalah berpanas dulu...hubby nak repair sendiri dan dah pun pergi mencari barang gantian yang baru tapi tak ada stok pulak ! terpaksalah tunggu sehingga barang yang dikehendaki sampai...sementara tu terpaksalah tidur kat tingkat bawah rumah cari tempat yang sejuk dan berair-cond juga...


tengok la ni habis semua tilam bantal dihangkutnya kebawah...nak tidur dengan selesa ! tu yang kena cari tempat sejuk jadi kenalah berkampung kat depan tv kat tingkat bawah ni buat sementara waktu..

p/s mmg sikap manusia tak tahan dgn kepanasan di dunia belum lg kepanasan di akhirat kelak...

Cari Penyejuk Tekak

June 17, 2014 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila dalam keadaan cuaca panas macam ni kalau dapat makan benda yang sejuk-sejuk memang best jer kan....tengok gambar jer dah boleh buat tekak terasa keenakkannya....jom kawan-kawan kita cari ais krim yang boleh menyejukkan badan dan tekak kita...tak kiralah ais krim apa pun janji mesti yang sejuk....

p/s ABC dan endol pun sedap jugakan...

14 June 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com

June 14, 2014 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

13 June 2014

Ephyra Dah Sampai Ke Tangan

June 13, 2014 13 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! hari ini sampai juga Ephyra yang telah mama menangi dari giveaway FASA PERTAMA di blog blogger Mialiana...terimakasih Mialiana dan Pn.Amiza kerana telah memilih mama dan pantun mama sebagai salah seorang pemenang dalam giveaway ini...

Selepas ini review  FASA KEDUA tentang penggunaan produk Ephyra menanti pula buat kesemua 30 orang peserta yang berjaya...pada kawan-kawan yang berjaya sama-samalah kita nantikan entri review terbaik mengenai produk Ephyra ini..jika berjaya akan terpilih pula dalam 10 yang terbaik pula...selamat berjaya kawan-kawan semua...

Aiman Bercuti Hari Ini

June 13, 2014 10 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni budak kecik sorang ni Aiman tak datang ke rumah grandma sebab nenek Aiman datang menziarahinya di sini semalam...senyap sedikit suasana rumah grandma hari ni... Awisy pun dah tak ada kawan nak bermain dan bergaduh hari ni...

Tengok la tu kalau bermain leka sungguh dia sempat lagi grandma snap gambar Aiman pakai kopiah tu..moga Aiman gembira bercuti berjalan bersama nenek yer..jumpa lagi pada hari isnin...

p/s layan sikecik Awisy jer hari ni...

12 June 2014

Rindu Arwah Abah

June 12, 2014 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Hari ini sudah masuk hari ke 11 abah kembali menghadap Penciptanya dan perasaan rindu ini sudah mula terasa sangat kat arwah abah...terasa macam arwah abah masih ada lagi di sini..hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah buat abah di sana...


Tiada lagi insan lelaki yang bergelar abah di dunia ini hanya bayangan dan kenangannya sentiasa lekat di hati ini...mulanya memang aku tidak menjangkakan yang abah ada menghidap penyakit kanser paru-paru ni...abah melakukan rutin hariannya seperti biasa saja tanpa ada riak-riak mengalami kesakitan pada dirinya...hanya sejak kebelakangan ini ada sesekali abah mengadu sakit dibahagian dadanya..


Bila abah sudah mula mengadu kesakitannya adik lelaki kedua bongsu aku telah membawa arwah abah ke hospital...akhirnya pada 2 Mei 2014 abah telah ditahan di Hospital Sultan Ismail bagi memudahkan doktor untuk melakukan check-up ke atas abah...keputusan dari doktor telah mengesahkan bahawa abah telah menghidap kanser paru-paru tahap ke 4...selama ini rupa-rupanya abah ada menghidap sakit kanser tanpa disedarinya...


abah sendiri pun tidak mengetahui bahawa dia ada menghidap penyakit yang sememangnya boleh membawa maut ini...bila semua sudah mengetahui punca kesakitan abah kami semua amat terasa sangat sebab sudah terlambat untuk melakukan pembedahan dan kimoterapi pada abah memandangkan keadaan badan abah yang lemah ini...sedih rasanya kami adik beradik bila mendengar berita ini...jika masih awal boleh juga kami adik beradik ikhtiarkan sesuatu buat abah...


hanya doa yang mampu dilakukan untuk kesejahteraan abah...kami adik beradik bergilir-gilir menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga abah semasa abah di hospital...itulah saat-saat akhir yang mampu aku lakukan untuk abah...saat-saat terakhir abah memang abah sudah tidak boleh lagi nak bercakap dengan kami semua...abah hanya mampu mengunakan bahasa isyarat tangannya bila hendakkan sesuatu...


pada mulanya abah hanya diberikan penggunaan oksigen yang rendah untuk pernafasannya tapi lama-kelamaan abah terpaksa juga diberikan oksigen yang tinggi kandungannya kerana abah semakin susah untuk bernafas...doktor pun sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi kerana jangka usia abah sudah semakin hampir..dari percakapan doktor itu kami semua sudah memahaminya yang usia abah sudah semakin hampir untuk bertemu Penciptanya...


pada 31 Mei abah masih boleh lagi minta dibangun untuk duduk menggunakan bahasa isyarat bila dia terasa sesak nafas dan tidak selesa bila berbaring...malam ini jugalah aku,adik dan hubby melakukan tugas sebagai anak menjaga abah...malam itu abah masih boleh lagi menghulurkan kakinya padaku tanda minta diurutkan kakinya...

ku lakukan seperti apa yang dimintanya itu..matanya sentiasa memandang aku dan adik yang berada di sisinya ketika itu tanpa boleh berkata-kata apa-apa...sedihnya hati bila memandang riak wajah kesedihan terpancar di wajah abah masa itu..tak tahan aku memandangnya hanya mampu ku menatap wajahnya tanpa dapat berkata-kata apa-apa..


Hanya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yassin yang mampu kami lakukan buat abah...sehari sebelum abah pergi aku ada pergi melawatnya di hospital...bila aku memohon untuk pulang abah senyap saja tanpa menganggukan kepalanya seolah-olah tidak membenarkan aku dan hubby pulang hari itu...bila dipujuk dan aku bercakap secara perlahan dengannya barulah abah mengizinkan aku pulang dengan anggukkan kepalanya...jelas terlihat air mata abah terkandung di dalam mata abah bila melihat aku pulang...petang itulah kali terakhir aku bersama dan dapat melihat abah di hospital....


Pagi 2 Jun 2014 jam 10 pagi genap sebulan abah ditahan di hospital aku telah diberitahu oleh adik lelaki ku bahawa abah telah pergi buat selama-lamanya untuk bertemu Penciptanya..aku bersyukur pada Allah kerana telah menjemput abah kembali disisiNYA dengan cara yang paling lembut dan selesa tanpa rasa sakit ketika hembusan nafas abah yang terakhir...

ku redhakan abah pergi dengan rela hati untuk bertemu Mu Ya Allah...hilang segala kesakitan yang abah tanggung selama ini...aku merelakan abah pergi daripada melihat abah menanggung kesakitan yang amat sangat...ku doakan semoga arwah abah dirahmati dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...



Saat yang membuatkan aku tidak boleh melupakan abah adalah semasa abah boleh lagi bercakap denganku...itulah kali pertama dalam seumur hidup aku telah menyuapkan bubur ke mulut abah...sedih rasanya hati ini melihat keadaan abah...aku memohon maaf pada abah kerana tidak pernah melakukan begitu padanya dulu dan abah juga memohon maaf dariku kerana abah tidak pernah menjaga, membesarkan dan memberikan nafkah pada diriku semasa aku kecil dulu...

Abah juga menyatakan bahawa dia tetap sayang pada aku walaupun aku telah diberikan dan dibesarkan oleh ibu saudaraku dulu...hanya dengan ucapan abah itulah membuatkan diri ini terasa lebih sayu dan merasakan diri ini lebih dekat dengan diri abah waktu itu..walaupun ada sedikit perasaan marah aku dulu pada diri abah dan mak tapi ketika abah dengan ikhlas telah memohon maaf pada diriku hatiku telah dapat menerimanya dengan seikhlas hati aku juga....

terasa sedih yang amat sangat waktu itu bila mendengar sendiri ucapan yang keluar dari mulut abah...semuanya itu sudah pun berlalu dan aku telah pun memaafkan abah atas semua yang berlaku...mungkin ada sesuatu perkara disebalik semua kejadian ini...selamat jalan abah semoga abah akan terus bersemadi dengan aman di sana...amin
AL-FATIHAH buat abah HAJI MOHD NOAH BIN ABDULLAH

''Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan..''