HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Sunday, August 31, 2014

Hepi Merdeka Day 2014

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Berbanggalah jadi anak Malaysia...
Tanah tumpah darahku...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57


Friday, August 29, 2014

Hadiah Saguhati Peserta Terawal Giveaway Ephyra Fasa Ke 2

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sampai juga hadiah giveaway Ephyra dari segmen yang dianjurkan dari blog blogger Mialiana dan juga terimakasih buat Pn Amiza dan Oceanlife... memang besti kalau hari-hari dapat minum Ephyra ini...badan kita akan sentiasa segar dan kelihatan bermaya selalu...

p/s pada kawan yang belum mencuba eloklah test sekali...

Fridge Magnet Besday Awisy Dah Pun Siap

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Semalam sampai juga fridge magnet yang telah mama tempah...fridge magnet ni mama dah tempah dari minggu lepas lagi dan ianya adalah khas untuk majlis besday Awisy nanti...pada kawan-kawan yang ingin sekali menempah fridge magnet seperti ini boleh la ke blog Shida dan kalau nak tahu cerita mama bolehlah tekan sini...


 Inilah gambar yang telah mama berikan untuk diletakkan pada fridge magnet itu... dan ianya telah di lakarkan oleh blogger Shida untuk jadi lebih menarik lagi pada fridge magnet hari lahir Awisy ni...


Inilah dia hasil fridge magnet yang telah siap sepenuhnya dan telah pun selamat sampai semalam.. terima kasih pada Shida kerana button badge tu... dan juga telah sempat menyiapkan fridge magnet ini seperti yang telah dijanjikan..

p/s cenderahati kenangan...



Thursday, August 28, 2014

Segmen : Biar Saya Tolong Cik Farah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Terima kasih Mialiana sebab tag mama dalam segmen ini...semalam tak sempat nak buat entri jadi hari ini datang untuk sokong blogger Farah ini...pada kawan-kawan yang nak join bolehlah tekan sini dan bolehlah join segmen ni yer...

mama nak tag 3 orang rakan blogger yer...

p/s support teman alam maya...

Wednesday, August 27, 2014

Wordless Wednesday # 470...Penat Berfacebook Agaknya...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s penat sangat sampai tertidur depan pc...

Puteri Harbour Nusa Jaya

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kalau mama tercepat sampai ke Nusajaya legoland untuk mengambil anak balik dari kerja, tempat inilah yang hubby selalu bawa pergi...sambil menunggu masa cukup kami akan berjimba sekejap dan bersiar-siar di Puteri Harbour dahulu...


Memang cantik pemandangan kat sini... suasananya pun nyaman bila berada di sini..Puteri Harbour ni letaknya berdekatan dengan Taman Tema Hello Kitty Di Nusa Jaya....datang sini berjalan di waktu petang memang seronok...boleh melihat pemandangan yang cantik di sini.. 


kalau hujung minggu memang ramai orang yang datang bersiar-siar ke sini...kekadang tu ada juga pasangan pengantin yang datang mengambil gambar perkahwinan mereka di sini...


 sambil menyelam minum air... sambil menunggu anak mama balik kerja boleh juga hirup angin petang dan dapat juga mencuci mata di sini...


...melayan Awisy bermain dan berehat di sini...


...seronok jer la Awisy dapat berjalan dan bermain sekejap di sini..


bila sudah cukup masa kami terus bergerak balik ke legoland semula...

Monday, August 25, 2014

DIY : Prop Photo Booth

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Siap juga photo prop ni..ianya akan diletakkan di photo booth semasa majlis hari lahir Awisy nanti...mama Awisy yang rajin sangat membuatnya sendiri semalam..mama ni hanya tolong buat entri kat blog jer..banyak juga gambar yang anak mama sediakan ini...pada kawan dan saudara mara yang datang nanti boleh la pilih yang mana satu yang berkenan di hati untuk dikenakan semasa bergambar nanti...





p/s saja nak bagi mood hepi pada majlis Awisy nanti...

Sunday, August 24, 2014

DIY : Goodies Bag Untuk Majlis Hari lahir Awisy

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Persiapan untuk majlis hari lahir Awisy yang ke 2 tahun nanti masih lagi dilakukan oleh mama Awisy...grandma bantu apa yang patut saja...tolong menolong membungkuskan goodies bag macam ni boleh la...senang jer masukkan apa yang perlu lepas tu ikat dengan reben..


masa ni sedang membuka beg goodies itu supaya dapat berdiri tegak...kena buat dengan berhati-hati supaya beg tu lurus...bila dah siap masukkan ke dalamnya apa yang patut untuk diberikan pada kanak-kanak yang datang ke majlis itu nanti...


siap juga pembungkusan 70 bungkus goodies bag ini...bila buat kerja ramai-ramai memang cepatlah siapnya kalau nak harapkan grandma sorang memang lambatlah siapnya...semoga kanak-kanak yang hadir nanti gembira mendapat goodies bag ini...

p/s dah besar pun cucu grandma ni...


Friday, August 22, 2014

Gambar Wajah-Wajah Sayu Ahli Keluarga Mangsa MH17

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...










terasa amat sayunya bila lihat gambar ni...tidur sambil memegang baju ayah yang sudah tiada...anak kepada co-pilot MH17 Ahmad Hakimi Hanapi...



p/s Kredit gambar dr Berita Harian

Hari Ini Baju Sama Color...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni keduanya pakai baju sama warnanya..hitam oren tu !...cantik juga bila budak berdua ni pakai baju yang sama color...sweet jer bila mata dapat memandang cucu-cucu grandma ni...bangun dari tidur tadi terus saja cari mainan kereta tu...bila dah dapat main memang leka dan seronok kedua-duanya...

p/s seronok bermain...

Hari Berkabung Malaysia MH17

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


22 Ogos 2014 Hari Berkabung Malaysia MH 17...
InshaAllah tak berapa lama lagi akan sampai kapal terbang MAS yang membawa pulang jenazah mangsa MH17...hari ini telah dijadikan Hari Berkabung Malaysia Buat MH17...semoga semua persedian yang telah diaturkan untuk menyambut kepulangan jenazah akan selamat sampai dan dipermudahkan semuanya....

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH...


Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday # 469...Nelayan Saja

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s pam khas..

Wordless Wednesday # 468....Bakal Imam Muda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


p/s InshaAllah...

Tuesday, August 19, 2014

Grandma Melayan Kerenah Cucunda

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Inilah kerjanya budak kecik 2 orang ni...habis semua mainan dalam bakul tu dilambakkan dan keduanya boleh duduk di dalam bakul tu pula...memang bijak kamu berdua ni yer...


lepas satu ! satu perkara dibuatnya... cari pula benda lain yang boleh dibuat main...ada saja benda dan cara nak bermain bagi budak kecik yang sedang membesar ini...


sorang buat lain yang sorang lagi buat perkara yang lain juga... 


p/s masing-masing ada agenda tersendiri...

Jejalan Dan Bersoping Di Pasaraya Koboi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Pada hari minggu yang lepas kami sekeluarga keluar berjimba bersama...cadangnya hendak mencari barang-barang untuk majlis hari lahir Awisy nanti...kami sebenarnya semenjak duduk di Johor memang tak pernah pun sekali menjejakkan kaki di sini...pernah dengar cerita dari kawan-kawan jer tentang pasaraya Koboi ni tapi tak juga sampai-sampai lagi..kebetulan memang nak cari barang terus jer datang ke sini...harga barang-barang yang dijual disini memang berpatutan dan murah... 


Masuk jer ke sini Awisy memang dah suka sangat...apa taknya semua barang boleh digapainya...semua tempat Awisy pergi jenuh papa Awisy mengejarnya...


tengok la tu entah apa yang buat Awisy leka sangat tu...kami semua dah ke depan Awisy masih dok leka bermain kat situ...kalau tak perasan memang tak nampak Awisy ada kat situ...memang  bertuah sungguh budak ni...


Inilah tingkat ke 2 tempat barang-barangan permainan diletakkan...memang banyak dan bermacam-macam jenis permainan yang ada dijual di sini...


bermacam-macam jenis pinggan mangkuk terdapat di sini...pilih saja yang mana berkenan di hati...


memang rambang mata tengok semuanya ni...


pilihan baju dan t'shirt untuk lelaki,perempuan dan kanak-kanak juga banyak terdapat di sini...


seronok Awisy bila part nak beli barang-barang untuk majlis hari lahirnya ni...jom la kita layan gambar-gambar kat bawah ni..banyak tempat kami pergi tapi ada yang terlupa nak ambil gambarnya...