SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

 Hari ni teringin pulak nak buat jejari ketam goreng...makan kudupan macam ni masa minum petang memang sedap ni...nasib baik dah keluarkan awal-awal jejari ketam dari peti ais 
tadi...bila dah lembut senang sikit nak carik-carikkan jejari ketam tu....


 Ini dia proses mencarik-carikkan jejari ketam itu menjadi kecil...kalau kecil macam ni dapat banyak sikit...kalau besar-besar memang sekejap jer habisnya.....


  Bila dah siap masukkan pula daun kari untuk mendapatkan aromanya yang sedap nanti...kalau kawan-kawan suka pedas boleh letak sedikit serbuk cili atau serbuk kari ke dalam jejari ketam itu...


sepatutnya proses menggoreng jejari ketam tu dulu tapi terlupa pulak nak snap masa menggoreng tadi...jadi inilah jejari ketam goreng yang sudah siap untuk dimakan...kalau banyak bolehlah letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh diulang memakannya...okay pada kawan yang ingin mencuba bolehlah melakukannya yer...selamat mencuba semua...

p/s mama buat sikit jer tadi sekali hadap dah selesai...