SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


ASAL USUL PARIT PECHAH
Adalah dipercayai kampung ini telah berpenghuni kira-kira penghujung abad ke-19 tetapi tidak mempunyai namanya. Namun nama Parit Pechah yang diabadikan adalah bermaksud pecahan dua puak yang mendiami kampung itu. Dipercayai lagi bahawa diperingkat permulaan masyarakat di situ terdapat dua puak yang datang dari Kampung Haji Abu bin Abdul Rahman, Bandar Maharani dan satu puak lagi ialah orang-orang atau pengikut Daing Kelewang yang berasal dari Singapura (1904).
Pada 29 September 1911,Bodot bin Haji Ahmad telah mendapat ‘Tauliah’ daripada DYMM Sultan Johor bergelar “Naib Penghulu Mukim Parit Pechah”. Kawasan mukim meliputi dari kawasan sebelah laut hingga ke daratnya lebih kurang 8 kilometer panjang. Namun kampung tersebut telah didaftarkan dalam ‘Daftar Orangkaya-Orangkaya, Penghulu-Penghulu dan Naib-Naib Bagi Daerah Muar’ pada tahun 1917 yang menyebut kali pertama telah didengar nama Mukim Parit Pechah dan Naib Penghulunya iaitu Bodot bin Haji Ahmad telah disebut dengan secara rasminya.